Jumaat, 28 April 2023

Maalaikat

 

images-jpgs6


Tersebut dalam sebuah Hadis, Dari RasullullahSAW, baginda bersabda:

“Sesungguhnya, Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian timur.  Yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat.  Kepalanya di bawah Arasy dan kedua  kakinya di dasar bumi ketujuh.  Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk Allah.  Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka Allah memerintahkan Malaikat itu agar menyelam kedalam lautan daru Nur di bawah Arasy.  Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga setiap bulu menitis setitis Nur.  Daripada setiap titisan itu Allah menjadikan Malaikat yang memohon keampnan bagi orang tersebut sampai hari Kiamat.”

Setengah hukama mengatakan, “Keselamatan jasad pada sedikitnya makan.  Keselamatan roh pada sedikit dosa.  Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada ‘Khairil Anam’ (Muhammad SAW).”

Allah SAW berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh abggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku”  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas kua dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”


Khamis, 27 April 2023

Coretan kakakku tentang aku...

 

Eni dan Maths Sekolah Rendah

Posted by camy2008 in Uncategorized. 

Adikku Eni, seorang guru maths sekolah rendah yang boleh dikatakan hebat dalam bidang maths dah ada blog. Bloknya anda boleh tengok di sebelah kanan page ini,  https://wwwcikgumaths.blogspot.com

Aku tabek Eni adikku ini. Dia memang hebat dalam bidangnya. Seorang guru yang dedikasi dan sanggup berjaga malam setiap hari hingga jam 2 atau 3 pagi untuk memeriksa buku murid dan membuat kerja-kerja sekolah.

Dari segi mengajar maths, dia memang hebat. Ramai anak muridnya yang lemah maths berjaya mendapat skor terbaik kerana dedikasinya itu. Dia selalu dipanggil memberi ceramah dan motivasi kepada murid-murid dan guru yang akan menghadapi peperiksaan dan yang mengajar maths di sekitar negeri Perak. Mentornya hebat-hebat belaka, mereka yang berkekulusan PHD dalam bidang masing-masing.

Eni rajin mengkaji dan mengkaji mencari kaedah terbaik untuk anak-anak muridnya. Selalu juga aku telefon dia untuk minta panduan mengajar maths anakku. Sejak anakku balik dari Jepun Eni menjadi sasaran aku bertanya cara-cara nak selesaikan soalan maths melalui telefon. Kadang-kadang aku rasa nak menangis kerana tak pandai mengajar Aini maths. Eni beri semangat. Berbekalkan kertas dan pen, Eni menceritakan dan mengajar aku macam mana nak selesaikan soalan maths itu. Maths darjah 4 hingga 6 bagi aku dah cukup susah. Eni dapat memberi penerangan dan jalan mengira dengan mudah. Akhirnya Aini dapat selesaikan homework dengan jayanya. 

Di Kemunting, ibu bapa yang mengalamai masalah tak pandai maths macam aku ini akan call Aini. Aku call dari KL ke Perak tempat Eni mengajar. Ketika aku di Pulau Pinang, Eni juga jadi sasaran. Sekarang Eni dah pindah ke Shah Alam. Ibu bapa Shah Alam pula buat call.

Aku ini maths paling lemah. Eni pula cakap bahasa Melayu dia lemah kerana asyik mengajar maths…Bila mengajar maths aku selalu nak nangis. Aini anakku selalu cakap “Mami tak pandai maths. Malas nak tanya mami.” Akhirnya aku serahkan gagang telefon kepada Aini untuk bercakap dengan makcik Aninya. Selesai masalah. Terima kasih Eni.

Moto Eni, semua orang boleh mengusai maths…

Selasa, 25 April 2023

Assalamualaikum...Artikelku Wordpressku Pada April 7, 2009...

 

Pengalaman Demi Pengalaman…Dahulu Dan Kini. April 7, 2009

Filed under: Uncategorized — wordpress.com @ 3:49 pm
Tags: 


Assalamualaikum.

Selamat Berpuasa dan selamat mengerjakan ibadah di bulan mulia ini.Semalam anakku Anis menyambut hari lahirnya ke 23.  Pada 2 minggu lepas dia gembira di majlis konvokesyennya.  Sebulan sudah dia bertugas dan mula merasa gaji pertamanya.  Pada masa ini saya terkenangkan betapa perjalanan anak-anak sekarang mudah berbanding kita dahulu.

Mula bekerja , belikan bapa sehelai T shirt Pagoda, Sehelai kain Batik buat Ibu dan Sebuah Basikal Mini Choper untuk pergi bekerja….Hah Bagaimana…?Berbanding dengan anak2 sekarang,segulung  ijazah belum terima, kerja sudah bermula.  Sebulan bekerja telah memiliki sebuah kereta. Yalah…. Alia dan Anis.  Keretapun sama , warnanya aja berbeza…Naza Bestari lagi. Hai untungnya anak sekarang.  Kemudahan pinjaman bank ada buat  mereka untuk mendapatkan semua ini.

Aku ingin mengimbau kisah 25 tahun dahulu…Baru bekerja di sekolah rendah di kampungku sendiri.  Berulang pergi bekerja menaiki basikal choper.  Seronok sebenarnya.  Waktu pagiku, melayang2 seperti P. Ramli dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok.  ” He! he!  seronok betul.  Masa tu kat kampung ku akulah yang mula menjadi guru…Kakak ku ada ijazah menjawat jawatan di bandar…begitu juga dengan abang2ku yang lain semuanya berhijrah kebandar kerana bekerja.  Aku Allah letakkan di bandar kecil bernama Lenggong. 

Pada mulanya, aku bayangkan akan di tempatkan ke tempat lain agar dapat melihat negeri orang , malangnya polisi Kementerian Pendidikan pada masa itu ialah posting ketempat sendiri.  Jadinya aku mengajar di sekolah yang  berjasa kepadaku dahulu…He he…aku murid tua di sekolah tersebut.

Aku bertemu dengan kawan lamaku (classmate) Cikgu Azmi.  “Hai, Noraini, ada kabel besar ke dapat sekolah ni?  sebenarnya kabel besar yang teramat besar yang menempatkan aku di situ.  Masa itu Azmi mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi…tidak salah aku.

Aku bertemu Cikgu Asmah ,Cikgu Fatma Bee …mereka ini adalah classmateku juga. Cuma Azmi classmate aku  Form Five Art 1, yang sering berlumba-lumba mendapat markah lukisan terbaik di bawah didikan Cikgu Mohammad bin Yaakub yang sangat kami hormati.  Dia berkelulusan luar negeri…Seorang Guru Seni yang pandai melukis. He he …Lencana Sekolah Kebangsaan Lenggong ini adalah ciptaan beliau.

Aku dapat tahu, kawan ku Ainal Akmal Mustafa juga menjadi guru,mereka kebanyakannya diterima sebagai guru sementara di sekolah2 di Hulu Perak. Tidak salah ku  Norathmah , Fatma Bee, Ainal Akmal smua mengajar di Grik. 

Semasa aku menjadi Warden Asrama RISDA di Grik aku selalu bertemu mereka .  Pada masa itu aku terlibat dengan pengawasan anak-anak pekebun kecil getah dimana pengambilannya ialah anak2 pekebun kecil dari Selinsing Kuala Kangsar hingga  ke kampong Pahit di Grik Perak. Seronok juga menjadi warden Asrama RISDA dulu. He he…Semasa lawatan  Pengawai RISDA Negeri, “Di antara Asrama yang terbersih yang saya ketemu buat masa ini”  Thanks God.  He he. 

Setelah dua tahun setengah disini, isi borang pengambilan guru melalui UKELP.  Ujian kelayakan.  Periksa  Ujian Matematik dan Bahasa.  Tiba-tiba dapat panggilan Isi penuh dengan JPA. Pegawai Kerani di Kementerian Kewangan Kuala Lumpur. Di Jalan Duta. Lain Pulak caranya. Masa itu bekerja di bawah 5 orang bos.  Noraini…Noraini…Noraini… tapi mereka semua baik belaka.  

Encik Rahman Mohd Noor, En Harriet Supramaniam, En Tan Swe Yeong dan En Saat bin Mat dan Cik Zarina.   Semua nya baik2 belaka.  Berganding pula dengan Saraswati kerani yang pangkat kakak dengan ku… Baiknya aku mula kenal ‘tose’ bila dia selalu bawa’ tose’ ke tempat kerja.  Saat manis mengenali Umi Kalsom Yusof , Umi Kalsom, Naimah…pergi makan sama2, bekejar menaiki bas semasa pulang amat menyeronokkan.  Berlumba menaiki bas kejalan Duta, pada masa itu bas Seri Jaya.  Ambil tiket bulanan.  Berhimpit2 seperti ikan sardin. Penuh kenangan. 

 

 

 

Masa telah berlalu begitu pantas dan kamipun kini telah semakin kurang bertenaga seperti dahulu.