Sabtu, 23 Mac 2024
Ya Rasullullah...
PRAKATA
Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawaketerangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan.
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:
"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."
Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia.
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
Jumaat, 22 Mac 2024
Makanan miskin ku tapi aku tetap bersyukur
Makanan miskinku tetap bersyukur dan ingat Allah...
Assalamualaikum sekali lagi
Semalam daku lupa mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang mendoakan aku. Terima kasih dan doaku jugak buat sahabatku, ini, agar diberi Allah dlm keadaan yang sihat,tenang tenteram. Moga dengan doa kita, di angkat Allah dan mendapat makbulnya. Kita memang tidak tahu doa siapakah yang Allah ijabahkan...Moga doa kita mendapat jawapan Allah. InsyaaAllah...Aamiin.
Assalamualaikum Syukur atas anugerah Allah padaku...
Assalamualaikum daku sihat,
Daku banyak kena bersyukur kepada Allah, daku buat ecg dan doktor sahkan
tiada effect jantung. Syukur Yaa Rabb...Doktor hanya beri ubat "gastrik"
Mungkin daku gastrik.
Tapi doktor pesan jika belaku masaalah kena terus ke "emergency"samaada ke
'Hospital Kajang' atau' Hospital Serdang"
Apapon syukur pada Allah daku masih sihat. Berkat doa daripada
semua. Daku Syukur.pd Allah. Moga bertambah sihat.
Daku boleh X'cercise lagi. hIhi...
Eni...Kau sihat...
Gula dlm darah cantik..
5.7...Wow. Syukur sangat
Blood Pressure 130/86...pun masih baik...
Daku kena banyak bersyukur.daku sihat lagi. tapi anakku yang takut sangat
minta pergi check..Faiz tak boleh bawa ku sebab Faiz bawa Maznah juga ke Klinik.
Anis kena hantarku...Semua dah selesai.
Masuk Agenda seterusnya...Kena melawat doktor gigi...Maznah dah pergi buat
rawatan sebelum puasa. Bagus adikku itu... Rawatan berterusan tanpa gagal.
Daku kagum .
Bertemu Allah dgn kesyukuran Eni...Alhamdulillah. Tabarakallah...MaasyaaAllah.
Khamis, 21 Mac 2024
Ya Rabb...Semua orangt ada ujian
Ya Allah panjangkan umurku lagi agar aku dapat menggambil kesempatan ini, untuk akhiratku.
Jangan sia2 masa yg Allah beri ini. MaasyaaAllah ibadat dan taat pada Allah itu Nikmat
sekali.. InsyaaAllah. Tambahkan amal solehku...
Management waktu itu mahal sekali...Wal asri, innalinsaanafil husr,
Demi masa sesungguhnya manusia itu di dlm kerugian...
Jangan Kaurugikan akudengan keteledoranku, kau jadikanlah setiap langkahku bermanfaat mengingatiMu, Yaa Rabb. Sesungguhnya aku maknusia yang lalai dan sentiasa berdosa...Ampunkan lah aku Ya Rabb...Pahalakan aku dengan nikmat mata ini, telinga ini dan mulutku ini dengan menyebut mendengardan melihat ayat2Mu Ya Rabb.
Rabu, 20 Mac 2024
Doakan aku okay..Takut tambah lagi sakitku,,,'
Sahabatku...
Kau doakan aku agar tiada penyakit serius.
Esok aku akan pergi Check Up .
InsyaAllah.
Aku syak tersedu3 ku ini adalah punca dari jantungku.
Dulu masa pakar bedah check X'ray sebelah jantung ku bengkak.
Aku rasa ia makin membengkak. Mlm tadi daku tak boleh tidur...
Daku solat tahjud terus baca Quran..
Kelmarin siang daku dapat rasa sakit dadaku jadi daku syak ..jantung jugak.
Tulang belakang pon...Mungkin juga seperti aku syak tu...
Ni cuba tidur. Selamat mlm...Assalamualaikum,,,,Malam.
O tolong doakan aku...kawan....Maafkan aku...
Maaf yg benar2 maaf. Engkau maafkan jugak aku ya,
Aku malas pergi tapi kena pergi juga
Kau kena maafkan aku jugak...
Menuku semalam
4 kalimah di baca 3 kali berat dlm timbangan,
Pada suatu pagi Rasullah SAW keluar dari rumahnya . Pada ketika itu Juwairiah isterinya berada di tempat solat. Sewaktu Nabi SAW kembali, matahari sudah tinggi, sedangkan Juwairiah masih berada di tempat solat. Rasullah bertanya ,kamu masih berada di tempat solat masa saya keluar tadi? Juwairiah menjawab "Ya." Rasullullah SAW memberitahunya yang bermaksud " "Sesungguhnya saya membaca empat kalimah ini sebanyak 3 kali ketika meninggalkan kamu. Kalau ia ditimbang dengan bacaan yang kamu baca pada hari ini, Timbangannya lebih berat lagi." Soheh Muslim 2726
Subhanallahhiwabihamdihi
Maha suci Allah dan aku memuji-Nya
A' da da khal khihi
Sebanyak Makhlok ciptaan-Nya
Wari dhoo nafsihi
Keredhoan diri-Nya
Wazienata Arshihi
Seberat timbangan Arash-Nya
Wamida dakalimatihi.
Dan sebanyak tinta kalimah-Nya.
Amalan Pemberi Syafaat di Hari akhirat kita...
AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT
AMALAN PEMBERI SYAFA’AT DIHARI KIAMAT
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Amru r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat kepada seseorang hamba pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Di antara kelebihan ibadat puasa ialah ia akan memberi syafaat kepada orang yang berpuasa pada hari kiamat kelak apabila umat Islam menunaikannya secara sempurna dengan meninggalkan makan, minum, hawa nafsu, bercakap dengan percakapan yang diharamkan, melihat kepada benda yang diharamkan dan mencari rezeki melalui cara diharamkan.
2- Kelebihan bacaan Al-Quran di mana ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya pada hari kiamat kelak.
Selasa, 19 Mac 2024
King should wield 'jurisdictional immunity' power, not PM, say Oppositio...
Kalimah Allah: TMJ Mahu Tindakan Tegas. Pemuda UMNO Gesa Teruskan Boikot...
Korang buat hal, nak suruh kami bertenang ???
“Masalah Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek Cepat Melenting dan Emo, Mud...
Menu 18 Mac. hari ke 7 Ramadhan,
Nga accuses Akmal of violating ‘Madani spirit’ over ‘Allah’ socks issue
Isnin, 18 Mac 2024
Kelantangan PMX Pertahan Palestin di Jerman, Pendedahan T.Menteri Kesiha...
Menu simple semalam dgn nasi
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...