Sabtu, 14 Disember 2024

“Selamat Jalan Tahun 2024: Jom Muhasabah” - Dato' Ustaz Badli Shah Alauddin

International Quran Competition Dubai || Beautiful Quran Recitation 2024...

Satu Laporan Polis Kerana PM Dan Menterinya Langgar Sumpah Jawatan

Usaha perlu dilakukan untuk selamatkan orang Melayu- Tun Mahathir



Apa 4 Tanda Dosa Kita Telah Diampunkan Oleh Allah SWT. No 4 Yg Paling Is...

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️ . 13 Dis. 2024 (Jumaat) 10:00 Pagi - Surah Saba' ...



.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Rujukan Surah Saba' : Ayat 34-36..

Al Waqi'ah:41-47...Al Isra''; 16...Al Kahf:35-36...Al Mukminum:55-56.

....عن أبي هُرَيرةَ رَضِي اللهُ عنه، قال: قال رَسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: ((إنَّ اللهَ لا يَنظُرُ إلى صُوَرِكم وأموالِكم، ولكِنْ يَنظُرُ إلى قُلوبِكم وأعمالِكم

)عن أبي هُرَيرةَ رَضِي اللهُ عنه، قال: قال رَسولُ الله صلَّى اللهُ عليه وسلَّم: ((إنَّ اللهَ لا يَنظُرُ إلى صُوَرِكم وأموالِكم، ولكِنْ يَنظُرُ إلى قُلوبِكم وأعمالِكم )) رواه مسلم (2564).. .

.**Terjemahan dalam Bahasa Melayu** Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: *“Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras kamu dan harta benda kamu, tetapi

​​Dia melihat kepada hati-hati kamu dan amalan-amalan kamu.”* (Hadis riwayat Muslim, no. 2564)
​​.أيُّها النَّاسُ اتَّقوا اللَّهَ وأجملوا في الطَّلبِ فإنَّ نفسًا لن تموتَ حتَّى تستوفيَ رزقَها وإن أبطأَ عنْها فاتَّقوا اللَّهَ وأجملوا في الطَّلبِ خذوا ما حلَّ ودعوا م

حَرُمَالراوي : جابر بن عبدالله | المحدث : الألباني | المصدر : صحيح ابن ماجه | الصفحة أو الرقم : 1756 | خلاصة حكم المحدث : صحيح

**Terjemahan dalam Bahasa Melayu** "Wahai manusia, bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki dengan cara yang baik. Sesungguhnya, tidak ada satu jiwa pun yang akan mati sehingga

ia menyempurnakan rezekinya, walaupun rezeki itu lambat datang kepadanya. Maka, bertakwalah kepada Allah dan carilah rezeki dengan cara yang baik, ambillah apa yang halal dan tinggalkan apa

yang haram." **Perawi dan Status Hadis** - **Perawi**: Jabir bin Abdullah r.a. - **Ahli Hadis**: Al-Albani - **Sumber**: *Sahih Ibn Majah* - **Nombor Hadis**: 1756 - **Hukum Hadis**: Sahih.

.حديث أنس قال: "إنكم لتعملون أعمالاً هي أدق في أعينكم من الشعر، كنا نعدها على عهد رسول الله ﷺ من الموبقات"[1]، رواه البخاري..

**Terjemahan dalam Bahasa Melayu** Daripada Anas r.a., beliau berkata: *"Sesungguhnya kamu melakukan perkara-perkara yang kamu anggap lebih halus daripada rambut, sedangkan pada zaman Rasulullah ﷺ,

 kami menganggapnya sebagai perkara yang membinasakan."* **Rujukan Hadis** - **Sumber**: Sahih al-Bukhari - **No. Hadis**: 6492.

​​ ..قال النبي ﷺ: إن المؤمن يرى ذنوبه كأنه قاعد تحت جبل يخاف أن يقع عليه، وإن الفاجر يرى ذنوبه كذباب مر على أنفه فقال به هكذا. رواه البخارى

**Terjemahan dalam Bahasa Melayu** Nabi ﷺ bersabda: *"Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia sedang duduk di bawah sebuah gunung, dia takut gunung itu akan jatuh menimpanya.

Sedangkan orang yang fasiq melihat dosa-dosanya seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya, lalu dia menghalaunya begini sahaja."* **Rujukan Hadis** -

​​**Sumber**: Sahih al-Bukhari - **No. Hadis**: 6308.

​​Pengajaran ayat 33:

Dan berkata pula orang-orang yang tertindas kepada orang-orang yang sombong takbur itu: "Tidak! Bahkan (yang menghalang kami daripada beriman ialah) perbuatan kamu memperdaya kami malam dan siang,

ketika kamu menyuruh kami berlaku kufur kepada Allah dan mengadakan sekutu-sekutu bagiNya. Akhirnya masing-masing diam sambil memendamkan perasaan sesal dan kecewa semasa mereka melihat azab; dan

Kami pasangkan belenggu-belenggu pada leher orang-orang yang kafir itu. Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yang mereka telah kerjakan.(Saba' 34:33)

​​1. Orang-orang yg sesat dan ada kuasa akan sentiasa berusaha bersubgguh-sungguh siang dan mlm tanpa henti utk menyesatkan org-org di bawah atau pengikut mereka kerana dgn org dibwh mereka akan terus kekal berkuasa

​​2. Syirik adalah kufur kpd Allah dan bukan semua kufur syirik kpd Allah3. Antara sifat org munafik yg bertopengkan org Islam adalah akan sentiasa menyuruh org Islam

yg lain agar mensyirikkan Allah dan melakukan amalan menyalahi sunnah nabi saw dgn menggunakan perkataan-perkataan yg indah dan atas nama Islam

4. Menyesal tidak akan berguna setelah melihat azab Allah kerana sifat utama org bertakwa ialah beriman dgn perkara yg ghaib

​​Ayat 34:Kaitan dengan ayat lepas , setelah Allah buktikan dan terangkan perbagai cara tentang nabi dan Islam tapi orang yahudi dan kafir tetap menolak kenabian

nabi saw sehingga menduduh baginda ahli sihir. Ayat ini ayat penenang dan penghibur buat nabi saw.

Terjemahan ayat 34:

Dan Kami tidak mengutus kepada sesebuah negeri: seseorang Rasul pemberi amaran melainkan orang-orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata: "Sesungguhnya kami tetap

​​mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya".(Saba' 34:34)

Makna pewaris ulama', pewaris ilmu dari nabi saw yakni alquran dan sunnah, kena jalankan kerja nabi nazir & basyir. Pendakwah kena bawa cerita amaran dan cerita gembira, seimbang. Berita

gembira tentang nikmat dalam syurga. Amaran tentang azab neraka.

Sebutan nazir sahaja, tiada basyir. Bila sesat kena diperingatkan.

Pada ayat ini ditegaskan bahwa tidak ada seorang nabi pun yang dikirim Allah ke suatu negeri yang tidak mendapat perlawanan dari pemuka-pemuka kaumnya.  Mereka biasanya adalah kaum elite yang menguasai kehidupan politik dan ekonomi negeri itu.

إِنّا بِما أُرسِلتُم بِهِ كٰفِرونَ

“Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu diutus untuk menyampaikannya”.Maka golongan kaya dan mewah inilah yang selalu menentang kebenaran. Mereka tak mahu nak ubah cara kehidupan mereka.

 Oleh kerana mereka ada pengaruh, maka kuatlah suara mereka menentang dan suara mereka didengar. Maka mereka boleh tolak orang agama begitu sahaja. Rasul pun ditolak oleh golongan yang mewah,

 para pendakwah pun ditolak oleh orang yang hidup mewah itu.Mereka tidak mahu ikut ajaran agama. Mereka nak agama pula yang ikut kehendak mereka. Mereka rasa mereka pula yang kena diikuti.

 Sebab itu banyak yang asyik tanya: “boleh tak kami buat ini dan buat itu?” Bila dijawab tidak boleh, maka mereka akan cari orang lain pula untuk beri fatwa yang lain.

Sebabnya mereka nak buat juga apa yang mereka hendak buat.Mereka nak cari jalan macam mana nak buat sahaja apa yang mereka kehendaki. Mereka bukan nak fikirkan apa yang Allah nak mereka buat tapi

mereka nak cari justifikasi untuk membenarkan mereka buat apa yang mereka nak buat sahaja.

Agama tidak membenarkan yang berkuasa menzalimi yang lemah, sedangkan kemapanan mereka dipertahankan dengan jalan menekan golongan lemah.\

وَقَالُوا۟ نَحْنُ أَكْثَرُ أَمْوَٰلًا وَأَوْلَٰدًا وَمَا نَحْنُ بِمُعَذَّبِينَ ﴿٣

﴾“Dan mereka berkata, ‘Kami mempunyai lebih banyak harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab.’”(Q.S. Saba’ 34:35)

𝒑𝒖𝒏𝒄𝒂 𝒎𝒂𝒏𝒖𝒔𝒊𝒂 𝒌𝒖𝒇𝒖𝒓 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃 𝒌𝒂𝒚𝒂

​​Kaitan dengan ayat yang lepasSetelah Allah menceritakan keesaannya dan kekuasaannya dengan berbagai-bagai dalil yang jelas dan bukti ada hati pembalasan dan juga cerita tentang kerasulan nabi tetapi

mereka tetap menolakMaka ayat hari ini sebagai hiburan kepada nabi dan kepada mereka yang buat kerja dakwah makan rawatannya adalah Al-Quran.

Pengajaran Surah Saba'ayat 33

1- Orang-orang yang sesat dan ada kuasa sentiasa berusaha bersungguh-sungguh siang dan malam tanpa henti orang yang di bawah ataupun pengikut mereka kerana dengan menyesatkan orang
dibawah mereka akan terus kekal berkuasa

2- Syirik adalah kufur kepada Allah dan bukan semua kufur adalah syirik kepada Allah

3- Antara sifat orang munafiq yang bertopengkan Islam adalah akan sentiasa menyuruh Orang-orang Islam yang lain agar mensyirikkan Allah dan melakukan amalan-amalan yang tidak selari dengan
sunnah Nabi sallallahu Alaihi Wasallam dengan menggunakan perkataan-perkataan yang indah dan atas nama Islam.

4- Menyesal tidak akan berguna setelah melihat azab Allah kerana sifat utama orang bertaqwa ialah beriman dengan perkara yang ghaib.

5- Antara bentuk alasan orang-orang kafir samada pembesar ataupun orang di bawah iaitu tangan dan leher diikat dengan belenggu sebagai tanda penghinaan.

Tadabbur Surah Saba'Ayat 34

وَمَآ أَرۡسَلۡنَا فِي قَرۡيَةٖ مِّن نَّذِيرٍ إِلَّا قَالَ مُتۡرَفُوهَآ إِنَّا بِمَآ أُرۡسِلۡتُم بِهِۦ كَٰفِرُونَ

​​Kami tidak mengutuskan kepada sesebuah negeri seorang rasul pemberi peringatan melainkan orang yang berada dalam kemewahan di negeri itu berkata:

“Sesungguhnya kami tetap mengingkari apa yang kamu diutuskan membawanya”.Saba: Ayah 34

​​- Tidak Kami putuskan sebuah kariah/ negeri (kawasan samada besar atau kecil/ penduduk ramai atau sedikit)

Dimana-mana/ tempat nazir (pembawa berita) pemberi peringatan( Nabi)
- jangan bawa berita gembira sahaja bawa juga peringatan

- Allah sebut satu sahaja Nazir( bila sesat kita bawa berita peringatan)
- kecuali telah berkata orang yang di mewahkan مُتۡرَفُوهَآ( orang kaya)

- nikmat keluasan rezeki مُتۡرَفُوهَآ- Allah hendak beritahu tentang orang yang kaya dan hidup mewah

- sesungguhnya kami dengan apa yang kamu diutuskan dengannya ( mesej/ risalah/ kitab) kami ingkar كَٰفِرُونَYang tersirat dalam ayat ini

1- bila ramai orang jahat menentang nabi bukan perkara baru

2- sebenarnya yang kufur kepada rasul kebanyakannya dari orang kaya dan orang miskin menjadi pengikutnya

- Allah guna perkataan mutrafu( punca manusia kufur ialah kemewahan

- punca kufur bola banyak harta

وَدَخَلَ جَنَّتَهُۥ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِۦ قَالَ مَآ أَظُنُّ أَن تَبِيدَ هَٰذِهِۦٓ أَبَدًا ﴿٣

﴾"Dan dia memasuki kebunnya dengan sikap merugikan dirinya sendiri (karena angkuh dan kafir); dia berkata, "Aku kira kebun ini tidak akan binasa selama-lamanya,"(Q.S. Al-Kahfi 18:35)






















IKLAN RAYA PKNS 2024 "CONTENG"

Iklan terbaik 2024 👍 Memang terbaik lakonan Que Haidar & Wan Maimunah 😍

VIDEO VIRAL BUKIT BINTANG

[Kajian Musawarah] Fiqh Sholat | Kesan,Makna,dan Hikmah Al Fatihah dalam...