Ahad, 5 Januari 2014

Itik berenang2 maanja...


                                                         Shinrinkuen dalam kenangan.

 Di Taman Shinreen berbasikal dengan menyewa dari penjaga taman dan mengayuh basikal di sekitar taman yang agak luas sangat menyeronokkan.  Sampai di tepi tasik yang mana terdapat itik berenang2  manja.  Seronok sangat kerana suasana dingin menjadikan kita tidak mudah penat walaupun mengayuh basikal menaiki bukit...hmm menyamankan.

Jepun dalam kenangan.  Qurrata dan Aini dekat Tokyo Bay . Shopping.

Baru sampai di Taman Shinrin dengan Qurrata yang pada masa ini dia sahaja tahu berbahasa Jepun.
Mummy Qurrata terpaksa tanya Qurrata nak cakap nak sewa basikal di Taman.  Qurrata yang cakap dengan penyewa basikal di taman.  Indahnya kanak2 baru Pra Sekolah fasih berbahasa Jepun.

 Bergambar dengan kawan-kawan Qurrata Aini Tadika Minami. Guru Besar berbaju petak dan guru tadika Aini. Guru Tadika telah lama berijazah di Jepun dan mendapat kedudukan tinggi di Negeri Matahari Terbit ini.  Bila Malaysia akan mengangkat martabat guru setinggi mereka?...Bukankah guru yang menghasilkan seorang Perdana Menteri ? dan....
 He he he ...Seronoknya main salji.  Bukan apa terasa teruja sikit dan kagum dengan keajaiban Illahi...maklumlah kita bukan selalu nak ke negeri 4 musim ni melainkan orang2 kaya dan pelajar2 yang belajar disini.  Menurut jiran sebelah merekapun teruja bila salji turun...anak2 mereka bersorak ...yuki!...yuki!... cam tu lah keadaannya....  snow!...snow!...salji....salji...he he he...
                                                    Qurata dan Mak Cik di Taman Shinreen
wow sejuknye...Indahnya...Jepun dlm kenangan






MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia


Jom kita Kongsi kepada rakan anda . insyaAllah siapa yang Share ini , selagi ada orang yang m'baca dan beramal . anda turut dapat pahala..

PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara struktur Kaabah yang merupakan keajaipan.



 PERLU DIKETAHUI Berikut 15 perkara merupakan keajaipan yang kurang diketahui ramai tentang struktur Kaabah dari sudut sains  

.Ini adalah beberapa petikan yang saya petik dari facebook yang saya rasa baik untuk saya share buat pembacaan kita bersama.
 
 1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
 2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
 3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
 5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman.kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
 6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
 7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
 8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itulah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
 10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
 12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...