Sabtu, 13 April 2024

Selesai Jamuan Raya daku dan anakku.

 Syukur Alhamdulillah.

Selesai  sudah kami menyambut tetamu Raya kami.  Semua yang datang gembira dan berpuas hati dengan lontong yang kami hidangkan .  Kuah Kacang dan sayur lodeh yang sedap kata mereka ...Syukur pada yang Esa mempermudahkan jamuan kami hari ini.

Letih sangat.  Daku  rasa nak solat Isyak lewat mlm ...rehat dulu...Dah Allah selesaikan segala urusan...Aamiin...

Kejar terus Kejar...

 VVIP Dunia adalah ujian juga,  Kejar terus untuk dapatkan VVIP akhirat..."Maju Terus Maju" Anda Boleh...Semua pon boleh InsyaaAllah...Teruskan walaupon Ramadhan dah pergi...

NASIHAT UNTUK USTAZ YANG SUKA BACA HADIS PALSU

#628 Ulama Palsu?! Dibongkarkan @gurugembul ! Habib Bahar Kena Petik! Di...

Monkey Kaka carries baby monkey Mit to her mother to feed him

Jumaat, 12 April 2024

#355 Nerakakan Orang Pada Perkara Khilaf? Mencela-cela dalam kuliah? Bel...

Hidup dibelenggu...


 

Monkey Kaka cuddling baby monkey Mit is so cute while sleeping

MELAYU TAK LAYAK PIKUL KALIMAH ALLAH┃Khutbah Jumaat┃Dr.Mohd.Rosdi

Indahnya Ingat padaMu


 

Sakit Namun Nikmat...Itulah...


                     Rindu 

Rindu PadaMu Terlantun Duka Nestapaku.

Assalamualaikum... Semoga mendapat berkat dengan Surah Al- Kahlf di hari Jumaat Mulia Penghulu segala Hari.

Selamat Hari Raya 


LARANGAN BERTANYA HADIS | BAGAIKAN KATOLIK ABAD PERTENGAHAN

AWAL-MULA LAHIRNYA TUDUHAN GELARAN WAHABI!!

Hari terakhir berbuka puasa tahun 2024


Hari terakhir berbuka , lemang telah dapat dan rendang telah tersedia, maka kami berbuka dengan lemang di cicah sambal hitam Serawak hasil masakan anakku.  Dia di serawak lama belajar, minatnya masakan Serawak.  Lagi pon dari kecil anakku telah terbiasa dengan rempah masak hitam Kak Esah jiran kami yang menjual Rempah Masak Hitam Serawak yang mana setiap kali Kami balik ke Taiping , anis akan pergi membeli 10 paket Rempah masak hitam Serawak untuk di bawa balik ke Taiping. 
Oleh kerana sudah ada pulut mengenyangkan maka daku hanya buat Mee Goreng Korea sahaja untuk berbuka kali ini.  Di samping itu daku juga jadikan Limau Sunkist sebagai pembasuh mulut kami dan sirap merah saja sebagai minuman menghilangkan dahaga.


Mee, lemang dan Sambal Masak Hitam Serawak.


Kagum dengan Lemang yang dibuat secara tradisi ini, sedap sangat dan lain kali memang tak boleh kecualikan Lemang ini...Syukur Ya Rabb.  Sedap sungguh macam Lemang yang mak buat masa kami kecil...Daripada Bapakku membakar lemang sehingglah jatuh tugas kepada anak2 lelaki Pak dan mak sudahnya tugasan membakar lemang...Mereka saudara lelaki kami yg Enam pandai membakar lemang.  Tapi ada yang dah kembali keRahmatullah.  Moga mereka selamat dalam pelindungan Allah di sana.


Ini Sambal Masak Hitam Serawak.  Daku komen ..Sedap sangat.  Mungkin kerana kami dahulu sentiasa makan rempah masak hitam Kak Esah...dari Serawak.   Semoga Kak Esah di rahmati Allah dan tenang di persemadiannya. Ya Rabb.


Sahabat ku semua.  Ini adalah mee goreng dengan SosKorea keluaran ADABI.. Saya rasa sahabat semua kena buat ini ,untuk sahabat cuba rasanya yang sangat enak sehig sorang pengantin baru pernah berkata "Diantara mee yang paling sedap yang pernah dia makan selama ini"..Komen saya memang sedap.  Telah saya share di Youtube saya di "Laman Noraini"


           Minuman kami hanyalah light sirap tak manis sangat supaya sehat dlm bulan Ramadhan ini...Tq Rabb...Syukur.



Pembasuh mulut Limau Sunkist sahaja.  Ini semua untuk memudahkan pencernaan. Syukur.

"Salam Selamat Hari Raya Semua"

"AllahhuakbarAllahhuakbarAllahhuAkbar
LaaIllahhaillallahhuwallahhuakbar.Allahhuakbar walillahhilhamd."
           Jangan Lupa bertakbir di tiga hari Raya ini.  Terima kasih.  Moga sejahtera Selalu...

#749 Khutbah DrMaza Yang Menggegarkan TikTok Pagi Raya! Jom Kita tonton ...

KHURAFAT DIDALAM SELAWAT YAAHANANA

Khamis, 11 April 2024

Ya Rabb... Makbulkan doaku...


 

TNE2 | 010419 | "Misteri Suara Awan & Hidup Equilibrium" - Ustaz Shamsur...



اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Ya Abdallah...Siapa namamu...
nama apa...Sama dengan bebutan awan itu?
Pi juguih kebun hang...
Apa Istimewanya hang...Aku tak mau cerita tapi hang tanya aku cerita...
Aku dpt hasil cucuk tanam...1/3 daku sedekah ...1/3 lagi aku buat modal musim akan dtg. Aku tak tahu istimewa apa ...
Hadith ini memberitahu istimewanya sedekah...
Seorang bertemu Nabi// " Sedekah yg tengah sihat tak lupa pada Allah...Tak ingat pada nak mati"
"Kembara Zainal" Bawa org gi Mekah...
Ustaz Mai ikut saya ..Dia tak sedap hati...
Ikuti cerita selanjutnya...Allah beri dia di kebumikan di Perkuburan Baqik.

Sedekah ketika kita sedang sihat.

Kena cermat bukan kedekut.

Ikuti cerita seterusnya....Dalam cermat sedekah boleh jalan...ini bagus...
Sedekah yg di beri dlm miskin...baik...jangan tangguh...

Salam Subuh...''11 April 2024''
Ajalku tidak Allah tangguh walau seminit...Cepat2 infaq...jangan tangguh...
Ditangguhkan Jam 6.16 am.....Bye



Live Now: Khutbah Eidul Fitri Oleh Ustaz Halim Hassan

10-04-2024 Khutbah Aidilfitri Prof. Dato Dr Maza


Yang ada sudah tiada...Allah Maha Besar.   Kemana daku akan bawa kedudukan ini...Banyak hal2 yg telah hilang.  Dunia beredar dgn begitu pantas...Sebulan Ramadhan telah kita lalui.  Apa lagi yg aku cari dlm kehidupanku  ini.  Siapakah yg menang...Siapakah yg berjaya...Jawapan yang tuntas dan ringkas...semuanya di Tangan Allah Azzawajalla.
Kullulnafsin ala zikkarulmaut...Setiap nyawa yang hidup akan menghadapi mati,,,
Kamu hanya akan membawa amalan kami .......Tidaklah kehidupan ini hanyalah bila selamat dari neraka dan masuk ke syurga dlm aman....Berapa ramai yg dipuja akan pergi...Kemenangan apakah lagi yg kita harapkan di dunia ini.  Walmanhayatiddunya......Tidaklah kehidupan ini hanya lah permainan yang sia2...Agama arahkan agar kita mendapat kedudukan kebaikan hidup di dunia dan akhirat...Kita perlu jadi Kehidupan di Dunia. Yg Sementara ini......

Jihat adalah ubat bagi mengangkat martabat Islam...Ramai yg membaca Al Quran kerana Jihadnya orang2 Palastine.

Sesiapa yg mennghidupkan .....
Marilah kita ucapkan perkara2 baik dlm menghadapi arus kehidupan kita,,,
Berikan lah pertolongan saudara2 kami di Palastin....

Kita...akan pergi dan tak kembali lagi...selamat mengharungi dunia yg penuh dugaan, Dah April.  Count Down aku ke Januari 2025 pula, Dengan penuh Redho..Moga Selamat dari sebarang dugaan yg bakal menimpa.  Syukur Yaa Rabb.

الحمد لله حاضر وجزاكم الله خيرا وبارك الله فيكم





MALANGNYA!! NEGERI² LAIN MEMBERI RUANG BAGI KESESATAN TAREKAT NQSBNDI NAZIM

Assalamualaikum...

 Tak sangka daku boleh beraya  kali ini hanya dengan meminum air juice dari lobak putih.  MaasyaaAllah  sakit tu macsm dicabut buang aja.  Syukur Yaa Rabb.  Betul ...Setiap penyakit ada ubatnya.

Rabu, 10 April 2024

Takbir Raya Kompleks al-Abqari 2024

KENAPA IMAM MALIK TAK PAKAI PUASA 6?!!

Monkey Kaka and Diem welcome new members of the family

Sesuatu yg indah...



 

Assalamualaikum


 

Daku tak boleh raya kot ...Sakit pinggang sangat.Semuanya dari Allah...Kak Hindon suruh Raya Rumah dia.  Belum tahu boleh kah daku pergi...Kepadamu daku ucap Selamat Hari Raya, Maaf zahir dan batin...Moga Allah beri Rahmat.Itu doaku selalu.  

Saat ni memang aku hilang harapan dan rencana Ya Rabb... telah Kau  ingatkan daku bahawa Cinta pada Mu jauh lebih besar dpd kekecewaanku, dan rencana yang engkau siapkan untuk hidupku, jauh lebih baik dpd impianku Ya Rabb.

Terima kasih Allah. aku tetap syukur dgn ini semua.

Isnin, 8 April 2024

LIVE NOW Prof Dato Dr MAZA Tazkirah Terawih

Nikmat lebih besar adalah nikmat berbicara dengan Allah.  Nikmat kerohanian, bermunajat dengan Allah...Alhamdulillah.

Menu kelmarin mlm 28 Ramadhan.

Kami makan Nasi Arab bersama sambal Masak hitam Kak Esah.  Daku sebut Kak Esah sebab dulu masa Anis kecil2 rajin buat ini , Anis suka sangat.  Hari ini, anis yang buat sambal masak hitam Serawak..Kak esah orang Serawak dah pon pulang ke Rahmatullah.  Moga Kak Esah Damai di sana.  Setiap nak balik Taiping anis akan pergi beli dirumah Kak Esah 12 paket  serbok sambal masak Hitam Kak Esah memang sedap.  Hari ni anis yang masak ,Masak Hitam Serawak pada 2 kg daging.  Ternyata sedap.  Ingat nostalgia masa kecik2 dia gemar makan sambal tu.


Nasi Arab yang ku buat di letakkan sambal masak hitam, jelatah dan acar yang daku buat.
Alhamdulillah sedap.  Berselera.


Air siirap merah...


Sambal masak hitam Kak Esah(Sambal masak Hitam Serawak)


Nasi Arab yang ku buat tidak guna beras Basmati pon  Guna beras biasa. ja. Tetiba anis request nak mak masak nasi Arab untuk gadingan Masak Hitam Serawak yg buat siap2 untuk Raya.


Acar buah daku buat. Semua jerok yg daku buat sendiri,.Bawa dari peti ais Lenggong.  Daku rindu Lenggong.


Acar rampai gandingan Nasi Arab dan rendang masak hitam serawak


Semua hidangan hari ini.


Mempelam ,pembasuk mulut.
Ya Rabb kami bersyukur padaMu kami dapat makan rezeki anugerahmu meskipon tak lah sehebat hidangan Istana....hihi...




Sampai bila ya..?



Maaf Dzahir dan Bathin sempena hari Raya ini dan daku harap kau maafkan ku...InsyaaAllah

Aidilfitri Serata Dunia, Pengumuman Khas KS, Isu PADU

Mak Saya Tiada Saudara, Dia Sebatang Kara - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

CERITA POPULAR DALAM MASYARAKAT MELAYU

HADIS PALSU DALAM TAJUL MULUK, FADAIL AMAL JAMAAH TABLIGH DAN KITAB LAIN

Ahad, 7 April 2024

So Touching! Mom's tears of happiness when monkey Kaka returned

Menu kami hari ke 27 Ramadhan, 2024

27 Ramadhan, kami masak kari kambing.  kari kambing dibuat jelatah buah Melon ,sambal , petai jeruk, mantau/pau serta air sirap.


Kari daging kambing menjadi pilihan kami hari ini.  Daku mula mengemari kari kambing bilamana daku pernah rasa Kari Kambing ,Brahim's.   Sedap sangat.  Daku tak makan kambing sebelum ini...  Sekarang jadi gemar makan kambing.  Syukur dapat makan daging kambing.


Melon/Tembikai susu.


Jelatah sayur...Acar sayur sesuai di makan dengan gulai kari.


Mantau/pau ini anakku makan dengan  celup kedalam kari kambing.


Jeruk petai yang belum berapa jadi...hihi



Sambal yang sesuai dimakan dengan Kari.



Air melon Strawberry dan air sirap biasa.
Kami tetap bersyukur dengan makanan sederhana kami.  Syukur Ya Rabb yang 
menganugerahkan kami makanan dan kami dapat makan  dengan rasa sedap 
di lidah kami anugerahMu jua.



Diem cried while waiting for Monkey Kaka on the stairs

Sedehnya menghadapi situasi ini.  Daku dah rasa bila adik hilang. Daku terus mencari sampai pukul 4.00 pagi.  Masa tu daku bertongkat.   Daku terus cari adik tak dapat kesan.
Kejadian berlaku masa daku pergi Bangi.  Dia kata adik hilang terus daku balik cari adik.   MasyaAllah adik hilang terus.  Tak jumpa pon.
Pukul 4.00 pagi daku dengar suara adik bunyi adik memang perlahan suara adik memang tak kuat macam suara baby.  Tapi daku dengar dlm keheningan mlm tu...Pukul 3 pagi daku turun dari tingkat 2 rumahku ...daku dengar seakan2 suara adik ...Bunyi macam dekat aja . perhati ada kucing dekat situ si hitam kawan adik (blacky).  Dia seolah bagi tahu aku adik kat situ. Daku hampiri Blakky...kucing liar di situ yg kadang2 adik kawan dgnnya bila adik terlepas turun ke bawah flatku.   Daku hampiri blacky dekat saja selang 2 rumah dari rumahku...Akhir nya daku dipanggil. oleh tuan rumah mengatakan adik ada disitu. 
Adik ada dalam cage mereka letakkan adik dalam cage sebab adik jatuh dari tingkat satu rumah kami.  Kaki adik cedera.  Mereka takut kaki adik bertambah parah. Sedehnya daku sebab kaki adik patah.  menunggu esok daku cagekan adik untuk bawa adik ke Klinik Haiwan di Seksyen 13.
Adik di warded selama 10 hari.   Doktor beritahu kaki adik patah dengan tulang pecah di dalam..Maknanya ada serpihan didlm nya.  Mereka perlu operate adik.  Daku terima agar adik di operate.  Kos pembedahan adalah lebih kurang 1200.  Ok daku terima ...

Syukur adik boleh di selamatkan adik masih boleh berjalan betul,...Tapi adik perlu di beri ubat dengan rapi adik di letakkan besi di kakinya ternampak besi keluar.  Sedehnya tengok adik pada masatu.
 Bila kawan sekolah ku tanya mereka kata "kalau akak tak kuasa nak hantar keklinik lebh baik bagi anak makan duit tu" Daku abaikan kata2 sedeh mereka  tu.  Mereka tak tahu betapa sayang dan sedehnya kita dengan binatang peliharaan kita.   

Adik daku jaga dengan baik, sampai adik pulih seperti biasa.  Adik...kucing ku paling manja suka sakit. adik pernah tak boleh kencing...Kesiannya daku tengok adik menong...Daku bawa ke klinik Veterinar kat UPM...Mereka warded adik 6 hari...Daku doakan terus untuk adik cepat pulih.  3 kali daku baca Yassin untuk adik...Bayaran di sini mahal juga cecah ribu tapi daku rasa daku sangat bertuah kerana ada adik pelatih Doktor Veterinar beri daku guna kad mereka untuk dapat gharga yang kurang 25%...Daku kena bayar RM600 sahaja.  bersama dengan upah hari adik di warded.  Balik kampong adik sakit terok lagi...Kali ketiga adik sakit hinggalah adik mati didepanku pada jam 6.00am tepat diatas katilku.  Daku tunggu adik dari pukul 3.00 pagi bila adik lari masuk bilik airku dan tidur disitu dengan semut mula datang mengerumuni adik ...Daku ambil adik sambil menangis menyapu semut2tu..yang banyak menghurungi adik...Kesian adik....Tepat 6.00 pagi adik pergi dengan beberapa kali daku baca 'Allahhummahauwinalaina fi sakaratulmaut.."
Adik pergi 20 hb 10 tahun 2020....Adik tak sakit lagi dah di sana. Baby sekarang dak menjangkau usia lebih 2 tahun dpd usia adik pergi.....Panjang umur baby...Baby begitu gemok sekali ...Kesian baby...
Daku harap monkey kaka di temui kembali.
Sekian cerpen sedehku bersama adik...Kucing Kesayanganku...







#209 Ustaz Budak Cabar Alim Wahabi Wababi?!






#742 Kahwin Ketika Ihram?

#744 Sudah Berkali Ditegur: Ust Don Tak Serik?

Berpadalah apoa yang sebut oleh Nabi sahaja...



#745 Ustaz Don Ft Siti Nurhaliza Menyanyi Cindai + Selawat? Rupanya, Ust...

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...