Selasa, 16 Ogos 2016

Rahmat Berselawat

                                                





Rahmat Berselawat

Seluruh umat Muslimin terhutang budi kepada Nabi MuhammadSAW, selaku Rasul terakhir,merangkap Penghulu sekelian Rasul, baginda bertanggungjawab sepenuhnya memmembawa ajaran Islam ke seluruh dunia.kalau tidak kerana kesungguhan dan kegigihanusahanya maka sudah barang tentunikmat Islam ini tidak dapat kita kecapi.


     Setiap hutang mesti dibayar, lebih-lebih lagi hutang budi.  Sabda Nabi SAW, sesiapa yang menerima budi orang lainsama ada berupa harta benda,, ilmu pengetahuan atau lain-lain maka orang yang menerima budi itu disuruh membalasnya dengan sebarang yamng ada padanya.  Setidak-tidaknya berdoa untuk orang yang berbuat budi itu seberapa banyak yang ia fikir berpadanan dengan budi yang ia terima.  Orang yang tidak berbuat demikian  adalah orang yang tidak mengenang budi.
                                                                Berdosa


     Umat Islam seharusnya mengucapkan selawatkeatas Nabi Muhammad SAW pada setiap kali menyebut, menulis atau terdengar nama Nabi atau gantinamanya atau pangkat kerasulannya disebut orang.  Pendapat ini adalah pendapat sebahagian besar pengikut-pengikut mazhab Maliki, Hanafi,Syafie dan Hambali.


     Keempat-empat ini berpendapat sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka ia telah melakukan satu dosa.   Banyak hadith menjelaskan bahawa Rasullullah SAW memberi amaran ,iaitu sesiapa yang tidak berselawat kepada Nabi maka orang itu dikira sebagai sebakhil2 manusia  Dialah yang mendapat kehinaan dyang memalukan dan memuramkan mukanya.    Dialah yang beroleh kepayahan san kesusahan.  Dialah yang jauh dari rahmat Allah, dan dialah yang akan masuk kedalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya kerana meninggalkan selawat ke atas Nabi.


     "Wahai orang yang beriman! Ucapkanlah selawat keatas Nabi dan berikanlah salam dengan sebaik-baiknya."  (Al Ahzab: 56)


     Sebenarnya amalan selawat ke atas Nabi itu mengandungi banyak kelebihannya...Antaranya:


                * Memperoleh rahmat Allah yang melimpah-limpah.  Sab Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepada ku satu kalinescaya Allah akan limpahkan 10 rahmat kepadanya dengan sebab sekali selawat.  Sebetulnya Rahmat Allah itu sangat penting, sebarang nikmat seperti ilmu pengetahuan, anak-anak , harta benda , pangkat atau kebesaran  jika tidak di sertai oleh rahmat maka akan bertukar menjadi  bala bencana atau kecelakaan.

              * Dapat duduk berdekatan dengan Nabi di Akhirat nanti.   Sabda Nabi SAW , sesungguhnya orang yang paling hampir dari kalangan kamu di Hari Kiamat di setiap tempat aku berada padanya ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.

                     * Beroleh syafaat daripada Nabi di akhirat nanti.  Sabda Nabi SAW , orang yang lebih berhak mendapat syafaatku di Hari Kiamat nanti ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.

                     * Layak memperoleh selawat  malaikat yang sentiasa berselawat kepada Nabi, selama ia berselawat kepada Nabi SAW .  Sabda Nabi SAW , sesiapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat sentiasalah maalaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku.














































NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...