Sabtu, 16 Disember 2023
Jumaat, 15 Disember 2023
Allah permudahkan urusanku
Assalamualaikum.
Hihi... Tiba2 dapat gambar ni dari Maznah adikku... Faiz hantar pada maknya gambar ni... Syukur buat kenangan hari pertama ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Maznah kata kenapa Faiz ambil satu ja gambar mak cik? Hihi jadilah, ada juga satu...
Pagi tu dalam daku bersiap2 nak mengadap hari pertamaku di KK BB Bangi tiba2 dapat panggilan dari adikku offer anaknya tolong bawa daku ke KK Bangi. Mulanya daku bercadang dapat anakku hantarpon dah cukup bersyukur sebab dia bekerja hari ni. Appointmentku tepat pukul 9.30 am. Hihi syukur sungguh Faiz nak tolong hantarku...
Hari ni daku berasa macam daku sihat ja. Faiz dropku kat depan lapangan untuk pendaftaran. Buka My sejahtera tunjuk pada kaunterp pendaftaran ok dapatkan nombor ada kaunter untuk nombor.. Hi hi tak sangkanya proses nya cepat di bangi. Maasya Allah, Alhamdulillah ianya cepat sangat... Cepat sungguh daku tak tahu apa kod2 nombor yg di klasifikasi oleh pentadbiran mereka. Dalam pada berjalan ketempat tempat menunggu ke bilik doktor, namaku telah di panggil.. Hihi... Cepatnya. Mujur Faiz pimpinku sebab daku sebenarnya tak fit sangat, mungkin sebab operation kot. Anakanda faiz banyak membantu mak cik. Anak makcik ya? Tanya nurse...
Ambil Blood Pressure... Wow tinggi 166/89...tinggi nya.. Makcik rehat tarik nafas ambil lagi sekali.. Turun 154/86... Eh eh.. Mungkin kesan dari operation kot masih belum pulih... Tak boleh berkuat lagi... Ambil bacaan gula dlm darah... Bagusnya 5.6.cantik ja. Ok daku pergi tempat menunggu untuk kebilik doktor... Baru sekejap ja duduk dah di panggil nomborku untuk kebilik nombor 2. Cepatnya..
Daku serahkan surat yg di tulis oleh doktor di Lenggong kepada doktor. Tanya itu ini dgn periksa tahap pernafasan dan selesai dengan appointment ambil darah pada18. 04.24. MaasyaAllah cepatnya... Semua berlaku dengan pantas. Doktor tulis ubat ubatan yg perlu ku ambil dan terus pergi ketempat mengambil ubat. Syukur pada Allah tunggu tak lamapon nomborku telah dipanggil. Cepat betul.. Baru ku ingat, warga emas lane... Memanglah cepat.. Hihi Syukur sungguh Tuhanku. Hihi Faiz sempat ambil gambarku hantar mak dia... Cepat betul kataku. Balik dgn rasa syukur kepada Illahi kerana rezeki yg Allah betikan padaku yang melimpah ruah dengan makanan dan pertolongan.. Moga Allah merahmati Maznah dan keluarganya Amiin ya Rabb... Syukurku padaMu tak putus2 Ya Rabb... "Moga Allah Permudahkan Segala Urusanku"... Aamiin
Update 14.12.2024. Jam 9.30 am.
Salam Jumaat Barokah
Khamis, 14 Disember 2023
Pertama ke klinik BB Bangi... Insyaa Allah
Rabu, 13 Disember 2023
Selasa, 12 Disember 2023
Nabi Khidir 'Alaihissalam Membocorkan Perahu
71. Maka berjalanlah keduanya hingga tatkala keduanya menaiki perahu, lalu Khidir melubanginya. Musa berkata:" Mengapa kamu melubangi perahu itu yang akibatnya kamu akan menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah berbuat sesuatu kesalahan yang besar."
(Al- Kahf: 71)
72. Dia ( Khidir) berkata: " Bukankah aku telah berkata: " Sesungguhnya kamu sekali2 tidak akan sabar bersama denganku"
(Al-Kahf: 72)
73. Musa berkata: "Janganlah aquí kamu menghukum aku kerana kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan dalam urusanku"
(Al-Kahf: 73)
74. Maka berjalanlah keduanya hingga keduanya berjumpa dengan seorang anak muda, maka khidir membunuhnya. Musa berkata: "Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih, bukan ketana dia membunuh orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan sesuatu yang mungkar."
(Al, - Kahf:75)
75. Khidir berkata: " Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya kamu tidak mampu bersabar bersamaku?"
( Al-Kahf:75)
76. Musa berkata" Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu setelah (kali) ini, maka janganlah kamu benarkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberi keizuran kepadaku. "
(Al-Kahf:76)
Nabi Musa mengikuti Nabi Khidir
66). Musa berkata kepada Khidir. " Bolehkahaku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar diantara ilmu2 yang telah diajarkan kepadamu?"
( Al-Kahf: 66)
67). Dia menjawab: "Sesungguhnya kamu sekali2 tidak akan sanggup Sabar bersamaku.
( Al-Kahf: 67)
68). Dan bagaimana kamu akan dapat sabar atas sesuatu yg kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal itu?"
( Al- Kahf: 68)
69). Musa berkata: " Insya'Allah, kamu akan dapati aku sebagai seorang yang sabar dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.
( Al-Kalf: 69)
70). Dia Berkata:" Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang sesuatu apa pon, sampai aku srndiri menerangkannya kepada kamu. "
( Al-Kalf: 70)
Isnin, 11 Disember 2023
Dasar2 dakwah dan sikap Islam Terhadap lawan.
(AN-NAHL:125)
126). Dan jika kamu memberi balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.
(AN-NAHL:126)
127). Bersabarlah (hai Muhammad) dan tiadalah kesabaran itu melainkan dengan pertolongan Allah dan janganlah kamu bersedih hati terhadap ( kekafiran) mereka dan jangan lah kamu merasa sempit Dada terhadap apa yang mereka tipudayakan.
(AN-NAHL:127)
128). Sesungguhnya Allah beserta orang ygng bertakwa dan orang yang berbuat kebaikan.
(AN-NAHL:128)
Ahad, 10 Disember 2023
Nasihat Buat Semua
Best nasihat untuk kita semua... Pegang kuat2 jangan lepas nescaya kita selamat... Aamiin
Imam Ghazali. : Kualiti Puasa
Penyampai:Hajjah Norhafizah.
Imam Ghazali kata ada enam perkara untuk tolong kita puasa di bulan Ramadhan
1). Tahan mata dari perkara keji. Tak boleh pandang sembaran kerana ia akan mengganggu hati.
2). Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tak berfaedah- banyakkan zikrullah dan tilawah (lisan) mulut diawasi jangan cakap pasal orang.
3). Mendengar perkataan yang haram didengar. Dengar haram seperti makan benda haram dandusta jugak seperti makan sesuatu yg haram.
4). Tahan segala anggota tubuh daripada melakukan perkara haram dan subhah.
5). Tidak makan berlebihan. Allah tidak suka perut yang penuh... Perut yang penuh sampai tak ada ruang kosong Allah benci
6). Hendaklah timbul rasa takut dan harap sebab kita tak tahu amalan yg kita kerjakan itu diterimla atau tidak oleh Allah. ( Ya Allah terimalah amalanku (takut dan harap) tak riak...
Aamiin Aaminn Ya Rabbala'lamin...
NTAHLAH KENAPA...
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA, AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...