Isnin, 18 Mac 2024

Menu simple semalam dgn nasi

Hari ni makan nasi.  Sambal terung dicampur tempe dan tauhu...Aku dapati, terung paling sedap kedua tauhu dan tempe ketiga.  Tapi anakku suka beli tempe...Nakkan sumber protein...
Seterusnya sayur tumis belacan petola ular yang di sedekah oleh Maznah adikku.  Sedap sangat. Lepas tu cendol agar2 soya...Hmmm sedap...tapi anakku tak boleh makan sebab dia mengah,batok kuat sangat.  Dia takut menjejaskan puasanya esok.   Seterusnya cucur berbaki bersama tempuraku, dan buah mempelam serta jambu madu....Hmmm Syukur atas rezeki pemberian Allah.

 

Sebenarnya daku ada tengok pesanan kat facebook tentang mempamerkan makanan kepada umum tu tak elok memandangkan ada orang tak makan...Tapi daku tak pamer kat facebookku...Daku letak di sini aja...Di Blogku ini tak ramai hadir...Daku percaya tak ada yang membuatkan orang terlior atau teringin makanan sederhanaku...Daku letak sini agar 4,5 tahun lagi dapat tengok kembali...Hihi tu pon kalau umurku masih panjang ...Eni..Eni terok hang ni...

Ini sambal goreng terung, tauhu dan tempe...Paling sedap terung dan diikuti oleh tauhu barulah tempe.

Ini tumis belacan petola ular...Sedap sangat teringat masa kecil2 dulu mak tanam ni buat sayur air...hmmm,  Sekarang susah nak jumpa buahni...Tapi Surau,Ann Nurr, BB Bangi ada tanam buah ni.. hebat mereka.  Boleh berjual lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️. - "PENGAJARAN DARI SURAH AL-INSAN" ~ SIRI 4

Semua kita Cinta pada Allah...adakah reality nya tak?...Berdosa...Aku memang cinta Allah...kerna Allah yang penciptaku  dengan keyakinan ..A...