Sabtu, 6 Julai 2024
Makan pagi daku buat kueh "chakoi", "pak kochok," "kundas"...
Hari ni daku buat Kundas. Pada pukul 6 .30 daku pergi dapor bancuh tepong dan peram. Hihi peram..
Nak tunggu solat Israq balik.
Ini kundas yg ku buat itu. Hihi teringat Pak. Pak rajin beli kundas kat kedai mamak dekat pokok besar simpang masuk ke Labit zaman dulu. Kundas kedai mamak tu letak kuah kacang jugak tapi dia letak masa beli, dari kedai lagi. Bila sampai rumah dah lebik. Kami kecil2 dulu suka makan walaupon basah dah lebek ...hihi kelakar. Kalau dah besar tentu tak berminat buat macam tu. Tapi Pak tentu tahu apa anak2 dia suka...hihi.
Daku siap masak goreng daku panggill anakku datang ambil kalo2 nak bagi murid Tuisyen dia . Mula kata tak mahu tapi murid dia kata ...Kak Afza adik lapar la... Anis terus datang ambil. Budak2 tu makan ..kata sedap sangat... Mak Kak Afza orang kampong ke sebab pandai masak. Ya kata Anis. Kak Afza pon orang kampong...Tak lah Kak Afza dengan Mama bukan orang kampong...katanya... mak kak Afza pandai masak...Nanti suruh mak kak Afza buat Makaroni Cheese adik nak rasa...Haha ha anak Linda yg ni jenis makan makanan barat...Dia request buat makaroni...Nantilah bila2 senang daku buat...kelakar budak kecik...
Masa masak kita kena siram minyak panas atasnya baru kundas tu dapat mengelembung besar...
Kuah kacang daku buat mudah je sebab dah ada kacang yang telah di kisar halus...hihi..
Anak Linda kata dulu mama buat kecik2 jadi panjang2...tak jadi...Mak Kak Afza pandai buat ,,,lembutnya sedapnya...hahaha..budak2 dia tak paham kadang2 yeast kita yg lama tak naik la kuih...yg ni rajin masak dengan mama dia...Anak Linda ni rajin memasak...pandai kedapor. Hebat Linda ajar mereka.
Kalau kundas biasanya kita cicah dgn kuah kacang. Daku ingat kuah kacang yang dah habis daku masak baru. Tiba2 anis kata masih ada..hihi tak apa lah...makan yg baru. Daku buat kuah kacang sebab daku nampakn nasi impit yg daku buat untuk makan dgn Kuah Lodeh...masih ada. Nanti daku masak sayur lodeh boleh makan "Lontong" Mana tak gemok...Anakku tak boleh diet klo aku ada sini, dia kata...
Bila daku nampak banyak sangat bancuhanku daku terpaksa buat roti...Bakar sekali arung kat air fryer...hihi..tak cantik sgt...kalo bakar kat oven tentu cantik...hihi Anak ku tak ada oven...mana ada masa nak masak sangat katanya...Aku nak bawa oven ku dia kata besar sangat.. tak payah lah..Ok lah...
Roti ...sedap jugak...Boleh cicah kuah kacang juga kalu kundas habis...
Nanti buat burger pon boleh...
Kundas cicah kuah kacang...
Akhirnya dapat juga bagi anak Linda makan ..syukur sedekah budak2...dapat pahala...Syukur Ya Rabb.
Ini buah Matoa. Di komersialkan di Sekincan.
Ladang Kepunyaan Adik Nadzri Shah 79. kat Sekinchan.
Buah Manis seakan mata kucing. Sedap dan berkulit keras.
Boleh Singgah ke ladangnya dan ada dijual benihnya . Menurutnya senang sahaja untuk membiakkan anak benihnya melalui biji buah matoa ini.
Seakan buah mata kucing. Rasanya pon hampir sama.
Berkulit keras...
Isi dan kulit. Kami nak buka gunakan anak alu...hihi...keras betul kulit matoa ini.Anak Perak boleh komersialnya buah ini.. Moh orang Perak.
Kulit dan biji buah Matoa. Menurut adik Nazri benihnya mudah di tanam mudah tumbuh...sekejap sahaja membesar.
Yes Matoa.
Buah yang terlekat pada tangkai...Bila beli melalui COD penghantaran maka terlerai buah dari tangkainya...Apa pon dapat lihat juga yang berbaki 2 biji ini,....hihi...
Buah Matoa yang anakku beli...
Berilah aku jalan keluar yang paling baik Yaa Rabb...
Laaillahhaillallahhuwahdahulasyarikallahlahulmulkulwalhulhamduyuhyiwayumiwahuwaalakullisyaiingkhadir...Yaa Rabb aku ada Engkau. Permudahkanlah urusanku. Berilah jalan keluar yang paling baik. Kasih sejati adalah kasih kepadaMu dan Rasulku. Ampunilah aku. Aamiin.Ya Rabbal alamin. Yaahaiyuyakhaiyumbirahmatiashtaghishu ashlehli syaknikullahuwalatakilni ilannafsantarfatain.Yaa Zaljalaliwalikram Yaa Hannan Yaa Mannan Ya Fattah Yaa Razzak Yaa Ghanii Ya Mughni Yaa Aghnini.Ya Hayyuyakhaiyum..
Jumaat, 5 Julai 2024
Nasihat kubur
Nasihat Kubur
Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD2). Aku adalah tempat paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM .
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan banyak membaca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH.
5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT.
6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit,bebaskan rendaman itu dgn PUASA.
7). Aku adalah Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan banyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"
Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org..Ketika anda ingin menyebarkan ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "Sudahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pun, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. InsyaAllah.
Syaitan! Engkau kalah!!!
Indahnya Syurga
Indahnya Syurga
Dapat Syurga Yang Biliknya See Through Dalam ...
1) Bercakap baik semasa di dunia
2) Memberi org makan..masa di dunia
3) Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia
4) Bangun solat malam masa di dunia
Khamis, 4 Julai 2024
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...