Sabtu, 20 April 2024

Beraya rumah Kakak Aini Rohaya,


Sedang makan dengan Una, Una tak pakai tudung tak boleh
 keluar...gambar...hihi


Masih dengan cucu Pah Cik,  Una ...hihi.  Dia dah mengantuk sangat dah,  Balik dari sekolah.  Pah Cik dan mak Anis mai raya....Una makan2 terus lena atas kerusi.  Kesian Una. 


Daku dengan Aini Rohaya anak Maznah.  Comel macam Maznah masa muda.  Maznah kata

 Eh! gambar bila ni .Tak ingat pon pakai tudung ni...hihi...






Lepas makan...daku dan aini bergambar. 


Kami lagi


Aini dan Anis...


Lagi...


Daku dan Aini


lagi....


Di bilik Una ada "Moci "  kucing kesayangan Una dan Aini


Moci, Aini , Daku dan Anis.   Anak Moci dan keluar tak sempat bergambar.


Kuro anak Moci... 


Selamat Hari Raya Datang malam Una dah Lena dah...


Makan Cucur Kakak buat sedap sangat...Habis cucur baru makan Lontong.
Tq kakak.   Datang malam...Sorry...


Nasi Impit


Lontong.. 
Dah mula makan.... Hihi


Sos cili cicah cucur.  Sedap cucur kakak buat.


Sayur lodeh.


Kuah Kacang. dan gambar kueh tak ambil.

 





GREAT RECORD FROM ISRAEL! ISRAELI ARMIES MAKE HISTORY AGAINST IRANIAN MI...

Tatacara solat witir yang manakah lebih afdhal untuk dilakukan.

 

Saturday 2 March 2024

Tatacara solat witir yang manakah lebih afdhal untuk dilakukan.

 


Soalan:

Assalamu’alaikum tuan Mufti, saya ingin bertanya tentang tatacara solat witir yang manakah lebih afdhal untuk dilakukan. Adakah secara tiga rakaat satu salam atau tiga rakaat dua salam ?

Jawapan:

Wa’alaikumussalam w.b.t

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Kalimah witir atau sebutannya وَتْر / وِتْر  watru dan witru dari sudut bahasanya membawa maksud tunggal (bilangan yang ganjil) iaitu kalimah yang berlawanan dengan syafa’ (genap). Dari sudut istilah pula, witir bermaksud: ‘’Solat tertentu yang dilakukan pada waktu yang tertentu yang menutup solat-solat malam, sama ada ia dilakukan pada awal malam, pertengahan, atau pengakhiran malam’’. Bilangan rakaatnya adalah bilangan yang ganjil dan disebabkan itulah ia dinamakan sebagai witir.

Solat witir merupakan antara ibadah yang sangat digalakkan kepada setiap umat Islam. Ini dapat dilihat berdasarkan beberapa riwayat yang menceritakan tentang anjuran dan galakan melakukan solat ini. Antaranya berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A beliau berkata:

أَوْصَانِي خَلِيلِي صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ: صِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ، وَرَكْعَتَيِ الضُّحَى، وَأَنْ أُوتِرَ قَبْلَ أَنْ أَنَامَ

Maksudnya: Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan solat witir sebelum tidur.

Riwayat Al-Bukhari (1981)

Begitu juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا

Maksudnya: Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam.

Riwayat Al-Bukhari (998)

Berkenaan dengan kaifiat atau tatacara mengerjakan solat witir pula, berikut merupakan beberapa cara yang disebutkan oleh para ulama berkaitan perlaksanaan solat witir:

Pertama: Solat witir satu rakaat.

Di sisi majoriti ulama, adalah dibolehkan untuk seseorang itu menunaikan solat witir sebanyak satu rakaat sahaja. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.Anhuma bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

الْوِتْرُ رَكْعَةٌ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ

Maksudnya: Witir adalah satu rakaat di akhir malam (penutup solat malam).‏

Riwayat Muslim (752)

Kami menyatakan bahawa sekurang-kurang solat witir adalah sebanyak satu rakaat, tetapi makruh melakukannya satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat witir ialah tiga rakaat, iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat.

Perbahasan lanjut berkenaan isu ini telah kami kupas menerusi pautan berikut https://bit.ly/31YB3Kk

Kedua: Solat witir sebanyak tiga rakaat.

Dalam kategori ini, solat witir tiga rakaat boleh dilakukan dengan dua cara berikut:

  • Solat tiga rakaat witir dengan satu salam.

Cara seperti ini turut menepati sunnah Nabi S.A.W. Yang membezakan di antara solat tiga rakaat witir dengan satu salam dengan solat maghrib adalah bilangan tasyahhud di dalamnya. Solat tiga rakaat witir dengan satu salam ini cuma mempunyai satu tasyahhud, manakala solat maghrib adalah sebanyak tiga rakaat dan dua tasyahhud.

  • Solat dua rakaat kemudian beri salam. Kemudian diikuti dengan solat satu rakaat sesudahnya.

Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Ibn Umar R.anhuma beliau berkata:

كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ، حَتَّى يَأْمُرَ بِبَعْضِ حَاجَتِهِ‏

Maksudnya: Baginda S.A.W memberikan salam di antara satu rakaat dan dua rakaat ketika solat witir, sehingga baginda mengarahkan kepada sebahagian keperluannya.‏

Riwayat Al-Bukhari (991)

Begitu juga sebuah riwayat yang juga daripada Ibn Umar beliau berkata:

أنَّهُ صَلَّى الله عليه وسلم كَانَ يفصلُ بَينَ الشَّفَعِ وَالوِتْر

Maksudnya: Sesungguhnya baginda S.A.W pernah memisahkan di antara solat syafa’ dan juga witir.

Riwayat Ahmad (2/76)

Bagi menjawab persoalan tentang tatacara yang lebih utama (afdhal) di antara tiga rakaat satu salam atau tiga rakaat dua salam, maka kami kongsikan kaedah fekah yang berikut:

ما كان أكثر فعلا كان أكثر فضلا

Maksudnya: Lebih banyak sesuatu perbuatan, lebih banyak fadhilatnya (kelebihan).

Kaedah ini menjelaskan bahawa sesuatu perbuatan dan amalan itu akan mendapat ganjaran dan fadhilat yang lebih bergantung kepada kadar usaha atau nilaian yang besar. Kaedah ini diambil berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan daripada A’isyah R.Anha bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

وَلَكِنَّهَا عَلَى قَدْرِ نَصَبِكِ - أَوْ قَالَ - نَفَقَتِكِ

Maksudnya: Akan tetapi ia (ganjaran) adalah mengikut kadar usaha kamu - atau belanja (yang kamu keluarkan).

Riwayat Muslim (1211)

Imam Al-Nawawi Rahimahullah dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata:

هَذَا ظَاهِرٌ فِي أَنَّ الثَّوَابَ وَالْفَضْلَ فِي الْعِبَادَةِ يَكْثُرُ بِكَثْرَةِ النَّصَبِ وَالنَّفَقَةِ وَالْمُرَادُ النَّصَبُ الَّذِي لَا يَذُمُّهُ الشَّرْعُ وَكَذَا النَّفَقَةُ

Maksudnya: Ini adalah jelas dalam menunjukkan bahawa pahala dan fadhilat dalam ibadah akan lebih banyak dengan banyaknya usaha dan belanja. Dan yang dimaksudkan dengan usaha dan belanja adalah yang tidak dicela oleh syarak. Rujuk Al-Minhaj Syarah Sahih Muslim, Al-Nawawi (8/153).

Begitu juga kata Imam Al-Zarkasyi yang menyebut: ‘’Suatu amalan itu selagi mana ia banyak dan berat maka ia lebih afdhal berbanding yang tidak sedemikian’’. Rujuk Al-Mantsur fil Qawa’id, Al-Zarkasyi (2/415).

Oleh itu para ulama menyatakan bahawa beberapa amalan berikut adalah sebagai contoh bagi kaedah di atas seperti solat sunat yang dilakukan secara duduk tanpa sebarang keuzuran mendapat separuh ganjaran berbanding solat sunat yang dilakukan secara berdiri. Begitu juga sedekah orang yang berkemampuan dengan jumlah RM 10 lebih afdhal berbanding RM 1.

Kata Imam Al-Suyuthi Rahimahullah: ‘’Oleh yang demikian, memisahkan solat witir adalah lebih afdhal berbanding menyambungkannya (melakukan dengan satu salam).’’ Rujuk Al-Asybah wal-Nazhair, Al-Suyuthi (Hlm. 271).

Penutup

Sebagai kesimpulan kami menyatakan bahawa solat witir yang dilakukan secara tiga rakaat dua salam adalah lebih afdhal berbanding solat witir yang dilakukan secara tiga rakaat satu salam. Ini kerana berlakunya pertambahan niat, pertambahan takbir, dan juga salam.

Akhir kalam, semoga pencerahan ini memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Satellite images shows extent of damage after Israeli strike on Iran

IRAN SERANG ISRAIL ??? RUNGKAIAN DARI PROF DR RIDHUAN TEE ABDULLAH

Todays Inspirations,

 




Israel's Counter-Attack Shocks Iran! Most Secret Bases inside Iran Hit b...

Kerja Kita Nombor Dua, Mak Kita Nombor Satu - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Manfaat Kuliah

 


3 amalan yang sangat di tekankan oleh Nabi,



Amalan yang di tekankan oleh Nabi dalam sebulan...

 

Kalau Boleh Kat Aku, Janda Kaya Sorang - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad








IRAN HIT FROM INSIDE! Israeli Jets Roaring Over Iran Big Secret In Isvah...



Israel-Iran War Coverage: Watch Iran's Earlier Airstrikes At Israel As I...

Media Israil melaporkan...Sabtu 2hb March...

 


Assalamualaikum;

 


Salam ,

Waktu Syuruq di BB Bangi adalah pukul 7.05 am.  Jadi ini masa haram untuk solat dulu kerana Syaitan sedang menyembah matahari...  Jangan Solat Israq dahulu dan tunggulah dalam masa 15 atau 20 miniy kemudian.  Barulah Solat Sunat Israq.  Pahalanya besar sangat. Moga kita dak terlepas mengapai Pahala ini.  Aamiin Ya Rabb.  Ia nya adalah Solat Awal Dhuha...Mari kita buat sama2.InsyaaAllah.














Assalamualaikum sahabat,


 

Jumaat, 19 April 2024

MAI DIA SATU FALSAFAH "SIAPA SOLAT KERANA NAKKAN SURGA SYIRIK"

Genosid Gaza: Fakta di Lapangan, Pengalaman Misi Perubatan MSF

Ayat agar dapat mengelakkan penyakit Nyanyuk

Jika kita tidak mahu nyanyuk maka baca lah ayat si Surah Al Israq ayat akhir sekali ini... Alhamdulullahillazi... 
Baca sesudah beri salam... Kanan dan kiri terus baca ayat ini... 
Ini Ustaz Nik Bakri Nik Mat... bagi...Mari kita check dulu ada tak dlam hadith  dan sanadnya dari mana...

 

Salam Jumaat, Penghulu Segala Hari


 

Salam Jumaat Penghulu segala Hari



 Moga mendapat Jumaat Baraqah, Jujur dan Sabar.  Ulitkan dengan Suratul Kahfimu "Surah Al- Kalf"

Terima kasih.

DI SINI DI BATAS KOTA INI - DIAN PIESESHA (LYRICS)

Di Salah Satu Sisi Hidupku...

Khamis, 18 April 2024

Singgah ecoshop


 

Selesai segala urusan...



 

BREAKING NEWS! ISRAEL STRIKES IRAN! CROSS BORDER OPERATION BY ISRAELI JE...

Di sini daku masih di sini. disini.


 

Ya Rabb Makbulkan Doa2 Kami


 

Ambil darah terus ke doktor gigi..

 


Faiz akan datang ambil Mak Cik pukul 9.00 am.

Moga tak jem masa tu.  Dah posa dari pukul 10.30malam.

Ambil darah untuk kesihatan keseluruhan.

Rawatan setiap setahun  sekali.

Moga Elok segalanya. ECG dulu tu  bacaannya...Okey..Syukur...

Ambil darah biasa2 sahaja walaupon daku sangat sukar diambil darah jika

 Nurse tak pandai...selalunya (corrupt.)..Tak boleh baca.  Mungkin sebab

 daku berisi kot. Susah nak dapat urat...  

Moga Selesai Dengan  Selamat.

Aamiin.

Ya Rabb Kau makbulkan doa ini,


 

Ya Rabb makbulkanlah doaku...


 

Ambil darah.. Moga Beres Segera



 Assalamualaikum!

Tolong doakan daku sahabatku.. Moga selamat.

 Aamiin

Rabu, 17 April 2024

15 HReL "LOBI" 53 RANG BALAS IRAN

Scott Ritter: Israel Hiding Damages Caused By Iran's Retaliation; Iran W...

Bukan Mudah untuk Istiqamah - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Guna Mulut, Pi Tabur Fitnah Orang Yang Dia Tak Suka - Ustaz Shamsuri Haj...

Doaku buat mu kekasih...(Tajuk Lagu)


 

CERITA ISRAILIYYAT DAN MELAYULIYYAT

Saya Nak Minta Kat Tuan-Tuan. Sila Hormat Saya - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad


Belum sempurna edit...sila dgr ceramah...

Jangan Pemarah,Jangan Bengkeng, Jangan Panas Baran, Jangan Sombong,Tidak Besar diri dan belas kasihan dgn orang dhoif. dan duduk sentiasa dengan orang2 miskin..Dan bermanis2 mesra dengan mereka ,tidak berkata yang menjadikan org susah hati,  dan mudah kira bicara dengan orang,,,biarkan susah kita tanggung dan senang kita bagi orang, atau susah sama di rasa senang sama di nikmati...
Jangan jadi manusia  perdajal org.   Islam nak yg susah kita ambil dan yg senang kita beri mereka.
Siapa yang teringat nak naya(ANIAYA) orang,   dia  akan dijauhi dari api neraka.

NABI TANYA SAHABAT..."MAHUKAH AKU BERITAHU KAMU ORANG YANG DI JAUH DARI NERAKA ? "    Mereka adalah... ORANG YANG MUDAH DIDEKATI, LEMBUT DAN SENANG DI DEKATI, MUDAH PAHAM MASAALAH ORANG dll 


"KETUA APA YG SOMBONG MACAM NI"  MEMANG ADA...SUSAH ORG MENDEKATI...
MENGAPA KITA PILIH KELAKUAN YG ALLAH TAK SUKA...PILIH YG ALLAH SUKA..

BAB PADA MENYATAKAN HADITH ORANG YG MENGURUS (AHLINYA.) isteri .JADILAH SUAMI YANG MEMBANTU RUMAH TANGGA(AKHLAK BAIK ,TAK ADA BESAR DIRI BAGINYA)  YA RABB ANUGERAHLAH KAMI ORG HUMBLE DAN RENDAH DIRI BEGINI) MEMANG SUKAR NAK DAPAT.  SATU DLM SERIBU.
KALAU ORANG TANYA ...SIAPA NAK?  " AKULAH ORANG YG DULU2 ANGKAT TANGAN..."HIHI!
TAK SOMBONG , PANGKAT BESAR, NAMA BESAR,  DIA ANGGAP INI SEMUA DUNIA SAHAJA,  BILA BERGAUL DGN ORANG TIDAKLAH DIA MENGARAH SAHAJA...HIHI...BEKAS2 PENGARAH, KENA SEDAR NI ...HAA MACAM MANA MASA KERJA DULU?  HIHI KAK HINDON ,DAN BEBERAPA ORANG PENGARAH2 YG AKU KENAL MACAM MANA ?...MASA KERJA DULU.?..JANGAN MARAH YA...GURAUAN  YG MENYENTUH HATI...JGN MARAH...  Sebenarnya Gurupon sama...kerja apa pon sama...jangan suka mengarah.  Bukan pada PENGARAH sahaja...


Anak buah tak suka orang yg memerintah...hihi... Dari pandangan, orang tahu sendiri....Dirumah pon begitu jika kita kasar isteripon tak suka...anak tak suka...Moga orang yg baik hati itu tidak dia berkeras dan berlembut melainkan  pada tempat2 tertentu...

Tunggu orang gaji ambik...?   huh syukur ini bukan aku...
Malah daku sayang dan ajar mereka buat kerja hingga pandai segala.  Bila mereka berhenti dah pandai masak hingga maju dlm bisnes...

Ada juga Isteri  pulak yg mengarah...Takut...Ada jugak suami yg diarah isteri...Dayus jadiinya...Jangan jadi macam ni...menakutkan.  Kita tolong, atas dasar sayang...sama2 tolong menolong...Kamu tetap suami...ikut Nabi...

Sahabat... pernah tanya isteri Nabi...Bagaimana pergaulan nabi dengan isterinya...Lembut dan berperibadi tinggi...Bagaimanakah Nabi di rumah...Nabi dengan isteri macam mana ..Sahabat tanya ...Jawapan Aisyah kepada Aswad ...adalah Nabi masuk kerumah mengerjakan apa yg di kerja yg di perbuatnya yg di tolong nya dan apabila tiba waktu solat maka Nabi tinggalkan dan pergi solat...Hebat kan Nabi Kita...RINDU NABI....Tolong tak salah...dapat pahala...malah isteri akan sayang melimpah ruah kepada kita.
Nabi tak pernah pilih kerja...Dia akan buat yg mana dia boleh buat tidak diharapkan khadamnya buat....

Paling  suka Nabi bila salam dia tidak lepas dulu tangan kita kerana sifat orang yg melarikan tangan dengan cepat dan mencabut tangan dengan cepat (itu orang yg sombong)..melainkan melarikan tangan jika orang nak cium tangan...Nabi menganjurkan kita cium tangan orang2 tertentu...tak apa...

Wow Imam Malik hebat...dia takut orang semua mengerumuninya nak salam menjadikan dia sombong..
Sesungguhnyakatanya " yg selalu di kerumuni oleh lalat itu ialah bangkai,"

...Nabi tak akan memalingkan mukanya lebih dahulu daripada muka sahabat....HEBAT...

Cerita dlm Hadith...Kisah Kaab bin Malik...Tak turun dalam  " Perang Tabuk."  Kerna tinggal daripada kumpulan pergi perang....ini saha yg Nabi Tak Pandang...sehingga dapt wahyu dari Allah....

Apakah Ilmu Kamu?

Daku keluar ambik rawatan dari Klinik Syifa BB Bangi.

  Keklinik Syifa Bandar Baru Bangi

Hari ini daku keluar pukul 9.00am pergi ke klinik Syifa BB Bangi.  Dahulu tu daku rasa macam ok sahaja kesihatanku, sebab sakit pinggangku  itu, bilamana anakku Blender Lobak Putih untuk kuminum dapat menghilangkan sakit dan daku dapat beraya di Rumah Kak Kamsiah dan Maznah.  Syukur Allah idzinkan daku beraya di rumah mereka .   Mereka berjiran tinggal bersebelahan.   Setelah dapatkan air lobak putih itu kawan Anis ,Linda kata ayah dia dapatkan ubat dari farmasi...Ubat utuk membersih kencing.  Dia hantar..gambar. Anis beli tapi jenis lain.



Ya.. Ini yg dapat tadi tapi Doktor suruh beli kat farmasi... Lihat fungsi nya... 
Yaa!  Bagus.   Ianya untuk gaut juga.  Adikku Maznah bagi pada adik Mira untuk 
tunjuk kepada keluarganya yang gaut.

Di antara ubat yg daku dapat tadi, ialah Ubat tahan sakit voren, makan bila perlu.  Antibiotik yg perlu   dihabiskan dan Prudnisolone (Radang/Alahan) diambil bila perlu sahaja.Syukur... Sesampai ja kerumah daku terus ambil ural yg perlu diambil 2x sehari... Ubat2 lain tu 3 x sehari... Means 8 jam sekali telan.  Daku balik dgn rasa syukur... Masa nak solat daku sujud syukur.   Besarnya kuasa  Allah. Sebelum pergi ke klinik, daku solat Istiqarah terlebih dahulu agar Allah aturkan yg terbaik untukku agar  ubat yg diberi bersesuaian dgn sakitku.  Syukur,  Allah Maha Pengasih,,Allah Maha Penyayang, Moga daku mendapat kesembuhan.   Hari ni anakku ambil masa untuk bawaku ke klinik.  Harga yang perlu dibayar keseluruhan setelah dapatkan dari rawatan dan ubat dari farmasi,kurang lebih RM100 sahaja.  Antibiotik.  Anis terpakss beli dari Klinik Azhar setelah  tiga buah farmasi yg kami cari tiada antibiotik.  Syukur ada di Klinik  Dr.Azhar.  





Contoh2 ni simpan... Klo sakit cari ubat ni.  Moga mendapat kesembuhan.  Aamiin..



Isnin, 15 April 2024

Siapa Houthi Dan Kenapa Diserang Oleh Amerika Syarikat

Israel Rugi AS$1.35 Bilion Pintas Peluru Berpandu, Dron Iran

DUNIA | Israel Dedah Rakaman Kemusnahan Serangan Iran

Perkembangan Terkini Serangan IRAN Keatas ISRAEL - Bersama YB Ustaz Muha...

53 RANGAN IRAN & FITNAH TERHADAP JORDAN

AL - Azhar Diserang!!!┃Kuliah Jumaat┃Dr.Mohd.Rosdi

DEBAT YANG PALING KELAKAR

Monkey Kaka followed hungry Monkey Mit looking for food

BREAKING! Iron Dome Fails Big as Iran Wipes Out 10 Israel's Bunkers and ...

Doa kita pagi ini,



 

ORANG MARAH ISU BIN ANAK ZINA

USTAZ AHMAD RIZAM - SAYA BUAT DUA PERKARA INI UNTUK HIDUP TENANG

HAFALKAN MULAI SEKARANG!! 7 SURAT DI AL-QURAN YANG WAJIB DIHAFAL SEBELUM...

Tekanan Hilang Perkejaan Di Usia Meningkat - Hj Zainal Rashid Ahmad - ZR...


Hebatnya Tn,. Hj. Zainal Rashid...

10-04-2024 Ustaz Salman Ali : Khutbah Raya AidilFitri

Ahad, 14 April 2024

HEZ B0L 4# 53 RANG 15 HEL

DATO' KENAPA DIPERLIS TAK ADA DO'A BERAMAI-RAMAI SELEPAS SOLAT?!!

Diem hugs monkey Kaka and monkey Mit while sleeping look so cute

Happy Beraya Bersama di Rumah Adikku Maznah.

  Raya Puasa 2024 di rumah Maznah.


Berfoto kenangan Raya Puasa 2024 di Rumah Maznah Bandar Baru Bangi.
Ni Baru lepas Raya Rumah Kak Kamsiah Hindon tapi tak ambil gambar.  Maznah memang rajin bergambar...Ini selepas makan Maznah nak ambil gambar...pegang tangan... Anak2 di atas tu cakap kita pon pegang tangan juga ...hihi kelako depe...



Daku masih makan depe dah nak ambik gambo...on je la...Hari ini Aini masak Mee Hijau.  Every year Aini akan buat mee Hijau...Sedap.



Ni dah lepas makan Maznah nak ambik gambar kat situ...hihi Maznah ni rajin betul ambil gambo...


Daku dengan Maznah adikku...Kami memang macam kembar...Dari kecik baik berdua...
Kesekolah berjalan kaki berdua...Ingat lagi Maznah bawa payung merah hati daku bawa payung pink, Pak beli untuk kami...Jauh hampir 4 km ke sekolah tapi happy dengan kawan2 yg menunggu di tepi jln...hihi...


Maznah mesti nak rakam kenangan.  Dia rajin sangat...Banyak merakam kenangan Maznah ni ..Baik Maznah mahupon Zam, dua2 suka rakamkan gambar. Dari anak2 mereka kecil...


Daku dengan anakanda Faiz anak Maznah.  Daku kata Hansome berjubah, macam anak Arab...Maznah usik dia macam anak Bangladesh...hihi......Rajin menolong anak Maznah ni ...Sejuk dia mengandungkan Faiz...syukur


Faiz tersangatlah baik orangnya.  Rajin menolong ibunya mahupon ibu2 saudara Faiz...Bertuah Maznah......Sejuk dia mengandungkan Faiz...syukur


Maznah mesti nak daku ambil gambar dengan Anis...Buat kenangan rumah Maksu tahun Raya 2024(Raya Puasa) katanya...


hihi...lagi.



Kami...


Opah , Una dan Pah Cik.


Kita orang bertiga beradik...Pegang tangan...kepal tangan...mereka jelous...
mari kita pegang jugak kata Alya...


Daku dan Maznah..Kami memang rapat dari kecil lagi. Hi Hi...


Alya ,Mariam dan aini dan kami 3 beradik yg masih ada...termasuk ada 2 lagi saudara perempuan di Perak...Kak Nyah dan Kakak.


Kami baru lepas makan Mee hijau yang aini masak.  Aini dan Alya masak Rendang petang semalam.Anis , Daku, Maznah  dan Kak Kamsiah serta Mariam yang berdiri. menantu Maznah. Isteri Faiz.


Anis, daku, Maznah ,Mariam (Berdiri)dan Kak Kamsiah..


Aini pula join.  daku , Maznah Mariam Kak Hindon dan Aini.



eh...Ada jugak foto daku sorang...


Daku dan adikku Maznah. Moga kami panjang umur di murahkan rezeki oleh Allah.

\
Eah eh ada lagi gambar...berdua...


Ini betul2 kami 3 beradik...Moga kami sihat Yaa Rabb. 


Adikku Maznah, sihat kami semua bila bertemu...


hihi 3 beradik, kami...


Zam join bila baru balik dari surau....


Raya 2024 di rumah Maznah dan Zam...Landscape


 
Gambar bentuk potrait.


kami lagi


dan kami....


Dan kami...


kami pegang tangan...mereka jelous...mereka pon...hihi...


Doakan kami sihat...Aamiin.

Bertemu lagi di Raya Haji  (Aidul Adha)  nanti...




NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...