Sabtu, 9 Mac 2024
Sayangilah Loghat kita...hahaha
Assalamualaikum
Assalamualaikum Dan Selamat pagi...
Sahabat yang aku hormati.
Semoga sahabat diberi Allah dalam kerahmatanNya.
Dalam kesempatan ini daku ingin mengambil peluang untuk meminta Maaf kepadamu atas kesilapan daku terhadapmu puluhan tahun dulu. Daku tahu jika kau hadir dalam Blog ini, kau maafkan daku. Ini adalah permohonan maaf buat kali kedua ku, kepadamu. Tapi daku kira dan harap kau dah lama memaafkan daku. (Itu harapanku) Moga benar ya...
Daku rasa takut sangat jika daku pergi dulu daripadamu dan takut juga dikau pergi dulu dpdku. Jika ini berlaku tak sempat daku dengar atau tahu yg dikau dah maafkan daku. Tak apa. Daku betul2 mengharapkan di mahsyar nanti daku tak mencari2mu untuk daku minta maaf atas sikap kasarku dulu, kerana daku cepat melatah masa tu. Maafkan aku sungguh2 ni kerana Allah.
Maafkan daku ya...Maafkan daku. Lillahitaala...
Terima kasih.
Marah
1. Rasulullah bersabda bermaksud:
Plan seterusnya...Melawat Doktor gigi..
Lama dah anakku nak hantar..daku akan pergi juga...Agenda Besar jika melawat doktor gigi bagiku sebab daku ingin kata Gigi yg di buat oleh Doktor Gigi Cina Klinik Lenggong, tak sesuai dan tak boleh pakai ...rugi aja ...Dia tak pandai buat daku terpaksa pergi ke klinik Swasta...kena 600 juga..,Boleh tahan sedap,,,tapi gigi atas yg ku buat masa Form Five dulu...wow maasyaaAllah puluhan tahun dah...Tu ja yang sedap...Pernah patah di Syah Alam ,,,di baiki oleh doktor Swasta Shah Allam ,Pandai Sungguh Doktor Cina tu...
2 b continued
Makan Malam Hari Jumaat Mengadap Sabtu Malam,
Assalamualaikum!
Daku terjaga di tengah malam status sekarang dah pagi. 2.27 am. Pagi dah bena. Tadi Hari Jumaat, Hari yang daku Jalani tanpa menyedari Jumaatny. Daku sibuk sangat. Mandikan baby. Baby selalu mintak ntuk bermain dgnnya , Tapi daku tak ada masa. Pagi daku masak pagi,,,Jika sihat daku tak mahu lepas peluang masak...Pagi goreng bihun lembut...anis potong cendawan citake masukkan ,sedap sangat rasa macam ayam ja , Kan mereka yg vegeterian makan ni...
Tengahari letakkan nasi, daku terus pi mandikan baby dan berssihkan bilik baby. Selesai, daku pi sambung masak makan tghari ...Hari ni buat apa ya...o ya, Anis order terung,semalam,,hihi gelak daku sebiji aja,,,haha,,hihi aku gelak, anak ku jugak gelak. Daku ada sambal dlm peti sejuk...Potong terung,aku goreng dulu dan kemudian anakku hulurkan tempe,goreng sekali, lantas masukkan cili ysng sedia ada tu, masukkan sambal ku letakkan kicap dan siap...Wah sedap...daku memang suka makan terung ditumis cili macam tu...hihii,mantab.
Menu kedua adalah menu sambal udang petai,,,wau ada petai sedap betul ni. Orang kampong ni suka sangat petai...Anakku baru sekarang pandai makan petai. Dia kata adik dia pandai makan petai sejak kecil, dia tengok masa kecik dulu. Daku tak ajar dia makan petai...tapi bila dah dewasa baru belajar sendiri makan petai.
Durian pon baru sekarang dia belajar makan,..Bapak dia ada kebun durian luas,bila musim durian panggil dia org datang siap2 dgn kawan baik dia , Pai , Linda dan suami akan ikut teman anis balik enjoy musim durian mereka di kebun, abahnya.
Syukur juga mereka boleh juga tunaikan hajat keluarga anis di sana. Anid tak suka gi sendiri...hihi...Sekarang pandai dah dia nikmatui durian,,,Jangan daku,dari kecil usiaku bapak dan mak dah ada kebun durian belakang rumah...Mak dan pak bagi peluang jika siapa yg dapat kutib buah durian dia boleh dapat dapat duit jual durian sendiri...hihi kecik2 dulu jual durian ...seronok enjoy jadi perniaga,,,tawar menawarlah orang cina lenggong...hihi kelakar betul zaman sekolah rendah...
Lupakan dulu...sambung balik makan tenganari tadi...hihi ,anis buat telur dar dar...kami makan berselera sekali anis dah hilangdah /pecah dah diet dia,,,ada mak memang payah anis nak diet,,,hihi.
Anis pergi kerja daku tak sedar pon sebab dah letih sangat lepas solat Dzuhur wirid sekit ja dah lena...anis turun, daku tak dia sedarkan pon ...kesian tengok mak letih sangat...hihihi...
Petang Kak Hindon call daku selesai solat asar ,kak Hindon n Qurata Aini masih terperangkap dlm Jem Bangi yang jemnya gila2 ini...hihi. Nak datang jumpaku bawa Naskah Quran Besar Pemberian kawan nya Quran Naskah Othmani sedefekah dari kawannya. Ya Rabb Kau murahkan rezeki Pn. Misliah Rosli dan Kautempatkan dia di SyorgaMu. Quran ni daku ada tapi naskhah ni besar tulisannya. Mantap Pahala dia.Quran berserta hukum Tajwid, daku punya ada kat kampung...Tulisan agak kecil sedikit. Daku kena pikirkan pula untuk siapa nak ku sedekah Quranku itu. Quranku itu Quran digital...
Ya Rabb jika aku kaya ,bolehlag daku bersedekah sebagaimana Puan Misliah ini. Dia beli set Quran yg banyak sekali dan di sedekahkan mazhaf Quran ini kepada siapa sahaja yang mahu...MaasyaaAllah. Kayakanlah aku Ya Rabb... Adalagi Quran di rumahku yang daku plan untuk sedekahkan. Jangan jadikan simpanan. Tapi simpan juga tuk tetamu kita...
Kawan kakakku juga sedekah gulai daging salai lagi. Syukur Siap dengan Gulai Daging Salai Sungai Ramal kak Hindon bawa...hihi syukur ..Daku teringat Asna kawan Maktabku orang Minang dari Sungai Ramal Dalam...mana dah pergoi Asna ni...Lama tak dengar kabar. Rakan sebilikku..Sayang betul dia dengan ku masa di Maktab...Manja sgt dgnku..Masa Kat Maktab Perguruan, Teruntum Kuantan Pahang..3 Tahun kami disana....Pindah maktab Perguruan Semambu dan berpisah bilik denganku...Asna Asna rindu pulak Kak No padamu.....Entah masih ada atau di sebalikkya sekarang......daku rindu dia...Hihi
Kak Hindon dan Qurata sampai, Ya...Daku ajak makan mlm kat sini......ok letak Nasi oleh anis . Kami masak sardin kak Hindon kata mkan tumis sardin sedap. Selesai daku tumios cara org dulu dulu masam dan berkuah letak bawang potong dan cili hijau potong simple dan sedap ja.hihi. Selesai menu tu daku merebus bayam...siang bayam anis rebuskan dan rebus telur 2 biji anis hancurkan dgn garfu,dan daku masukkan sambal yg telah daku siapkan tuk makan bila2 masa...campur2 hmmm, mengancam.. Tanya aini, pernah makan tak sambal macam gini...Tak pernah pon mummy tak pernah buat...ha ha mummy dia lupa sambal cicah cam ni sedap kata aini yg kurang kuat makan pedas, Begitu juga dgn anak Maznah Aini Rohaya pon kata Maznah tak penah ajar...hihi mereka lupa dah...sambal cam ni...Makannya mereka kata sedap. hihi.
Kak Huindon Qurata Aini, Adas dan daku berselera saekali...kiki ,,,Makan merebus, daging salai masak lemak, serta masak sardin berkuah sedap sangat...hihi...masing2 suka...seronok..
.Mengadap kul 9.00 Kak Hindon memang suka tidur awal tu dah nak balik...Qurata nak dok lagi,kak Hindon dah tak tahan mata, takut bngantuk...Mereka balik... daku...lepas tu gi tidur dan anakku anis ada meeting mlm ni ...hihi daku tak sedar dia balik kul 11.00 mlm ...Daku tidur mati sebab letih...Ini lah hari Jum,aatku yg agak leka...tercatat.
Nak gi solat dah ...Bye dulu...Salam sayang dariku.
Eni.
Jumaat, 8 Mac 2024
Green Pea Snack..
Bihun cepat dan sedap
Memilih puasa atau tidak puasa semasa musafir...
Memilih puasa atau tidak puasa semasa musafir...
Keutamaan puasa
Keutamaan puasa
|
Keutamaan bulan Ramadan
Keutamaan bulan Ramadan
Ya Rabb Takdirkanlah yang baik2 untuk kami,
Ya Allah,takdirkanlah yang baik2 untuk
diri kami, Janganlah Kau uji kami pada apa yang
tidak mampu kami lalui.
Ya Allah bukakanlah pintu2 rahmatMu
untuk kami,Ya Allah sejahterakanlah kami dengan kesihatanyang baik supaya
dengannya kami dapat beribadah kepadaMu,
Ya Allah ampunkkanlah segala dosa2 kami kerana
kami terlalu banyak dosa kepadaMu ya Allah
jadikanlah kami redho kepada sesuatu yang mengecewakan hati kami.
Aamiin. Aamiin Aamiin Yaa Rabb.
Khamis, 7 Mac 2024
Tempura kreatif cara kita...
06-03-2024 Prof Dr MAZA | Prof Dr Rozaimi | Rizal Azizan | Mohd Nazim: F...
Moga pokokku bernafas lagi Yaa Rabb.
Konsep Redha...
Redha dengan qada’ merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah (malapetaka). Di dalam hadis yang diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t iaitu mereka memuji Allah s.w.t (bertahmid) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan yang senang.
Redha terhadap ketentuan Ilahi
Aku dan doa yg kupanjatkan kepadaMu Ya Rabb...
Ya Raab... Aku yakin setiap doaku akan kau makbulkan lambat laun, Yaa Rabb sabarkanlah aku Istiqamahkan lah aku dan Redhokan lah aku akan ketentuanMu Ya Rabb. Ya Rabb jika Kau tak makbulkan doaku di dunia ini,aku tetap redho kerana pahala di atas doa2 itu menantiku di akhiratku...Ya Raabb. aku akan bahagia di sana nanti melihat segalanya hasil dari doa2ku disini yg akan Kau simpan untuk pahalaku di AkhiratMu...Aamiin. Ya Rabbal 'Alamin.
Rabu, 6 Mac 2024
Rahmat Berselawat
Rahmat Berselawat
Seluruh umat Muslimin terhutang budi kepada Nabi MuhammadSAW, selaku Rasul terakhir,merangkap Penghulu sekelian Rasul, baginda bertanggungjawab sepenuhnya memmembawa ajaran Islam ke seluruh dunia.kalau tidak kerana kesungguhan dan kegigihanusahanya maka sudah barang tentunikmat Islam ini tidak dapat kita kecapi.
Setiap hutang mesti dibayar, lebih-lebih lagi hutang budi. Sabda Nabi SAW, sesiapa yang menerima budi orang lainsama ada berupa harta benda,, ilmu pengetahuan atau lain-lain maka orang yang menerima budi itu disuruh membalasnya dengan sebarang yamng ada padanya. Setidak-tidaknya berdoa untuk orang yang berbuat budi itu seberapa banyak yang ia fikir berpadanan dengan budi yang ia terima. Orang yang tidak berbuat demikian adalah orang yang tidak mengenang budi.
Berdosa
Umat Islam seharusnya mengucapkan selawatkeatas Nabi Muhammad SAW pada setiap kali menyebut, menulis atau terdengar nama Nabi atau gantinamanya atau pangkat kerasulannya disebut orang. Pendapat ini adalah pendapat sebahagian besar pengikut-pengikut mazhab Maliki, Hanafi,Syafie dan Hambali.
Keempat-empat ini berpendapat sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka ia telah melakukan satu dosa. Banyak hadith menjelaskan bahawa Rasullullah SAW memberi amaran ,iaitu sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka orang itu dikira sebagai sebakhil2 manusia Dialah yang mendapat kehinaan dyang memalukan dan memuramkan mukanya. Dialah yang beroleh kepayahan san kesusahan. Dialah yang jauh dari rahmat Allah, dan dialah yang akan masuk kedalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya kerana meninggalkan selawat ke atas Nabi.
"Wahai orang yang beriman! Ucapkanlah selawat keatas Nabi dan berikanlah salam dengan sebaik-baiknya." (Al Ahzab: 56)
Sebenarnya amalan selawat ke atas Nabi itu mengandungi banyak kelebihannya...Antaranya:
* Memperoleh rahmat Allah yang melimpah-limpah. Sab Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepada ku satu kalinescaya Allah akan limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat. Sebetulnya Rahmat Allah itu sangat penting, sebarang nikmat seperti ilmu pengetahuan, anak-anak , harta benda , pangkat atau kebesaran jika tidak di sertai oleh rahmat maka akan bertukar menjadi bala bencana atau kecelakaan.
* Dapat duduk berdekatan dengan Nabi di Akhirat nanti. Sabda Nabi SAW , sesungguhnya orang yang paling hampir dari kalangan kamu di Hari Kiamat di setiap tempat aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.
* Beroleh syafaat daripada Nabi di akhirat nanti. Sabda Nabi SAW , orang yang lebih berhak mendapat syafaatku di Hari Kiamat nanti ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.
* Layak memperoleh selawat malaikat yang sentiasa berselawat kepada Nabi, selama ia berselawat kepada Nabi SAW . Sabda Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat sentiasalah maalaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku.
Doa diajarkan Rasullah Menjelang Ramadhan
Doa di ajarkan oleh Nabi Menjelang Ramadhan.
Riwayat dari Attamizi 3254
Selasa, 5 Mac 2024
Redho dan syukur selalu Eni...
Ya Allah jadilah aku Redho dengan sakit yang aku hadapi kerana aku telah sihat begitu lama dan boleh bertugas sehingga aku dapat pencen...Aku Redho Ya Rabb. Kau sabarkan aku dan kau Redhokan aku ...Ya Rabb..Baru sat2 ni aku terima khabar dari anakanda Narimah kekandanya Abang Musa telah kembali ke Rahmatullah dan telah di kebumikan di Perkuburan Bakiq..Semoga rohnya dikumpulkan bersama orang2 yang soleh.....Bertuahnya dia Ya Rabb...Kau ambillah aku disana..Kau bagilah aku rezeki untuk dikebumikan di sana juga Ya Rabb...InsyaAllah aku yakin dan akan berdoa terus ,Ya Rabb.... Kau akan makbulkan doaku ini...Sabar... sabar...minta Allah dengan sabar Eni...Kau akan dapat...InsyaaAllah...Jangan risau ... angkat tangan selalu..nescaya akan Allah makbulkan doamu ...Aamiin....
Maafkan aku, aku suka tulis apa sahaja...yang terfikir di otakku dan terlintas di benakku....
Baby babyku sayang...
Baby! Baby! Baby terjerit2 panggilku... RINDU agar daku layan dia... Sampai pagini anakku kata, dia buat macam dia anak sebenar dan kita ni anak angkat... Hihi baby... Tengok nenek sungguh2 mintak nenek layan baby..." Ala cian baby"... Nenek banyak kerjaBaby manja macam baby kecil dulu2 jugak... Apa nenek nak buat... NENEK BANYAK URUSAN... Tapi baby berjasa pada nenek... Baby pengganti cinta nenek yg hilang... Kalau baby pergi nenek sedeh balik... Macam nenek baru kehilangan adik dulu... Hancurnya hati nenek... Nampak adik berjuang masa "sakaratul maut" nenek iringi adik dgn bacaan menghadapi sakarat... " Allah humma hauw win alaina fii sakaratul maut" nenek terus baca sampai adik habis nyawanya jam tepat 6.30 pagi setelah bertarng nyawa daribpukul 11.mlm.. Sedehnya Ya Rabb... Aku sedeh macam aku putus cinta... Rasanya... Adik masih dlm ingatan nenek... Baby dah tua jugak... Nenek sayang baby sama nenek sayang adik... Allah hantar baby dan adik pada nenek sebagai ganti cinta nenek yg hilang... Nenek kena kuat... Nenek nak pergi ke sana dgn mendapat kasih sayang Allah...Moga Allah kuatkan nenek... YAA Rabb... Kuatkan aku jadikan setiap langkahku mengingatMu...
Esok daku tak jadi pergi PD daku ajak tangguh sbb daku tak berapa sihat... Lepas Raya lah pulak ya Kak Hindon tapi kak Hindon masih ajak aku keluar untuk makan2 dlm beberaa hari ini... InsyaaAllah... Lusa kak Hindon ambil darah... Syukur daku batalkan itu baik... Membereskan semua kerja... So... Lepas tu kita set up masa untuk keluar pergi makan ja ya... Kak Hindon dah rindu nak keluar dgn ku... Aku pun... Lama dah berkurung... Kita keluar nanti ya..
2 b continued.... Bye dulu...
Isnin, 4 Mac 2024
Soal Jawab : Hukum Menghitamkan Rambut Yang Beruban | Ustaz Rasul Dahri
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...