Sabtu, 16 Mac 2024
SAYA DAPAT SATU SURAT MENGEJUTKAN DARI MUFTI PERAK
Menu tanpa nasi hari ini...
Aku nak buat Cucur Udang Kuah Kacang dan Tempura saja petang ni untuk berbuka puasa,
Menu batal semalam akan dibawa kehari ini. Hmm.
Cucur kucai udang diatasnya dengan tempura lagi....Apa istimewa cucur kucai udang di atasnya tu? Istimewanya cucur ni ,udang di atas tepong tu menjadi cucur itu berbau sedap. Jika kawan anak2ku datang daku buat ini...MaasyaaAllah sedap kata mereka. Hihi aku suka sangat. Cicah dengan kuah kacang. Aku belajar cucur ni di masa "Remove Class" dulu...Kantin jual cucur ni dengan letak 2 ekor udang di atasnya bila digoreng, bau udang goreng terkena tepong cucur berkucai itu, alamak bukan main lah sedapnya. Hihi. Tapi hari ni Udang ku agak besar...sepatutnya letakkan udang kertas di atasnya tu...Mak oi rangup sampai kekulit2nya...Jangan buang kepala udang tu tapi basuhkan pada bahagian atas leher udang hingga bersih. Jangan buang ekor udang...Semua bahagian boleh di makan. Syarat udang kertas. Jika udang ku nanti nak kena cari yang agak kecil jika tidak kena buang kulitnya. Bila buang kulit udang tu dah tak wangi cucur tu...Jika udang kertas boleh rapuh krup krup rangup udangnya.Hi hi
Tempura pula ...yang daku ada adalah brokoli,lobak merah,cendawan citaki yg agak besar tu. kobis pon boleh, terung, hmmm dah banyak tu. Hari tak payah makan nasi. Sedap ja. Cicah sos soya. sos kicap. Hmm mengancam. Makan sayur aja hari ini.
Semalam Makan Nasi beriani Faiz sedekah dan daku pula nak sedekah menu Ramadhan kepada mereka. Nak upah Mariam masak untuk 3 keluarga Maznah, 2 keluarga kak Hindon ,2 keluarga Aini Rohaya...2 untuk Faiz. InsyaaAllah untuk minggu depan. Upah buat Nasi daging pula. Teringat pulak pada Bapak ku jika bulan Ramadhannya dia pasti buat Nasi Daging untuk keluarga dan jemput kawan2nya datang berbuka Puasa di rumah. Pak pandai masak..Keluarga dari Titi Serong Parit Buntar, bakat memasak mereka nombor satu. Kan keluarga sebelah sana banyak ambil Cateering. Zaman dulu di Lenggong tak pernah ambil Catering..tapi anak2 Pak semua jika Kenduri Kahwin ambil Catering dari Parit Buntar. Pak kalau masak Nasi Daging akan pak buat "Sambal Kerisik"..,.Sebelum ni orang Lenggong tak Pernah makan sambal kerisik...mereka belajar dari orang sebelah sana "Sambal Kerisik" Sedap sangat. Pak modern orang nya...Pergi sekolah zaman tu pakai Coat. Pak selalu kata Mana Pentaloan aku tu...hahaha...Pak! Pak ! Mintak duit...Pi ambik dlm pentaloan aku...hihi...
Jika kau orang baca cerita2 ku anggapkan benda santai ja...sebab aku rindu sangat "Nostalgia Kisah Dulu" Pakku Masa tu pakai kereta A forty....tah aku tak tau ejanya..kiki...aku masih kecik masa Pak Mengajar...Mak ngajar aku masih ingat. Zaman mak dgn Mak long Tah pergi Sekolah Temelong naik basikal...jauh tu...kesian mak yg anak ramai...Tapi mak kuat semangat...
Selalunya Mak ngan Pak bila ngajar satu2 tempat dapat dok rumah sekolah. Masa di Sekolah Kerunai..mak duduk di rumah sekolah. Bila mana daku kerja di Asrama Risda Grik daku teringat Cikgu dari SK Kerunai datang berjumpa aku di Asrama RISDA..MaasyaAllah Kak Zam anak Cikgu Pa'uu. Orangnya Comel mata bercelak, berjumpa aku di Asrama RISDA ...terus dia sebut..."MaasyaAllah kecilnya dunia ni." Hanya aku yang paham.. Dia Guru, yang duduk dirumah Guru Kerunai bersama kawan2nya. Masa itu dia belum berkahwin.
Dia teringat nostalgia keluarga Mak duduk situ...Abang Manap dibesarkan di rumah tu...Kak Zam...Bekas kekasih Abang Manap...Tapi dia tak tanya pasal Abg Manap padaku...Dia hanya diam dengan perkataan tu aja...Aku dan dia aja yang paham...Nampak dia sedeh... Dia berkahwin dengan seorang guru jugak...Kesian mereka berdua...Kesilapan bicara , putus kasih mereka di tengah jalan...Dah datang meminang dah...Kesian sungguh. Kata2 dlm surat Kak Zam pada Abg Manap amat menyedihkan..." Saya gagal menikmati cahaya neon di Bandar Ipoh bersama orang yang saya sayang" Kesiannya mereka...Abang manap cerita padaku hari tu bahawa dia akan ambil Kak Zam meskipon sakit, jika Kak Zam sama2 sorang...Abg Manap masa muda memang lawa...Macam bintang filem Hidustan "Rishi Kapor" orang kampong panggil... Syukur abang manap setia pada Isterinya yang dah pergi. Setiap Jumaat dia akan melawat kubur Kak Ami...Aku pon sayang Kak Ami...Baik sangat orangnya...Mukanya sebijik muka ku...Semua anak2nya akan pelukku sambil menangis sebut"Ingat mak " Memang Mak Cik Eni macam mak"
Doaku... Janganlah kami Alpa ya Rabb...
Aku yg paling kena kuat... Aku ada anakku, adik beradikku yg sayang padaku.... Aku ada Allah dan Rasul... Itu yg utama... Terisak2 tu... Ala tak pa ja... Sbb.. Kita pernah dlm tekanan kot... Hihi... Aku kena ubat diriku... Motivate diriku agar kuat... Anis kuat sgt... Aku belajar dari anakku... Tak usah heran... Tapi aku tak mahu anakku nak ajak gi check up, kat doktor swasta... Tak mo la... Buat apa buang duit kataku... Anak ku kata ayah Linda dpt kesan kenser dlm masa minggu yg akhir2 ini ja, terus doktor kata kanser... Masa tu Linda cerita anis... Ah!!... Aku tak rasa aku serius sgt... Tapi ayah Linda dpt kesan dlm seminggu... Dan sekarang dah kembali ke Rahmatullah...Moga rohnya ditempatkan bersama2 dgn orang2 yg soleh.. Aamiin... Kesian mak Linda dia dah nyanyok... Hanya mengenali ayah Linda aja.. Ayah Linda seorang yang Pengasih terhadap isteri kata Linda...Linda pergi tanya majlis Agama... Cam mana nak jaga eddah org yg dah nyanyok....Apa pon, "Macam keroh di muara... Akhirnya jernih jua"... Lama2 mereka boleh handle...
Yaa Rabb, kuatkan aku...
Ya Rabb, kuatkan aku menghadapi semua ini...Teresak2, itu sedeh kah atau masaalah jantungkah. Selang beberapa jam...teresak2 lagi...heran!... lambat lagi check darah...Bln 4. Lindungilah aku...Doa kan aku ...
Pakar bius lihat X'ray jantungku...Aku tanya mengapa ada bahagian putih pada satu dpd jantung ku, dia kata " jantung ada bengkak sikit" tapi aku boleh ja operatian...tentu tak seriuslah tu...Harap2 tak...Hihi...teresak2 ntah apa sbbnya....
Jumaat, 15 Mac 2024
Hari ini ialah hari Jumaat...
Ha ha ha...Barang sampai tadi. anis order aja barang. Hari ini kami dah janji nak makan mudah. Yes , anis request aku buat kuah kacang aja, nak makan cucur cicah kuah kacang...Anis akan buat cucur udang dengan kucai. Tengok nanti siapa yang dan, buat. Menu kedua ialah Tempura kegemaranku. Hi hi ...aku suka sangat makan tempura...Tak jemu2 aku, kalo tempura.
Kami janji tak mahu makan nasi hari ni. InsyaaAllah. Jadi ..Mulanya daku cadangkan masak nasi dengan "Masak Tom Yam Udang" Anis pulak request nak makan cucur cicah kuah kacang. Selain daripada tempura yg kucadangkan itu. Aku onn aja. Tempura apa ya hari ni. Ada brokoli,ada lobak merah, adacendawan butang,dan cendawan jari, tauhoo, udang,...cukup 5 bahan saja. InsyaaAllah jadi.
Daku akan buat kuah kacang. InsyaaAllah. mudah ja buat kuah kacang bagiku. Hmm...daku goreng tempura dan anis janji balik nanti dia akan buat cucurnya kerana cucur akan sedap jika di makan panas. ok lah tu kataku. Daku boleh tambah lagi satu menu ia itu "keropok lekor" goreng cara aku. Celup tepung macam buat buat tempura jugak...hmmm mantap....
MaasyaaAllah...Maznah call. Anakanda Faiz nak hantar nasi minyak. Mariam masak. Kuahnya adalah menu Bah adik Iparku...Rezeki sungguh. Sambil Faiz hantar kepada Kakak Aini Rohaya , Faiz jugak nak hantar padaku nasi minyak...Maznah kata "Hang rehat dulu hari ni jangan masak , sebab tadi daku rasa macam mengah sikit....tapi ok ja.." Maznah! Maznah!...katanya semalam Faiz hantar Nasi Ayam padanya dan Mak Ndak Hindon. Hari ini hantar pada kami pula ...laa "happening" sedekah Ramadhan mereka.
Tapi aku kena masak jugak yang ku janjikan dengan Anis tu...hihi..Tak apa...Tak susah pon daku dah biasa. Daku memang suka masak..hihi...Tahun ni daku hanya boleh hantar makanan pada Aini dan anaknya Husna aja...sebagai ganti Bah, Pin, Hairi dan Haikal...aku rindu mereka...Ya Rabb...Bah cerita padaku tadi bahawa pokok asam belimbing yang ku tanam dah berebuah...Syukur ya Rabb...Mereka baru nak ambil pisang yang dah berbuah tu tetapi terlambat dah menjadi rezeki, monyet...hahahaha...
2 b continue...
Takut Faiz datang tak sedar...Kesian dia. Faiz dah sampai..Adoi sopan sungguh anak saudaraku. Isterinya Hafizah...Mariam namanya......Dia pulak penuntut lepasan University kat Australia...Kahwin dengan adik kawannya.... Masa kahwin tu tak tengok pon si mariam sebab Mariam berniqab. Bila ada jodoh, Allah permudahkan mereka. MaasyaaAllah anaknya sangat comel macam anak Arab...Hanna dan Isa...kedua2 anak Faiz dan Mariam, comel.
Menu kami terpaksa di sedikitkan sebab nasi sampai. Nasi Minyak Mariam bersama Goreng Ayam Bawang, serta Ibu sambal....Nampak gaya tak payah buat cucur. Daku nak batalkan juga buat tempura sebab daku nak buat sayur petola yang disedekahkan oleh Maznah pada hari ni. Petola ular yang masa kecil2 kami ada tanam dan Zam beli petola tu di Surau mereka..Kelmarin Surau sedekah kepadanya. Hari ini Maznah sedekah pada ku satu ,Aini satu dan satu untuknya....Maznah sedekah juga padaku, buah limau manis.
.Syukur ya Rabb...Rezeki lagi....kami hari ini. Moga Mariam, Dan Faiz serta Maznah dimurahkan rezeki dan mendapat Rahmat Allah di atas Sedekah Ramadhan ini. Semalam daku sedekah wang untuk posa pada Pin n Bah dan rendang ayam serta acar pada anakanda Aini Rohaya, memang Allah kata hari ini kita sedekah , esok rezeki akan datang pada kita...MaasyaaAllah. Amat benarklah janji Allah wahai Eni...
Hari ini Hari Jumaat
Hari ni hari Jumaat...Aku ketinggalan hari sekali lagi...Hanyut oleh detik2 yang berlalu. Aku akan rugi macam minggu lepas. Memang aku tak pernah lalai Jumaatku tapi minggu lepas Kak Hindon datang hari Jumaat hantar Quran bertulisan besar...Aku memang suka. pemberian kawannya dan bawa masak lemak daging salai yang menjadi buah tangan kawannya kepada sesiapa yang bertandang kerumahnya. Aku rugi besar hari tu. Aku terlupa baca Suratul Kahfi. Lupaku lupa mati hari tu, bahawa hari tu hari Jumaat. Ya Rabb janganlah daku terlepas hari2 pentingku lagi mulai sekarang. aku rasa rugi sangat.
Tadi daku bersembang dengan anakku dia sebut tentang hari ini hari Jumaat bila di balik dari pejabat. aku terkejut dari lalaiku ini.... Laa sekali lagi. Nyaris aku tak sedar hari lagi. Ya Rabb janganlah hambaMu yang lalai ini di tinggalkan hari. Makbulkanlah doaku ya Rabb. Tuhan yang memegang hari. Biar hari2ku yang berlalu bermanfaat ya Rabb.
Syaitan tak ada bulan ini, syaitan diikat... cuma yang salah adalah dari kelalaian kita sendiri sahaja. TuhanKu, aku hambaMu yang lemah...Nyaris aku dilupakan oleh hari yang berlalu ini. Hari ini pulak tu Jumaat Ramadhan pertama...sayangnya kalau aku lupa macam hari tu lagi.Ampunkan lah aku...Ya Rabb peliharalah hambaMu ini...Aamiin
Perangai PMX Akan Lupa Biarpun Dia Cakap Dua Hari Lepas
Khamis, 14 Mac 2024
Ahadun ahad, dalil zikir Allah, Allah
Rabu, 13 Mac 2024
Perjalanan Hidup Samsuri, Masa Depan PAS & PN, Prestasi Kerajaan Madani
Daku buat acar buah,acar Limau.
Hari ini daku buat acar...Acar buah, acar limau. Daku kekurangan cuka minta anakku beli cuka untuk buat Acar...Daku masak acar buah dimana anakku dapatkan buahan2 jeruk yang di belinya dari kedai Acheh... dan daku buat juga jeruk remia/kundang, musim lalu. dan jeuk limaunya daku buat sebagai kenangan limau yang diberi oleh Kak Yah (Abang Halid). Limau ini hasil titik peluh Abg Halid tanam di kebunnya. Daku nak buat kenangan pemberian merekamaka maka daku jerukkan. Hari tu semasa pulang dari rumah Abg Halid dan Kak yah di Grik ,mereka ajak kami singgah tengok kebun abang Halid..Abg halid tanam durian dlm kebunnya dengan bermacam2 lagi pokok buah2an. Abg Halid aja yang ikut Pak. Dia belikan tanah kebun dan usahakan hingga berjaya. Hebat Abg Halid berkebun...Macam Pak ngan Mak dulu2 ,Pokok durian Pak semua puluhan pohon. di Kebun Gua Badak..Pak berjaya jadi peladang guru yg berjaya sebenarnya. Cik Gu Said dengan kebun buah2annya...Makpon ..Dulu kampong ku sebelum naik rumah anak2, penuh dgn pokok durian rambutan pulasan,buah setiai, manggis ,pokok kerian ,limau pakling banyak pkok limau manis,mempelam kuini,sakhlat pon pokok kopi pon ada...Mak buat kopi sendiri, tu sebab daku tahu cam mana nak buat kopi sendiri. Harumnya kopi mak hmmm...bau sampai ke anjung rumah...sedap sungguh "aroma" kopi mak...hihi..
Abg Halid pergi, anak2nya nak terus jaga kebun , mereka akan upah orang jaga...Sayang sangat...Setiap musim buah Abag Halid bawa pulang ke kampung Buah2an dan di sedekahkan nya...Boleh dikatakan semua orang dapat merasa hasil kebun Abg Halid,,,pahala dia.Anak abg Halid yg Sulung Fatihah, kadang2 berulang dari KL pergi memantau kebunnya.Fatihah dan Jeff rajin balik tengok kebunnya. Kak Yah dah balik dari Trengganu setelah Eddahnya habis. Aina anak bongsu Abg Halid hantar. Sunyi dia, kesaorangan di Grik.
Masa Abg Halid pergi daku dapat mesej dari kawanku Imam Surau di belakang rumah Abg halid" Ain tak ada lah Cik Khalid...sunyi rasa kenangan ja yang tinggal" Fadzil kawan sekelasku dulu tulis padaku,..Fadil dulu tak salah Pegawai FELCRA dah pencen, Fadilni pernah datang ramai2 kerumahku semasa aku sakit...Dia selalu sebut aku masa kecik selalu sakit, dah tua pon mereka datang ramai2 geng darjah 6 datang melawatku...hihi Fadil siap Isteri dia buat sateh lagi hari tu...Masa kawan2 djh enam ku datang daku tempak pada Bah buat Laksa Siam...mereka kata sedap sgt....
Fadil, Jadi Imam kat Surau tu.....Memang sedeh...Sebelum accident dia dah turun pakai kasut di surau itu dan Abg Halid naik kembali ke surau pi masukkan duit ke tabung Surau...mereka tegur dia..Dia hanya senyum aja. Akhir mereka dengan senyuman Abg Halid...
Keluar dari surau tu dia cakap Pada Kak Yah isterinya (Kawan Maktabku) dia nak beli terung...nak masak kari ikan letak terung nak sahur esok hari...Hari Khamis... Nak puasa Khamis...Abang Halid nak masak sendiri kari...Abg Halid suka kari cara Mak masak...Abg Halid suka selera Perak..Kak Yah masak,selera Terengganu...Dah niat puasa dah Abg Halid masa tu...Malam tu accidence tu berlaku...Abg Halid di bawa ke Hospital Grik..dan malam tu di bawa ke Hospital Taiping...Abg Halid meninggal mlm Jumaat tu kiranya masih dlm berpuasa...Rezeki masing2...
Cakap pasal kebun, daku rindu juga kebunku...Kebunku hanya sekangkang kera aja di pinggir rumahku. Semua tu daku serahkan pada Allah, moga Allah jaga kebunku. Ya Rabb Jagalah kebunku...Moga berbuah apa yang ada di kebunku..nescaya boleh daku bersedekah.
Tangguhkan kejap...solat Israk ...kalo boleh jangan tinggal tambahan Ramadhan ni...
Kan ku sambunglagi..
Maaflah daku... tulis pon bahasa kampong org dulu2 aja ...hihi...kemudian daku semak sikit2 ja..tulis cuma boleh baca ja...aku kan cikgu yg dah ikat guruku kat kaki meja sekolah...tu sebabnya...
Sambung lain kali Eni...
Janji nak berubah...
Janji nak berubah tahun ini. Pada bulan puasa ni kita jangan beli sangat kerana jika kita beli akan berlebih2an makanan. Lambakan makanan berdosa tambahan pulak jika kita fikirkan mereka yg kat Gaza tu. tak ada makanan. InsyaAllah. daku cuba. Daku masak sendiri.
Puasa pertama tamat dengan menu sederhana. Tumis udang kacang buncis...Hamm sederhana saja cukup satu menu sahaja sebab di situ sudah cukup untuk keperluan protein dan sayur berserat. Kueh pulak daku buat kueh cucur badak...Keledeknya di sedekah oleh Maznah adikku...Sedap sangat daku buat sebab lembut tak macam yg orang nak berniaga...hihi masih ada lagi yang daku goreng suku masak sebagai kueh cucur badak frozen...
Minuman pulak, minuman ice cream buah kuini yang kubuat dan dimasukkan buah mempelam masak yang di potong kuib dan letak susu segar. Mantab sebab tak manis sangat hanya manis buah sahaja. Ditambah satu piring lagi jambu batu yang dipotong/hiris nipis bersama serbuk asam masin untuk dicicah. Daku memang suka makan buah yang dicicah samaada dengan asam masin atau pon sambal belacan ataupon kuah rojak.
Daku tak kira masa, jika nak makan buah masam untuk cicah , orang kelantan panggil (colek) Walaupon masa sahur daku boleh makan asam lagi. Dulu masa kecil2 dulu waktu sahur sanggup keluar rumah ambil buah setar,remia, atau kundang dia macam buah merapoh...untuk dicicah semasa lepas sahur. Ambil lampu suluh dan pergi ambil buah yang pohonnya melampai kebawah...hihi...Dahsyat kami masa kecil. Seronok ingat masa kecik...Sedehnya sekarang kita dah tua...hmmmm. Anakku pon sekarang dah pandai belajar makan colek2 atau cicah2 macam ku...hihi...seronok selera orang kampong ni.. Tambahan kami lepas demam suka makan buah masam2..
Cukup dulu diaryku hari puasa pertama...Ini diaryku semalam....
Doa pagi dan petang yang diajarkan Rasulullah kepada Abu Bakar Assidiq
Abu Bakar al-Siddiq R.A. berkata kepada Rasullullah S.A.W, Wahai Rasullullah ajarlah saya beberapa perkataan untuk saya mengamalkan nya pada waktu pagi dan petang,dan ketika hendak tidur. Rasullullah SAW mengajarkan doa ini supaya di amalkan ketika waktu pagi, petang dan ketika hendak tidur. Hadith riwayat al- Tamizi(3392)Abu daud(5067). "Sahih"
Ya Allah , Tuhan pencipta Langit dan bumi, yang mengetahui perkara yang ghaib dan nyata, Tuhan setiap sesuatu dan pemiliknya, aku mengaku bahawa tiada Tuhan yang berhak di sembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan gangguannya(kesyirikan), dan aku berlindung daripada terbabit melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Aamiin...
Shekh Idris Al Marbawi...
Kamus Al Marbawi dan Kitab Bahrul Mazi (dan banyak kitab lain2 lagi) karya Shekh Idris Al Marbawi ,Dari Lubuk Merbau
Meninggal di Ipoh dan di kebumikan di Perkuburan Islam Lubuk Merbau...Masjid Lubuk Merbau di namakan sempena nama beliau, Masjid Al Marbawi...Masjid ini adalah ditepi rumah beliau dulu.
BM4 | 250412 | "Shadow" Nabi & Kontroversi Solat Jamak - Ustaz Shamsuri ...
Cara Shalat Tahajud di Bulan Ramadhan - Ustadz Adi Hidayat LC MA
Allahhumma inna ka affuuwuntuhibbu affwaa fakfuanni...
Ya Allah aku banyak salah,Kau Maha Pemaaf dan Kau Maha Memberi Maaf.
Tiada daya dan upaya untuk aku tolakkan sesuatu hanya dengan kehendakMu...
Selasa, 12 Mac 2024
Calculation mudah ni untuk kita.
Calculation terbaik. Jika dapat habiskan satu juzuk sehari maka kita dapat khatam 30 juzuk dlm sebulan Ramadhan. Jika boleh buat 2 Juzuk sehari makanya kita dapat Khatam Quran 2 kali dlm Ramadhan ini. Jadi mari kita sama2 Habiskan 1 atau 2 juzuk sehari...InsyaaAllah kita boleh..Itu doa kita...Aamiin...
30 PELAJARAN PUASA NABI ﷺ
Isnin, 11 Mac 2024
Marhabban Ya Ramadhan
Marhabban Ya Ramadhan
Selamat datang Wahai Bulan Ramadhan, Bulan Mulia dan Bulan yang Kami Tunggu2. Kami Bersyukur kerana dapat juga Kami Sambut dan masuk ke bulanmu ini....Ya Ramadhan. Moga kami dapat memanfaatkan Bulan ini dengan sebaik2nya, Ramadhan Al Mubaraq. Jangan lah kami leka dlm mengharungimu hari demi hari sehingga ke sebulan Ramadhan ini. Moga ianya berlalu dengan tidak sia2, Ya Rabb pimpin kami dlm meniti bulan ini dengan pimpinanMu dan janganlah kami merugikan diri kami sendiri dlm bulan mulia ini. Jadikanlah kami memanfaatkan bulan ini ,dengan sepenuh-penuhnya Yaa Rabb. Tuhan Yang Maha Esa,Makbulkan lah doa kami....Aamiin.
Baik buat kita,
Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua sbg tazkirah dan muhasabah diri...
NTAHLAH KENAPA...
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA, AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...