Rabu, 2 November 2022

Bagaimana Jika Tiba2 ada kematian di rumah kita..

 Wajib Baca! Bagaimana kalau tiba-tiba ada kematian di rumah kita?



Tak kira siapa, jika ada kematian mengejut di kalangan ahli keluarga, jangan panik.. Sebab ramai antara ahli qariah yang menelefonnya pada jam 3 atau 4 pagi untuk bagitau ada berlaku kematian, agak cemas tidak tahu apa yang harus dilakukan. Dek sering mendapat panggilan sedemikian maka bilal biasanya akan mintak si pemanggil bertenang dan mengambil beberapa langkah tertentu dalam menghadapi situasi sebegitu termasuklah:

■Jangan cemas
■Tunggu dua tiga jam lagi sebelum terbit pagi.. InsyaAllah orang masjid akan sampai dan akan membantu uruskan jenazah.
■Sementara itu sapu minyak di kelopak mata arwah untuk lembutkan kemudian cuba rapatkan mata arwah jika masih terbuka.
■Begitu juga dengan tangan, sapu2 sedikit minyak di kedua2 siku untuk lembutkan kemudian letakkan kedua-dua tangan di atas perut.
■Letak pisau/gunting besi atas perut, supaya tak masuk angin
■Kelopak mata kalau payah nak tutup,letakkan syiling
■Tangan diikat dengan perca kain.
■Kepala hingga dagu juga elok ikat dgn perca kain.
■Jika ada darah yang keluar dari hidung/telinga, sumbatkan dengan kapas untuk menahan darah dari terus menitik keluar
■Selimutkan arwah dengan kain yang dapat menutup seluruh jasad dari kepala hingga kaki.. boleh guna sebarang kain samada kain batik panjang dsb, asal saja dapat menutupi jenazah
■rehatlah dan cubalah untuk tidur dulu sementara menunggu subuh kalau kematian berlaku seawal jam 12 atau 1 pagi.
■Mesti ada pengesahan kematian dari doktor klinik/hospital.
■Bila dapat surat pengesahan tersebut baru buat laporan di balai polis berhampiran.
□Polis kemudiannya akan keluarkan Permit Pengkebumian/surat mati untuk urusan pengkebumian jenazah.

Menjadi ahli khariat kematian samada di surau berdekatan rumah/masjid.

Jika kita tiada khairat kematian, hanya perlu ada sejumlah RM520(mungkin jumlah RM berbeza di masjid lain) untuk pengurusan jenazah dari awal urusan dimandikan, dikafankan sehinggalah selamat dikebumikan(wang boleh serah kemudian, pihak masjid boleh dahulukan).

Pihak masjid yang akan menghubungi penggali kubur untuk menyediakan tempat, begitu juga urusan kain kapan dan sebagainya. waris simati tidak perlu bimbang tentang semua perkara itu.

Patut juga kita ambil tahu nama-nama ajk masjid, yang lebih baik lagi kenal dan cam wajah2 mereka.

Ramai yang tidak tahu dan tak terfikir tentang adanya kemungkinan perkara itu tiba-tiba terjadi dalam rumah masing2.

Harus bersedia menghadapi kematian. Mati yang pasti.
Share dgn semua orang.
.
TOLONG SEBARKAN WALAUPUN ANDA TELAH MEMBACANYA SEBELUM INI. SEBAGAI PERINGATAN

Wallahu’alam.

Sumber: Hisyamuddin Lg

Via : Berita Harian Online

Isnin, 31 Oktober 2022

Doa Khatam Quran

 



(Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam, pujian orang2 yang bersyukur dan kesudahan yang baik adalah bagi orang2 yang bertakwa. Dan selawat dan salam keatas Rasul kita Muhammad dan juga keluarganya dan sahabat-sahabatnya. Ya Tuhan kami terimalah doa dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha mendengar lagi yang maha mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah yang maha penerima taubat lagi maha mengasihani. Tunjukkanlah dan bimbingkanlah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan berkat Al Quran. Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat Al Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan,cahaya,petunjuk dan rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari Al Quran, dan ajarlah kami apa yang kami tidak tahu tentang isi Al Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membaca sepanjang malam dan siang, dan jadikanlah Al Quran itu, sebagai cahaya untuk kami, wahai Tuhan pemelihara sekalian alam. Ya Allah, hiaskanlah diri kami dengan keindahan Al Quran, muliakanlah kami dengan kemuliaan Al Quran dan serikanlah kami dengan ketinggian martabat Al Quran dan pakaikanlah kami dengan pakaian permata Al Quran, masukkanlah kami kedalam syurga dengan syafaat Al Quran, selamatkanlah kami daripada segala bencana dunia dan azab hari akhirat dengan berkat kehormatan Al Quran. Ya Allah, Jadikanlah Al Quran semasa hidup kami didunia rakan dan didalam kubur sebagai kawan yang mesra, pada hari kiamat sebagai pemberi shafaat dan di atas titian sirat sebagai cahaya penyuluh, semasa menuju syurga sebagai teman, sebagai pendinding dari api neraka, dan jadikanlah Al Quran untuk kami sebagai panduan dan ikutan kepada segala kebaikan, dengan limpah kurnia, kemurahan dan kemuliaan jua Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah. Ya Allah, tunjukkanlah kami dengan petunjuk Al Quran, selamatkanlah kami daripada api neraka dengan kemuliaan Al Quran, tinggikanlah darjat martabat kami dengan kelebihan Al Quran, dan hapuskanlah dosa kejahatan kami dengan membaca Al Quran, Ya Allah Tuhan yang memiliki segala kelebihan dan ihsan. Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Mahasuci Tuhanmu, Tuhan yang mempunyai keagungan dan kekuasaan dari apa yang mereka katakan dan selamat sejahtera kepada sekalian Rasul. Dan segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbir seluruh alam. Posted in Agama dan nasihat|Tagged berkat Al Quran Quran, cahaya Al Quran, doa' khatam Al Quran, kelebihan Al Quran, kemuliaan Al Quran, pendinding neraka, petunjuk Al Qura

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...