Sabtu, 11 Januari 2025
Datin Koko dah kena kasi.
Rumah Penyokong Genosid Gaza Rentung Di Los Angeles #MGFlash
🔴 LIVE: 10.000 Rumah Habis Terbakar Akibat Kebakaran di Los Angeles, Hun...
Jumaat, 10 Januari 2025
Jumaat Penghulu Segala Hari...
Assalamualaikum.
Jumaat 12.48pm. Twelve forty eight post meridiem. 12.48 selepas tengahari.
Eni...Apa cerita hari ni?
Entah lah. Cerita tak besar mana . Hanya cerita2 bersangkut paut pada hari. Hmm, Hari ini Hari Jumaat. Jumaat adalah penghulu segala hari. Mari ku ceritakan. Pada setiap hari Jumaat daku akan panggil semua murid Asrama RISDA ku itu berkumpul di bilik kecilku. Jumlah mereka hampir 40 orang. Mereka balik sekolah awal. Hmm. Jom!.Jom! .Kumpul dalam bilik Kak. Hihi...Ceria sungguh budak2 kampong itu. Aku sayang mereka dan mereka pon sangat sayang padaku. Dengar kata dan tak lepas laku.
Bilik kecilku tak besar mana. Kelakar sangat. Bilik Warden Asrama Anak2 Pekebun Kecil Getah. Bangunan Asrama ini adalah kepunyaan RRI dahulu. Rubber Reach Institude. RISDA jadikan Asrama anak2 Pekebun Kecil Getah. Bilik aku tak besar mana mungkin office agaknya dulu sebab ada SATU HALL , SATU TANDAS DI LUAR BANGUNAN TU DAN SATU BILIK KECIL yang boleh memuatkan hanya sebuah katil bujang ,almari bersikat dan satu meja kecil dan cukup pula untuk ruang solat. Jadilah! untuk seorang Warden Asrama seperti aku. Steady ja aku tinggal kat situ dgn penuh rasa redho dan bertanggungjawab terhadap anak kampong dan ada yang hampir umurku mungkin . Pada masa tu usiaku baru 19 tahun plus. MaasyaaAllah mudanya aku masa tu.
Masa Interview , aku di interview di bilik kecil itu...Bilik tu bilik pejabat masa tu. Terdapat 3 Pegawai. Salah seorangnya En. Nordin. Pegawai RISDA Negeri, En Nawi dan ..... Mereka terima aku dan bagi tarikh aku kena datang. Dapat nasihat sedikit sebanyak , aku pon datang pada tarikh yang diberi.
Semuanya berjalan dengan lancar dan baik atas pemantauan Dari Pegawai2 RISDA Grik yang ada. Tuan Syed dan Tuan Syeikh yang rajin datang berurusan denganku masa itu. Termasuklah En. Mior berurusan denganku dgn penuh berhemah. Mereka baik2 belaka. Aku suka Tuan Syeikh lembut orang selalu menyelesaikan masaalah di asramaku. Jika murid sakit banyak dia yang datang untuk membawa ke hospital. Ada apa berita tentang Asramaku dia yang datang beritahuku. Aku hampir jatuh cinta pada dia kerana kebaikan dia. Ha ha ha. Mereka lain selalu kata, memang Syeikh jatuh cinta padaku. Aku nafikan untuk elak dpd fitnah.
Pada suatu hari Syeikh Buat Parti di rumah bujangnya. Mungkin Harijadi dia agaknya. Jemput aku datang sama. Betapa beratnya aku nak datang. Macam2 aku buat helah tak mahu datang tapi Kak Bibah pujuk jugak aku dengan Eni. Aku suruh kak Bibah dan Eni Mak Ngah Hindon pergi sahaja tanpa aku. Mereka tak mahu jika aku tak pergi. Aku beli "koyok" nak letak kat dahi aku , kata aku tak sihat. Akhirnya aku datang jugak. Nasib aku datang. Dengar Syeikh kata. Ha ah...Inilah tetamu yang kita tunggu2 itu. Mereka lain pakat berkata, Siapa? siapa? Syeikh kata ...Hmm...Ada la...
Rupa2nya kami bertigalah tetamu yang di tunggu2 itu. Aku terfikir kalau aku tak datang ...macam mana.? Nasib baik aku datang. Aku datang dalam keterpaksaan. Rumah bujang mereka penuh dengan tetamu pada masa itu, mostly di kalangan guru2 perempuan. Pada masa tu yang aku kenal hanya Ai___ A.... kawan sekelasku dan kakaknya. Ai___ F.... Kedua2 mereka dah jadi guru masa tu. Ai___A datang dengan kekasih dia kakitangan Pejabat Hutan tak salah aku. .Akhirnya mereka berdua ni sampai jodoh. Pada masa itu Cikgu Ai___ F hangat bercinta dengan Tuan Syed, tapi cinta mereka tak kesampaian. Cikgu Ai___ F, akhirnya berkahwin dengan seorang guru. Emak mereka ni ada juga kekerabatan dengan keluarga ibu ku. Ai___A ni rajin jugak datang ke Asrama RISDA jumpa dan sembang2 denganku. Ajak aku datang rumah, makan2. Rasaku Uji dan Abu pon ada dlm majlis Syeikh tu. Mereka dah bertunang.
Tuan Syeikh akhirnya dapat naik pangkat dan berpindah Mereka baik denganku macam adik berdik aja. Aku suka Hihi. Bila aku berjalan kaki untuk ke Pejabat Pos, selalu aja Tuan Syeikh berhenti kereta jemput aku naik. Malu2 alah, aku terima. Ha ha itu lah yang arwah Abang Halid cemburu sangat. Pergi ketingkap Asramaku. "Eni! abang Halid bawa basikal mari sini ya? "Tak Mahu" itu kataku. Dia akur ja kata adik dia...Abang Halid! Abang Halid !... Abang Halid kelakar sangat bagi Eni. Hmmmm...Kenangan....Dia dah Pergi Mengadap Allah.... Aku sayang dia...
Eh! Aku tengah cerita pasal Hari Jumaat. Anak2 asramaku berkumpul...Untuk apa.? Hmm. hanyalah untuk mendengar Khutbah Jumaat dari Radio Aiwa buatan Jepun yg ku beli masa nak datang kesitu. Setiap Jumaat semua anak2 buahku aku ajar mereka dengar Khutbah Jumaat. Aku tak pandai berceramah jadi dapat juga ilmu agama meresap masuk ke otak anak2 buahku ... Syukur Ya Rabb, aku tak lupa untuk mesra2kan anak2 buahku mengingatiMu. Aamiin.
2 be Continue.
(PARODI) Podcast: Tahun Melawat Kampung Pisang Sebatang
MENTERI MOTAC PERTAHAN VIDEO GIMIK TANPA MASJID?
Khamis, 9 Januari 2025
Pukul berapa Datok Harimau,
1M'SIA MELAYU SOUND VlDE0 CUTI2 M'SIA "XDE MASJID, ADA GEREJA T0K0NG KUl...
Isu tiada masjid dalam video promosi: Kenyataan menteri pelancongan mela...
Surah Sad Ayat 21 - 24 || Ustaz Abd Muein Abd Rahman || 19 Dis 2024
Rabu, 8 Januari 2025
'Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.' (Khas Buat Sahabatku)
'Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'
Buat Semua....
Apabila mendengar dan mempelajari kebenaran, adakah anda menerimanya dengan sepenuh hati, atau adakah anda masih menentang? Berdoalah agar Allah Subhanawwataala melembutkan dan membersihkan hatimu agar mudah didengar dan ditaati.
"Memakmurkan Usia Kita",
"Memakmurkan Usia Kita"
Siapakah orang yg paling baik,?....Umurnya panjang amalannya banyak, Yang paling penting berkatnya usia...walaupon umur pendek tapi berkat nya banyak...kita dengar Umar bin abdul Aziz jadi khalifah dua setengah tahun saja tapi dia memantapkan Pentadbiran Islam..zamannya lah tertulis ilmu2 hadith berkat umurnya,...Imam Nawawi...dlm usia 40an meninggal...kitabnya semua orang buat mengajar...orang begini barakoh dlm hidupnya .
.Bagaimana kita berinteraksi dgn usia...manusia merancang masa depan...dan apa dia nak buat sekarang.? .Ada orang setiaphari merancang harapan dan angan2...Sedikit sahaja peluang yg di ambilnya. "Demi masa sesungguhnya manusia dlm kerugian.".. Dia kata di sana nanti...kalau aku tahu aku akan buat banyak lagi. Hasan Basri berkata... Memakmurkan masa dan usia...(Jangan dengar lagu sangat.) kurangkan,...
Baginda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Saidina Ali,
Cerita ini sangat menarik, luangkan sedikit masa untuk baca.
Untuk org yg bernama EM KEY,
Apabila mendengar dan mempelajari kebenaran, adakah anda menerimanya dengan sepenuh hati, atau adakah anda masih menentang? Berdoalah agar Allah Subhanawwataala melembutkan dan membersihkan hatimu agar mudah didengar dan ditaati.
MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT
Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluhorang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :
1-Para Nabi-Nabi
2-Para Ahli Jihad Fisabilillah
3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia
Jom kita Kongsi kepada rakan anda . insyaAllah siapa yang Share ini , selagi ada orang yang m'baca dan beramal . anda turut dapat pahala..
Selasa, 7 Januari 2025
"Titah Adendum Sah Wujud! Apa Nasib Najib Razak Selepas Ini?" / 7 JANUAR...
Cerita kelakar anak2 buahku Asrama RISDA, tahun 1980...
Janganlah ganggu Blogku ini..Please...
Assalamualaikum...
Siapa yang cuba sign in ke Blogku ini...Akhirnya dapat juga ya... Sekarang dia dah ganggu Blogku ini...Tolong lah...
Bihoon/mee soup kaki ayam...
"Bihoon soup kaki ayam... Hihi bukan semua orang lalu. (larat, SANGGUP) makan. Aku suka meskipon aku ni senang rasa loya... Ikan besar aku tak makan, ikan sungai(air tawar) aku tak makan... Tapi kaki ayam aku lalu makan. Aripin langsung tak boleh makan... Maznah pon tapi aku pulak boleh... Aku rasa sedap... Bila ada yg kata jadi ubat... Aku makan... Tambahan pulak masa kat Kamunting Pak Cik Kantin buat soup kaki ayam setiap Jumaat... Sedap dan lalu aku makan.
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...