Sabtu, 14 Oktober 2023
Sabar Saat diuji,
Ya Allah,
Jadikan kami bersabar saat di uji,Bersyukur saat diberi,
Memaafkan saat di zalimi,
Istighfar saat menyalahi dan bukakan pintu hati kami untuk selalu dekat dengan Mu
Aamiin.
Hidup ini ujian.
Assalamualaikum Sahabatku Semua.
Masa silam adalah kenangan sahabatku. Ianya akan menjadi pahala jika kita bijak menanganinya. Jika kita redho dgn apa yang berlaku ianya menjadi satu2 yang bermanafaat bagi kita. Itu semua adalah ujian dari Allah. Bahagia , kecewa dan derita adalah makhlok dari Allah jua. Ianya lumrah alam dalam hidup.
Banyaklah kita beristighfar demi meniti masa yang masih ada sedikit lagi ini. Cinta adalah makhlok yang Allah cipta. Ianya bukan sesuatu yang buruk tapi mengajar kita untuk akur kepada takdir Illahi. Mengajar kita bersabar dan harungi hidup dgn penuh disiplin untuk mentaatiNya. Daku redho jika ini takdir Allah padaku sebagai satu ujian dan begitulah daku harapkan bagimu.
Ujian yang di timpakan oleh Allah kepada orang2 Palaestin di Ghaza amatlah menakutkan, menyakitkan dan memeritkan, tetapi mereka mengambilnya sebagai jihad kepada Allah. Ianya menjadikan mereka berani dan sabar malah redho dgn ketentuan ini... Kita letakkan ujian yg Allah anugerahkan ini sebagai jihat bagi kita melawannya. Kuat...kuat...kuat...Boleh...Boleh...Boleh...Alhamdulillah ala kullihal. Syukur kepada Allah dalam segala hal.....Innalillahhiwainnailaihiraajiuun. Allahhumma ajurni fi musibati wakhlifli khairan minha. Dari Allah kami datang dan kepada Allah kami kembali. Ya Allah bagilah musibah ini pahala dan gantilah yang lebih baik daripada ini. Kita adalah kawan baik dunia Akhirat, Aamiin.
Jumaat, 13 Oktober 2023
Salam Jumaat
Salam Jumaat Baroqah...
Pagi ni buat Pulut . Letak Pulut lebihkan sedekah pulut breakfast adikku.
Israq lagi 5 minit...Hihi gatal tangan sentuh pc ni.
Semalam beli durian di jalan ke Lubuk Merbau dari Padang Rengas.
Ingat nak buat tempoyak sendiri. Memang sedap. Daku suka beli sini . Ni kali kedua daku beli durian di sini. Murah durian untuk buat tempoyaknya dijual dengan harga RM2.00 sekilo... Wau mewah banget tempoyakku. hihi.
Singgah kedai Nasi Kandar Tradisional Tok Wan. Beli untuk makan tengahari. Daku Nasi Minyak Syah tak mahu nasi minyak.
On The way back, nampak depa duk berkelah di Pechah Batu. Nampak Pak Cik Jali ada sama .. Waa Ceria dah Pecah Batu dengan adanya kedai Makanan Siam...nampak laris boleh la.
Kopek durian buat tempoyak tak boleh lambat untuk dikopek..Wau. Banyak banget tempoyakku. Anakku pon suka. Kelmarin dia ambil sedikit ja bawa pulang. Sebab dah tinggal sikit. Hihi kalau ada petai sedap juga ni. Petai tak beli. Appointment seterusnya Shah kata boleh beli petai yg nampak cantik di situ nanti.. Shah Shah suka bertangguh.
Selesai Israq...hihi...kau tunggu dhuha dulu...Paling baik kau buat lambat sikit nak cantik lagi kau datang ketika anak unta bangun tidur kepanasan pagi... Kalau ketika itu, paling Allah suka ...nah siapa nak datang bertemuNya saat dalam kesibukan melaksanakan tugas harian...Haa tu la grab la masa ni, Ni lagi bagus. Hi hi daku selalu takut leka , tu buat siap2 tu...
Nak masak, Shah breakfast lambat jenis tak tahan perut. Pagi tak boleh pedas , malam pon tak boleh pedas. Daku apa saja boleh syukur tu aku kena diet betul2. Aku dah gemok sangat2 dah...Kena turun berat badan, bukan nak jaga penampilan...Dah tak perlu dah. Dah tua sangat dah. Tapi nak jaga kesihatan. Eni ...Eni ...Daku jenis susah hati, makan ...makan...makan...Kalau daku gemok mesti ada yang tak kena...hihi. Masa lepas runtuhnya RTku dulu aku jadi gemok sangat lebih berat masa mengandung anak satu dalam perut.. sampai Gb ku kata..":.Dia gembira sangattu." Hihi mereka tak tahu...aku susah hati akan mengadap makanan...Habit yg tak baik ni, perlu ku kikis...
Semalam...kau tak la hebat sangat marah macam dulu2 tu...kau dah boleh cool sikit...Moga Allah bagi kau cool...kalau tidak daku tak suka sangat trip dengan u kemana2....Haaa. Nasib baik daku kata padamu slow sikit,100 dah tu ...jalan KK lenggong ...not more than 90km/h...Ha... Nasib aku pesan tu pon dia kata mana nya tengok betul2....marah jugak...tiba2 haah....Polis Trafik 5 orang pulak tu...U're very lucky...sebab daku tolong pesan...ada 5,6 kereta kena tahan...ternampak pulak dia yang tersorok dlm bush tu ....ha ha...Baru tahu...Selamat...kalau kau tak marah2 akan selamat...Ingat tu Shah.!
Dhuha dulu....Bye...C...U...
Hi hi...Hari ni kau baik padaku. Kau dah basuh pinggan, dan lepas lunch kau minta daku tinggalkan pinggan2 tu..."sukanya i kalau u baik macamtu" Tak usahlah marah2 tak guna pon... Moga Allah kekalkan perubahanmu. Dikau dengan orang luar sangat baik , berbudi bahasa ,merendah diri...hihi ini sebenarnya kau dulu2...Shah Shah... Siapa Shah sebenarnya...Seorang yang "low profail"
Khamis, 12 Oktober 2023
Selasa, 10 Oktober 2023
Eni Keluar Sekejap...Bukan ikut Khairi Jamaluddin...
Keluar sekejap ja, ingat nak mesen rumput. Eh eh...Keluar Sekejap?...macam program Khairi Jamaluddin dengan Shahril Hamdan dalam (Potcast Keluar Sekejap) la pulak. Ambil mesen rumput...Entah kenapa batri belum cukup. Charge kembali bateri untuk mesen rumput waktu lain. Daku sambung dengan menggunting beberapa biji buah rambutan yg masih ada. Yang tinggal satu ,2 dan 3. Paling banyak 5 dalam satu tangkai. Daku kutip, ketuk buang semut, dapatlah dalm 20 biji lebih , Daku sayang tengok buah yang masih tinggal. Rambutan ini sedap betul tambahan bila dikopek kulitnya dan diletakkan dalam peti sejuk. Memang sedap. Krup krup...jadi rapuh isinya. Tak pernah jumpa buah macam ini.
Berenti menyapu...adik iparku cakap mari masuk Kak Eni...Daku masuk rumah mereka...masih dalam ketakutan. "MaasyaAllah memang dia berani menyerang," kataku. Pin kejar dia lari naik atas pokok rambutanku dan lompat atas bumbung rumah dan terus buat short cut ke belakang rumahku.. Monyet yang beratus2 tu dah tak datang dah, tapi beruk jantan yang seekor ni yang datang...takutnya.
Dah pukul 12 tghari,Sebab aku puasa dan Shah pon puasa, daku tak berkejar nak masak tengahari... tiba2 rasa nak mesen rumput. Daku ambik mesen rumput dan mesen dalam 6 depa persegi...istilah baru...Depa persegi...hihi...Sepatutnya tak boleh dah sebab matahari dah meninggi. Eh Eh aku teringat pak aku kata padaku dulu' "Ani! jangan nak tebeing buat tengah2 panaih tu" Oooo baru ku ingat, dari kecil lagi daku suka menyapu halaman tengah panas...Pak Pak...Eni, ingat pak masa ni... Pakku , satu satunya dlm keluargaku panggil aku "Ani" agak ku pakku tak suka panggilan Eni macam orang lain panggil. Mesti panggilan Eni tu pelik bagi pak...
Tu sebabnya, kulitku dah dimakan hari. Suka main panas. Aku dah tak putih lagi dah. Tapi aku tak kisah. Kakak ku selalu pesan padaku..."Hang nak ke, esok aku lagi nampak mude pada hang? " Baru aku perasan kena jaga jugak. Dia berikan aku toner dia, faundation dia serta krim malam dan siang dia. Selalunya, anakku yang berikan...bila kakakku yang beri, baru ku rasa ....Hei, mustahak ni, kena ambil berat ni...Aku memang jadi orang kampung betul2 sejak now. Aku tanam pokok buah2an, anggurpon aku nak trai, Limau Taiwanku berbuah sulung 3 biji aja sebab kurang baja...kesian aku. Aku tak macam pak dengan mak. Mereka pandai sangat tanam pokok buah2an. Buah limau madu, bapakku tanam lebat sampai melentur dahan menyentuh tanah. Anak2 pak yang ramai mewah dengan buah2an yang pak dan mak tanam.
Apa yang aku nampak anak pak dan mak, hanya abang Halid sorang yang usahakan kebunnya hingga cantik menjadi dusun. Kakak juga pandai tanam terdapat banyak pokok buah2an di kebunnya yang boleh menghasilkan buah...Tapi malang bagi kakak, ditebangnya pokok2 yang dia tanam...entah apa dalam pikirannya, Kebunnya dah tak banyak lagi pokok buah2an macam dulu. Dulu durian D24 dll...sayang betul. Arwah abg Halid tanam, telah berhasil memetik buahnya. Bersedekah sakan dah. Anak2nya kenalah upah orang lain menjaga kebun abg halid.
Aku ada 4 pokok limau. Baru satu yang berbuah. Aku kena ambil perhatian ni. Beli baja, Eni...Dulu tu daku letak baja pada pokok mata kucing..Berbuah 4 dahan...bila buah dah besar tunggu masak tupai dah ambil..Aku dapat rasa beberapa biji sahaja. Manis sangat mata kucing tu. Memang 'Longan Pingpong'. buah jadi kecil sebab kurang baja. Yg ku tanam di rumah Taman Jana Setia Taiping, buahnya sangat besar.
Petang masak untuk berbuka puasa. Daku masak sotong , sayurnya terung ulam kobis dengan sambal tempoyak yg ku buat sendiri. Beberapa jenis buah termasuk buah rambutanku. Daku tak masak kuih manis pon sebab Shah kata nak beli..dibelinya bihun goreng aja...Daku goreng mee+laksa pendek...menu baru...sedap sangat bila dimasukkan kucai. Shah banyak hari tinggal puasa masa dia sakit. Aku kena tolong bagi dia semangat habiskan khadho dia. Walau hari ni hari selasa...Daku puasa kado masa kecilku kalau2 ada yang tak sempurna. Khadho untuk bapakku selalu ku buat kerana emakku cerita padaku. Daku pikir ini adalah amanah mak "Eni, Pak banyak tinggal puasa sebab sakit" Daku banyak khadho puasa untuk pak. Daku cerita juga kepada anak2 pak yang lain,bantu khado puasa pak...mereka buat atau tak, aku tak pasti, cuma kadang2 adikku Maznah aku ada dengar dia buat untuk pak sebab kami rajin sembang personal...kami akrab dari kecil macam kembar...Aku berhenti buat untuk pak bila anakku anis kata "Mak dah cukup dah tu mak buat untuk Tok Wan".. Sekarang aku buat untukku sendiri disamping Isnin Khamis dan kadang2 hari putih. Aku suka puasa sebab badan jadi sihat bila berpuasa...Allah anugerahku macam tu ...Syukur juga.
Diari Isninku end disini...hihi ,..sepatutnya ini Diari selasaku. Malas nak ukur darah tinggiku harini sebab satu bateri AA, daku pinjamkan untuk jam...nanti beli lain sebagai ganti...
Ahad, 8 Oktober 2023
Kita "go with the flow"
Sahabatku...
Dikau tak boleh cepat mengalah...Dikau kena kuat. Dikau Kawanku dunia akhirat... Kita "go with the flow"
Kita tunggu ketetapan Illahi...Bagaimana perancangan Allah. Perancangan Allah adalah yang terbaik. Jika dulu dikau gagal, tidak semestinya gagal selamanya. Kita ada Allah.
Saya masih menunggu ketetapan Illahi buat saya.
Harap dikaupon begitu jua.
Teringinnya nak mengaji pondok macam Leha anak saudaraku. Bila suaminya meninggal dia bersekolah pondok. Tapi aku kena fikir juga bukan semua pondok boleh aja pergi belajar, bimbang juga aku, mereka mengajar menggunakan kitab2 lama. Jika kitab2 lama ini kadang2 terdapat hadith2 tak soheh malah kadang2 ada yang palsu. Aku kena pilih. Kata adikku di Bangi ada Pondok berbayar yang bagus . Murah ja bayarannya RM600 sahaja. Jika Bangi daku tak takut sangat sebab anakku duduk di Bangi. Sabar Eni. InsyaAllah satu hari nanti,dapat.
Abg Ismail datang ke rumah adiknya Kamsiah...
NTAHLAH KENAPA...
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA, AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...