Sabtu, 4 November 2023

MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT

 

Sabtu, 4 Januari 2014

MAYAT TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT


Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1-Para Nabi-Nabi

2-Para Ahli Jihad Fisabilillah

3-Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.

4-Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.

5-Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.

6-Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.

7-Tukang Azan yang tidak meminta habuan.

8-Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.

9-Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.

10-Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia


Jom kita Kongsi kepada rakan anda . insyaAllah siapa yang Share ini , selagi ada orang yang m'baca dan beramal . anda turut dapat pahala..

Solat Tahajjud Rasullullah...

 Rasullullah biasanya mengerjakan Solat Tahajjud 8 rakkat.  Jika makmumnya orang yang muda contohnya  Saidatina Aishah RA, baginda akan membuat 4 rakaat satu salam dan jika orang lemah "Isteri Baginda yang lain2" baginda akan membuatnya 2 rakaat satu salam.  Baginda akan tutupi dengan solat witir 3 rakaat.  Menjadi jumlahnya 11 rakaat.

Amalan Rasullullah dan di ikuti sahabat2 ,semasa selepas tahajjud ialah  membaca sebanyak mungkin ":Subbuhun khud dus sun Rab buna warab bul mala  ika tuar Rukh.."

Dan bacaan semasa waktu sahur baginda mengajarkan banyak2 berastaghfar kepada Allah. 

" Astaghfirullah"

Rujuk ceramah pendek Ustaz Zulkifli AlBakri...

Saidina Abu Bakar Assidik biasanya membuat witir sebelum tidur dan Saidina Umar membuatnya Setelah Tahajjud  ini adalah  pertanyaan Rasullullah terhadap sahabatnya. Rasullullah berkata Abu Bakar orangnya "Berhati2" kerana beliau bimbang sekiranya tidak terjaga waktu tgh malam.

Menurut Ustaz Zainol Asri, Seandainya kita tidak tersedar untuk mengerjakan Tahajjud maka kita boleh Mengkhadonya semasa solat Dhuha.  Dan ada yang mengatakan Rasullullah  membuat Solat  Dhuha sejumlah 12 rakaat sebagai mengantikan ketinggalan Tahajjud tersebut.   'Wallahuaqlam"

Jumaat, 3 November 2023

MUJAHIDIN PALESTINA MENGGUNCANG DUNIA II Ustadz Andri Kurniawan

Nabi Isa menghidupkan orang mati

Daku ingat saat daku dengan muridku, pertama sekali selawat atas Nabi jangan mereka lupa.  Dalam apa2 slot nasihatku daku suka ambil kisah "Nabi Isa dengan Si Penjual Kayu api"Daku dengar kisah ni masa daku masih kecil lagi.  Daku bawa kisah ini pada murid2ku.  Kisah Nabi Isa dengan seorang penjual kayu api. 

Daku dengar cerita ini semasa kecil dulu.  Masa ni abang2 saudaraku kebanyakannya yang belajar di sekolah agama  datang kerumahku  Mereka menjadi pendakwah bebas mahirlah membaca cerita2 dari Al Quran dan macam2 lagi ceramahnya untuk didengar oleh anak2 Pak Lang mereka Mohd Said bin Hj Saad.  Keluargaku sebelah bapak dari Parit Buntar  dan jugak banyak di Bandar Baru Kedah, kebanyakannya belajar dalam bidang Agama.  Mereka Arif dalam bidang itu. Jika mereka datang tidak lupalah bapakku mengambil peluang  agar mereka membaaca tafsir Al Quran kepada kami anak2nya.

Cerita ini ialah "Cerita Nabi Isa dengan Si Penjual Kayu".  Nabi Isa boleh menghidupkan orang mati.  Itu syaffat yang dimilikinya.   Pada suatu hari Nabi Isa melalui sebuah kuburan.  Nabi Isa AS mendengar ahli kubur itu menjerit2 kesakitan kerana sedang mendapat siksaan azab kubur atas dosanya.  Besar atau kecil dosanya belum  tahu.  Maka Nabi Isa A.S pon mengunakan syafaat yang dipunyainya menghidupkan orang mati tersebut kerana ingin mengetahui apakah salah orang itu sehingga begitu sekali azab siksaan yang diterimanya..  

 Lalu Nabi Isa bertanyakan kepada anak muda itu apakah salahnya sehingga begitu sekali azab  siksaan atasnya.  Orang itu menceritakan bahawa dia adalah seorang Penjual Kayu Api.  Pada suatu hari dia telah dipesan oleh pembeli kayu api untuk dihantar kerumahnya.  Orang muda itu bersetuju dengan jumlah wang dan  akad beliannya dengan seberkas kayu api  tersebut.  Orang muda itu memikul kayu tersebut untuk dihantar kepada pembeli kayu api.  

Setelah sekian lama dalam perjalanan yang jauh itu penjual kayu api tersebut  singgah di sebuah kedai makan untuk makan bagi mengalas perutnya yang kosong.  Hari itu dia makan daging.  Dia makan hingga habis dan tidak lupa dia mengucap syukur atas makanan tersebut.  Dia pon menyambungkan porjalanannya  ke rumah pembeli kayu tersebut.  Dalam perjalanannya itu dia merasa tidak selesa dengan serpihan daging yang dimakanya tadi terlekat di celah2 giginya.   Dia menolak2 daging tersebut dengan lidahnya.  Masih melekat dan tidak juga terkeluar. Orang muda ini mengambila air minuman bekalannya untuk berkumur2 agar terkeluar daging yang melekat itu.  

Tidak juga berjaya keluar.  Maka diapon  mengumpil kayu api tersebut, serpihan kecil sahaja umpilannya di korek2 giginya hingga terkeluarlah daging itu.  Orang muda tersebut mengatakan bahawa dia terlupa dan cuai sangat kerana terlupa meminta izin kepada tuan kayu tersebut menggunakan kayu umpilannya itu.  Maka itulah sebabnya  daku bersalah menggunakan kayu yang bukan milikku untuk ku gunakan untuk mengorek gigiku ini meskipon ia nya kecil.    MaasyaaAllah besarnya dosa menggunakan atau mengambil barang orang lain dari segi hukumnya.   Jadi janganlah kita mengambil barang orang samaada sebatang pensel kah atau apa sahaja milik orang lain itu.

Dengan adanya terdengarnya cerita ini ,daku mengajar muridku jika ada terambil barang2 kawan cepat kembalikan dan minta halal.  Begitu juga daku kadang terbawa pulang barang muridku segera kucari tuannya.  Jika tidak ketemu tuan punya barang maka, daku akan menyesesaikan dengan sedekahku  kepadanya.   Ada sebatang pemberis dirumahku daku anggap sedekahku ada bahagian untuk muridku yang pemberisnya masih ada padaku.  Daku lihat muridku dapat belajar dari cerita ini, dengan penuh  berhati2 dan menjaga hak orang lain dengan baik. 

 Pelajaran dari cerita ini , menjadikan muridku bertambah amanah terhadap harta yang di miliki oleh orang lain memandangkan penjual kayu api yang hanya menggunakan cebisan dari umpilan kayu ,milik orang lain tanpa izinpon bersalah dan berdosa.  Cerita ini juga mengajarku hinggalah daku tua untuk tidak memandang remeh terhadap barang2 orang lain.  Moga kita lebih jujur dalam masa kita bertugas.  Jika mempunyai pen milik pejabat ,kami tak mungkin menggunakan untuk menulis sebarang  urusan peribadi kami  begitu juga jika kita menggunakan mesen photostat maka kita tidak boleh menggunakan untuk kegunaan peribadi...Moga langkah2 menjaga hak orang lain menjadi manaafaat bagi kita semua untuk keselamatan kita di akhirat nanti 

Sekian  ...Waallahhuaqlam...






Assalamualaikum...

 Sahabatku,

Salam Silaturrahim buatmu...Kekasih...

KepadaMu Kekasih , Aku Curahkan,

Kerna Engkaulah, Tunggak Hidupku,

Kemana saja ku pergi,

ENGKAUlah ku bawa bersama.

Di dalam kalbuku. Setiap waktu,

KepadaMu kekasih ...aku serahkan,

Jiwa dan ragaku daku korbankan,

Hanya ENGKAU selamanya ,dalam jiwaku,

Setiap waktu...





Kita Silap Selama Ini. Kalau Tidak Pahala Berganda-ganda.

Bebaskan Diri dari Mengharap Balasan Dari Makhluk.

2/11... pagi terima.

Lepas Zohor, COD ,

Moga Bermanfaat Di tangan Allah segala kejayaan.

pukul 6.30pm  Recieve Tudung. 

Tq Anis.Nanti Buka.

Time buka posa anis mesej..3 hitam,1 kelabu dan 1 corak...

Syukur

Tarikh pentingku.

7/11, Ambil Darah

14/11, Jumpa Pakar

21/11, Ambil Anis di KK

22/11, Admit

23/11...Moga Selamat 

Semua di tangan Allah.  Hanya Allah Tempat Daku Berserah.

Ya hayyuyakhaiyum...

 MaasyaaAllah,

Tabarakallah,

Subhanallah,

Selasa, 31 Oktober 2023

Selamat bertemu kembali pokok2ku di lamanku.


124/84 ...Darah Tinggi....   MaasyaAllah cantiknya bacaan.

Test Kencing manis...MaasyaAllah semalam 7.  hari ini 4.9...wow macammana cepatnya turun...Mungkin kerana air kelapa juga...Daku sahur dengan Burger letak tomato, timun bawang besar dan cili souce serta mayonese...Nak diikutkan manis jugak tu...eee heran...semalam makan ais cream, buah dokong, rambai, manis tu.. heran betul...Bagusnya air kelapa buat kita...

Daku syukur sangat. Mungkin kerana sahur dengan sebiji air kelapa.  Ianya menjadi ubat buat menuteralkan ubat2 yang kita ambil... .Air kelapa menurut kesihatan dapat menyembuh pelbagai penyakit.. 

Masa daku muda2 dahulu daku ambil air kelapa bila asma attack kuat.  Dapat meredakan asmaku. masatu.  Rasa panas sebab telan ubat banyak diredakan dengan air kelapa.  Masatu daku bukan ambil air kelapa muda...kelapa yang tuapon jadi ubat...Syukur...Memang ianya bagus.  InsyaAllah

Hari ni  Selamat bertemu kembali pokok anggur yang telah lama kutinggalkan, setelah selesai sudah masaalah sakit Shah. Moga sihat.  buat sikit Excercise dan seterusnya, kerja2 kebajikan buat pokok2ku...Selamat bertemu kembali...Moga daku happy dgn ini semua...Aamiin. 

Hari ni daku nak pasang Door Bell yang daku beli semalam (kelmarin) di DIY Simpang. 

Moga Bermanfaat buat adikku Pin yang selalu mengeluh panggil ku,  Rumahku kecil ja tapi Kedap Bunyi   Moga adik2 JNT dan Pos2 yang lain tak, susah dah panggilku...Sori ya Dik...Acik lewat beli sbb lupa ja... 



Assalamualaikum sahabat...

 3.16am.

Salam Silaturrahim.

Moga dalam Rahmat Allah.

3.41am...Ya Allah daku Redhoo atas ketentuanMu.

Tiada yang lebih Indah daripada MengingatiMU...

Ingat padaMu terlantun Duka Nestapaku.

Ya Allah dekatlah aku kepadaMu.

Ya Allah ingatkanlah aku selalu agar Berselawat atas NabiMu. Yaa Rabb

Allahhummasalli ala Syaiyidina Muhammad Waala aliSyaiyidina Muhammad.

Lahaulawalakhuwataillahbillah...

Allahhummaantarabbi...

Eni...Kau takutkah akan Mati?

InsyaaAllah tidak...Jangan Takut...Mati Pasti datang..Tapi Ya Rabb Kau makbulkan dulu cita2ku Ya Rabb...Aamiin Ya Rabbala'lamin...

Semalam Shah kata dia tak sihat untuk puasa khadonya yang berbaki lagi 9 hari.  Daku hanya bagi moral support aja jika dia nak puasa.  Shah tak ada anak.  Shah wajib habiskan puasanya  yang berbaki ini...Tak apa perlahan2.  Moga kau kuat.  Aamiin.


Isnin, 30 Oktober 2023

Ke JPJ Taiping.

 Hari ini kami bertolak jam 7.15 pagi.  Bawa Hairi dan Haikal.  Hairi nak daftar  "P" setelah lulus ujian motosikalnya.   Haikal pulak nak balik ke Tapah UITM. Balik belajar naik ETS dari Kuala Kangsar.  Kami singgah di Kedai  Nasi Beriani,  Breakfast  daku makan Nasi lemah dengan telor mata, Hairi dan Shah Nasi lemak dengan Ayam goreng berempah serta Haikal pulak makan Roti Canai.  Boleh Tahan sedap juga kedai ini.  Selesai hantar Haikal ke Stesyen Keretapi Kuala Kangsar.  Tepat 9.00 Haikal naik train.   Selamat Jalan anakanda Haikal. Dengan Hairi kami terus bertolak ke Taiping.

Tergendala membuat Thumb Print di JPJ Grik, daku terpaksa ke JPJ  Taiping. Mengapa tak dapat buat?  Dalam sistem menunjukkan masih ada hutang pada kereta yang telah lama dijual kepada Kak Yah,  Abg Halid.  Kereta MAP455 ni telah sangat2 berjasa kepada Shah berulang adik pergi kerja dan setelah tu jual pada kak yah untuk anaknya pakai pergi belajar. Berjasa dah Kancilni buat pelajar.  Mereka bawa masa belajar di u aja. Hafiz dah jadi Doktor dah .Aina dah nak dapat Master,beli kereta baru dan sekarang untuk anak Pak Pi, adik kak Yah pula, anak saudara Kak Yah..Syukur Ya Rabb daku akan usahakannya, moga Allah permudahkan segalanya. "Rabbiyassir Wala tuassirr." Terpaksalah balik daku cari kembali Fail Pembelian kereta Kancil dahulu.  Syukur sangat2 Pada Allah daku berjumpa fail tersebut dengan surat2 yang telah di print oleh Syarikat bersama dengan Resit yang telah Shah buat Full Settlement itu. Syukur Ya Rabb. Sebelum tu daku dah lama berdoa agar Allah bantuku dlm menyelesaikan masaalah ini.

Tak apa daku ingat pesan Ustaz   jika ada masaalah maka baca Astaghfar banyak2 kali moga segala urusan menjadi beres dgn mudah.  Daku dengar Ceramah Dari Mufti Menk,yang menceritakan tentang melafazkan Astighfar sejumlah 30,000 kali untuk Allah makbulkan hajat. "MIRACLE FOR A MAN WHO DOES 30000 ASTAGHFAR A DAY"  Daku call anakku " anis mak tak dapat buat Thumb Print tersebut sebab dlm Sistem di JPJ masih tak lepas hutang mak sedangkan dah buat "Full Setlement " pada Tahun 2009 lalu sejumlah RM10,829.89".  Anis terus menagatakan kepadaku bahawa jika dia terpaksa buat Loan untuk mak, Anis buat.  Tapi mak serah pada Allah mak berdoa jugak.  Doktor Maza cakap" baca Astaghfirullah nescaya Allah selesaikan hajat kita".  Bagus anakku Anis...hihi ingatkan aku... Idola dia Doktor Maza... Sebab nakkan hadith2 yang soheh aja.   InsyaAllah,   "Allah akan buat yang terbaik."  InsyaaAllah. kataku.

Daku pulak teringatkan tentang penghulu Istighfar .  Baca sekali fazilatnya bersamaan dengan 1000 kali membaca Astaghfar... Daku baca sejumlah 30 kali setiap hari.  Bersamaan dengan 30 000 kali baca Istighfar.  Daku pernah dengar Ceramah Ustaz Shamsuri tentang Penghulu istighfar,fazilatnya  1000 kali Istighfar.  Alhamdulillah daku buka Almari ku untuk kali kedua cari Fail Fail dokument pembelian kenderaanku.   MaasyaAllah daku ketemu fail MAP 455 ku.  MaasyaAllah...Allah sayang daku.  Daku sujud syukur berkali2 atas kegembiraan ini.  Hari ini masaalah ku selesai tentang jualbeli dengan Finance tersebut.  Risit  Bankbayar Full Settlement, dalam failku, membantuku... Syukurnya daku. pada Allah. Menurut JPJ sepatutnya setelah daku dapat geran Kereta ku dulu,  daku kena pergi daftar ke JPJ sebagai release hutang2ku dgn Finance.  Hi hi manalah aku tahu.  Kereta Kancil 850ku dulu daku jual dengan Suami  Rabitah kawanku dan daku pakai Wira Aeroback Special Edition, Proton. Semua suaminya yang uruskan, manalah daku tahu prosidurenya...Eni! Eni ! Hang tak ambil tahu ... 

Menurut JPJ lagi, daku boleh buat Thumb Printa setelah anak saudara Kak Yah, hantar kereta tersebut ke Puspakom.  Selepas test kat Puspakom ianya layak selama 2 bulan sahaja untuk dibuat "Thumb Print"   Balik perlu beritahu Kak Yah, MAP perlu masuk Puspakom dahulu, dan daku boleh buat Thumb Print di Grik saja.  Senang sudah kerjaku lepas ni.  Syukur Ya Rabb.  Bila jadi begini baru anak saudaraku kata kakak kena tengok kereta kakak yang nak jual kakak kena semak macam mak cik..  Anakku pon turut ambil iktibar dari kisahku ini.   Manalah kami tahu...Menurut adik JPJ tu...Sekarang mereka buat macam tu.  Kena buat secara manual jka berlaku kejadian kecuaian seperti keretaku itu. 

Moga info ini berguna...Wallahhuaqlam... 

Perbaharuilah Iman Setiap Hari !!!


Perbaharui Iman kita setiap hari.

Bila kita sebut tentang Iman, kita mesti mentajdidkan Iman kita.  Kita perlu memperbaharui Iman kita

 setiap hari.

Rasullah S.A.W. bersabda : .  "Tajidu imana kum"  Perbaharuilah Iman kamu.

Sahabat bertanya :    Ya Rasullah bagaimanakah untuk mentajdidkan Iman kita. 

Nabi menjawab  "Laa illahaillahhlah."    Kalimatul Tauhid

 Rasullullah suruh sebut banyak2 "Laa illah haillah" atau

"Ashaduallaila haillahlah Waashhaduannamuhammadarrasulullah"

Pagi2  baca doa ini ,yang nabi ajar doa waktu pagi dan petang    " Asbahna ala fitratil Islam, 

 Wakalimatil ikhlas,  Waaala di ni naf sina Muhammadin Sallallahualaiiwasallam, Waalla millatil abi na

 Ibrahimmahanifaa  Wama ka naminal mushrikin."

Tak payah doa ada dalam buku ni.  " Doa pagi dan Petang."





                             
                                                            Dalam buku doa ini pon ada...










Ahad, 29 Oktober 2023

Update Sunday 4.20 pm

Mahu Allah ampunkan 1000 kesalahan dan Allah beri 1000 rahmat,


Update 4.20 pm... dah masuk waktu solat ke belum...

Dah masuk waktu. 4.21 pm.  

Orang Adzan, Allahhuakbar Allahhuakbar...

Kita baca...

 "Marhabaan bil qho' thi li na adla ,  Wabissalawa ti Marhaban wa aq' la. "


Dengan baca ini  sebelum sahut adzan, 

                               Allah beri 1000 rahmah,

                               Allah ampun 1000 kesalahan. 

Lepas baca ini baru ikut adzan,

"Alahhuakbar Allahhuakbar..." ikut hingga habis.


Rujuk Ceramah Ustaz Rizam


Assalamualaikum World

 Eni...Go out with Love...

Baru kau Redho dgn hidupni.

Assalamualaikum World...

Perjanjian "Hill View"  

"Daku kerja Luar Dikau kerja di dalam"  SET...

********************************************

Pukul 10.30 keluar kemas  diluar  sapu dulu dan mula kerja luar.

Sapu daun2 jambu rambutan dan manggis barulah mesen rumput.  Tepat pukul 11.30 siap, 

pergi ruman Pin bersembang dengan Bibah dan pin.  Sentuh issue Palesteen.  Doa untuk  Palasteen.

Ya Allah Moga2 orang2 Palasteen teguh dan kuat menghadapi ujian Allah. 

Innalillahhiwainnailauihiraajiuun, Semoga Mereka mendapat Pertolongan Allah.  Aamiin.

Ya Allah musnahkanlah Israil Laknatullah. Aamiin


Update 4.20pm... dah masuk waktu solat ke belum...

Dah masuk waktu. 4.21pm.  

Orang Adzan, Allahhuakbar Allahhuakbar

Kita sambut dengan,

 "Marhabaan bil qho thi li na adla ,  Wabissalawa ti Marhaban wa aq la. "

Allah beri 1000 rahmat,

Allah ampun 1000 kesalahan. 

Lepas baca ini baru sebut 

"Alahhuakbar Allahhuakbar..." ikut hingga habis.


PENGHULU ISTIGHFAR ~ Sayyidul Istighfar.

 PENGHULU ISTIGHFAR ~ Sayyidul Istighfar.
Inilah permohonan dan inilah harapan untuk keampunan. Bacalah pada waktu pagi dan petang. Wallahua'alam.






Pengertian Doa..

" Ya Allah Engkau Tuhanku, Tiada yang berhakdi sembah melainkan Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku dan akulah hambaMu, aku ada dalam perjanjianMu dan janjiMu dengan segenap kemampuanku,  aku berlindung diri kepadaMu dari kejahatan yang di perbuat,  aku mengaku kepadaMu akan nikmatMu yang Engkau berikan kepadaku, dan aku mengaku akan dosaku, maka ampunlah aku,  sebab sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau."