Selasa, 19 Mac 2024

Menu 18 Mac. hari ke 7 Ramadhan,


Menu mudahku hari ini.  Ada cucur kodok pisang berangan lagi,hihi, Rendang ayam, daku buat pulut udang, acar ini sedekah
 daripada anakanda Fidah anak arwah abang, sayur
 petola ular diulangkan lagi dan 
Limau Sunkist serta mempelam epal.

Ni rendang padang ayam 
Sedap bila ditambah pedasnya ,masinnya dan lemaknya
 serta daun kunyit.



Ini pulut udang yang daku buat menjelang tengahari.
sedap di bakar dengan Magic Pan Maznah. Kenapa ku tulis? kerana nak dapatkan pahala untuk yang meminjamkan. Daku punya tak bawa.


Ini Limau Sunkist pemberian Maznah dan pisang berangan 
serta buah mempelam epal yang kami beli dari 
kedai Acheh di tepi jalan.


Ini cucur kodok pisang berangan,yang di buat atas request anakku sebab 
dia tak boleh makan pulut udang,daku lupa dia mengah,takut angin 
dalam bulan2 puasa ni. MaasyaaAllah sedap sangat.


Ini pulak acar yang di sedekah Ramadhan oleh anakanda 
Rafidah, anak arwah Abg .  Moga sedekah mereka bermanfaat.  
Acar yang ku buat dapat ku sedekahkan kepada 
anakanda Aini Rohaya sahaja.  
Kali pertama ku buat dapat ku sedekahkan kepada Kak Hindon, 
adikku Maznah dan anakanda Aini Rohaya.











 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...