Sabtu, 27 Julai 2024
Buka puasaku semalam...
Menunya... Nasi beriani, kueh sagu pandan, mempelam, ayam masak merah, dan acar timun... Sedap... Daku bersyukur...
Mempelam pembasuh mulutku
Ayam masak merah.. Nyata sedap
Nasi beriani hujan panas... Yummy...
Acar timun.. /Jelatah
Kuih sagu
Okey...Drama Melayu dah tamat...
Okey...Drama Melayu dah tamat...
Mai kita tengok Ceramagh Ustaz pulak.
Ku ujudkan Blog ini untuk ambil tahu, Politik Malaysia Masakini yg wajib kita tahu...
Jumaat, 26 Julai 2024
Hetty Koes Endang - Hati Yang Luka (Official Karaoke Video)
Buka Puasa dengan Nasi Beriani yang di belanja oleh Kawan Anis.
Hari ni..buka posa dengan Nasi Beriani. Anis beli makan awal so dia dah mkan . Ada orang bawa Nasi Beriani untuk Lunch anis bawa balik kat mak...Anis dah kenyang. Nampak macam sedap...so buahnya adalah mempelam kuihnya ialah kuih sagu hijau. Moga sedap..Semoga yang apa yang di belanjakan oleh kawan Anis itu akan mendapat ganjaran Pahala Puasa sepertiku juga diberi Allah...Syukur Ya Rabb. Aamiin.
Mengapa Tak Pernah Jujur - Pance Pondaag Cover By Decky Ryan
Vabiola Vanny - Disini Di Batas Kota Ini (Lyric Video)
Hetty Koes Endang - Hati Lebur Jadi Debu (Official Lyric Video)
Memperbaiki Diri Di Sisa Umurmu Ust Syafiq Riza Basalamah
YANG PERTAMA KALI PANCE PONDAAG - HARRY PARINTANG (COVER)
Cadangan bawa Surah Waqiah dlm solat mlmmu....adik2ku....
Adik2 ini cadanganku untuk bawa dlm solat sunatmu surah yg kau belum berapa hafal... Buat mcmni.....Al Waqiah...Tapi paling baik di Photostat la...Bawah tu Al Rahman...(Ikut susunannya.)
Surah Al Rahman..
Mengobati Hati Yang Lelah Dan Gelisah - Ust. Khalid Basalamah
Emillia Contessa - Mimpi Sedih (Official Audio)
Dato' Sudirma Aku tak pernah dengar lagui ni... - Jauh Di Sudut Hati (Audio)
Di Dalam Sepi Itu - Sudirman [HD] Lagu yg lalu di depanku...
DS Sanusi Hampir Menitis Air Mata Cerita Jam Dan Telefon
Khamis, 25 Julai 2024
Antara Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w yang patut di contohi :-
Antara Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w yang patut di contohi :-
- Paling penyabar- Tidak sombong
- Tawaduk dan Tenang
- Tidak terganggu dengan urusan dunia
- Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
- Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
- Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
- Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
- Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau – - muhrimnya.
- Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
- Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
- Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
- Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
- Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
- Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
- Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
- Baginda tidak memakan harta sedekah.
- Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
- Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
- Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
- Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
- Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
- Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
- Menyukai kebersihan dan bau-bauan
- Berkenderaan kaldai dan unta
- Mengunjungi orang susah dan sakit
- Memuliakan orang-orang berakhlak
- Pembela golongan lemah dan wanita
- Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
- Suka menasihati dan member tunjuk ajar
- Berbuat baik dengan golongan bangsawan
- Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
- Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
- Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
- Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
- Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
- Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
- Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya
Mimpi Rasullullah,
MIMPI RASULLULLAH S.A.W
selepas baca SILAKAN SHARE…..
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”
Bukti Cinta Allah,
Selamat kembali..
Kalau dulu nampak dia bangun malam dan sekarang tak nampak lagi dah...Ya Rabb Moga dia ingat padaMU selalu. Aku doakan agar jgn dia lalai dgn keindahan dunia ini ya Rabb..Yg penuh dengan sia2...Kecantikan Perempuan, harta, kekayaan dll semua itu godaan dunia semata2...Dia semakin tua kasihanilah dia.. dan dekatkanlah dia padaMU kembali... Aamiin....
Yaa Robb...Jadikanlah...
Astaghfirullaahhilazim,
Ya Robbb...Jadikanlah kasih sayang dan cinta suci yang Kau ciptakan untuk kami dapat membawa kami ke syurgaMu...
Ya haiyu ya khaiyyum birahmatika astaghisu, aslekh li syakni kullahu wala takilni ila nafsi tarfata ain....Aamiin...
Rabu, 24 Julai 2024
PENTINGNYA ISTIQAMAH DALAM PERJALANAN HIDUP - Ustadz Yazid bin Abdul Qad...
Selasa, 23 Julai 2024
Dalam Perjalanan aku sorang ja diam ,
Dalam Perjalanan aku sorang ja diam sebab aku tak tahu apa yang mereka bualkan...aku dengr ja. Dari satu topik filem ke satu topik yang lain. Mereka rajin jugak tengok filem2 Melayu ...Malah tahu lagi pengarah filemnya. Hihi..Eni Memang Kau ketinggalan juga la. Mula mereka bicarakan tentang cerita Orang Loghat Perak ...Satu demi satu mereka sebut dan di sahut orang yg lain dengan begitu baiknya flow Dailog itu.
Anis kata..First anis tengok cerita Man Laksa...Anis sorang yang gelak...Hi kawan2 anis banyak dari Serawak tak paham ...mana nak gelak..Kimah Kawan aniss yg ku kenali menengok cerita man Laksa berulang2...seronok sangat kata Anis... Kawan2 Anisni telahAnis terangkan loghatnya satu demi satu.
Akhirnya mereka yang lain faham...TERPIKIR DLM HATIKU ...aku nak cuba tengok... Orang Perak kena kaya loghat Perak ni ..meh kita cuba...Ok download dulu"Man Laksa"
Diaryku Kenanganku...hihi
23hb Julai 1981 Bersamaan 21hb Ramadhan 1401 adalah hari terakhirku berada di Grik zaman silamku. Semalam sedang daku bersiap2 untuk datang daku terjumpa "diary hijauku" masih ada tersimpan elok dalam bilikku bersama Buku Biodata Muhammad Rasullullah dan sebuah buku Yassin daku ambil dan bawa kesini...hihi...Kenanganku kembali mengikutku ...Daku buka pagi ini...Hari ini Pada Tarikh hari tersebut...puluhan tahun dulu, daku masih muda belia, kurus cantik sangat lagi, sihat lagi berbanding daku sekarang ...hihi...dah tua sangat, gemok dah tak cantiklagi macam dulu dan tak sesihat dulu...hahaha...Mari kita lihat apa yang ku catatkan pada diary kenanganku ini...Sengaja daku tulis di Blog ku Diaryku kenanganku...ini..Daku Happy. (Saja Seronok Ja)
Mari ku tulis di sini, apa yang Noraini tulis puluhan tahun dulu...Semasa dia masih cantik masih lawa sekarang ianya kenangan mengusik jiwa...hihi.. Daku akan tulis sebiji apa yg ku catat dengan pena matabola puluhan tahun dulu.
23hb Julai 1981 Bersamaan 21hb Ramadhan 1401 (Hari ini dalam Sejarah hidupku)
Hari penghabisan aku di Grik. Selamat tinggal segala kenangan. Selamat tinggal kakak dan adik adik. Asrama , Aza , Kak Jah dan Kak Leha Sebelum pulang ke kampong aku ke Malayan Banking Grik. Inilah hari terakhir aku di Malayan Banking Grik. Akhir di Pejabat RISDA. Akhir melihat wajahmu Suria Grik. Pertemuan pasti ada Perpisahannya Sekarang aku dipisahkan oleh Allah. Semoga sentiasa di dalam kerahmatanNya selalu.
Ha ha ...masa dulu..Aamiinpon tak tulis...hihi..Eni Eni...
Israq lagi 10 minit...
Assalamualaikum...
Semoga berpagi2 dengan keindahan yang Allah cipta ini. Selalulah bersyukur dan daku rasa bersyukur sangat kerana sampai dengan selamat dan tidak ada apa2 masaalah semasa di dlm perjalanan kami.
Daku doakan sahabat dlm rahmat dan pelukan Allah selalu. Marilah kita saling maaf dan memaafkan sehingga berakhirnya hidup kita ini.
Terima kasih kerana sentiasa ada dalam hidupku. Moga sentiasa damai selalu.
Aamiin...
Isnin, 22 Julai 2024
Lagi 3 minit israq...
Daku teringat nak continue kerja luar sikit lagi... Selaput tunggul tu perlu ku potong agar tak terus hidup dan menjalar
.. Cepat eni lepas israq terus kau gi potong dia... Letih jugak kerja tu. Bila ku balik terdapat dua pokok besar dah sampai ajal dlm ribut. Kata bah ribut tu mengerunkan... Tak pergi tengok pon lagi daku ni.. Pokok remia mak yg paling sedap di lenggong... Kata Mak Long Tah... Arwah... Kawan mak dan kawanku... Ustazah... Hmmm... Dah7. 30 Israq... Bye...
Bereskan semua kerja baru balik.
Ahad, 21 Julai 2024
Kak Lilis. Melayan baby kali kedua...
Hmm hmm... Baby gembira sangat bila Kak Lilis datang.. . Sayang Baby.. Hihi
Baby.. Baby... Moga baby suka Kak Lilis datang... Syukur...
NTAHLAH KENAPA...
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA, AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...