Sabtu, 13 Januari 2024

LIVE-100124 : Bahrul Mazi Jilid 21 (Siri 63) - Ustaz Shamsuri Haji Ahmad

Institusi Zakat ini  Mustahak.
Ceo Pusat Zakat yang 
Orang susah sangat memerlukan zakat.  Kenapa Allah marah orang yg tak mahu bayar zakat..Ular Sujarulaqraq untuk menyiksa orang yang menafikan zakat.  Allah jadikan ular sebagai bahan siksa mereka. 
 Zakat itu 2.5%  daripada pendapatan kamu adalah untuk Zakat.   Tamak sampai berselera dengan duit haram...Dalam dunia ada dua kumpulan...The takers and the givers The takers make it better but the givers always sleep better.  Kitab Bahrul Madzi di cetak di mesir tahun 1933.  90 tahun lalu dah orang belajar dari kitabnya. 

Tuan guru ini tak ambil royalti walaupon 10 sen...Kamus Al Marbawi hanya satu2 kamus Arab-Melayu yg orang lain tak mampu buat sebaik dia, hingga kini.  Habis siap tulis 22 jilid, siap pada 24 disember
1957.  66 tahun.   Mari kita doa agar dia tambah kemuliaan dan ketinggiannya di sana .Aamiin.

Waalaikummussalam.
Dalam sebuah hadith Nabi SAW,
"


















"Istighfar"

Jumlah istighfar
Dalam riwayat Muslim
"Sesungguhnya aku kadang2 terlalai maka aku Istighfar kepada Allah 100 kali."
Kata ulamak Nabi yg Maksom Istighfar kepada Allah...kita yang kekurangan ini perlu Istighfar..  Riwayat Bukhari kata 70 kali...Jika kita bertemu 2 dalil 70 dan dalil 100 .Kaedah dlm ilmu usul kita beramal dengan dua dalil lebih baik daripada kita tak beramal...maknanya kita buat 70 sekali ni esok buat 100. 



Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa

 


Rahsia 19 Huruf

Perkataan Basmallah (sebutan penuh dalam bahasa Arab) mempunyai 19 huruf yang menunjukkan bilangan malaikat yang menjaga neraka (Saqar) seperti firman Allah SWT: “Dan apa jalan engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?; Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus); Ia terus membakar kulit manusia!; Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat).” (Surah al-Muddatthir, ayat 27-30).

.

Daripada riwayat Ibn Mas’ud r.a.: “Sesiapa yang ingin melepaskan dirinya oleh Allah daripada malaikat Zabaniah yang menjaga neraka yang 19 orang semuanya, maka hendaklah dia membaca Bismillah, Allah akan menjadikan bagi setiap huruf itu sebagai pendinding bagi malaikat itu.”


‘Basmalah’,

 


Rasulullah SAW bersabda: Tutuplah bekas kamu itu, ikatlah penutupnya (bekas minuman yang dibuat daripada kulit), kuncilah pintu dan padamkanlah lampu kerana dengan demikian syaitan tidak dapat lagi menguraikan tali penutupnya dan tidak dapat membuka pintu dan tidak dapat membuka bekas. Jika seseorang di antara kamu hanya dapat melintangkan sebatang kayu di atas bekasnya dan disertakan dengan membaca ‘Basmalah’, maka dia hendaklah melakukannya sebab seekor tikus dapat membakar rumah dan ahli rumah mereka.” (Hadis Riwayat Muslim).

Mendahului sesuatu dengan Bismillah


Salam silaturrahim buat sahabat

Mendahulukan sesuatu itu dengan membaca ‘Basmallah’ (Bismillahirrahmanirrahim) setiap kali memulakan atau melakukan sesuatu urusan, pekerjaan atau perbuatan sebenarnya memberi kebaikan dan memiliki fadhilat yang sangat besar kerana ia mengutamakan Asma dan Kebesaran Allah SWT

Allah SWT sendiri memerintahkan para malaikat supaya mencatat pahala bagi umat manusia yang membaca ‘Basmallah’.

.

Rasulullah SAW bersabda: “Tiada seorang hamba pun mengucapkan ‘Bismillahir-rahmanirrahim’ kecuali Allah SWT perintahkan kepada para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus kebaikan”.

.

Firman Allah bermaksud: “Maka makanlah daripada (sembelihan binatang yang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, jika betul kamu beriman kepada ayat-ayatnya.” (Surah al-An’am, ayat 118).

"Ilmu Bahtera Kehidupan"

Kata2 Imam Shafie...Amat Luar Biasa...Lahir di Ghaza...Selepas mak dia bawa balik dia ..
akal cerdek luar biasa.  "Photografi  Memory"...Hadith Imam Malik  Al Muatthuq(1700 haditah...)diHafal Imam Shafie  hafal dlm masa 13 malam. ...Imam Malik orang takut...Bengkeng...Malik lahir 97 Hijrah dan dia. Jarak umur Imam Malik dan Imam Shafie 150 hijrah(  pd 50 tahun lebih )..Bila sampai Madinah Imam Shafie Mintak Gabnor Madinah tulis surat kat Imam Malik nak menuntut ilmu dpdnya...Esok saya minta murid saya membaca kepadamu Al Muaathuq..hafal seluruhnya...Imam Malik berkata" ,,"Wahai anak Takwalah kamu kepada Allah, Jangan lah kamu hapuskan ilmu dgn maksiat kpd Allah." 
Dia lupa sikit ja tanya Tuan Gurunya Wakig...Tuan guru kata tinggal maksiat...Dia kabarkan kepada ku Ilmu itu cahaya, cahaya Allah tak akan dapat pada orang yang durhaka.. 
Imam Shafie fikir apa dosa dia buat...Rasa macm tiada...tiba2 dia teringat satu benda 
Satu hari dia tengok seorang lelaki solat sampai ngalir air mata ...lintas dlm hati "ikhlas ke tak"   mari sooulzon  dia ingat itu silapnya di situ...


Imam shafie tentang belajar ilmu,
Saudaraku kamu tak akan dpt ilmu melainkan 6 syarat


1) Sifat cerdik
2) Semangat loba 
3) Bersungguh
4) Sampai maksud ...faham
5) Bimbingan ustaz, bukan sendiri2
6 ) Belajar Ilamu masa yang panjang....Jgn abaikan(bersungguh2)

Tahniah MB Perak & org Ipoh yg hadir,


#682 Kena Halau Dari Masjid Sebelum Solat Jumaat Sebab Pakai Baju T-Shirt?!

"Syarah Al-Hikam & Garis Masa Hayat Al-Rasul SAW" "

PASUKAN HOUTHI YAMAN PUJI MALAYSIA MINTA SELURUH NEGARA ISLAM TIRU CARA...

US Seru PBB Serang Yaman Tapi Ini Hasilnya - Ustaz Dr Mat Rofa

"Hisablah Diri Kalian Sebelum Kalian Dihisab"

Jumaat, 12 Januari 2024

UEA, Saudi dan Palestin | Ustaz Dr Mat Rofa

Assalamualaikum sahabatku

 


 

Tazkirah Jumaat

Langkah Dubai, Pangkalan Data Utama (PADU), 2024: Tahun Pilihan Raya

Beautiful...


 

Assalamualaikum.


 

Beramal dengan Sunah.

 


Beramal dengan al-Sunah

 

Berkata Abdullah bin Mas'ud RA,

                                      "Beramal dengan al-Sunah walaupun sederhana lebih baik daripada beramal dengan amalan yang tidak bersumberkan al-Sunah."  

                                                                (Riwayat al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra 3/19)


Imam Muslim meriwayatkan daripada Samurah bin Jundub RA  Rasullullah bersabda: 

                                          "Ucapaan yang sangat disukai/dikasihi ole Allah SNW ialah empat   Subhanallah, Alhamdulillah, Laillahaillallah, Allahhuakbar.  Tidak menjadi kesalahan yang mana dahulu kamu mulakan."

Daily Inspirations 5





 

Important 2 know...


 

Khamis, 11 Januari 2024

Always be yourself


 

10-01-2024 Prof Dr MAZA | Prof Dr Rozaimi | Ustaz Rizal Azizan : Fikrah ...

Ambik iktibar ya...

Abu Dzar tu Zuhud...mintak jawatan....Nabi nasihatinya...'kerugian dan penyesalan"
Melainkan orang yang......"Jika kamu di lantik tanpa kamu mintak,kamu akan mendapat pertolongan Allah."   Jangan hilang pertolongan Allah.  Amanahlah hai Pemimpin semua...Jawab depan Allah nanti,ya...
Jika kamu ambik kerana kamu nak menegakkan kemaslahatan umat...ok.

Hihi tk mo la aku jawatan...takutnya jika tak mampu...

"Kita bukan gila kuasa tapi kita nak ambik kuasa dari orang gila  " Kata Allahyarham Ismail kamus,,,,,ada betulnya kata ini...

Macam2 depa ni....
Asas kita .." Allah memerintahkan kita memberi amanah kepada yang layak"

Lihat adakah ia membawa maslahah kepada negara....
Takutlah di telaga Haul nanti..."Hati2 " 

Kalau tak tumpah darah ia boleh di tukar...Bentangkan dan jawablah di hadapan Allah nanti...Ingat tu semua ....


Jika lompat kerana habuan...terima ...inilah kemasalahatan ...haram ni...TAKUT LAH PADA ALLAH...You jawab nanti pada Allah.

Jangan jadikan politik sebagai sumber cari makan...JAUHKAN------Satu sen pon kena  takut, 
YA RABB LINDUNGILAH...

"Jawatan untuk menaikkan diri atau kerana menolong masyarakat"  Pikir betul2

Berparti tu tak apa,,,,Jangan membutakan mata...

DENGAR Perbincangan ini ya, " JANGAN BACA YG SAYA TULIS/CATAT NI AJA YA!"
Please.....



SIAPA UST SYIHABUDIN AHMAD?

Al-Qur'an Sebelum Tidur | Surah Al-Mulk Suara Yang Sangat Sangat Indah M...

Rabu, 10 Januari 2024

Dirar Bin Azwar, Sahabat Nabi SAW - Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Karamah dan Kemuliaan Nama Allah serta Sifatnya -Dr Zulkifli Mohamad al-...

Kehebatan Sahabat dalam Berinteraksi dengan Nabi SAW - Dr Zulkifli Moham...

Pengertian Singkat Hubbud Dunya

 


Pengertian Singkat Hubbud Dunya

Hubbud dunya atau cinta dunia yang berlebihan bisa membuat seseorang bersifat tamak dan rakus pada dunia. Hubbud dunya secara bahasa berasal dari Bahasa Arab yaitu hubbun yang artinya cinta, dan ad-dunya yang berarti dunia.

Dapat diambil pengertian bahwa hubbun dunya adalah kondisi seseorang yang mengagungkan urusan dunia sehingga membuatnya abai dengan perkara akhirat serta lalai untuk taat kepada Allah SWT. Secara sederhana, hubbud dunya adalah mencintai dunia dengan cara yang berlebihan.

Perlu dipahami, segala sesuatu yang berlebihan tidaklah baik bagi manusia. Cinta dan mencintai pada dasarnya adalah sesuatu hal yang baik. Namun demikian apabila terlalu berlebihan, maka akan berubah menjadi obsesi yang justru merugikan baik bagi sendiri maupun orang lain.

Inilah mengapa Rasulullah SAW merisaukan umatnya apabila terjebak ke dalam cinta yang berlebihan kepada dunia. Sebab hubbun dunya adalah sumber kehancuran umat manusia.

Terdapat beberapa penyebab seseorang jatuh ke dalam penyakit hati yang satu ini. Adapun di antara penyebab hubbud dunya adalah sebagai berikut:

  1. Menganggap dunia sebagai tujuan, bukan sebagai alat untuk mencapai kehidupan akhirat.
  2. Suka mengumpulkan harta dengan menghalalkan segala cara.
  3. Pelit dan kikir terhadap harta yang dimilikinya.
  4. Tidak rela jika hartanya lepas darinya.
  5. Tidak suka bersedekah dan mendermakan hartanya.
  6. Bersifat tamak dan serakah, yaitu selalu ingin mengumpulkan harta walaupun sudah memiliki.
  7. Tidak mensyukuri nikmat Allah SWT.
  8. Mendewakan kedudukan sosial.


Rasullullah Menyinari Kegelapan Hidup

 


PRAKATA

Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa
keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji.  
Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. 

Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka
juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada
bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:


"Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh
Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai,
mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar."
 
                                                                                                (An-Nisa':  13)


Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut;

A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan;
. Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.
. Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.
www.dakwah.info 4

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian
• Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul
• Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah
• Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.
• Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.
• Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan  Makkah.
• Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.1
• Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.
• Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.
• Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.
• Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.
Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang
ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. 

Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:  3 .   "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan
bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk
dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar
iman)."
                                                                                          (Ali 'Imran: 110)

"Penyucian Jiwa dan Penjernihan Hati"


Mengebumikan orang mati tapi tak ambil Pengajaran atas apa yang berlaku.
Akan datang giliranku pulak...
Ibn Hibban:   Mengikut hawa nafsu  dan menuntut apa dia suka meskipon apa yg dia benci
Ibn Qhiyyim:  Punca kerosakan hati:  BERSOSIAL...Ikut siapa yang kita kawan.
Kita kawan mulut jahat akhirnya kita tersebut jugak...Kita kawan orang yg ingat akhirat...kita akan menjadi baik...Hanya tengok ja...Kita insaf....
Sebaik2 kawan kawan dgn sahabat2 nabi...Abdulllah bin Mubarrak...kata bila kamu datang aku berhenti daripada bergaul dgn sahabat nabi...
Saya ziarah beberapa makam sahabat...Dia ada 1000 ekor unta...seokor 10k yg besar.  40 k seekor, 
1000 ekor...10k seekor x 10k adoi....
Kaya betul Dirar ibn Aswad sedekah fi sabillah...di juga mujahid 2 kaki putus,... merangkak atas tunggul lutut...Ikrimah 
Orang yang sanggup adalah Dirrar...
Ziarah Abu Ubaidah Arrjarrah...Umar kata aku cedera...akau akan lantik abu ubaidah arrjarrah...Bikla kita tengok kita akan jadi dekat dgn Allah.
Angan2 banyak...saya cita2 segunung emas Saya akan infak fisabilillah...Semuanya untuk kepentingan akhirat...
Terikat selain daripada Allah.   Bayak benda diasyikkan hingga ibadat jadi ke empat...
Makanan:   makanan kadg2 cara makan dan kedua makanan haram.  Antaranya banyaknya tidur...orang ini akan kurang dlm beribadat
mengikut ahli tasauf
1)  Kita paling tak suka, muhasabbah diri
2) Terpedaya dgn banyaknya angan2:
     i)apa pintu syaitan...ada pada kita hasat dengfki...Doakan jgn dok dengki
    ii) sifat pemarah...marah adalah bala apabila tidak dapat di kawal...hatta berlaku bunuh...
Bini bukan untuk tumbuk...
#) Cintakan perhiasa dan harta.

Eni beli buku ni"Garis masa Hayat Rasullullah."
  Rojok dlm you tube bawak mengajar..apa2 benda kita bincang.,.".Hidup hanya sekali jesteru kena bererti"
Budak umur 5 tahun...budak Yaman...orang tanya 100 soalan...semua boleh jawab,
Hebat di ajar dari kecil.




Dr Mat Rofa : TANDA TANDA KEKALAHAN MEREKA

I mess up, a lot...


 

Peperangan semakin sengit | Ustaz Dr Mat Rofa

Isnin, 8 Januari 2024

"Pengimarahan Masjid"

Aku  hati tissue...hihi...selalu buat silap...Maafkan aku...

Arabic Wordsاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Romanic Words. Allahummaa Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad.

Celik Tafsir-Basmallah (Part 2)

sambungan daripada (Celik Tafsir-Basmallah (Part 1)











 



 

#676 Jabatan Mufti Share Hadis Palsu Sempena Tahun Baru?!



Arabic Wordsاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Romanic Words. Allahummaa Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad.

#675 Beri Zakat Kepada Tabung Masjid?!


Arabic Wordsاللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ و عَلَى آلِ سِّيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Romanic Words. Allahummaa Solli 'Alaa Sayyidinaa Muhammad wa 'Alaa Ali Sayyidinaa Muhammad.

Celik Tafsir-Bismilah (Part 1)























 

Ahad, 7 Januari 2024

MENELUSURI KISAH ASHAB AL-KAHFI

Nasib Tanah Air Masjid Al Aqsa Masih Lagi Berdarah | Prof Dr.Mat Rofa Is...

#674 Hukum Muzik Sebenarnya Haram?!

4 Penawar Darah Tinggi

 


4 Penawar Darah Tinggi MESTI Ikut Kalau Nak Kekal Sihat!

Jika anda baru atau sudah lama didiagnosis dengan masalah hipertensi, pasti anda tercari-cari penawar darah tinggi yang berkesan bagi memastikan komplikasi masalah kronik tersebut boleh diminimumkan.

Percaya ataupun tidak, kebanyakan tip kesihatan yang sering dianggap berkesan dalam memastikan tekanan darah terkawal berbentuk perubahan gaya hidup individu.

Tanpanya, sukar untuk anda menangani masalah kronik ini dengan berkesan. Berikut adalah 4 cara untuk anda turunkan masalah darah tinggi atau hipertensi.

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan kesihatan jantung, anda boleh klik di sini.

#1 Senaman secara berkala untuk hindarkan masalah darah tinggi

Mungkin tip pertama ini kelihatan seperti cliche namun pelbagai jenis kajian telah membuktikan keberkesanan senaman dalam mengawal tekanan darah pesakit hipertensi.

Sememangnya senaman merupakan antara aspek terpenting bagi setiap individu untuk kekal sihat. Ia merupakan penawar darah tinggi semula jadi yang sering tidak diendahkan.

Tinjauan semula terhadap 27 kajian rawak terkawal (randomized controlled trial) yang melibatkan 1,480 subjek telah mendapati bahawa purata kesan senaman terhadap penurunan tekanan darah bagi pesakit hipertensi berada pada kadar 10.8/4.7 mmHg (tekanan darah sistolik/tekanan darah diastolik).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyarankan pelaksanaan aktiviti fizikal berintensiti sederhana sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.

Ada ahli akademik yang menganggap saranan durasi tersebut sebenarnya tidak mencukupi namun pokok pangkalnya, anda perlu bersenam untuk memastikan tahap kesihatan anda berada pada keadaan baik.

Jika anda jarang melakukan senaman, janganlah pula anda memulakan rutin anda dengan senaman berat.

Bagi mereka yang suka bersenam di gim, mulakan dengan pemberat yang ringan. Bagi individu yang suka bersenam di luar, anda boleh melakukan aktiviti joging, mendaki bukit dan berenang.

#2 Penawar darah tinggi – Gaya pemakanan DASH



Senaman tidak akan berkesan jika anda makan tanpa menghiraukan tentang keseimbangan nutrisi makro dan mikro pada struktur diet anda.

Antara pelan pemakanan yang telah diiktiraf sebagai penawar darah tinggi adalah diet DASH (Dietary Approach to Stop Hypertension). 

Jika dilaksanakan dengan betul, pelan pemakanan tersebut dapat membantu pesakit hipertensi menurunkan tekanan darah sistolik dan diastolik pada nilai purata 11 mmHg dan 5.5 mmHg.

Anda tidak wajib untuk melaksanakan gaya pemakanan sebegini memandangkan terdapat pelbagai jenis pelan diet yang turut berkesan dalam mengubati hipertensi.

Namun, anda perlu mengawal gaya pemakanan agar tekanan darah anda terkawal. Antara tip yang boleh diguna pakai bagi mereka yang ingin mengamalkan diet DASH adalah seperti berikut:

  • Kurangkan makanan berlemak
  • Lebihkan pengambilan bijirin, kekacang, ayam dan ikan
  • Pastikan anda mengambil hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan pada setiap hidangan makanan. Gantikan snek anda dengan buah-buahan
  • Jika anda tidak mahu makan buah sebagai snek, ambil kekacang tanpa garam, kismis atau yogurt rendah atau tanpa lemak
  • Kurangkan pengambilan daging merah. Jika boleh, fokuskan kepada pengambilan sayur-sayuran dan protein daripada produk tenusu
  • Kurangkan pengambilan mentega, sos dan bahan perasa yang lain
  • Pastikan anda membaca label makanan sebelum membeli sesuatu produk makanan. Utamakan makanan yang rendah natrium dan kaya dengan kalium, magnesium dan kalsium

#3 Kurangkan berat anda, hilangkan masalah hipertensi



Di Asia Tenggara, Malaysia tidak asing lagi dengan masalah obesiti. Peningkatan terhadap insiden obesiti amat membimbangkan berikutan kaitannya dengan pelbagai jenis penyakit kronik termasuklah hipertensi. 

Pengurangan berat badan merupakan penawar darah tinggi yang boleh dianggap mujarab. Secara amnya, anda terlindung daripada masalah tekanan darah tinggi jika anda mampu mengurangkan 4.5 kg (10 pounds) daripada berat badan asal.

Namun, jika anda telah mengimplementasikan pelan untuk menurunkan berat badan, fokus anda seharusnya bukan pada jumlah berat badan anda.

Beri tumpuan kepada ukur lilit pinggang anda. Lapisan yang menyelaputi keliling pinggang yang dikenali sebagai lemak visera adalah masalah yang perlu ditangani.

Lemak ini kebiasaannya akan berkumpul pada organ dalaman di bahagian abdomen dan boleh menyebabkan pelbagai jenis komplikasi kesihatan termasuklah tekanan darah tinggi.

Menurut WHO, bagi populasi Asia, ukur lilit pinggang bagi lelaki dan wanita perlu kurang daripada 85 cm dan 80 cm.

Ukuran melebihi nilai tersebut boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit metabolik. Jika anda tercari-cari akan penawar darah tinggi yang berkesan, kurangkan berat badan anda.

#4 Kurangkan pengambilan garam antara penawar darah tinggi

penawar darah tinggi

Ramai orang tahu bahawa kalau nak kurangkan tekanan darah kena kurangkan garam dalam makanan, kan?

Garam, atau lebih spesifik lagi natrium, merupakan nutrisi mikro yang sering dikaitkan dengan risiko hipertensi.

Walaupun garis panduan pengurangan pada pengambilan makanan boleh memberikan kebaikan, namun ia boleh menjadi kontroversial.

Ini berikutan bukan semua individu akan mendapat kebaikan yang setaraf daripada gaya pemakanan rendah natrium dan jika diambil terlalu sedikit, ia turut boleh mendatangkan kemudaratan.

Sama ada ia menjadi penawar atau bukan penawar darah tinggi, ia bergantung kepada keperluan individu seharian.

Bagi mereka yang didiagnosis dengan hipertensi, Persatuan Jantung Amerika telah menyarankan kadar natrium di antara 1,500 mg hingga 2,300 mg sehari.

Dengan kata lain, jumlahnya tidak sampai satu sudu teh garam sehari. Jumlah ini tidak termasuk dengan penggunaan rempah ratus yang turut mengandungi garam campuran.

WHO telah mengeluarkan saranan yang berbeza.

Mereka menyarankan pengambilan garam tidak melebihi 5,000 mg dan saranan ini bertepatan dengan beberapa kajian yang menerangkan perihal kemudaratan apabila seseorang individu itu mengambil sumber natrium yang tidak mencukupi.

Konklusi

Tekanan darah perlu dikawal dengan betul. Jika hipertensi dibiarkan begitu sahaja tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan kemudaratan kepada si pesakit.

Jika anda mempunyai tanda darah tinggi, dapatkan rawatan susulan, amalkan gaya hidup sihat dan ambil berat tentang tahap kesihatan mental anda. 

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...