Rabu, 13 Mei 2026

Renungan : Perbaiki Sholatmu Maka Allah Perbaiki Hidupmu - Ust. Syafiq Riza Basalamah



 

ALLAH SELALU MENDENGAR DIRIMU‼️| USTADZ SYAFIQ RIZA BASALAMAH



 

Tafsir Surah Ankabut Ayat 53 – 58 (Hijrah jika perlu)

Tafsir Surah Ankabut Ayat 53 – 58 (Hijrah jika perlu)

Ayat 53: Ayat zajrun dan takhwif ukhrawi.

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ ۚ وَلَولا أَجَلٌ مُّسَمًّى لَّجاءَهُمُ العَذابُ وَلَيَأتِيَنَّهُم بَغتَةً وَهُم لا يَشعُرونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And they urge you to hasten the punishment. And if not for [the decree of] a specified term, punishment would have reached them. But it will surely come to them suddenly while they perceive not.

(MELAYU)

Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Kalau tidaklah kerana waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka, dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.

 

وَيَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ

Dan mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab.

Musyrikin Mekah telah meminta baginda tunjukkan mukjizat kepada mereka. Tetapi seperti yang telah banyak terjadi di dalam umat yang dahulu, apabila diberikan mukjizat kepada mereka dan kemudian mereka tidak beriman, maka azab yang dikenakan kepada mereka amat cepat. Kerana mereka sudah minta mukjizat dan mukjizat diberi, maka Allah amat murka.

Maka permintaan mukjizat mereka itu seolah-olah meminta disegerakan azab untuk mereka. Kerana Allah sudah tahu yang mereka tidak akan beriman walaupun mukjizat yang diminta diberikan kepada mereka. Maka, kalau Allah beri juga, maka tidak lama lagi akan dikenakan azab yang akan menghancurkan mereka.

Atau, ia juga bermaksud mereka tidak percaya dengan Nabi, dan mereka kata kalau baginda benar, maka turunkanlah azab itu. Kerana mereka tidak mahu terima yang Nabi Muhammad itu benar-benar seorang Rasul. Jadi mereka sangka yang Nabi tentu tidak dapat nak bawakan azab itu. Begitulah kurang ajarnya mereka. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam ayat yang lain melalui firman-Nya:

{وَإِذْ قَالُوا اللَّهُمَّ إِنْ كَانَ هَذَا هُوَ الْحَقَّ مِنْ عِنْدِكَ فَأَمْطِرْ عَلَيْنَا حِجَارَةً مِنَ السَّمَاءِ أَوِ ائْتِنَا بِعَذَابٍ أَلِيمٍ}

Dan (ingatlah) ketika mereka (orang-orang musyrik) berkata, “Ya Allah, jika betul (Al-Qur’an) ini dialah yang benar dari sisi Engkau, maka hujanilah kami dengan batu dari langit, atau datangkanlah kepada kami azab yang pedih.” (Al-Anfal: 32)

 

وَلَولا أَجَلٌ مُّسَمًّى لَّجاءَهُمُ العَذابُ

Kalau tidaklah kerana waktu yang telah ditetapkan, benar-benar telah datang azab kepada mereka,

Kalaulah bukan kerana Allah telah tetapkan hari kiamat itu akan berlaku pada waktu yang telah ditentukan, maka tentulah mereka itu akan terus dikenakan dengan azab kerana kesyirikan mereka.

Akan tetapi Allah di atas rahmatNya, menangguh azab untuk beri peluang kepada manusia untuk bertaubat. Kerana ada sahaja yang asalnya menentang tauhid, tapi kemudian menerimanya. Lihatlah apa terjadi kepada Khalid al Walid dan Abu Sufyan. Asalnya mereka menentang Nabi Muhammad sampai berperang, tapi akhirnya mereka berdua telah beriman dan menjadi sahabat yang baik.

 

وَلَيَأتِيَنَّهُم بَغتَةً وَهُم لا يَشعُرونَ

dan azab itu benar-benar akan datang kepada mereka dengan tiba-tiba, sedang mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila ia datang, ia akan datang secara mengejut dan tidak tahu datang dari mana. Tidak sempat nak buat persediaan, tidak sempat nak bertaubat, tidak sempat nak lari.


 

Ayat 54:

يَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحيطَةٌ بِالكٰفِرينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

They urge you to hasten the punishment. And indeed, Hell will be encompassing of the disbelievers

(MELAYU)

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab. Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir,

 

يَستَعجِلونَكَ بِالعَذابِ

Mereka meminta kepadamu supaya segera diturunkan azab.

Kerana mereka degil sangat, maka mereka telah meminta supaya azab disegerakan kepada mereka. Kerana mereka tidak percaya, maka mereka mengejek: “kalau benar ada azab, ha bagilah sekarang!”

Ini memang permintaan yang amat bodoh. Patutnya mereka minta diampunkan dosa mereka tapi mereka minta azab.

 

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمُحيطَةٌ بِالكٰفِرينَ

Dan sesungguhnya Jahannam benar-benar meliputi orang-orang yang kafir,

Mereka itu sudah ditakdirkan menjadi ahli neraka dan mereka tidak sedar yang neraka sedang mendekat kepada neraka dan neraka akan mengepungnya daripada segenap arah.

Bila sudah masuk neraka nanti mereka akan dikepung dari segenap arah dan mereka tidak akan ada peluang untuk keluar. Maka azab yang mereka minta itu pasti akan datang, tak payah risau. Tunggulah sahaja.


 

Ayat 55: Apakah hari mereka dimasukkan dalam neraka itu?

يَومَ يَغشٰهُمُ العَذابُ مِن فَوقِهِم وَمِن تَحتِ أَرجُلِهِم وَيَقولُ ذوقوا ما كُنتُم تَعمَلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

On the Day the punishment will cover them from above them and from below their feet and it is said, “Taste [the result of] what you used to do.”

(MELAYU)

pada hari mereka ditutup oleh azab dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka dan Allah berkata (kepada mereka): “Rasailah (pembalasan dari) apa yang telah kamu kerjakan”.

 

يَومَ يَغشٰهُمُ العَذابُ مِن فَوقِهِم

pada hari mereka ditutup oleh azab dari atas mereka

Kalimah يَغشٰهُمُ dari غ ش و dan digunakan apabila sesuatu itu diselubungi dengan sesuatu yang tebal sampai hampir kita tidak nampak benda itu. Maksudnya mereka akan diselubungi dengan api yang tebal sekali. Nampak api sahaja menyelubungi mereka.

 

وَمِن تَحتِ أَرجُلِهِم

dan dari bawah kaki mereka

Dan api itu bukan sekeliling mereka sahaja tapi dari bawah mereka. Maknanya mereka berdiri atas api! Maknanya mereka dikenakan dengan api dari atas dan juga dari bawah. Alangkah menakutkan!

 

وَيَقولُ ذوقوا ما كُنتُم تَعمَلونَ

dan Allah berkata (kepada mereka): “Rasailah (pembalasan dari) apa yang telah kamu kerjakan”.

Dan sudahlah mereka dikenakan dengan azab fizikal, azab mental pun akan dikenakan kepada mereka. Iaitu mereka akan dicerca waktu itu. Mereka diherdik dan disuruh rasakan azab itu. Memang mereka sedang merasainya pun. Tak payah cakap pun mereka sudah memang merasainya. Tapi ianya disebut untuk menyakitkan hati mereka lagi.

Dan mereka diingatkan bahawa azab yang mereka rasai itu adalah kerana perbuatan mereka juga. Bukan kerana lain. Itu pun mereka memang sudah tahu. Tapi Allah suruh sebut kerana Allah nak sakitkan lagi hati mereka. Nak bagi penyesalan mereka bertambah-tambah.


 

Ayat 56: Sekarang nasihat diberikan kepada orang beriman. Ayat 56 – 60 adalah Perenggan Makro Keenam. Ia mengandungi perintah berhijrah dan dijamin rezeki kepada mereka yang melakukannya.

يٰعبادِيَ الَّذينَ ءآمَنوا إِنَّ أَرضي وٰسِعَةٌ فَإِيّٰيَ فَاعبُدونِ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

O My servants who have believed, indeed My earth is spacious, so worship only Me.

(MELAYU)

Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, sesungguhnya bumi-Ku luas, maka sembahlah Aku sahaja.

 

يٰعبادِيَ الَّذينَ ءآمَنوا

Hai hamba-hamba-Ku yang beriman,

Sekarang Allah bercakap kepada orang-orang beriman pula. Ini kepada orang yang mahu beriman. Maka kalau rasa nak jadi beriman, kena dengar baik-baik.

Balaghah: Digunakan kalimah عِبَادِيَ dengan ya’ mutakallim dalam ayat ini. Bandingkan dengan ayat-ayat yang dihazafkan ya’ mutakallim seperti dalam Zumar:10. Ini kerana apabila ada ya’ mutakallim, ia membawa makna putus, tidak kekal. Dan apabila dihazafkan ya’ mutakallim, ia bermaksud ‘berkekalan’ dan ‘berterusan’.

Allah kekalkan ya’ mutakallim dalam ayat Ankabut ini kerana ianya ditujukan kepada mereka yang wajib hijrah. Mereka belum sempurna lagi iman dan amalan mereka. Kerana kalau mereka tidak hijrah, tidak dapat meneruskan ibadah dan amalkan agama dengan sepatutnya.

Kalau mereka yang patut hijrah tapi masih juga tidak hijrah, ia akan menghalangi mereka dalam mengamalkan agama Islam dengan sempurna.

Makna balaghah kedua, ibadah hanya perlu dilakukan semasa hidup sahaja. Tidaklah kita kena berterusan melakukan ibadah walaupun dalam syurga. Apabila sudah mati, tidak ada ibadah, kerana telah terputus kewajipan melakukan ibadah. Ayat selepas ini tentang kematian. Maka ibadah berterusan hanya semasa ada hayat sahaja.

Allah sebut selepas ini tentang kematian kerana kalau tidak mahu hijrah pun kerana takut mati, akhirnya akan mati juga. Dan kepada mereka yang tidak mahu tinggalkan keluarga dan harta, Allah nak ingatkan mereka akhirnya akan tinggalkan juga segalanya itu, bukan?

 

إِنَّ أَرضي وٰسِعَةٌ

sesungguhnya bumi-Ku luas,

Allah memberitahu bahawa bumiNya ini luas. Jikalau kamu tinggal di tempat yang menindas agama dan susah untuk mengamalkan agama, maka kamu sepatutnya berhijrah. Tak perlu terus tinggal di situ kerana banyak lagi tempat lain. Memang bumi Allah ini luas jadi jangan sangka kena duduk di tempat yang kita lahir sahaja.

Lebih baik jaga agama dari jaga harta, kawan dan keluarga. Ramai yang tidak sanggup hijrah kerana sudah lama tinggal di situ, harta di situ, keluarga di situ dan macam-macam lagi alasan. Ini bukan alasan yang baik.

Ayat sebegini adalah isyarat dari Allah kepada sahabat di Mekah yang mereka kena berhijrah ke Madinah. Tapi ianya terpakai sampai bila-bila. Kalau tempat tinggal kita sekarang menghalang kita dari menyempurnakan agama dengan sempurna, maka pindah sahaja.

Kerana itulah ketika orang-orang yang lemah dari kalangan kaum Muslim di Mekah selalu tertindas dengan keberadaan mereka di Mekah, maka mereka keluar darinya berhijrah ke negeri Habasyah untuk menyelamatkan agama mereka. Ternyata mereka menjumpai negeri Habasyah adalah negeri yang baik bagi mereka, kerana rajanya yang bernama As-Hamah An-Najjasyi menerima mereka dengan baik dan penuh hormat. As-Hamah memberi tempat tinggal kepada mereka dan mendukung mereka melalui pertolongannya, dan menjadikan mereka orang-orang yang dilindungi di negerinya.

Kemudian Rasulullah Saw. berhijrah ke Madinah bersama semua sahabatnya yang ada, iaitu ke kota yang dahulunya dikenal dengan nama Yathrib.

Begitu pentingnya hal ini sampaikan Syaikh Albani pun mengajak orang berhijrah. Kalau orang dari negara luar telefon Syaikh Albani untuk bertanyakan soalan, beliau nasihat dulu kepada mereka untuk pindah ke negara Islam sebelum jawab soalan yang ditanya. Ini kerana lebih penting untuk duduk di negara Islam supaya agama dapat diamalkan dengan sempurna.

Sebagai contoh kalau zaman sekarang kawasan perumahan kita menindas mereka yang hendak mengamalkan ajaran Sunnah, maka boleh pindah ke tempat lain. Banyak lagi tempat tinggal. Dan kalau tempat kerja kita nak solat pun tak dibenarkan, maka kena tukar tempat kerja. Rezeki boleh dicari di tempat lain.

Ini juga mengajar kita, ketaatan kita yang pertama-tama adalah kepada Allah, bukannya kepada negara. Tidak salah untuk sayang kepada negara, tapi kalau ianya mengganggu ketaatan kita kepada Allah, kita kena tinggalkan negara itu.

 

فَإِيّٰيَ فَاعبُدونِ

maka sembahlah Aku sahaja.

Dan hanya jadi hamba kepada Allah sahaja. Ke mana sahaja kamu pergi, maka sembah dan seru hanya kepada Allah sahaja.

Dalam ayat ini Allah memberi isyarat kepada Rasulullah dan sahabat untuk berhijrah ke tempat lain kerana Musyrikin Mekah tidak akan memberi ruang kepada Islam di situ.

Walaupun Musyrikin Mekah itu tidak membenarkan mereka duduk berdekatan dengan Kaabah, tetapi Allah memberitahu kepada para sahabat itu dan juga Rasulullah, mereka tetap menjadi hamba kepada Allah walau di mana sahaja mereka berada. Tidak semestinya kena duduk dekat dengan Kaabah sahaja. Ibadat boleh dilakukan di mana-mana bahagian dunia ini.


 

Ayat 57: Apabila berhijrah tentu ada kesusahan dan terpaksa meninggalkan harta dan kaum kerabat. Allah hendak memberitahu bahawa kena tinggal mana-mana itu sementara sahaja sedihnya, kerana memang kita semua akan mati dan meninggalkan alam ini.

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ ۖ ثُمَّ إِلَينا تُرجَعونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Every soul will taste death. Then to Us will you be returned.

(MELAYU)

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

 

كُلُّ نَفسٍ ذائِقَةُ المَوتِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.

Semua manusia akan merasai mati dan kerana itu setiap pendakwah agama ini kena sedar yang mereka bukanlah menyertai satu tugas yang mudah tetapi ianya adalah tugas yang sukar. Tambahan pula apabila para sahabat itu dalam misi yang paling besar dalam dunia iaitu menyebarkan agama bersama Rasulullah, maka mereka hendaklah bersedia untuk mati walaupun untuk menyebarkan agama.

Kalimah ذائِقَةُ bermaksud ‘sudah merasai’. Setiap helaan dan hembusan nafas kita sudah membawa kita semakin dekat kepada kematian sebenarnya. Kita sahaja yang tidak perasan.

Kita pun sudah merasai mati sebenarnya. Sel tubuh badan kita sentiasa mati diganti oleh sel-sel yang baru, jadi itu juga bermaksud kita telah ‘merasa mati’.

Juga maksud umumnya, apabila sampai masa nanti, kita akan mati. Tidak ada makhluk yang tidak akan mati. Semua akan mati. Maka memang kena bersedialah. Jangan sangka yang kita pasti akan hidup esok hari kerana sekejap lagi pun belum tentu lagi. Maka kena terus beramal dan beramal. Kena sedar yang alam ini adalah alam sementara sahaja.

 

ثُمَّ إِلَينا تُرجَعونَ

Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan.

Dan apabila mati, setiap manusia akan mengadap Allah. Ini perkara penting yang Allah hendak ingatkan. Kamu tinggalkan tempat asal kamu itu kerana Allah dan nanti kamu akan bertemu kembali dengan Allah dan Allah akan balas di atas usaha dan kesusahan yang kamu terpaksa alami itu.

Maka jangan takut mati kerana Allah. Kerana kalau nak kira mati, semua manusia akan mati. Maka kalau kita mati kerana mempertahankan agama kita, maka ingatlah yang kita akan bertemu Allah dan Allah akan balas pengorbanan kita itu. Kalau kita korbankan agama kerana nak jaga nyawa, kita tetap mati juga, bukan? Dan bagaimana nanti kita nak jawab apabila kita bertemu Allah nanti?

Maka kerana kita kena bertemu dengan Allah, maka kita kena buat persediaan. Jangan mati kosong sahaja. Kena belajar agama dan amalkan agama sebagai persediaan untuk bertemu dengan Allah. Jangan datang tanpa pahala dan bawa dosa yang banyak pula.


 

Ayat 58: Ayat tabshir.

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ الجَنَّةِ غُرَفًا تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ خٰلِدينَ فيها ۚ نِعمَ أَجرُ العٰمِلينَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And those who have believed and done righteous deeds – We will surely assign to them of Paradise [elevated] chambers beneath which rivers flow, wherein they abide eternally. Excellent is the reward of the [righteous] workers

(MELAYU)

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh, sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada bilik-bilik yang tinggi di dalam syurga, yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, mereka kekal di dalamnya. Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal,

 

وَالَّذينَ ءآمَنوا وَعَمِلُوا الصّٰلِحٰتِ

Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal yang soleh,

Iaitu kepada mereka yang berakidah tauhid yang sempurna. Iaitu iman tanpa syirik. Tidak cukup beriman sahaja, kerana kena tolak syirik. Maka kena belajar apakah akidah tauhid dan apakah akidah syirik.

Dan ini memerlukan pembelajaran tafsir Al-Qur’an. Ramai sangat yang tidak faham tentang syirik dan bermudah-mudah tentang perkara ini. Padahal Allah sudah beritahu dengan jelas di dalam Al-Qur’an. Tapi kalau baca sahaja dan hanya baca terjemahan memang tidak nampak perkara ini.

 

لَنُبَوِّئَنَّهُم مِّنَ الجَنَّةِ غُرَفًا

sesungguhnya akan Kami tempatkan mereka pada bilik-bilik yang tinggi di dalam syurga,

Mereka akan dimasukkan ke dalam syurga. Dan dalam syurga itu mereka akan dapat bilik-bilik yang hebat. غرفة adalah bilik yang ada siling yang tinggi. Mereka boleh memilih di mana sahaja mereka hendak duduk.

Maksud لَنُبَوِّئَنَّهُم: mereka boleh pilih tempat mana mereka nak tinggal. Tak macam di dunia dahulu, terpaksa tinggal di satu-satu tempat dan tidak boleh memilih. Kadang kena duduk di flat, kadang kena duduk bawah jambatan, padang pasir, kawasan paya dan sebagainya. Bila bersabar, Allah ganti dengan bilik dalam syurga. Maka berbaloilah kesabaran kita itu, bukan?

Allah pujuk para sahabat yang terpaksa meninggalkan Mekah. Mereka terpaksa melarikan diri ke tempat lain dan tidak dapat duduk di tempat yang mereka hendak tinggal. Tapi nanti Allah beritahu yang mereka boleh pilih di mana-mana sahaja mereka nak duduk nanti di syurga.

Mungkin pada kita, ada bilik dan siling yang tinggi tidak ada apa. Tapi bayangkan maklumat ini diberikan kepada kaum yang hanya ada rumah yang dhaif sahaja, dari tanah dan kecil-kecil sahaja. Maka kepada mereka dijanjikan rumah yang hebat. Maka kena baca ayat ini dengan mata mereka.

Dan tentulah bukan ini sahaja yang ahli syurga akan dapat tapi banyak lagi. Syurga itu tempat nikmat yang tidak dapat dibayangkan dengan akal kita kerana amat hebat sangat.

 

تَجري مِن تَحتِهَا الأَنهٰرُ

yang mengalir sungai-sungai di bawahnya, 

Di syurga nanti di bawah rumah/istana akan ada laluan air dan ini mengingatkan kita kepada Istana Nabi Sulaiman yang ada air di bawahnya. Ingat lagi kisah bagaimana Ratu Balqis mengangkat kainnya kerana takut kainnya basah?

Kalau di dunia, rumah yang hebat seperti itu hanya diberikan kepada Nabi Sulaiman sahaja tetapi nanti di akhirat kelak, ia akan diberikan kepada semua penghuni syurga. Malah rumah di syurga nanti akan lebih hebat dari istana Nabi Sulaiman.

 

نِعمَ أَجرُ العٰمِلينَ

Itulah sebaik-baik pembalasan bagi orang-orang yang beramal,

Itulah sebaik-baik balasan kepada hamba yang taat dan ikut arahan Allah dan Rasul.

Allah beritahu yang nikmat itu sebagai balasan bagi amal manusia semasa di dunia. Tapi kita pernah diberitahu yang kita tidak masuk syurga kerana amal kita, tapi kerana rahmat Allah. Lalu bagaimana dengan ayat ini?

Kita kena faham yang kita tidak boleh kata kita layak masuk syurga kerana amal kita. Kerana amal kita tidak memang cukup sebenarnya untuk memasukkan kita ke dalam syurga yang amat hebat itu.

Tapi Allah boleh kata begitu kerana syurga itu milik Allah. Kalau Allah kata amal kita cukup untuk memasukkan kita ke dalam syurga, maka Allah berhak untuk kata begitu. Tapi kita sendiri diri tidak layak untuk kata begitu.

Allahu a’lam. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tafsir Surah Rum Ayat 56 – 60 (Jangan lemah semangat)

 

Tafsir Surah Rum Ayat 56 – 60 (Jangan lemah semangat)

Ayat 56: Ini keadaan orang yang baik pula.

وَقالَ الَّذينَ أوتُوا العِلمَ وَالإيمٰنَ لَقَد لَبِثتُم في كِتٰبِ اللهِ إِلىٰ يَومِ البَعثِ ۖ فَهٰذا يَومُ البَعثِ وَلٰكِنَّكُم كُنتُم لا تَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

But those who were given knowledge and faith will say, “You remained the extent of Allāh’s decree until the Day of Resurrection, and this is the Day of Resurrection, but you did not used to know.”¹

  • i.e., acknowledge the truth.

(MELAYU)

Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan (kepada orang-orang yang kafir): “Sesungguhnya kamu telah berdiam menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak menyakini(nya)”.

 

وَقالَ الَّذينَ أوتُوا العِلمَ وَالإيمٰنَ

Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan

Lihat dalam ayat ini Allah sebutkan ‘ilmu’ dan ‘iman’. Allah hendak beritahu bahawa iman dan ilmu itu berbeza. Ilmu kena ada supaya manusia boleh faham tentang agama. Tentunya ilmu yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah ilmu wahyu.

Dari ilmu, barulah boleh beramal. Dan tentulah amal yang dimaksudkan adalah amal soleh. Iaitu amal yang ada contoh dari Nabi dan sahabat. Dan untuk tahu manakah amal yang soleh itu memerlukan ilmu. Malangnya ramai yang tidak ada ilmu ini dan kerana itu ramai sahaja yang ikut amal yang telah diamalkan oleh orang lain.

Begitu mulianya orang yang mempunyai ilmu, sehingga dalam hadith yang diriwayatkan daripada Abu Umamah r.a, orang berilmu dianggap lebih utama daripada ahli ibadah sekalipun. Abu Umamah bercerita bahawa pada suatu masa, Rasulullah s.a.w pernah ditanya seseorang sahabat mengenai perbezaan di antara orang ahli ibadah serta orang yang berilmu (alim). Maka Rasulullah s.a.w menjawab,

“Kelebihan orang yang berilmu atas ahli ibadah sama dengan kelebihanku atas orang yang paling hina di antara kamu.” Apatah lagi, jika orang alim tersebut juga seorang yang tekun dalam beribadah. Maka, semakin lengkaplah statusnya sebagai orang yang istimewa di sisi Allah s.w.t. Sebaliknya, orang yang bodoh, sebab dia lalai dan tidak berminat menuntut ilmu, nescaya dia diserupakan dengan manusia yang tidak mampu melihat (buta) – (maksud surah ar-Ra’du:19).

Jadi, kena mulakan dengan ilmu dan teruskan dengan amal soleh. Apabila kita mulakan dengan ilmu dan amal maka barulah akan datang iman. Kerana iman itu adalah pemberian Allah. Allah akan beri qudrat rohani kepada mereka yang ada inabah.

Apakah kata mereka yang sudah ada ilmu dan iman itu?

 

لَقَد لَبِثتُم في كِتٰبِ اللهِ إِلىٰ يَومِ البَعثِ

“Sesungguhnya kamu telah berdiam menurut ketetapan Allah, sampai hari berbangkit; 

Orang yang ada ilmu dan iman itu beritahu kepada orang yang tidak taat, mereka lama juga duduk di dunia, bukannya satu saat. Maka tidak ada alasan kata tak sempat nak dapatkan ilmu dan beramal. Kerana semua manusia diberi masa.

 

فَهٰذا يَومُ البَعثِ

maka inilah hari berbangkit itu 

Dan sekarang sudah sampai kepada Hari Kebangkitan yang disebut-sebut dalam Al-Qur’an. Segala yang dijanjikan sudah di depan mata. Maka sudah terlambat untuk berbuat apa-apa. Memang kena hadapi apa sahaja.

 

وَلٰكِنَّكُم كُنتُم لا تَعلَمونَ

maka inilah hari berbangkit itu akan tetapi kamu selalu tidak menyakini(nya)”.

Dulu di dunia kamu tidak yakin kepada hari akhirat ini walau ia ada dalam wahyu. Maka yang kamu tak percayai itu sudah di depan mata, apa nak kata lagi?


 

Ayat 57:

فَيَومَئِذٍ لّا يَنفَعُ الَّذينَ ظَلَموا مَعذِرَتُهُم وَلا هُم يُستَعتَبونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So that Day, their excuse will not benefit those who wronged, nor will they be asked to appease [Allāh].

(MELAYU)

Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) bagi orang-orang yang zalim dalihan mereka, dan tidak pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi.

 

فَيَومَئِذٍ لّا يَنفَعُ الَّذينَ ظَلَموا مَعذِرَتُهُم

Maka pada hari itu tidak bermanfaat (lagi) bagi orang-orang yang zalim dalihan mereka,

Memang tidak dapat buat apa-apa lagi untuk menyelamatkan diri di akhirat kelak. Kalau nak melepaskan diri dengan bagi dalihan apa sahaja tidak akan diterima. Sudah tidak dilayan langsung. Kalau semasa di dunia, manusia berhujah macam-macam dan berbagai alasan akan diberi. Tapi ianya tidak laku di akhirat kelak.

 

وَلا هُم يُستَعتَبونَ

dan tidak pula mereka diberi kesempatan bertaubat lagi.

Mereka tidak ada peluang untuk bertaubat. Tidak ada ruang untuk mereka memberi penjelasan kenapa mereka beramal seperti apa yang mereka amalkan semasa di dunia. Tidak ada peluang. Tiada siapa yang akan beri telinga nak dengar alasan mereka lagi.

Mereka tunggu untuk dimasukkan ke dalam neraka sahaja. Iaitu apabila keputusan telah dibuat oleh Allah untuk memasukkan mereka ke dalam neraka.


 

Ayat 58: Ayat syikayah.

وَلَقَد ضَرَبنا لِلنّاسِ في هٰذَا القُرءآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ ۚ وَلَئِن جِئتَهُم بِئآيَةٍ لَّيَقولَنَّ الَّذينَ كَفَروا إِن أَنتُم إِلّا مُبطِلونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

And We have certainly presented to the people in this Qur’ān from every [kind of] example. But, [O Muḥammad], if you should bring them a sign, the disbelievers will surely say, “You [believers] are but falsifiers.”

(MELAYU)

Dan sesungguhnya telah Kami buat dalam Al Qur’an ini segala macam perumpamaan untuk manusia. Dan Sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu tanda, pastilah orang-orang yang kafir itu akan berkata: “Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka”.

 

وَلَقَد ضَرَبنا لِلنّاسِ في هٰذَا القُرءآنِ مِن كُلِّ مَثَلٍ

Dan Sesungguhnya telah Kami buat dalam Al Qur’an ini segala macam perumpamaan untuk manusia.

Di dalam Al-Qur’an ini telah diberikan penerangan panjang lebar tentang agama terutama sekali tentang tauhid. Telah diberikan bermacam-macam contoh supaya manusia boleh faham.

Banyak kali Allah mengajar dalam bentuk beri perbandingan atau analogi. Ini kerana manusia senang nak faham kalau digunakan cara analogi. Dan Allah bagi berbagai-bagai cara, bukan satu sahaja. Kerana ada manusia faham dengan cara begini dan ada manusia yang faham dengan cara lain pula.

Setelah diberikan dengan berbagai cara itu maka tidak ada alasan sebenarnya untuk manusia kata mereka tak faham lagi. Memang kalau tak faham itu kerana degil sahaja.

 

وَلَئِن جِئتَهُم بِئآيَةٍ

Dan sesungguhnya jika kamu membawa kepada mereka suatu tanda, 

‘Tanda’ yang dimaksudkan adalah mukjizat. Allah hendak beritahu, kalau sudah jenis degil, kalau bawa mukjizat tunjuk depan mata mereka pun, mereka tidak akan beriman. Allah Swt. telah berfirman, menceritakan sikap mereka:

{إِنَّ الَّذِينَ حَقَّتْ عَلَيْهِمْ كَلِمَةُ رَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ. وَلَوْ جَاءَتْهُمْ كُلُّ آيَةٍ حَتَّى يَرَوُا الْعَذَابَ الألِيمَ}

Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti terhadap mereka kalimat Tuhanmu tidaklah akan beriman, meskipun datang kepada mereka segala macam keterangan, hingga mereka menyaksikan azab yang pedih. (Yunus: 96-97)

 

لَّيَقولَنَّ الَّذينَ كَفَروا إِن أَنتُم إِلّا مُبطِلونَ

pastilah orang-orang yang kafir itu akan berkata: “Kamu tidak lain hanyalah orang-orang yang membuat kepalsuan belaka”.

Kalimah مُبطِلونَ bermaksud membatalkan amalan. Mereka akan kata kepada pendakwah: “kamu memang nak kata semua amalan kami salah sahaja. Kamu sahajalah yang benar, semua orang salah pada kamu.” Maksudnya mereka kutuk pendakwah kerana asyik nak menyalahkan amalan dan fahaman orang lain sahaja.

Begitulah tuduhan dan tohmahan pengamal bidaah sekarang. Mereka marah benar kalau kita tegur amalan mereka. Mereka nak kita senyap sahaja. Mereka larang kita kata amalan mereka ‘bidaah’. Mereka kata ada pendapat yang membolehkan amalan itu.

Ini adalah teguran yang tidak patut. Kerana kalau sudah salah, memanglah kita kena tegur. Takkan kita nak diamkan diri? Kita tegur sahaja. Kalau pada mereka, amalan mereka itu benar dan ada dalilnya, maka teruskanlah beramal dengannya. Jangan pula marah kalau ada orang tegur kerana amar makruf dan nahi mungkar adalah tuntutan kepada setiap Muslim. Tegur tetap kena tegur.

Atau, kalimah مُبطِلونَ bermaksud orang yang buat amalan yang salah. Maksudnya mereka pula yang kata fahaman tauhid dan sunnah itu pula golongan tak betul. Sedangkan mereka yang tidak betul tapi mereka salahkan orang lain pula.


 

Ayat 59: Kenapa mereka jadi begitu?

كَذٰلِكَ يَطبَعُ اللهُ عَلىٰ قُلوبِ الَّذينَ لا يَعلَمونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

Thus does Allāh seal the hearts of those who do not know.¹

  • i.e., those who do not wish to know the truth and refuse it.

(MELAYU)

Demikianlah Allah mengunci mati hati orang-orang yang tidak (mau) memahami.

Begitulah yang terjadi apabila Allah kunci hati manusia. Ini dinamakan Khatmul Qalbi. Mereka dikunci hati mereka oleh Allah dari menerima kebenaran kerana mereka degil dan menentang kebenaran.

Mereka tidak mahu nak buka hati mereka untuk mengetahui manakah kebenaran. Mereka terus menerus menentang ajaran tauhid apabila disampaikan kepada mereka dan kemudian tolak kebenaran banyak kali. Kerana banyak kali sangat menentang kebenaran, maka Allah buat keputusan untuk tutup habis pintu hati mereka.


 

Ayat 60: Ayat tasliah.

فَاصبِر إِنَّ وَعدَ اللهِ حَقٌّ ۖ وَلا يَستَخِفَّنَّكَ الَّذينَ لا يوقِنونَ

(SAHEEH INTERNATIONAL)

So be patient. Indeed, the promise of Allāh is truth. And let them not disquiet you who are not certain [in faith].

(MELAYU)

Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.

 

فَاصبِر إِنَّ وَعدَ اللهِ حَقٌّ

Dan bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar

Allah memujuk hati Nabi dan para pendakwah untuk bersabar. Memang akan ada orang yang menentang tapi bersabarlah dengan penolakan dan penentangan dari mereka. Ingatlah janji Allah untuk beri kemenangan kepada orang yang benar dan menegakkan agamaNya.

 

وَلا يَستَخِفَّنَّكَ الَّذينَ لا يوقِنونَ

dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu menggelisahkan kamu.

Jangan biarkan mereka melemahkan kita. Jangan termakan dengan ejekan mereka setelah berdakwah kepada mereka. Memang mereka akan menggunakan cara-cara yang jahat untuk melemahkan ajaran yang benar. Ini adalah taktik mereka.

Kalimah يَستَخِفَّنَّكَ dari kalimah خ ف ف yang bermaksud ‘ringan’. Jadi mereka hendak meringankan ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Ini sama macam yang dilakukan oleh Firaun. Ia bermaksud ‘melemahkan akal’. Ini disebut dalam Zukhruf:54

فَاستَخَفَّ قَومَهُ فَأَطاعوهُ

Maka Fir’aun mempengaruhi kaumnya (dengan perkataan itu) lalu mereka patuh kepadanya.

Maksudnya Firaun hendak menjadikan rakyatnya ‘ringan akal’ mereka supaya mereka tidak menentang. Dan apabila penentang tauhid berhujah, mereka meringankan kepentingan tauhid yang dibawa.

Mereka akan kata yang ajaran yang dibawa adalah ajaran baru, ajaran puak sesat, puak Wahabi, kita memecah belahkan masyarakat dan lain-lain lagi. Kadangkala mereka menggunakan kuasa mereka dalam negara kerana mereka yang menguasai pemerintahan, mereka kuasai media, penyokong mereka lebih ramai. Ada juga yang menggunakan kuasa mereka untuk mengeluarkan tauliah untuk tidak memberikan tauliah kepada mereka yang layak. Semua ini adalah antara taktik yang digunakan.

Maka Allah mengingatkan kita supaya jangan hilang keyakinan kita. Teruskan berdakwah. Terus ajak orang untuk mengamalkan agama yang benar. Kalau kita terikut dengan mereka, maka kita nanti yang lemah semangat.

Selalunya orang muda yang hendak mengamalkan agama yang benar, rasa malu kerana mereka kena serang oleh orang yang jahil. Orang jahil pula yang mengejek-ngejek mereka kerana hendak mengamalkan agama dengan menggunakan kata-kata untuk melecehkan amalan baik itu. Sebagai contoh: “elehhh, konon baiklah tu pergi surau hari-hari. Konon dia seorang sahajalah ahli syurga….” dan lain-lain lagi.

Maka kita kena kuatkan semangat kita. Jangan layan kata-kata mereka. Mereka itu mendapat bisikan syaitan untuk kata begitu. Maka jangan beri mereka peluang. Jangan layan kata-kata jahil mereka itu.

Allahu a’lam. Sekian tafsir Surah Rum ini. Sambung ke ayat yang seterusnya.

Tarikh: 22 Jun 2019


Apa. Khabar..