Sabtu, 17 Februari 2024
(🔴LIVE) 17-02-2024 Tausiah Maghrib ~ Bersama 10 Ilmuan Nusantara
Bawalah daku Ya Rabb... daku teringin sangat sampai kesini di Ramadhan Al MUbarak,
Jumaat, 16 Februari 2024
Sambung Ceritaku...Eni Eni...
Continue....
Mereka semua ni kawan baikku di sana. Masa daku dapat Maktab,mereka ramai2 dlm kesedihan untuk berpisah." Ani kau memang layak jadi guru...Kami tahu...lihat pribadimu dan penampilanmu, kau suka berkebaya...berkota baru.. Ha ha ha dulu daku tak Islamik sungguh berbaju kebaya ke tempat kerja...Rupa2nya pertanda baik hijrahku menjadi guru, aku akan jadi Islamik dengan menutup aurat.
Mujur sungguh kakak2 senior kami, mereka"orientate " kami dengan pakaian menutup aurat... Pada masa tu daku seorang yang sangat "fashionable" Semua baju2ku modern. Pakai Maxi , merah hijau biru, dengan beg pergi ke maktab tak macam orang lain. Mereka lain baru keluar sekolah baik yang STP atau SPM...hihi Mereka sandang fail ke Maktab,,...Eni kau yang jadi ikutan masa tu. Daku bawa beg ke maktab...Bergaya sangat,.. kasut tinggi hampir 23 pasang. Adik2 tu akan berlagak dengan kasut tinggiku bila mereka menerai baju yang dijahit mereka. Ha ha ha...ambik2 kasut Kak No...aku cuma tersenyum ja melihat gelagat adik2ku yang baru meningkat dewasa.
Aku masatu dah jadi Noraini yang sangat suka jaga penampilan...hihi...nasib baik akhirnya berkat doa ibu, daku boleh berubah jadi Noraini yg begini. Eni eni...Anak Cikgu Minah Cikgu Said...Berubah 360 darjah setelah menjelang Tahun Kedua dan lantas di Tahun Ketiga , di Maktab Perguruan Kuantan, Semambu. Syukur Ya Rabb. Mujurlah itu Tahun Pertama Kursus Maktab yang di beri masa Tiga Tahun,...Agak lama mereka train kami.
Daku pelatih Melayu yang tertua masatu. Ng De Eng pelatih Cina yang tertua...Lebih tua padaku....Cabaran menghadapi masa2 berlalu dalam keadaan kita lebih tua dpd pelatih2 lain...Mereka semua..riuh rendah dengai hilai ketawa masa tu tapi daku...Ntahlah...Pagi daku hiburkan hatiku dengan Solat Dhuha... Daku jugak suka hafal Surah2. Daku dapat hapal surah Ad Dhuha dalam masa beberapa jam ja....Mudahnya ingat. Rugi aku tak teruskan bila dah jadi Guru...Daku sibuk sangat....Ruginya...
Seronok sangat bila ku pk pk ...Allah ubah hidupku 360 darjah...Eni! Eni!...Cara berbicara dengan Pensyarah pon aku lebih tertib daripada mereka...ha.. ha.. ha... jadi orang tua masatu...hihi...macam2 kenangan...manis pahit di Maktab Perguruan Semambu Kuantan.
Semasa Kursus daku banyak buat sesuatu yang menjadi Buah Mulut dan ikutan, pelatih2 lain. Jika jahitan daku punya yang cantik kemas ...ha ha ha...Masa buat kerja Kursus sangat teliti...Hasil kerjaku selalu, mendapat Pujian Pensyarah hingga di tunjukkan kepada setiap kelas yg masuk...Daku pandai dan sangat kreatif dlm Seni..." Hasil karya ku jadi contoh sahaja..
Eni Eni kau memang anak mak yg Kreatif...Mak kan masa muda jagi Guru Masak Kek. Ayah mak Cikgu yang mendidik anaknya masak Kek dari mak kecil lagi. Mak darjah 2, dah buat Kek.. Ayah mak order barang2 masak Kek Nya dari luar Negeri. Ayah Mak GB yang Modern...hihi...Mak anak Yatim yang sangat pandai. Seninya mak, Seni, sungguh2 . Masa mak kecil Mak, mak dah ada kotak Manik Urai...yang sangat berharga... Mak! mak.! Mak memang Istimewa. Kain batik mak ketika tu sungguh menjadi perhatian kawan2 mak. Mak anak orang kaya. hihi...
Kami anak orang biasa, biasa...Tapi sedikit sebanyak seni mak jatuh padaku , Eni boleh buat bunga macam mak buat....Kerja Tangan jatuh pada 3 anak perempuan mak....Kak Nyah dan Kak Bada sangat seni ikut mak dalam bidang masak2. Kak Nyah jadi Guru masak dalam masa bertugas dengan Peladang...Kak Bada jugak jadi orang hebat masak2.
Sedap Sungguh Nasi Kerabu Kampongku.
Nasi Kerabu Melayu Kampongku...hihi
Alhamdulillah..
Sedap nya Nasi Kerabu Kampong...
Tak sangka. Mungkin kerana lama tak buat. Tapi hari ni kena sahur yang berat sikit.
Daku rasa tak tahan bila sahur dengan Egg Benjo's aja. Kenapa tah la. Dulu tak pa ja...
Tak pernah se weak hari semalam.
Daku kena sedari, daku dah tua.
Setiap pagi tu, jika Maznah call rasa macam Maznah lagi weak pada aku, itu menjadikan
aku kera rasa, bersyukur sangat2.
Mlm Jumaat, tak baca lagi Suratul Kahfi sebab tak larat sangat. Kena ambil tidur sikit.
Ni aku bangun untuk tunaikan Insyakku. Eni, Eni...Eni dah begitu weak sekali.
Terasa benar daku tua sangat. Daku tengok orang lain usia 70 over, masih fit untuk kerja lagi...heran kan. Tapi kalo aku bersyukur Allah akan tambah lagi rezekiku untuk ibadat kepadaNya. Syukur banyak2 Eni. Semalam tak larat sampai Juzuk 4 pon masih berbaki 2 ms untuk habis. Memang aku weak sangat.
Tapi aku tak apa asalkan Allah bagi aku boleh lagi ibadat padaNya cukup dah...Syukur Ya Rabb. Bagilah Noraini ini berpuas hati, dengan apa yg ada saja untuknya, Ya Rabb.
Malam ni tak baca daku dah dapat tenaga kembali bila bangun dari tidurku. Ianya menjadi kita lebih bersyukur...Hari demi hari berlalu kau tetap dapat kembali pulih untuk tunaikan suruhan Illahi. Jika kau sakit macam mana? tentu kau Frust....kan! Banyak lah Bersyukur Eni...
Aku jadi takut jika aku pk pk masa daku demam kelmarin. Satu minggu rasa macam tak mahu pk apa dah... Ya Allah syukur kau jadikan Noraini ni tabah... Rupanya bila sakit kita akan lupakan dunia ni. Mujur aku tak lupa juga tunaikan ibadat padamu Ya Rabb. Tapi terlalu sukar kerana dalam otak kita dah tak ada apa2 dah. Rasa kosong. . Hanya ingat ubat ja. Hai...Eni eni...Itulah saat mak ngan pak bila mengadap masa tua mereka.
Daku Allah bagi banyak lihat masa akhir mak..dan juga Pak. Mak banyak sakit saat akhirnya. Daku jadi pasrah dan terasa, banyak dosa2 mak gugur kerana sakit. Saat ni daku teringat masa mak sihat. Setiap hari2 mak, terpenuhi dengan wirid dan membaca al Quran ja...hingga kami anak2 mak rasa bersalah jika call mak kerana mak tetap dengan ibadatnya. Mak mak , mak ajar kami jadi tua sebagaimana mak...Kami jadi insaf mak. Quran mak jagi begitu tebal sekali sebab mak buka hari2. Anak2 mak,banyak ikut mak InsyaaAllah.
Begitu juga Pak. Saat tua Pak daku masih di Grik. Masa tu pak dah begitu weak sekali. Daku balik tiap tiap 'week end 'sebab tengok pak. Masa akhir2, pak banyak sedeh. Bila kita orang pergi melawat Pak Cu pak kata "tahu tak pak ni yang akan pergi dulu daripada Pak Cu." Rupa2nya betul. Pak! pak! Anak pak ni dok ter pk pk. benar kata pak...Pak jadi sedeh bila lambat naik jumpa Pak bila balik cuti.
Banyak kenangan Eni dgn Pak...
Eni sangat2 suka makan apa buah yang pak minat makan. Eni suka sangat mempelam masak...Hihi mempelam masak pasar Grik...Teringat daku peristiwa ni. Buah kalau kat pasar Grik lebih segar dpd di Lenggong.
Daku balik...rumah kami dapur di bawah...daku sedang kupas buah untuk bawa pada Pak...Sambil tu daku sembang2 ..."Sapa balik tu? tak naik pon jumpa pak" aku bergegas cepat2...Pak...Eni! eni.!..eni! tengah kupas buah untuk pak.! Setiap kali daku makan mempelam masak daku ingat pak...
Pak pak setiap kenangan itu kami semadikan dlm ingatan kami untuk kami ingat pak dan kami sentiasa doakan untuk pak.
Daku ingat lagi... Masa kat Kementerian Kewangan dulu...daku di tingkat 7, Seksi Pelaburan dan kawanku Narimah orang Bagan Serai tingkat 6 bahagian Admin...call ku...Ani...ani..rehat ni mai sini tau...Imah ada sesuatu bawa untuk Ani...Nanti Ani akan ingat satu2 yang istimewa Imah bawa...ingatan yang Ani tak kan lupa...Ya memang benar jangkaan ku Imah bawa buah mempelam...Mereka orang Bagan Serai kaya dengan pokok2 mempelam tepi rumah aja...Imah! Imah!..ingatnya dia pada ku...Daku sambil dok taip ini pon , daku tersenyum ja...Di mana mereka sekarang...Tak pernah kami jejak kasih... setelah berpisah....
Khamis, 15 Februari 2024
Nasi Kerabu Melayu Kampong...
Anis, nak buka puasa dengan apa hari ni. Hmmm dalam dok pk pk tu mak teringat nak buat nasi kerabu...Yes bestnya...Very simple nasi kerabu dgn apa saja bahan yg ada...InsyaaAllah terhasil nanti...Syukur terfikir...hihi...
Mak ada bunga kantan, daun kesom, belacan,daun kunyit pon boleh buh,daun kobis, daun kangkung, hihi orang tak penah buh tapi daku memang suka reka, daku ada lobak merah sikit, special nasi kerabu cara baru, ikan masin sikit, daku suka letak kerisik dan santan...IanyaNasi Kerabu...SET...Eni boleh ja...cam manapon sebab kita ja yg makannya hihi...
Hope anis balik kerja, mak dah siap masak....InsyaaAllah.
Anakku akan ke Vietnam makan angin bersama abahnya ,
Anakku akan meninggalkan ku selama 4 hari. Dia akan ke Vietnam mengikut Abahnya dan Ibu tirinya makan angin . Daku akan duduk seorang dalam masa 4 hari dia pergi nanti. Anis telah minta anakanda Faiz dan ditemani kakaknya Aini menghantarnya ke Lapangan terbang.
Anis akan pergi pada 20,21, 22, dan 23 ke sana. Apapon daku duduk sorang, tapi tak takut InsyaaAllah. Anis ada berpesan juga kepada Aini anak saudaraku agar melihat daku sekali sekala semasa dia tiada. Tak apa daku taklah takut.
Empat hari kemudian setelah kepulangannya daku dah habis Eddah...Daku dah boleh pergi kerumah Maznah adikku dan rumah Kak Kham Siah,kakakku. InsyaaAllah aku selamat. Aamiin...
Rabu, 14 Februari 2024
Kor Ming Semua Org Suruh You Berenti
Hashim ‘yakin’ ada perbincangan PAS-Umno hidupkan MN
Eni tak akan sedeh selamanya Ya Rabb...
Aku Rindu Ya Rabb....Tapi aku tak mahu menangis lagi dah...
Assalamualaikum, Selamat pagi dan selamat sejahtera.
Senyum sikit, jangan masam muka. Tentu kau akan happy. Jamah apa yg isterimu masak. Bagi dia senyuman dan say" thank you and i lov u." Kemudian baru kau pergi kerja . Aku jugak tolong doakan kebahagiaan rumahtanggamu. Moga kau sentiasa dlm rahmat Allah. Aamiin.
Aku yakin destinasimu telah tercapai dan aku harapkan doa darimu untukku pulak. Semua ni anugerah Allah padaku. Meskipon pincang hidupku aku tetap berdoa penuh dgn ketabahan moga Allah ganti anugerah ini kepada yg lebih baik dpd ini dan moga segala musibah yg menimpaku pahala. Ya Rabb sabarkanlah aku. Moga aku boleh happy pada masa2 yg mendatang ini.
Hari ni Leha masih di Madinah...Syukur kepada mereka sekeluarga ,adik beradik jikalau dulu cuba nak ajak Leha temani aku tapi sekarang Leha dan pergi sambut panggilan dari Allah dlm keadaan aku menghadapi keperitan kehancuran 19 tahun 6 bulan bukanlah sikit2 masa yg aku sabar. Aku kena sucrifice duit ringgit ku juga habis, dlm menangani dan menjalani masaalahku. Dulu daku jugak pernah ajak Rozi temankan daku...tak ada rezeki jugak aku...Sedeh kalau di pikirkan...Belum tercapai lagi kehendakku...Aku kena fikir untuk ajak Kak Hendon pergi sekali lagi seperti janjinya padaku...Jika anakku sihat dulu daku dah sampai dah tapi anakku juga mengalami masaalah yang sama sepertiku dulu...Kaki jika sakit makan masa bertahun. Sabar Eni kau akan sampai jugak dan jika aku sampai biarlah Allah ambil aku untuk menetap di sana.
...Aku rasa malas dah nak balik sini. Cukup2lah, jika dikau tak macam tu, daku lama dah boleh pergi denganmu. Masa untuk kita dah habis...Itu suratan takdir untuk kita. Bawalah, hidupmu dengan mengharap Rahmat Allah. Aku tetap doakan untuk Mu. Tak percaya jika kita katakan tak ada langsung kebaikan atas perkahwinan yg Allah beri. Tak Bersyukur namanya tu, Tentu ada tapi jika kita tak boleh lagi nak teruskan kita kena "stop". Habis dah masa kita. Daku tak mahu siapapon tahu kepincanganmu, itu janjiku pada Allah. Sebagaiman aku simpan ketidakpuasan hatiku terhadap bapa anakku begitu juga daku simpan kepincangan ini. Jika daku maafkan kau orang berdua daku mesti dapat janji Allah untuk "Istana Emas di Syurga"
Tak dapat ku bayangkan setahun lagi masa aku akan balik kekampong nanti. Janji aku tak takut. Aku bukan takut pada hantu, sikit tak pernah aku takut" Hantu." Hihi aku memang ,ja.....Janganlah aku diganggu. Bila balik nanti daku mesti kena lihat kembali kunci2rumahku, grill pintu dlam keadaan selamat. Katilku tak boleh bersetentang dgn tingkap...hii takutnya jika orang pecahkan cerminnya dan...tak harus aku sebut...Selamatkan aku ya Allah."Eni kau kan berani...InsyaaAllah...
Kau dah biasa hidup sendiri dah dulu. Lama sangat...aku membujang lama...puluhan tahun. kerana daku tunggu Heroku Jatuh dari langit. Tapi tak pernah ianya berlaku... Tak jatuh2 dan akupon buat keputusan dengan pernikahan kedua dgnmu. Eni eni tak sangka ya...Ingatkan panas sampai ke petang, rupnya hujan di tengah hari....ha ha ha...
Kau kan suka duduk rumah..Mengapa aku suka duduk rumah ja...Orang tahu tak kenapa...Aku kan perempuan...aku nak jaga mataku , aku tak mahu tengok lelaki dah...aku suka duduk rumah...masa bekerja dulu tak dapat aku bayangkan jika kita beri apa2 ceramah tentu banyak mata memandangku...aku dah tahu dah tu ...aku rasa macam berdosa...tapi aku rasa orang lain tak rasa macam aku...' Dosa aku bertentang mata dengan orang yg pernah aku sayang puluhan tahun dulu aku harap Allah maafkan aku...Aku pasrah ya Rabb. Maafkan aku...Bila pencen akulah orang yg suka duk rumah...tanam2 pokok dan lain...Tapi aku lihat kawan2 ku ,mereka jenis minat pada kecantikan,,,biarlah...Kecantikan yg mereka miliki itu anugerah Allah jua kepada mereka. Aku syukur. Aku pulak Noraini yg kolot. aku macam mak. Bila mak pencen, mak kata Guru mak tu mak ikat kat meja sekolah. Akupon dah ikat guruku kat meja sekolah. Kenangan masa ada mak sangat seronok.
Jka aku menangis , mak sentiasa ada di atas tangga dapor mengesat air mataku. Anak ku anis pulak akan datang dengan kata2 budak 3 tahun lebih..." Mak jangan nangis, siapa kata orang dia akan kena balas dengan
Allah..." Cik Minah kata macam tu...Daripada aku sedang menangis tu, aku terus jadi ketawa besar dengan makku...Aku pelok anakku dan aku terhibur kembali. Bila kita "Janda "di sekolah kita selalu di salah tafsir..."Sedangkan mereka yang selalu datang ke sekolah ku melihatku tapi yang dapat fitnah adalah aku." Aku tak pernah sembarangan menegur mereka. Mereka Guru Besar dll. Mereka yang melepak bila aku sedang mengajar...Akhirnya aku yg kena tempias fitnah mereka. Allah ada Eni...Hari ini aku menangis , hingga anak ku datang tegurku...Mak kena Redho...Allah akan jemput mak satu hari nanti...InsyaaAllah kataku.
Paling sedeh bila aku beli baju Sutera dan pakai baju mahal , mereka akan kata aku menayang untuk memikat mereka...Sangat2 tak rasionalnya tuduhan mereka. Aku kecewa sangat lantas daku mintak mak, nak Hijrah ke Taiping. "Mak benarkan" Bermulalah era aku mengajar di Taiping. Aku agak terhibur sedikit kerana aku di Lantik menjadi JU. dan latanr Belakang Pendidikan Inggeris ku sedikit Sebanyak menjadikan aku dapat menjalankan kerjaku dgn lebih selesa. Masa tu Matematik mesti di ajar dlm Bahasa Inggeris. Oleh kerana aku JU , aku tak pernah mengajar Maths dlm bahasa Melayu kerana aku takut berdosa memegang amanah ini.
Saat di Taiping ini juga aku aku masih di landa ketidak senangan hati kerana asyik ada ja guru bujang yang berlegar di tepi kelasku.,, pura2 mengunting pokok2 bunga tepi kelasku, kalo berlaku ini aku mengajar dalam keadaan tak stabil. Aku jadi garang sekali...kesian muridku..."sebenarnya aku benci keadaan begitu" Aku tak suka....Sampaikan mereka sanggup kata "mereka beli kereta besar kerana perempuan suka pada kereta...adakah aku yg begitu, bila aku dengar tu lagi aku bertambah benci"
Aku cari tempat yg dapat aku elakkan diriku dpd bercampur ramai2...aku selesa dengan kerjaku ...aku rait buku muridku, aku kurang sembang banyak, aku suka kerjaku akan beres, End of the day , muridku cemerlang...aku suka sangat. Noraini, Noraini...dalam malang menjalani hidupni pon aku terpaksa pergi kursus itu dan ini kerana aku memang nampak kuat, tapi sebenarnya tidak...aku selalu nangis bila call mak....Mak doakan Eni...ini ja bahasa anak mak yg kuat nangis ni. "Aku dari kecik memang mak tahu, kuat nangis..." Aku sangat penyedih...Bukan tak ada yg melamarku, hingga Pegawai Pendidikan pernah lamarku dia atas Bangunan sekolah ketika mereka datang bertemuku...
"Syukur aku sangat pandai menolak lamaran mereka dengan begitu lembut sekali"...Eni Eni...Kau tak boleh "Move On" Aku selalu taip di Internet Nama orang yg pernah aku suka dlm hidup ni...Aku ketemu....Aku hantar mesej dalam emailnya ...aku tulis..."Hi, I am still in this world" Dia tak jumpa aku, sebab dia dah bahagia dengan Rumah Tangga nya. Hanya aku yang mengharap..."Kesian Kau Eni" Kau Eni anak mak yg malang. Tapi tetap pandai bawak diriku...InsyaaAllah. Hari ini hari aku sedeh sangat kerana mlm tadi dapat mesej dari anak saudaraku tentang , mereka yang ada di Madinah...Bilakah aku akan dapat kesana? Eni kesian Hang , duit untuk tu pon dah habis...aku kena kumpul semula...Eni Eni... Lupakan semua tu...Ingat masa depan yg akan kau tempuh. kak Hendon tak bagi daku balik ke kampong lagi dah, begitu jugak adikku Maznah...Tapi Entahlah ,...Jika aku kuat....
Kau kan suka berkebun, kau kan suka masak, hantar jiranmu makanan,,,hihi seronoknya. Tapi puasa kali ni aku sedeh...Tak ada lagi hantar makanan yg ku masak buat Bah n Pin serta anak2. Sedehnya kau Eni. Jangan menangis... Harap pokok anggurku dia tolong siram sementara dia masih ada di situ...Dulu kan kau kata , kau bukan kerja siram pokok anggurku...Ya Allah moga 2 pokok appleku masih ada hayat...Bah nak tolong siram dengan Pin belum boleh, sebab dia masih ada di situ...Walaupon akhir kata ku dulu minta tolong siram pokok ku, tapi belum tentu dia siram...Ya Allah Selamatkanlah hayat pokok anggur dan appleku...jugak pokok delima ku...sayang sangat, pokok2 tu dah boleh berbuah dah...Tinggal letak baja ja...
Aku dengar pokok ulamku dah mati. Aku sedeh jugak...aku tak mahu marah sebab semuanya pon dari Allah. Jika kau ,Allah takdirkan ada belas kasihan padaku ,sikit lagi kau tolong siram sementara kau masih ada di situ. Tak sempat daku nak bajai pokok mestaku dan lihat ianya berbuah...dan pokok Lemonku, dah nak berbuah jika di ikutkan tapi dikau memang hidup cara orang bandar yg tak tahu bertani...Dikau potong dahan tu, macam mana ia nak berbuah...Tak palah semuanya dah berlaku.
Leha n familynya akan balik pada 14 hb ni. Mereka pergi ramai2...Syukur Allah dah jemput mereka...Aku ni yg belum...Ya Rabbku Panggillah aku...Panggillah aku Ya Rabb...Panggillah aku ya Rabb....
Prof Ridzuan Tee tolong bela kita... Lihat apa cina tepen ni buat hal lagi, Cikgu2 Tepen gagal didik depa ni Sejarah Malaysia.
Adilkah ni peruntukan Kg Baru Cina dapat, berbanding Kg Melayu...Pinggirkan orang2 Melayu...Saya akan ngadu pada Allah di akhirat esok...Tunggu saya perrgi mengadap Allah wahai pemimpin...Ya Allah jangan matikan saya dulu sehingga saya sempat melawat Tanah haram, Saya nak mati disana Ya Rabb...Moga makbul doa saya. Saya tak boleh tunda lagi dah, lepas ni...InsyaaAllah ada rezeki saya pergi...InsyaaAllah...Ya Allah panggillah saya....
Selasa, 13 Februari 2024
Banyak Berpandu kepada Syahwat, Sahabat Menjadikan Dunia Hanya di Tangan...
Isnin, 12 Februari 2024
Semakin Ramai yang Berani Bermaksiat Terang-Terangan - Dr Zulkifli Moham...
Buka puasa dgn satay.
Salam selamat mlm...
Mlm yg dingin... Aku sendiri...
Ahad, 11 Februari 2024
Nak buka posa dgn apa?
Nak buka posa dengan apa ya Eni?
Aku rasa nak buat pecal.
Anakku suruh aku rehat.
Tunggu dia siapkan semua.
Nanti bila petang bahan semua dah ada
Daku buat ja. InsyaaAllah.
Hari ni habiskan Juzuk 1, Pada 1 Syaaban.
26 yang masih menunggu buat waktu malam.
Dalam beberapa hari habis lagi 5 juzuk tu.
. InsyaaAllah.
Sebenarnya ni hiburan aku menjelang lagi 17 hariku...
I am low Profail Eni...memang aku suka dok rumah ja.
Aku tak layak kawan dengan sapa2 pon masa ni.
Aku masuk facebook kejap ja, aku berduka cita.
Lihat kawan ku kena Breast Cancer...sedehnya...
Tapi tak boleh tegur sapa2 pon sbb aku kira aku masih kena berkurung 17 hari lagi.
Aku masih dalam perintah berkurung.
Sapa pon daku tak tegur. Tunggu daku benar2 release,
daku baru ,benar2 boleh tegur mereka.
Aku tak boleh terima sombong.
Bila aku masuk ke facebook aku jadi benci.
..Itu semua adalah bakal fitnah yg menghampiri aku...Betapa orang cuba masuk ke facebook aku berkali2. Aku jadi sedeh...
Memang tak masuk akal...Aku tinggalkan facebook, aku tinggalkan Instagram, aku tinggaaaalkan Twitter, aku tinggal You Tube semua...Tiba2 kata jumpa aku di Instagram...aku tak suka...
Sahabatku...kesiannya engkau...aku kena datang melawatmu di Ipoh nanti...Banyak kali kau ajak Kak No datang...Tapi Kak No tidak ada masa nak singgah ,sebelum ni.
Banyak masaalah menyelubungi Kak No... Dah 2 orang sahabatku aku janji untuk melawat...Moga tercapai citaku...Aamiin.
Sedehnya aku mendengar khabarmu...Lina sabar ya, Kak No masih tak boleh kemana2 sekarang...Kak No masih dlm perintah berkurung lagi.
Tak leh tido
Esok dah masuk Shaaban...daku tak boleh lelap Ya Rabb...dgr balik israq Mikraj...jgn rebah dgn dunia...awasi dari fitnahku...jangan lalai...jgn miskin baik kaya syarat pemurah...kayakanku ya Rabb. jgn terpenaruh dgn dunia,,,guna hartamu pd jln Allah...
kisah saidina Othman...wakafkan diri ,,,,wow seronoknya mereka yg banyak duit...dapat sedekah sana sini...adoi...
Solat mereupakan tempat munajat
solat itu tempat mikraj
ilmu,,,makin kita gali makin kita jahil...
jadilah ahlul zikri.
Juwairiyyah minta untuk menenebuskan dirinya tapi tak punya wang dia pergi kepada Rasulullah untuk bayar tebus...nabi offer kawin dgnnya.oleh kerana Juwairiyah kawin.dgn Nabi,,,,kita merdekakan mereka semua...besar pahala Juwariah.
pahala juwairiah banyak...jasanya ...orangnya cantik...Aisyahpon agak cemburu melihatnya.,tapi Aisyah puji Juwairiah.
beliau kuat ibadat ........ ibadat sampai Nabi balik dari solat ...
juwairiyah selepas subuh zikuir ,,, baca ibadat sampai Nabi balik dari solat ...Nabi ajar zikir ringan tapi besar pahalanya ...baca 3 kali sahaja....
Subhanallah hi wabihamdihi, adadakalkhihi,waridhonafsi ,wazinata arshi,wamidadakalimatih
Berilmu.....ibadat dgn berilmu walau ,sedikit tapi bernilai tinggi
Imam Nawawi
Zuhud, Masa sikit banyak manfaat,
Umar bin abd aziz terbaik dimuka bumi
anak2 kita tuan2...mereka adalah cabaran bagi kita...jarang kita makan dgn anak dan didik dgn anak.sekurang2 baca quran...kami ajar mereka sebagaimana surah dlm quran....Bagusnya belajar sirah....
NTAHLAH KENAPA...
ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA, AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Cantik dan segak tak pi lama mana pon. ... At the age of 50 beauty and ugly are the same and at this age wrinkle and dark spot cannot b...