Rabu, 16 Mac 2022

Keutamaan Bulan Syaaban.

              Petikan daripada buku Penenang Jiwa.Terjemahan Kitab 'Mukashafah Al Qulub" 

                                                         karya Imam Ghazali

                                          

Keutamaan Bulan Syaaban.

Dirawikan dari Umamah al-Bahili ra dia berkata," Rasullullah SAW bersabda "Manakala masuk bulan Syaaban, sucikan dirimu dan perbaiki niatmu"

Dari Aisyah ra, dia berkata, " RasullullahSAW berpuasa sehingga kami mengatakan, "Tidak berbuka dan berbuka sehingga kami katakan tidak puasa dan kebanyakan puasanya adalah di bulan Syaaban."

Dalam Kitab  An-Nasai dari Hadith Usamah ra," Aku berkata, "Wahai Rasullullah, aku tidak melihat engkau berpuasa pada bulan-bulan lain sebagaimana  engkau berpuasa di bulan Syaaban," 

Baginda bersabda:

      Kerana itu bulan di mana manusia lupa darinya antara Rejab dan Ramadhan. Itulah bulan di mana amal dinaikkan kepada Tuhan Rabbul 'Alamin.  Maka aku suka amalku dinaikkan dalam keadaan aku berpuasa."


Dalam Hadith Bukhari muslim, dari Aishah ra,dia berkata, "Aku tidak melihat sama sekali RasulullahSAW menyempurnakan puasanya sebulan kecuali Bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda lebih  banyak puasanya daripada bulan Syaaban."

Dalam satu riwayat, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Ramadhan seluruhnya."  Dalam riwayat Muslim, "Rasulullah SAW berpuasa dalam bulan Syaaban kecuali sedikit,"

Dikatakan , untuk malaikat di langit ada dua malam raya dan kaum muslimin di bumi ada dua hari raya.  Malam malaikat itu adalah malam Nisfu Syaaban dan malam Lailatul Qadar.  Sedangkan hariraya kaum muslimin Aidil Fitri dan Aidil Adha.

Malam Nisfu Syaaban, kadang-kadang disebut Malam Bara'ah kerana malam itu dapat menghapus dosa setahun.  Sedangkan malam Jumaat boleh menghapuskan dosa seminggu dan malam Al Qadar, dapat menghapuskan dosa seumur hidup. Ertinya bahawa menyambut malam-malam itu dengan beribadah, merupakan sebab penghapusan dosa.

Malam Nisfu Syaaban kadang-kadang di sebut malam Tafkir atau malam Ihya'. Dimana dalam hadith Marfuk disebutkan bahawa siapa menghidupkan dua malam raya dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari dimana  hati-hati mati.

Disamping itu juga disebut sebagai malam Syafaat. Dalam suatu hadith disebut bahawa Rasulullah SAW pada tanggal tiga belas, mohon kepada Allah syafaat pada umatnya.  Allah memberi sepertiga, kemudian baginda memohon pada tanggal empat belas, lalu diberi dua pertiga.  Nabi SAW mohon lagi pada tanggal lima belas dan diberi seluruhnya kecuali orang yang lari dari Allah dengan membiasakan maksiat.

Malam itu juga dinamakan malam Makrifah.  Imam Ahmad merawikan bahawa rasullullah SAW bersabda, " Pada malam Nisfu Syaaban, Allah meneliti kepada hamba-Nya, kemudian Dia mengampuni seluruh penghuni bumi kecuali dua orang; orang mushrik dan orang yang memberati dengan dosa.  Kadang-kadang disebut malam pembebasan.

Ibnu Ishak merawikan dari Anas bin Malik, dia berkata," Aku disuruh oleh Nabi SAW kerumah Aisyah untik satu keperluan.  Aku berkata, "Cepatlah aku meninggalkan Nabi SAW sedang berbicara  kepada seseorang tentang malam Nisfu Syaaban. " Aisyah berkata , Hai Unais, duduklah! akan ku ceritakan kepadamu Hadis tentang malam Nisfu Syaaban.  Malam itu adalah satu malam di mana Rasullullah SAW sedang memenuhi giliranku.  Dia masuk bersamaku dalam selimutku.  Di tengah malam aku terbangun.  Tiba-tiba baginda tiada disisiku.  Aku berkata, "Mungkin baginda pergi kepada jariahnya al-Qibtiah."  segera aku keluar dan aku melalui masjid.  Aku langkahkan kakiku padanya.  Ternyata baginda bersabda, "Aku telah bersujud,hatiku telah beriman dan inilah kedua tanganku, Wahai Zat Yang Maha Agung, Ampunilah segala dosaku. Mukaku telah bersujud kepada Zat yang menciptakan  dan membentuknya,menyebek telinga dan matanya."

Kemudian baginda mengangkat kepalanya.  Lalu aku berkata, " Engkau di suatu jurang dan aku di jurang yang lain. "  Baginda berkata, Wahai Humaira',tidak tahukah engkau, ini malam Nisfu Syaaban?  Sesungguhnya pada malam ini Allah membebaskan manusia dari Neraka sebanyak bilangan bulu kambing. Kecuali enam orang; orang yang membiasakan minum arak,yang menderhakai kedua orang tuanya,yang membiasakan zina,yang keras kepala,tukang pukul dan tukang fitnah."

Lain daripada itu, malam Nisfu Syaaban juga kadang-kadang disebut  malam Qiamah dan Takdir.  Sebab satu hadith yang dirawikan oleh Atha bin Yassar" Pada malam Nisfu Syaaban, dihapuskan oleh Malaikat Maut, setiap orang yang meninggal dunia dari Syaaban ke Syaaban yang lain.  Dan seseorang menanam tanaman,  menikah isteri serta membangun rumah, di mana namanya telah dihapuskan sebagai orang mati.  Tetapi Malaikat Maut tidak melihatnya. Kecuali ketika dia diperintahkan, maka kemudian mencabutnya."

Puasa Ayyamuul Bidh Syaaban( Hari Putih):

*   Rabu, 16 Mac 2022 bersamaan 13 Syaaban 1443H

*   Khamis, 17 Mac 2022 bersamaan 14 Syaaban 1443H

*   Jumaat, 18 Mac 2022 bersamaan 15 Syaaban 1443H






             

Isnin, 14 Mac 2022

Ku Bunuh Cinta

 


Ku bunuh cinta dalam hatiku,

Pisau tajam berkilau,

darah pecut merah, aku menjerit

Ketawa dalam kepedihan.

Cintaku terkulai merah

Gigil kian lemah

dan pisau tajam berdarah

kulempar jauh-jauh

Hilang di balik malam


Sudah ku bunuh cintaku merah

Darah mendidih pekat

Aku senyum

Aku tidak lagi cekan 

Di bunuh oleh cintaku.


 Titian Zaman ....   "Anis Sabirin"


Hakikatnya ...rasa berdosa kerana gagal membunuhnya...Telah lama ku perbanyakkan pada Cinta Allah dan Rasul ...Tak tertanding   hidup ini tanpa 2 CINTA SEJATI ....pasrah update 31 May 2023...



SS Dato Dr Asri-Selagi Kamu Mcm Itu Selagi Itulah Kamu Mcm Itu

  Friday 31 May 2024 SS Dato Dr Asri-Selagi Kamu Mcm Itu Selagi Itulah Kamu Mcm Itu Jaga amalan adab sedikit yg di buat biarlah berkekalan.....