Makanan miskin ku semalam, Gulai rempah ikan pari kegemran bapakku menjadi enak bila daku dapat membuatnya dan makan dengan anakku. Daku seorang ibu/nenek yang kurang ambil protein dari ikan daging dsb kerana daku sangat memilih ikan. Ikan pari... daku nikmati sungguh gulai rempah ikan pari kali ini ,ntah kenapa. Anakku suka sangat. Memang anakku bertuah kerana dapat aku berpuasa dengannya musim ini. Selalu daku dapat berbuka puasa dengan anakku 2 hari atau satu hari sahaja.
Syukur Ya Rabb dalam bulan Ramadhan.
Menu kami hari ini ialah Kari ikan pari letakkan kacang bendi...Sangat sedap kerana kita buat cara kampong. Semasa nak tumis mesti ada halba campur bawang merah dan putih yg di rencis halus.
Rempahnya pula di campurkan sedikit serbuk cili dan jintan putih yg di tumbuk dengan bawang putih...Sangat membangkitkan aroma gulai kari...
Hanya sebiji sahaja terung yg bakar sudah mencukupi buat kami berdua...
Sambal cili yang mantap sedap untuk di cicah terung bakar...hmmm..Yummmy...
Special cara makan dari anakku..daku lihat dia makan mempelam yang di kocak2 dengan asam masin merah, dlm tupperware hingga menjadi merah mempelam epal itu...hihi kreatif betul cara makan orang sekarang...sedap...
Menu pengat pisang serawa pisang ini adalah dari pisang berangan,anak ku buat Daku
kata kalau nak sedap masakkuah terlebih dahulu kerana pisang berangan itu sudah terlalu masak/cukup masak
dan di masukkan sebentar sahaja di dlm kuah dan tutup api. Excelence...hihi sedap ja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan