Sabtu, 21 Oktober 2023
Muridku ...
Teringat daku masa mengajar murid2ku dulu. Masukke kelas, daku jadikan kemestian adalah berselawat atas Nabi Muhammas SAW sebanyak 3 kali sebelum membaca doa masuk kelas. Daku bawa trend ini daripada daku mula bekerja hinggalah ke akhir usia daku mengadap masa bersaraku. Daku jadikan ini amalah bilamana daku mengetahui bahawa betapa pentingnya dimulakan doa dengan Selawat ke atas Nabi kita Nabi Muhammad SAW.
Daku teringat semasa mengajar murid2ku yang baru meningkat usia ke awal remaja,. kenkadang daku selit dengan cerit Nabi2 kita dan satu hari daku mengajar murid Tahun 5. Di dalam kelas ini terdapat seorang murid yang agak awal sedikit perubahan ke awal remajanya. Sangat berani murid perempuan ini. Kenkadang dia tidak datang kesekolah dengan sengaja.
Daku ada double period free. Masa ini daku ambil peluang kerumahnya."S" nama muridku ini. Rumahnya tidak berapa jauh dari sekolah. Namanya masih dalam ingatanku hingga kehari ini. Murid yang agak problem akan diingati oleh guru dan yg agak luar biasa cerdik atau luarbiasa berhemah akan terpahat di hati guru. 'Very lucky' hari tu dia mahu ikutku kesekolah. Jumpa ibunya yang selalu berkata anak remajanya ini tidak mahu mendengar cakap langsung. Adiknya memberitahuku bila kakaknya bersikap begitu.
Perumahan mereka ini adalah perumahan pekerja2 kilang yang sentiasa meninggalkan anak2 bersendirian dirumah, menguruskan hal sendiri kerana ibu dan bapa pergi bekerja. Memang kesian. Banyak anak2 yang bekerja kilang jalani hidup yang begini.
Pada suatu hari masa daku relief class, daku telah rancang untuk membaca satu petikan ucapan Khutbah Rasullullah semasa "Fathul Mekah". Khutbah ini di sampaikan pada 9hb ZulhijjahTahun 10 di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Daku kebiasaannya akan print artikel terbaik dari internet untuk muridku. Situasi kelas diam...Sangat cantik untuk membuatkan muridku pasang telinga mereka. Daku baca dengan penuh berhati2 untuk memerangkap emosi anak2 muridku ini. Satu demi satu fasa demi fasa kisah2 itu terungkap dengan penuh kesedihan. Daku mainkan perasaan mereka dengan tone yang berbeza dalam pembacaanku. Jelas ternampak pada muka mereka kesayuan. Merah muka mereka kerana sayunya. Dan paling daku takjub murid perhatianku ia itu "S" matanya terus mengalir air mata, ternampak betul kesayuan. Tidakku sangka dia yang selama ini nampak keras hati boleh menitiskan airmata ketika itu. Murid lain melihat "S" sambil ketawa sedangkan mereka juga daku nampak sedih.
Daku terus memuji S kerana sangat baik dan mendengar penuh perhatian. Bilik darjah senyap sunyi. Daku nampak S mula berubah hari demi hari. Hatinya menjadi lembut dan sangat suka menghampiriku Pada masa inilah daku selitkan nasihat2 menyentuh tentang maruah seorang perempuan dan bertapa maruah kita seorang perempuan harus kita jaga. "S" akur dan nampak benar2 paham...Syukur kepada Allah" S" berubah menjadi murid yang sopan. Cerita S yang sangat "daring" semasa mandi di sungai di mana murid lelaki yang hampir dapat membuka bajunya tersimpan dlm ingatanku. Pada masa itu seorang tua yang memanggil kawan2 perempuan" S " agar selamatkan "S" dan "S" selamat ketika tu.
sedikit petikan semasa Fathul Mekah.
Pesan khutbah terakhir Rasulullah SAW diriwayatkan Jarir ra:
"Sungguh Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda padanya, pada Haji Wada' (Haji perpisahan/haji Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam yang terakhir). Simaklah dengan baik wahai orang-orang, lalu beliau bersabda: "Jangan kalian kembali kepada kekufuran setelah aku wafat, saling bunuh dan memerangi satu sama lain," (Shahih Bukhari).
Setelah memuji dan bersyukur kepada Allah SWT, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam kemudian mengatakan:
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengar teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini,"
Baca artikel detikhikmah, "Isi Khutbah Terakhir Rasulullah SAW di Arafah, Getarkan Hati Ratusan Ribu Muslim" selengkapnya https://www.detik.com/hikmah/dakwah/d-6366351/isi-khutbah-terakhir-rasulullah-saw-di-arafah-getarkan-hati-ratusan-ribu-muslim.
Download Apps Detikcom Sekarang https://apps.detik.com/detik/
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.
Berusaha menjadi Hamba Allah yang Allah sayang
Berusaha untuk menjadi hamba yang Allah sayang
Berusaha untuk menjadi hamba yang di kasihi Allah
Berusaha untuk menjadi umat Muhammad yang disayangi oleh Nabi kita
Muhammad SAW,
Jika solat kita gagal membentuk peribadi kita,
Puasa yang kita buat gagal membentuk peribadi kita,
Zakat yang kita keluarkan gagal membentuk peribadi kita,
Haji dan Umrah kita bgagal membentuk peribadi kita,
Bermakna kita gagal di akhirat,
Bermakna kita akan sengsara di akhirat,
Bermakna kita akan celaka di akhirat,
Kerana apa yang kita buat tidak dapat membentuk peribadi ,
daripada peribadi yang baik kepada peribadi yang soleh,
Terus berusaha untuk menjadi hamba yang Allah sayang,
Terus berusaha untuk menjadi hamba yang di kasihi oleh Allah,
Terus berusaha untuk menjadi umat nabi kita yang di sayangi oleh Nabi kita Muhammad S.A.W.
Kuatkanlah daku Ya Rabb.
Ya Allah kuatkanlah daku...
"Ya haiyuyakhaiyum, birahmatika astaghisu, asleghli syakni kulllahu wala takilni illannafsan tarfataain"
Ya Allah Tuhan yang maha Hidup Maha Memerintah selama2nya, Dengan RahmatMu aku mohon pertolonganMu, Perelokkankanlah urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupon sekelip mata.
Aamiin Aamiin Ya Rabbala'lamin...
Jumaat, 20 Oktober 2023
Khamis, 19 Oktober 2023
Rabu, 18 Oktober 2023
Pengalaman yang bahaya bagi ku.
Assalamualaikum.
Hari ini Hari Rabu..Nak ke Kuala Kangsar sebab Shah nak ambil result sakitnya.
Kelmarin daku keluar mesen rumput. Selesai di halaman kecilku. Alhamdulillah Allah beri daku sihat. Syukur Ya Rabb. Aku bersyukur balik ke kampung dan tinggal di teratak kecilku ini kerana dapatlah sedikit memberi manfaat kepada mereka yang empunya tanah dan dipinjamkan Allah kepada ku ini untuk tinggal...Syukur tanah mak ini Eni manfaatkan untuk tinggal, bercucuk tanam pokok buah2an dll. Syukur jikapon tanaman di makan haiwan pasti tidak Allah kecewakan untuk mendapat pahala darinya. Pokok dokong yang mak tanam untukku dulu sangat manis buahnya. Tapi masa dia berbuah lebat dahulu daku tinggal di luar, jadinya tak merasa sangat buahnya, melainkan jika daku balik kampung. Sekarang pokok itu dan begitu tinggi...Daku akan potong separuh supaya ia kembali menjadi elok dan mudah diambil buahnya.
Tak akan daku tebang, kerana daku suka emak dapat pahala dengan pokok yang ditanamnya ini, meskipon dimakan burung2 atau haiwan lain. Hi hi...di tanah yang mak berikan padaku ini tempat terletaknya telaga2 yang keluarga ini gunakan. Disini struktur terendah tanah milik mak. Jadi mataair terdapat di sini dengan mudah. Hihi tanah ini dapat padaku, macam2 nostalgia masa kecil2ku di tanah ini. Daku Noraini yang pernah jatuh kedalam telaga semasa mandi dengan adikku Maznah. Ha ha ha ...Orang lain tak pernah jatuh kedalam telaga (perigi) tetapi daku pulak ditakdirkan Allah jatuh kedalam perigi...Hihi. "Kakak!!!!!!!!! Eni jatuh telaga" meraong, Maznah adikku... Tapi umurku masih panjang, kerana ada akar pokok pinang yang terkeluar ke dalam telaga tu daku pegang akar tu..Apapon, lemas tetap lemas, kerana kami masih kecil masa tu. Rasaku masa tu umurku dan adikku baru 7 dan 6 tahun. Kami ditakdirkan rapat sangat. Nasib baik kakak dengar dan cepat2 datang menyelamatkan daku.
******(Umur panjang bukan kerana akar pokok pinang hihi)(akar pinang , sebab dan musabab umurku masih panjang) *****
Kami mandi bersama ,semua bersama. Hi hi...Kemana2 pon bersama. Pergi sekolah pon bersama. Satu hari bapak ku belikan payung untuk kami berdua untuk dibawa pergi kesekolah. Masa itu (SMDA ) Sekolah Menengah Datok Ahmad, Lenggong Perak. Kami berjalan kaki. Masa itu ramai yang berjalan kaki kesekolah rasanya 2 km setengah jaraknya, tapi kami tidak merasa letihpon. Sampai separuh jalan, kawanku Norasiah Hj Nawang menunggu, bagitu juga Zainab Syukur. Seronok sangat. Berjalan kesekolah bersama2 dengan riang sambil bersembang2.
Pak beli payung merah hati dan merah jambu...Nah pilih dulu...adikku pilih payumh merah hati daku dapat payung pink....dah trend dah keluargaku, layan kami berdua macam tu. Daku sentiasa kecil hati. Tapi daku tak tunjuk. alasan kakak2 ku kerana daku kulit cerah pada adikku. Memang tak patut kan...Kalau baju pon jangan harap daku dapat pilihanku. Allah dah takdirkan begitu. Hi hi redho je lah. Kami memang baik . Sangat sangat sangat. Kami sentiasa bersembang santai telepon...jika daku ada masaalah Maznahlah yang ku cari. Dia pandai berinteraksi, mungkin dia dapat BM -A1 agaknya hihi. Daku pernah tanya nah. Nah , Hang ingat tak? (Bahasa kami berdua ialah Hang dan Aku) Adikku pandai Bahasa Melayu dan daku Bahasa Cikgu Maths aja. hihi...
Nah ingat tak mak kita pesan ni, kalu belajar tu jangan tengok mata cikgu, (khusus buat cikgu lelaki kot) Aku masih ingat sampai sekarang. Maznah kata tak pernah pon dengar mak kata macam tu. MaasyaAllah heran daku mak tak pesan macam tu pada Maznah...tapi mungkin maznah yang lupa. Mak mak ...macam mana nak belajar kalau tak tengok mata cikgu. Daku tengok ja mata cikgu...hihi. Tak ikutpon kata mak..hihihi. Daku pulak ajar muridku kalau Cikgu terangkan sesuatu , tengok mata cikgu baru paham. Mak.... Cikgu..Adoi mak mak...
Yang ku tahu daku agak lembek sikit pada orang lain. Bila main cepat jatuh, ada ja yang menyebabkan aku luka sampai berjahit. Masa kecil main rolled kayu sambil mengimbang badan atas nya, daku jatuh ..kena jahit dibibirku... Mandi di Empang daku terjun dan terluka di kakiku, tak nampak darahpon keluar, tapi nampak tulang dan mengalir2 darah pada urat2 kecil tulang kakiku (tulang kering). Masa tu empang banyak air, kedalaman airnya nya menghapusi daku yang pendek ni. Daku pandai jugak berenang skala mudah. Masa itu daku dalam darjah lima. Daku sedari sekarang daku nakal agaknya masa kecil.
Dapat Syurga yang Biliknya See Through Dalam Syurga
1) Bercakap baik semasa di dunia
2) Memberi org makan..masa di dunia
3) Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia
4) Bangun solat malam masa di dunia
Selasa, 17 Oktober 2023
Malam yang Dingin, aku sendiri....
3.36 am... Baru ku sedari sebenarnya, tidak sendiri.
Laaillahhaillahlahwahdahu laa sharikallah Lahulmul kul walhulhamdu yuhyi wayumittu wahuaalakullishaiingkhadir. Subhanallah huwalhamdulillah Wala illahaillah, WallahhuAlbar Walahaulawa khuw wataillabillahil aliyulazim...Rabbighfirli...
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bersyukur kepadaMu telah kau bangunkan aku pada waktu yang sama setiap masa, dengan bangunnya aku , daku mengharap mendapat RahmatMu dan RedhoMu dan Engkau kekalkan aku untuk beribadat kepadaMu. Ya Allah Kau ampunkanlah dosa2ku , dosa2 anakku, dosa2 suamiku dan dosa2 kedua ibu bapaku dan dosa2 keluargaku semua,. Kasihanilah kedua ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku semasa daku kecil. "Rabbigh firliwaaliwali daiya,,warhamhuma kama rabbayanisaghii raa". Ya allah lapangkanlah kubur mereka, cerahkan lah kubur mereka dan Kau jadikanlah kubur mereka seperti Taman2 Syurga. Ya Allah ampunkan dosa2 muslimin, mukminat, mukminin mukminat dan yang hidup ataupon yang telahmati. ampunkan dosa mereka yang daku sayang dan yang daku kenal dari kecil hingga setua ini Ya Rabb.
Ya Allah Kau panjangkan lah umurku sedikit lagi bagiku berpeluang beribadatkepadaMu dan dapat Aku kau Bawa ke Negeri AkhiratMu dan Mati ditempat yang aku puja2. Ya Allah Ya Rabb, masukkanlah aku kedalam syurgaMu tanpa Hisab, masukkanlah kedalam Syurga FirdausMu Ya Rabb, Ya Allah dapatkan buku amalku di tangan kananku ini dan jangan di tangan kiriku ini,, Ya Allah dapatkanlah daku meniti titian Siratulmustaqim dengan cepat seperti kilat, dan dapat lah aku meminum air dari telaga Nabiku, NabiMuhammad SAW dan dapatkan lah daku mati dalam Husnulkhaatimah, " Allahhuumma ahyiinabil iman. wa amitna bil iman...,..sampai habis
Allahhummahaawwinalainafisaqaratilmaut " Ya Allah permudahkanlah daku menghadapi sakaratilmautku." Ya Allah matikan lah kami dengan mati yang baik, jauhkanlah kami dari mati terbakar,jauhkanlah kami dari mati berdarah,jauhkan lah kami dari mati terhempas, jauhkanlah kami dari mati lemas, jauhkanlah kami dari mati terkejut dan jauhkanlah kami dari mati digigit binatang berbisa. Ya Allah matikanlah kami sebagaimana, Doanya Rasullullah terhadap kematiannya.
Allahhumma daawini bi dawaaikka, washfini bishifaaika waagnini bifazlika ammansyiwaq."
Ya Allah Rawatlah hatiku dengan rawatanMu, Ya Allah sembuhkanlah hatiku dengan kesembuhanMu dan Kayakanlah aku dengan KelebihanMu.
Ya Allah ya Hannan, Ya Allah Ya Mannan, Ya Allah Ya Fattah, Ya Allah Ya Razzaqi, Ya Allah Ya Ghani Ya Allah Ya Mughni Ya Allah Ya Aghnini.
"Waufauwidhuamri illallah, Innallahhabasirumbilibad" Ya Allah kuserahkan segala urusanku kepadaMu sesungguhnya Engkau yang mengetahui urusan hamba."
Ya haiyuyakhaiyum, birahmatika astaghisu, asleghli syakni kulllahu wala takilni illannafsan tarfataain"
Ya Allah Tuhan yang maha Hidup Maha Memerintah selama2nya, Dengan RahmatMu aku mohon pertolonganMu, Perelokkankanlah urusanku dan janganlah Engkau biarkan nasibku ditentukan oleh diriku sendiri walaupon sekelip mata.
Innalillahhiwainnailaihiraajiuun . Allahhummaa ajjuri fimusibati waakh likhli khairan min ha"
DaripadaMu kami datang dan kepadsaMu kami kembali ,Ya Allah jadikanlah musibbahini pahala dan gantikanlah kepada yang lebihbaik daripada ini" Aamiin Ya Rabbal a'lamin.
Ya Allah Makbulkan lah doaku ini...Aamiin!
Isnin, 16 Oktober 2023
Ahad, 15 Oktober 2023
Wujudkah Hang Tuah Sebenarnya? AJAR X FIKIR
NTAHLAH KENAPA...
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA, AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...