Petang semalam kami buat menu mudah dan ringkas. Menu kami adalah Sambal sotong Kering berkacang,Laksa Utara dan rebus kangkung cicah dengan sambal belacan serta buah mempelam dan tembikai... Alhamdulillah sederhana tetapi menyelerakan. Allah beri selera kepada kita menu miskin tapi sedap dan syukur Ya Rabb...
Ini adalah rebusan kangkung uang di cicahkan dengan sambal belacan. Biasanya saya akan buat sambal belacan di campur dengan telur ...Menu itu pon sedap....Syukur rebus kangkung menu orang kampong macam saya..hihi. Sedap
Buah tembikai dan mempelam sebagai pembasuh mulut. Manis tembikai ini dan mempelam ini adalah sedekah dari seorang jaga di sini kepada anakku. Baik sungguh mereka ,moga sedekah mereka bermanfaat dan mendapat pahala di Ramadhan Mubarak ini. MaasyaaAllah , semua orang Islam Malaysia sangat berkesedaran dengan Pahala memberi orang makan di Bulan Ramadhan. Syukur Ya Rabb.
Sotong kering yang di tumis cabai sangatlah mengancam bila di letakkan kacang goreng yang di mesen halus. MaasyaaAllah sedap sangat . Ini kegemaranku. Semasa makan ianya sedap juga bila di campor kangkung yang di rebus...Alhamdulillah sama ada nak cicah sambal atau makan terus dgn sambal sotong ini pon mantap dan boleh masuk seleranya. Ngam...hihi...
Ini llaksa utara. Daku memang peminat Laksa Tega. Hihi Makku gelar aku Puteri Laksa. Kelakar makku. Apabila Makku sakit saat akhir2 hidupnya dia request nak makan Laksa. Eni bat kat mak laksa..Hihi mak kata...Mak bersalah selaklu kata kat hang Puteri Laksa...Sekarang mak dah jadi nak makan laksa. Memang jika kita dah tua ada sikit2 sakit kita akan cari makanan yang ada sedikit asam2, sayur2 dan isi beras macam laksa Utara ni...Mak! Mak! ... Eni ingat mak...Moga Mak damai dan di kumpulkan bersama orang2 yang soleh di sana. Aamiin.
Sedapnya Laksa Penang ni. Daku rasa sedap bila letak bawang kecil banyak masa buat kuahnya...Bangkit rasa dan bawang mentah mesti bawang besar kena banyak juga...Hihi makhroh, makan bawang mentah, tapi tak sedap laksa jika tak berbawang mentah...Timun juga main peranan dlm laksa sayur salad dan bunga kantan yang di hiris sangat membangkitkan rasa Laksa...Hihi Puteri laksa punya komen tentang Laksa...Kegemaranya...Yummy...Tq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan