Sabtu, 28 Disember 2024
Di sebalik yg kita cari dlm hidup...
Harta yg kita sayang ini hanyalah daki dunia sahabatku... Sedarlah...
Jumaat, 27 Disember 2024
Mula Trip Kami ke PD bagi tahun 2024,
Makan....Rasa Lapar, singgah R&R. Makan kat Merry Brown.
Hihi ...Ni tak boikot. Terkejut daku ayam dia sedap "very spicy"
Ianya hampir sama dengan Mc Donald Hot & spicy...yer ker...Mak kata...
Daku request lagi mlm tadi...anis order lagi...hihi...sedap pedas dan masih panas
ordernya..Cam mana nak diet...hihi...Gemok balik aku.
Dulu makan kat R&R ni taklah besar macam ni. Sekarang wow bertambah besar dan menarik...HiHi...
Masa kami dok kat Shah Alam dulu selalu singgah sini. Fishing mesti datang makan sini ...
Kecik je...Hihi...sekarang dah wow benar dah...
Pada hal tadi pagi kononnya Anis kata mak ...alas perut dulu ya dengan mee maggi goreng
Korea dia masak. hihi masuk jugak lah selera aku...hihi.
Boleh la. Alih alih cepat benar depa ni singgah mai makan sini...Katanya lapar.
Daku makan ayam goreng sedap. Anis makan Burger.
ooo Una makan macam Hot Dog ja ...apa namanya kat Merry Brown ni...
orang tua tak ambik tahu lah...hihi...
Kakak order apa ...nanti nak tengok sat.
Una minum orange...Kami bertiga, Sarsi Float ada ice cream... Hmmm sedap.
Teringat kat Melor pulakMasa Kat Syah Alam kita orang beli Root Bear
rasanya macam Sasparila zamandulu2...hihi..."Laa Mak Cik sedap
sangat nya ni....air sarsi ni" Yes Merry Brown punya air memang sedap.
Root Bear dia..ada rasa macam Sasparilla zaman dulu2..
Hai Aini and Husna...Ok ker pagi ni? Senyum manisnya...Nak pi PD ya kita...
Trip kali ini berempat sahaja...Moga kami enjoy. InsyaaAllah. Ya Rabb selamatkanlah
perjalanan kami. Gembirakanlah kami Rabbku...
Baru sampai minuman...Hmm...InsyaaAllah moga sedap. Airnya sedap.
Dari dulu2 lagi daku suka airnya kat merry Brown ni. Hihi.
French Friesnya hmm sedap...
Selamat makan...Kakak ambil gambar...
Enjoy...makanan dah sampai semuanya...Bismillah.
Manisnya ibu dan anak..."Umi dan Una cucu Pah Cik"
ha ha ...Eni cuba...hamm..Berlatarbelakangkan Pantai Telok Kemang ni ...hihi
Setiap kali ke pantai ...Ini jadi pilihan. Kerang Rebus. Dulu budak 'Akuatik' ni
selalu kata kat aku ..."Mak jangan makan kerang sangat . Dia agent pembersih di
air" Aku kata "Sedap" ..Sekarang anakku pon makan jugak.
Kakak order 'Bakso' daku pulak tak pandai sangat makan 'Bakso' ni
Hai Una....
Kerang rebus dan Bakso Pantai Telok Kemang...
Kerang dia boleh tahan besar jugak...tapi elok2 ja...tak la liat...
Belajar " selfie " ha ha ha ...Terpesona kau dengan "Backgroundnya"
Meh aku bagi tajuk.."Damainya Hati Seorang Perindu"
Una tengok apa tu? Wau baju Umie, Una dah boleh pakai ya...
Meriahnya Telok Kemang...
Ada lagi?
Wau...
Kenapa dengan "Mak Anis ni. Una?
Berbackground "Hotel Mewah berswimming pool di dalam bilik tu... Nak pi pon buat pa ...buat rugi duit ja. Home Stay kami pi lagi Syok... Linda Mai ..busy hingga letih baru nak dapat parking... Maznah mai dulu...seronok katanya ..Swimming pool dlm bilik hotel ni..."Privacy" sikit la.
Pantai Cermin. Cantik Sangat. Nampak ke laut Lepas. Nampak Kapal Besar berlalu Lalang.
Pantai Cermin.
Pantai Cermin.
"Pantai Telok Kemang"
Cantik latar belakangnya
"Kucari damai dihati"
Misi ambil gambar "dari Mak Anis"
Kat latarbelakangnya.... ada Mangrove...
Pantai Cermin...'Damai dan mengasyikkan"
Telok Kemang daku datang lagi. Lama dah daku tinggalkan kau...
Daku rasa rindu nak bersantai di sini. Dulu setiap minggu daku datang selepas pencen. " Pencen sangat memberi makna bagiku" Aku rasa macam satu anugerah Allah bila aku pencen...Aku jauh dari croud...dgn berbagai2 kerenah manusia. Paling baik daku tak suk ada unsur2 yang menyebabkan aku berbuat dosa. mengumpat ke...menghata orang ke...Bahagia sangat bila jauh dari "crowd" paling aku nikmati masa berada di Jepun...Tak berlaku langsung mengumpat dsb...mengumpat boleh berlaku bila2 masa...setan kan pandai...Ya Rabb...jauhkan kami dari melakukan perkara keji "memakan daging manusia tu" Berdosa. sangat. Nampak mudah je mulut, smooth ja bibir bergerak jika mengumpat...Betul kata adikku Maznah ...3 tahun dia di Jepun dia rasa bahagia sangat tak bergaul dan jumpa sapa2 yg menyebabkan tak berlaku mengata orang...Bertuah ...Kak Hindon pon kata yang sama. Bahagia sanga semasa 4 tahun di Jepun tak berdosa "mengumpat" hihi...tiba2 ja topik mengumpat timbul...ha ha ha ...
Kami dari Sendayan rajin datang sini jika tak fishing, saja2 datang teroka makanannya...hihi...Daku pulak rajin makan Satey Kajang di PD ni...Dari Sendayan tak jauh mana ...santai2 ja sampai...seronok sangat.
sedap ke?
Home Stay Casa 261, PD
Rancangan rehat sambil santai2 di PD agar dapat mandi. Untuk mencari Kolam Renang Muslimah agak sukar . Anakku dan anak keponakan ku dapat cari Home Stay yang ada Kolam Renang di dalamnya....seronok sangat. Kata Ustaz haram bagi perempuan mandi2 di Pantai2 meskipon memakai Baju Renang Muslimah..kerana apabila baju basah ianya mengikut melekat ke badan dan menzahirkan bentuk badan atau lebih tepat lagi menampakkan aurat wanita. Bagus deme berdua ni...daku dulu pergi ke Pusat Aquatik Shah Alam ambil mudah ja tentang pakaian...tapi daku beli pakaian musliman. Baju Mandi Mslimah. Tapi iua tetap tak sesuai apabila dalam keadaan basah. Bagus mereka berdua ni...Aku masih memakai Lipstick mereka tak pakai dah. Aku tabik pada mereka berdua ni. Celak mata dah aku tinggalkan tapi Lips Stick daku pakai lagi...Aku dulu dah tinggalkan dah tapi bila orang tegur daku macam tak sihat...aku pakai Lipstick kembali...hihi,....Biar nampak segar...Adoi...
Airnya agak dalam juga kolam ini, airnya hingga ke paras bahu kita. Seronok sangat. Daku dah lama tak berenang ...disini orang kampong ini berenang...memang puas hati bercuti kali ini. Daku pernah berenang di PD laut tgh pasang . dikakiku terasa stream kuat sangat...daku gagal lawannya terasa macam di tarik ketengah..dah la kita dah tua, kaki dah tak kuat lagi dah maka aku cari juga posisi yang boleh menyebabkan daku boleh dekat ke tepi pasir pantai...memang menakutkan... Daku stop terus buat latihan renang untuk kuatkan kaki... syukur umurku Allah takdirkan masih panjang...masih boleh datang melihat2 laut...Alhamdulillah..Itulah kali terakhir daku mandi laut. Amat menggerunkan. Dulu kami rajin datang mandi laut sebab daku nak buat latihan agar kakiku bertambah kuat.
Wow seronok sangat. Waktu petang kami berenang2 dan mandi2 barulah kami keluar cari makan.
Seronok sangat...
Wau seronok sangat main air ,berendam macam ini...
seronok dan riang rasanya hati...
Bestnya kan....
Seronok sangat dan daku impikan akan datang lagi satu masa nanti...
Best!
Sebelum balik....
ambil gambar kenangan...
Kami tak masak pon...ooo cuma anakku masak mee maggie je...Lapit perut...sebelum cari makan...
Terdapat mini Golf kat sini...
Cucunda Husna Aqilah...
rasa nak mandi lagi...hihi...
Gambar kenangan...Selamat tinggal...moga sampai lagi ke sini...
Bersiap untuk Pulang...
Susun2 barang...
Nasib ada anis...Mak dapat jalan2...
Casa 261..."Selamat Tinggal"
Main buai Una...
Wau Syoknya...Ni masa nak keluar makan 24/12/24
Mini Golf dan kolam rewnang,...Best...
Ruang Luar. Santai rehat2 tengok TV
Nak keluar makan ...
Amil gambar kami dulu....
Ruang makan.(Dining)
kelabu skit gambarnya.
Mai cuba pukul....masuk ke tak?
Nenek...posing di sini nek!
Dah macam adikku Maznah dah daku kini...Rajin ambil gambar
Ini lagi gammbarku...ha ha ha...\
Percutian seorang Nenek...
Bye Bye Jom keluar makan.......
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...