Assalamualaikum Sahabatku.
Hari ini daku reverse ke 42 tahun dahulu. Aku di Asrama Risda sebagai seorang Warden Asrama. Namaku Noraini bt Mohd Said. Di Majidee Camp Johore Baharu ,berada dirumah Abangku Mohd Radzi dan Kakak Iparku Zabidah bt Meor Amri. Bercuti di rumah arwah abangku bersama Mak Cik ,mertua abangku. Kami happy masa percutian itu dan masa ini kakak iparku, dan abg sedang bergembira dengan cahaya mata mereka yang pertama. Daku mude lagi masa tu ...hihi seronok pulak ingat masa muda...Sebelum ni daku tak pernah rakamkan cerita "mase mude" Masa mude kita suka sangat bila dipuji. masa muda jugak kalaulah kita dikeji, macam mana?...Ha ha ha ...kalau kita dikeji rasanya bagaikan "nak demam"
Daku dapat panggilan dari kampung. Emakku panggil balik sebab ada "kerja sementara" buatku. Daku pulang dari Johor dengan menaiki keretapi bersama dengan Mak Cik, mertua abgku. Mak Cik baik orangnya. Sebelum balik kami masak rendang ayam. Rendang ayam ini resepi Mak Cik. Mak Cik tambah kelapa parut yang ditumbuk dan dimasukkan kedalam rendang. Ini pelajaran masak pertamaku membuat rendang cara Mak Cik. Tabik Mak Cik , Eni belajar rendang ni dari Mak Cik. Bezanya dengan rendang mak, adalah tambah kelapa parut yang ditumbuk. Sedap!!!
Bersama Mak Cik mak kak Za, daku pulang ke kampung. Tamat percutianku dan bermulalah daku bekerja di Asrama RISDA Grik. Seronok sangat. Hari2 ku berlalu sangat seronok bersama anak2 pekebun kecil getah dari Daerah Hulu Perak. Grik. Mereka semua baik2 belaka. Budak kampung yang tertib dan daku sayang mereka. Happy bersama kak Bibah, Eni Mak ngah Hindon, Kiah anak saudaraku dan Kak Pah , Walaupon gaji tak seberapa tapi daku happy. Teringat daku kadang2 arwah Mak Lang Som datang bawa jualan kain ela yang cantik2. Kami beli hutang kain2 tu. Ada jugak mamak India yang jual kain yang diimport dari Singapura...Fesyen baru. Masa tu daku belikan untuk Kak Kham Siah yang akan menghadiri upacara rasmi di Universiti Malaya. Di samping itu Kak Nab yang jual pekasam dan belacan juga sering singgah berjualan ke situ. Jika dia datang terdengarlah jeritan dia " Sharifah Aini" ha! ha! ha! dia memanggil Kak Sharifah dan daku... Daku dengar khabar,Kak Nab dah mula lupa2 dan nyanyok dah sekarang...Moga2 Kak Nab selamat di bawah jagaan anak lelakinya...Mak Lang Som pulak sudah lama pergi mengadap Illahi. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang solih. Aamiin. Aku Entahkan bila...Aku menunggu!!!
Tukang masak Asrama ialah Kak Bibah dan Eni Mak ngah Hendon Gelok...Kak Bibah bekas Cheff Masak kat Hotel. Eni Mak Ngah Hendon adalah tukang masak Abg Din di "Base Camp" Grik ..Kak Saripah pulak tukang masak yg di import dari Kampongku...Hmmm. Anakanda ku yang Comel Lote...Zakiah bt Ramlee namanya juga tukang masak yg tak kurang hebat..Anak kakak ku Kak Hasiah. Petang2 jalan kaki pergi belajar menjahit...Akhirnya dapat mencari pendapatan dengan menjahit setelah berhenti dari memasak di Kantin Asrama RISDA Grik...
Adinda No...Nun dua beradik...aku sangat sayang mereka ni, begitu juga adinda Puziah, Maton, Masitah,Badariah,Norahun,Asma,Zainab,Waminah,Wan,Siti. Teringat lagi bila Murid tingkatan 3, balik dari sekolah menyatakan soalan yang daku ajarkan mereka keluar peperiksaan. Daku memang suka ngajar mereka Maths. Daku minat Maths..Hehehe tak sangka akhirnya daku jadi guru Option Maths. Kenangan dgn no dan Nun ialah...daku dapati mereka beli tudung yang sebiji sama corak dan gambarnya walaupon pada masa yang berbeza ditempat/kedai yang berbedza dengan duit hadiah dariku...Heran bin ajaib..kataku...Daku tak pernah berjumpa lagi mereka ini...Mereka ni semuanya dah beranak pinak dah, dan mungkin dah bercucu...
Pada masa itu Kantin Asrama dipegang oleh Abg Din dan barang2 dapor dihantar oleh Ah Hua. Kadang2 bila berlaku ketiadaan/ketidak cukupan barang2 dapur, daku terpaksa panggil Abg Din hantar barang dari Lenggong. Sekarang Abg Din pun telah tiada lagi...Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah. Damailah dia di sana. Aamiin.
Kadang kadang bila daku keluar ke pejabat pos tiba2 ada pegawai RISDA yang berhenti kereta pelawa ku tumpang..malu2 alah nak tolak, "dakupun tumpang" Tengokkkk lah !!!!waktu petang , Abg Halid datang terus kata padaku di tingkap dapor asrama... " Eni! esok Abg Halid bawak basikal mari sini ya!" daku kata "tak mahu" daku tahu dia cemburu adik dia tumpang kereta orang...Daku dapat agak kawan2 dia beritahu dia...KELAKAR sebenarnya wajar seorang abg nak jaga maruah adiknya.... Tabik Abg Halid!!!..aku kagum dgn dia. Daku syukur kami anak2 perempuan mak tetap dijaga dan diperhatikan oleh abg2 kami. Enam lelaki dan enam perempuan. Itu kekuatan keluarga kami.
Berhadapan Asrama Risda terdapat sebuah rumah papan besar kediaman ADO. En. Mustafa Kamal dan kawannya tinggal di situ. Petang2 basuh kereta...Rajin ADO ni...Budak2 ku kadang2 bising waktu petang masa riadah mereka. Maafkan kami Encik Mustafa. Waktu malam bulan Ramadhan mereka juga curi2 membakar mercun dan bunga api. Tak terkawal daku, meskipon perempuan mereka jugak teringin main mercun macam budak lelaki, dan bermain bunga api ..hehehe. "Maafkan kami!"
Di sebelah kiri asrama ia itu sejajar dengan rumah ADO 2, terdapat sebuah banglow kediaman ADO 1, dihuni oleh Tuan Hj Abd Aziz dan Isteriya Kak Jah serta anaknya Aza. Aza dan Kak Jah rajin juga datang ke asramaku ,bersembang di waktu pagi. Mereka juga baik. Di sekitar kawasan ini juga terdapat kediaman Kakitangan RISDA tinggal. Maka, tidaklah sukar bagiku untuk berhubung dgn mereka jika ada masaalah bersangkutan Asrama RISDA.
Sebenarnya perancangan Allah yang terbaik buatku. Ketika itu daku masih muda dan tidak menutup aurat. Free hair tak bertudung . Bertudungnya daku ketika pergi ceramah ugama di kampong sahaja. Syukur daku mendapat kerja dan berpindah ke Kuala Lumpur. Syukur daku Cepat Keluar dari situ Maka, berlakulah penghuijrahanku seterusnya. Di Maktab Perguruan Teruntum Kuantan Pahang, daku mula bertudung...Syukur Ya Rabb.
Semasa daku di Asrama Risda, daku sebenarnya tidak lupa mengisi borang" Isi Penuh" memohon pekerjaan dan daku jugak mengisi borang untuk kemasukan ke Maktab Perguruan. Bila daku dipanggil mengisi Jawatan Kerani Am di Kementerian Kewangan, daku terpaksa pergi.....daku terasa sedih hendak meninggalkan pekan kecil Grik yang penuh dengan seribu kenangan manis dan indah. Pada bulan Julai daku telah menghantar surat perletakan jawatan sebagai Warden Asrama Risda dan berpisahlah daku dengan "Suria Grik" pada 18 Julai 1981 dengan deraian airmata kesedihan, daku mamai sekejap di perhentian itu. "Tamat Sudah Kisahku."