Sabtu, 4 Januari 2025

Limau Taiwan ku berbuah agak banyak dpd biasa.




 



Hanya sekedar rindu... 

Allah jadikan siang dan malam,


 

Dalam mengenangmu,


 

Hiburkanlah Hatiku


Merdu suaramu ...Sedap betul  suaramu...

Ku Membawa Diri


Sangat sangat suka daku lagumu ini J Mizan....
Aku ada cerita di sebalik lagu ini...Nanti aku ceritakan...

Ku Curah Kasih Dalam Lagu


Lagu yg sangat merdu bagiku...penuh keunikan...baru harini aku letak balik...
Rabbku...Aku suka kemerduan lagu Penyanyi Evergreenku...Moga dia tenang di sana.
Aku boleh keluar air mata dengan lagu ini Rabbku...

Kisah Yang Lalu

Isu Pengampunan DiRaja : Titah Tuanku Yang Terkini - Adendum - Najib Raz...

JIka kemiskinan menghampiri pintu,

 You pernah  dengar tak pepatah ini ?   Jika kemiskinan merangkak menghampiri pintu...Cinta terbang melalui tingkap. Betul tak ?  Jika penipuan berlaku , maknanya satu kemiskinan besar di akhirat meskipon kaya di dunia yg fana ini, maka haruskah kita mengejar lagi kekayaan dunia yg tak benar itu untuk menuju akhirat kita.?  Satu pertanyaan yang you kena jawab.  Percayalah.!!! Cinta akan terbang  melalui tingkap.

Kelakuan PMX pelik dan memalukan, kata Tan Sri Shahrir

BILA KETIMBANG KAKI TEMBERANG!!

Signal Akhir Zaman Kejatuhan B@sh@r Al-Ass@d | Ustaz Manis

SATU POSTINGAN VIRAL DARI SEORANG USTAZAH!!!

Jumaat, 3 Januari 2025

Omar menitiskan air mata bila melihat makanan Abu Ubaidah Arrjarrah.

 Kita tak nak kita rugi di akhirat kelak...Ibadat banyak zikir solat dan lain2 lagi...Kedua kita lafazkan setinggi syukur kepada Allah kerana kita di kurnia nikmat Allah tak terhitung nikmat Allah.  Kita kena tengok orang yang lebih susah dpd kita .  Akhirnya Allah bagi kita kelebihan yang melimpah...Sepatutnya dgn kedatangan Rejab ini kita kena perkemaskan Ilmu untuk menghadapi Ramadhan..Ramadhan berbaki 52 hari sahaja lagi.  Kita tak mahu jika tak sempat Khatam Quran ...Jika hanya sekali khatan sahaja ..Kita kena khatam banyak kali ,...Oleh kita baca dari sekarang...  kita baca dah sekurang2nya Ramadah kita Khatam banyak kali

Tajuk kita bincang pada hari ini ialah Membina Jenerasi yang hebat dan Peradaban yang Tinggi ...Bahasa Kasar...Ramai di kalangan kita Ternak anak tidak mendidik anak.Kalau boleh ..beri makan...jasmani sahaja tapi tak beri makanan rohani dan aqli...Ini sangat bahaya ...tak pelik dah tua cara fikir tak sampai..... macam bola untuk di smach tak tepat sebab tak belajar...Pemimpin ada tapi  orang yang Jahil.  Pembohong...Allah tak cabut ilmu begitu sahaja.,  Tapi cara Allah cabut dengan kematian Ulamak.  Orang yg datang kemudian tak pandai nak sambung ilmu ...

Isteri kena ada 4 sifat   Suami ada 2 Sifat

1) Hartanya...Perempuan keluar dari Lamogini...ooo ya Allah takut aku jam dia mahal nya...orang akan nilai...

2)  Kerana Keturunan,...Baik ke tak...Gene  faktor baka dan keturunan ada yg perlu dicheck..

3) Comel ,cantik subjektif sangat...

4) Agama ...bukan semestinay ustazah...Kefahaman yg boleh beramal dgn nya.  Syarat nya Tutup              aurat  dengan sempurna .  Tutup aurat dan berkemenangan lah...jika satu ...ada Agama maka                   berpuas hatilah dgn pilihan itu...

Bagi Lelaki 2

1) Agama dan 2 ) Akhlak

Kawin lah...dengan agama dan akhlak...

1) Seorang abah yang cerdik akan nasihat anaknya...Abah beri kebajikan sebelum kamu lahir lagi...Abah pilih ibu kamu yang baik...Ibu kamu ibarat sekolah ...abah pilih sekolah yang baik...lahirlah kamu ...amanah Alah ...anak abah...setiap anak di lahirkan dlm bersih ...abahlah yang memajusikannya dan meyahudikan dia.   Anak itu gurunya adalah ibu dan bapanya. Ibu bapa suka tipu anak akan jadi suka menipu...Temberang ...anak akan temberang...macam abah dia...

Kalau solat lebih kurang ,...anakpon ikut.   Ayah jujur anak akan jujur..Islam ajar tahnik dan beri nama yang baik.

Kisah lelaki tua zaman Omar Ibn Khattab...Ya Amirulmukminin ...anak aku jahat tolong ajar dia didik dia.  Saidina Omar tak pukul Saidina Umar panggil...Ayahnya tunduk tak angkat muka...

Saidina Umar tanya...Wahai anak benar kah kau derhaka kepada ayahmu?. 

Ya benar... Pertama abah aku cari ibu aku pakai tangkap muat sahaja...dlm islam jangan tengok muka comel sahaja...cantik tak kemana...Keturunan jika penipu hasil anak jugak penipu.

.2)  Bila saya dilahirkan dia beri nama pada saya Kelawar Jantan

3) Bila aku di lahirkan aku tak pernah di ajar ilmu , akhlak, didikpon menjadi canggung...Manusia bila tidak di ajar dia boleh jadi kurang ajar.  

Sebelum saya datang sini saya siapkan buku Bagaimana cara nya Syria boleh Tumbang...Bila di kaji ...salah satu dpdnya   satu Puak...Orang yang di anggap sadur keras, kasar,zalim... Yang di bina oleh Rejim Assad...

Terdapat dlm senarai 10 nama orang yang zalim  dimana....  salah satu nama dlm 2 hari bunuh 2000 orang...ada yang bunuh orang guna bahan kimia...ada yang di tetak hidup2 bagi makan singa... ada yang beri makan hidup2 kepada singanya. di masukkan kedalam lobang dan di letupkan...

Rahmat tak ada ...Kesihan belas tak ada,...Bila Basyar Assad jatuh mereka lari macam tikus...tapi jenayah yang dia buat sangat tidak terperi dahsayatnya...

Macam mana nak bina jenerasi yang baik...Bina keluarga kita Baiti Jannati

2) Anak2 di beri Pembelajaran...ajar anak kita hak orang jangan ambil walau sedikit  barulah boleh menjaga amanah jika jadi pemimpin....ajar anak kita solat...kedua kita kena suruh keluarga kita solat...kalau jaga solat kita AKAN PUAS HATI

DALAM MEMBINA JENERASI YANG BERPERADABAN. PERLU  ADA 3 PERKARA...

1) BINA  INSTITUSI KELUARGA

2) BINA INSTITUSI SEKOLAH

3)BINA INSTITUSI MASJID ,...MEMBIN AKHLAK ..ROHANI...

4)  BINA ENVIRONMENT YG BAIK.   BILA SUASANA BAIK TIADA YG JAHAT...

Finland...mengajar dan tulis apa yg guru tulis ...Beri tugas...Cari Jawapan  ...Kumpul...Pergerakan akal terus berjalan...ajar fikir kenapa   '  

Kita kena ada Idola...Ikutan terbaik...

1) Kenapa kau solat comel ni...?

2) Yang kedua solat baik ...bahkan lebih baik...

Jika Saidina Omar lalu syaitan tak lalu ikut jalan itu....mereka takut.

Yang menjadi sebab Utama mengkaji tentang Rasullullah saya masuk pada pameran Rasullullah...Lain cara Pamiranya ..Semua dia gunakan 3D ...AI  Artificil Intelegence..

Kemudian saya masuk ke Mekah...Bila dia Pasang kita Nampak Rumah Rasulullah nampak Real...Bagai kita ada di dalamnya.. Nak ceritanya Rasulullah orang yang Zuhud...Dia nak Mati sebelum mati di beri 7 dinar.. ada kata .kalau 10 dinar di sedekahkannya ...Satu dinar 1200 ringgit...kalau 10 dinar berapa ? .Nabi kaya...Dia tunjukkan akhlak , Ilmu  dan cara hidupnya Luar Biasa...

Nabi bukan semata2 bina tamaddun...Tamaddun2 dunia masih ada yang besar tapi Nabi membina Pembina Tamaddun...Membina Orang...Mewatakkan dan memandaikan...orang...

Abu Bakar Issue Murtad dlm 2 tahun sahaja dapat dia selesaikan.   Saidina Omar pulak Empire Rome dan Parsi hancur.  Omar Ibn Al Khatab Boleh tumbangkan 2 Empire Besar...Bajunya bertampung sahaja.  

Omar melawat  Abu Ubaidah Arjarrah...

Saidina Omar sampai dia sediakan makanan dalam dulang besar dengan se ekor kambing bakar...Saidina Omar  kata ..ni makanan siapa ? ..Abu Ubaidah jawab...Ini makanan  Tentera2 kita... Ya Amirul Mukminain adakah tuanhamba mahu makan makanan  Panglima Perang?  Ya Jawab Omar...

Mari makan, makanan makanan Panglima ...Di angkat kepadanya  Roti kering cicah minyak zaitun... Omar menitiskan air mata bila melihat makanan Abu  Ubaidah Arrjarrah.  

Seterusnya... 

Ajar anak kita tentang penggunaan masa..dalam 24 jam hasilnya kena banyak...banyak perkara yg boleh di lakukan...Penggunaan masa dgn baik.

Wahai penuntut ilmu , Kena cepat 3 perkara

1) jalan kena cepat 

2) makan kena cepat  

3) menulis dgn cepat

Semua tu ada padaku  tapi aku tak hebat mana...hihi...

Orang yang nak jadi pemimpin...kita latih anak kita sifat2 yang baik dermawan sedekah,  rajin, pemurah...Diminta ikan yang biasa sahaja di belinya ikan yang mahal dan Lobsterpon di belinya untuk kita .....banyak ni..ini lah anak pemurah...Bertuahnya aku...

Hidup Mesti Bebas Hutang

Kalau pemimpin Hebat Negara akan Hebat.. itu akhlak ...Pemimpin kena amanah jika kakitangan tak amanah pemimpin simpan ...pemimpin juga tak amanah...Kalau tipu maka hilang amanahnya.  

Cerita Menarik Adrogen...Istanbul...Cikgu buat lawatan ...surat budak umur 8 tahun ...Dia Tulis..Pak Cik saya anak Yatim piatu..Cikgu jemput Ibubapa datang  Tolong datang bagi pihak kjeluarga saya...Saya tak dapat datang dgn Jadual penuh...Pada Hari Kejadian dia datang akhirnya dia kata .".Saya wakil anak saya" Hebatnya...Kalau di ajar dari kecil...




Kuliah Maghrib

Khutbah Jumaat | 03 JAN 2025 | Masjid Qariah Saidina Abu Bakar, Kg Jijan

Tanda Kehadiran Malaikat Khusus Saat Kalian Sedang Berdzikir | Ustadz Kh...

"Biarlah Si Luncai terjun dengan Labu Labunya"

 You tahu  ?   kadang2 aku kata..."Biarlah Si Luncai terjun dengan Labu Labunya"

Biarkan!    Biarkan!    ...Tapi aku tersedar dari mimpiku Si Luncai  telah hampir terjatuh 

di dalam gaung yang amat dalam  dan hitam...Siapakah Si Luncai itu? 

 

Sifar miskin tegar hanya retorik kosong

PAS BANTU UMNO HIMPUNAN NAJIB, MANA SETIA UMNO!!

Aishah - Camar Yang Pulang

Broery Marantika - Hati Yang Terluka (Official Audio)

Pamit

Sharifah Aini - Terkenang

Suatu Masa

Lamunan Terhenti

Ku Membawa Diri

Sharifah Aini - Hiburkanlah Hatiku


Ya Rabb sedapnya suaramu ...

kesedaran (lirik) gaya zakry...

DATIN RAFEAH BUANG - Kalau Rindu

KISAH VIRAL! GADIS Bisu Di Jual Ibu Tirinya Kepada Tukang Becak. Tapi Ta...

Bisikan hati...


 

Rempah cengkih (Syzygium aromaticum) merupakan kuntuman bunga pokok cengkih yang telah dikeringkan

 

Pengenalan

Rempah cengkih (Syzygium aromaticum) merupakan kuntuman bunga pokok cengkih yang telah dikeringkan. Bunga cengkih selalunya  digunakan dalam masakan tetapi ia juga dijadikan sebagai ubat bagi merawat beberapa masalah kesihatan yang lain.

Cuma tak dinafikan masih ramai yang belum tahu akan khasiat sebenar bunga cengkih ini.

Awalnya, pokok cengkih merupakan tanaman natif dan banyak dijumpai di Indonesia khususnya di kepulauan Maluku, di timur Indonesia. Kini, penghasilan cengkih banyak dikeluarkan oleh negara-negara lain seperti Malaysia, Sri Lanka, Madagascar, Brazil dan Tanzania.

Khasiat bunga cengkih ini sangat banyak sebenarnya. Jom ketahui!

Senarai Khasiat Bunga Cengkih Yang Ramai Orang Tak Tahu

Imej via Bidadari

#1 – Menaikkan aroma dalam makanan 

Kegunaan bunga cengkih dalam masakan memang dah sangat terkenal. Ini kerana bunga cengkih adalah salah satu herba yang membantu dalam menaikkan aroma masakan tradisonal. 

Malah, para saintis menamakannya Syzygium aromaticum disebabkan banyak sebatian beraroma di dalamnya seperti flavonoid, asid hiroksibenzoik, asid hidroksisinamik dan propen hidroksifenil.

Namun, menurut kajian, sebatian bioaktif utama dalam cengkih ialah eugenol yang boleh dijumpai dalam julat 938 – 14.65 gram dalam setiap 100 gram cengkih segar.

#2 – Membantu mengawal tahap kelaparan

Tahukah anda 1 tsp teh cengkih menyediakan hampir 1 gram serat. Serat ini membantu kita berasa kenyang  dengan lebih lama, jadi secara automatiknya ia dapat mengawal tahap kelaparan. 

Apatah lagi jika diambil bersama hidangan tinggi serat yang lain seperti sayuran, buahan atau bijirin.

#3 – Kawalan serangga

Tahukah anda, bunga cengkih mampu mengawal serangga perosak di halaman rumah kita. Bunga cengkih ini adalah pembunuh serangga perosak secara origanik tanpa menggunakan tambahan bahan kimia. 

Cara-caranya adalah ;

– Renih 2 sudu besar bunga cengkih ke dalam 1L air 

– Biarkan air rebusan tadi mendidih dan matikan api selepas air tersebut mendidih 

– Masukkan air rebusan tersebut ke dalam botol semburan dan sembur seluruh permukaan tanaman terutamanya di bahagian bawah daun dan pangkal pokok.

#4 – Mencegah kehadiran semut

Kehadiran semut di kawasan tanaman bermaksud ianya menjadi pengangkutan utama kepada serangga perosak. Jadi, cara untuk mengelakkan kehadiran semut di kawasan tanaman adalah menggunakan bunga cengkih, kisar bunga cengkih secukupnya dan taburkan kisaran tadi di kawasan yang kelihatan kehadiran semut.

#5 – Mencegah kehadiran lalat

Bunga cengkih disifatkan sebagai alat untuk mencegah kehadiran lalat. Hal ini disebabkan, lalat gemar kepada bau-bauan makanan, mereka akan datang beramai-ramai untuk menghinggap pada makanan.

Jadi, bunga cengkih ini mampu menghalang kehadiran lalat. Caranya adalah ambil buah apple atau limau dan cucukkan bunga cengkih pada buah tersebut. Dengan kewujudan bauan bunga cengkih, ianya mampu menukar bau haruman makanan kepada bau haruman bunga cengkih. 

#6 – Mencegah nyamuk

Bunga cengkih berfungsi sebagai pencegah nyamuk secara semula jadi. Cara menghalau nyamuk secara tradisional adalah campurkan lemon dan bunga cengkih selepas itu biarkan ia.

Nyamuk akan lari tetapi ia tetap bergantung kepada jenis nyamuk di sekitar kawasan rumah anda. 

#7 – Mengawal rumpai

Racun serangga mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan persekitaran, jadi dengan menggunakan bahan semula jadi mampu menjaga alam sekitar. 

Bagi menyediakan racun rumpai secara organik, cara-caranya adalah:- 

1)  Sediakan pati minyak bunga cengkih 

2) Campurkan sedikit garam bersama 20 titik minyak pati bunga cengkih bersama 20oz cuka dalam botol penyembur 

3) Gongcang campuran tadi sehingga sebati dan semburkan pada rumpai yang hendak dimusnahkan. 

Kegunaan cengkih untuk menghalau serangga perosak ini telah diulas secara saintifik oleh para penyelidik dalam kajian mereka pada tahun 2014 yang diterbitkan di Asian Pacific Journal of Tropical Biomedicine.

Menurut mereka, kandungan eugenol, eugenol asetat dan beta-caryophyllene dalam cengkih adalah sangat berkesan untuk menghalau serangga perosak.

#8 – Membantu menghilangkan bau mulut dan sakit gigi

Imej via Bidadari

Bunga cengkih bagus untuk sakit gigi. Ramai yang masukkan bunga cengkih pada gigi yang berlubang untuk redakan sakit. Petua lain untuk sakit gigi dengan menggiling halus bunga cengkih, balutkan dengan kapas dan sumbatkan ke dalam gigi yang lubang atau titiskan minyak bunga cengkih sahaja ke dalam lubang gigi tersebut.

Dengan haruman bunga cengkih yang semula jadi ini, ianya juga mampu membantu mehilangkan bau pada mulut. Terdapat 2 cara untuk menghilangkan bau mulut iaitu : 

  1. Ambil bunga cengkih yang masih segar atau yang sudah kering, kunyah sehingga lumat. Manfaat mengunyah cengkeh ini sangat elok untuk bau mulut. 
  2. Tumbuk 10 biji bunga cengkih sehingga lumat beserta 3 ulas bawang putih kemudian gosokan ke gigi dan berkumur-kumur sehingga bersih lakukannya 3 hari sekali. 

Kajian lepas telah melihat perkembangan penggunaan cengkih sebagai analgesik atau penawar kesakitan sejak kurun ke-13 lagi.

Seterusnya, para saintis mendapati bahawa eugenol merupakan sebatian utama yang memberi kesan analgesik ini. Mekanisme yang terlibat terbukti melalui pengaktifan saluran kalsium dan klorida dalam sel ganglionar dan juga tindakan ke atas reseptor melalui capsaicin agonist.

Pendek kata, semua ini dipengaruhi oleh kehadiran eugenol yang kaya dalam cengkih untuk memberi keredaan rasa sakit.

#9 – Menghilangkan bau peti sejuk

Imej via Bidadari

Peti sejuk akan mengeluarkan pelbagai bau-bauan disebabkan oleh percampuran pelbagai barangan di dalamnya.

Jadi terdapat satu tip untuk menghilangkan bau peti sejuk iaitu masukkan segelas kecil bunga cengkih ke dalam peti sejuk. Ianya mampu mehilangkan bau dalam peti sejuk. 

#10 – Jadikan sebagai wangian rumah 

Bunga cengkih boleh dijadikan wangian semula jadi di dalam rumah. Campurkan beberapa bunga cengkih dengan beberapa batang kayu manis dah percikkan sedih vanilla. Ianya dapat menjadi wangian semula jadi di dalam rumah. 

Bagi menaikkan lagi kewangiannya pastikan kawasan yang diletakkan wangian ini tidak terlalu besar kerana ditakuti wangian tersebut hilang ditutupi oleh keluasan kawasan. 

#11- Melawan sakit kepala

Sakit kepala boleh dikurangkan dengan menggunakan beberapa ulas bunga cengkih dan campuran lain. Cara-caranya terdapat dibawah ini:- 

1) Jadikan bunga cengkih  paste(tumbuk sehingga lumat)

2) Campurkan ia dengan garam batu. 

3) Setelah selesai mencampurkan kedua-dua bahan ini masukkan ia ke dalam segelas susu. (campuran ini dapat megurangkan rasa sakit kepala). 

Hal ini turut disokong oleh kajian saintifik. Antaranya, kajian tahun 2009 oleh Daniel dan rakan-rakan yang menunjukkan aktiviti neuron deria yang berkurangan. Seterusnya, memberikan kelegaan rasa sakit dengan dos sebanyak 50, 75 dan 100 mg/kg minyak cengkih.

#12 – Membantu mengurangkan stress 

Stress mampu membuat semua manusia hilang kewarasan. Dengan terapi semula jadi ini ianya mampu megurangkan stress.

Didihkan bunga cengkih, daun pudina dan daun kemangi. Kemudian ambil air rebusannya untuk diminum tetapi disarankan campurkan sedikit dengan madu untuk menambahkan rasa kemanisannya.

Ini ialah salah satu cara tradisional yang mampu mengurangkan stress secara alami. Kenyatan ini belum dibuktikan secara saintifik lagi tetapi boleh diamalkan jika tidak memudaratkan. 

#13 – Dijadikan sebagai perapi rambut 

Kebaikan bunga cengkih untuk petua penjagaan rambut juga ada.

Jika seseorang mempunyai masalah dengan rambut keriting dan tidak terurus, campuran beberapa ulas bunga cengkih bersama minyak zaitun boleh digunakan sebagai perapi rambut secara semula jadi.

Ia membantu dalam meningkatkan aroma dan mengekalkan warna rambut bagi yang mewarnakan rambut. 

#14 – Membantu melancarkan penghadaman 

Cengkih melancarkan pencernaan dengan merangsang rembesan enzim pencernaan. Cengkih boleh dipanggang, dibakar, dan diambil bersama dengan madu untuk melegakan masalah pencernaan.

#15 – Menghilangkan kesan kulit hitam di wajah

Pasti semua wanita mengidamkan kulit yang cantik mulus, tahukah anda bunga cengkih boleh membantu di dalam mehilangkan kesan kulit hitam di muka.

Tumbuk bunga cengkih, kulit kayu manis dan pucuk jambu batu sehingga lumat dan campurkan ia dengan minyak zaiton. Sapukan pada kulit 2kali seminggu. Adunan ini adalah skrub muka semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia.

Hal ini tidak menghairankan kerana cengkih merupakan antara rempah yang mengandungi antioksidan yang tinggi seperti polifenol sebagaimana yang dilaporkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat yang menjalankan kajian bersama universiti awam dan syarikat swasta di sana.

#16 – Mengawal muntah

Pengambilan serbuk cengkih goreng dengan madu dapat mengawal muntah secara berkesan.

Cengkih didakwa secara turun-temurun membantu menghentikan muntah-muntah. Rendaman air bunga cengkeh juga bagus untuk dicium bagi menghilangkan mual. 

#17 – Pembasmi kuman secara semula jadi

Bunga cengkih mempunyai beberapa ciri-ciri anti bakteria. Jadi, ianya boleh menjadi pembasmi kuman secara semula jadi.

Jadikan bunga cengkih dalam bentuk minyak setelah itu tambahkan beberapa titisan ke dalam air bersama bau  kegemaran anda sebagai contoh lemon atau lavender. Ianya boleh digunakan untuk membasmi kuman di rumah.

Kenyataan ini terbukti melalui penyelidikan saintifik yang melaporkan aktiviti antimikrob yang luar biasa oleh cengkih.

Kandungan eugenol dan carvacrol didapati berperanan melawan serangan mikrob.

#18 – Merawat batuk 

Walaupun tiada kajian yang mendalam mengenai bunga cengkih mampu merawat batuk, tetapi cengkih ialah salah satu cara tradisional untuk merawat batuk.

Caranya adalah campurkan bahan-bahan seperti sireh, buah pelaga, gula batu dan bunga cengkih. Setelah dicampur semua bahan ini rebuskan ia sehingga mendidik. Tapis air rebusan dan minum dua kali sehari untuk mehilangkan batuk.

3 Januari 2025 "Membuat Perubahan Diri Ke Arah Yang Lebih Baik"

Jamal Abdillah - Derita Cinta

TAMPA SENSOR ! KUBURAN MUSTAFA KEMAL ADA SUARA HOROR

Anwar Ibrahim Dalam Bahaya! Gabungan Melayu Raya Kian Meningkat!

"Rakyat Bertungkus Lumus Kerja & Bayar Cukai Tapi Dana Kerajaan disalahg...


Lantang, berani dan tegas. Begitulah kepribadian yang dimiliki oleh mantan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz. Setiap lontaran kata-katanya pasti meninggalkan kesan yqng mendalam. Sama-samalah kita cakna dengan teguran serta nasihat daripada penerima anugerah Nona Superwoman of The Year 2018 ini.

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️ . 3 Jan. 2025 (Jumaat) 10:00 Pagi - Surah Saba' -...

What happened to the Hindu who Disrespected Azaan?

SURAH ALKAHFI di Malam Jumat Berkah | Ngaji Murottal AlQuran Merdu Surah...

Inspirasi Harian,


 

Daily Inspirations,


 

Salam Jumaat Barokah...


 

“Selamat Datang 2025, Ayuh Tawakal” - Dato' Ustaz Badli Shah Alauddin


Respon Dr MAZA Terhadap Isu Non Muslim Ceroboh Masjid

Iswardy Morni Didapati BERSALAH

Bacaan Surah Al-Masad | Saudara Ajwad Mohd Bakri

2 Januari 2025“SIRAH NABI: CABARAN DAN HIKMAH”Prof. Dr. Basri

DENGAR ANWAR! INI REALITI KEHIDUPAN ZAMAN MADANI!!

Khamis, 2 Januari 2025

2 Januari 2025 “BULUGHUL MARAM” - SIRI 258 Dato' Arif Perkasa Prof. Dr M...

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️.2 Jan. 2025 (Khamis) 9:15 Malam - Surah Sad - Aya...

"Kelebihan Bulan Rejab"

"Ya Allah, berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan berkatilah ka...

Wawancara Bersama Anies Baswedan (Calon Pilpres Indonesia 2024) : Ramala...

PANAS!! JIKA INI TAKDIRNYA!!!

Pesan Mufti kepada yg JEMU. boikot...


 

Dr. Maza.. Pesan...


 

Broery P - Dibalik mata ada dusta (LIRIK COVER)

Alleycats - Gerimis Senja (Audio)


Tanyaku pada diri  apakah ini semua

 cubaan belaka? 

Batinku menjerit, namun tiada suara...

Suratan Atau Kebetulan

Kau Pergi Jua

Hati Yang Terluka

KRU - "Wanita" (LIRIK)


Hargailah wanitamu...Ingat percintaan hangatmu dgnnya dulu.  Bilang padanya kau 
sayang dia sepenuh masa..  Luangkan masa untuk bersamanya.  Nescaya kau bahagia.
InsyaaAllah.

KRU - Babe (Lirik Lagu)


Lagu yang hadir...

Kuliah Subuh - Kalimah Syukur...

Ibadah susah untuk khusyuk tapi bukan ibadah mudah - Dr Zulkifli Mohamad...

Kenapa Sujud 2 Kali Tapi Rukuk Sekali - Dr Zulkifli Mohamad al Bakri

TADABBUR AL-QURAN 🚨🔊‼️.30 Dec. 2024 (Isnin) 10:30 Pagi - Surah Sad - Aya...

MAJLIS PERHIMPUNAN PENJAWAT AWAM BERSAMA MB KEDAH / 2 JANUARI 2025


Nabi Musa membantu anak Nabi Syuib....

ZILA BAKARIN DEDAHKAN BERLAKU 'SESUATU' SEHINGGA DIRINYA NEKAD MENGENAKA...

#674 Hukum Muzik Sebenarnya Haram?!

Bahaya Adu Domba Dalam Islam

 

Bahaya Adu Domba Dalam Islam


Adu domba atau namimah merupakan sebuah perbuatan yang sangat tercela karena tujuan daripada adu domba itu ialah menyebarluaskan berita yang tidak benar (fitnah) agar antar individu atau masyarakat muslim tidak saling menyukai satu sama lain dan akhirnya terjadi pertikaian dan peperangan. Dengan kata lain, adu domba merupakan suatu perbuatan rekayasa yang sengaja dilakukan untuk merusak, memfitnah, atau menghancurkan orang lain serta merupakan pemicu terjadinya permusuhan. Hal ini sangat bertentangan dengan syari’at Islam, dimana tujuan bermasyarakt di dalam Islam ialah membangun individu dan masyarakat yang berlandaskan iman dan taqwa serta pribadi yang shahih yang tersambung dalam jalinan cinta dan kasih sayang serta keramahan antara sesama.

Di dalam Al-Qur’an, Allah SWT berfirman;

يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِن جَآءَكُمْ فَاسِقُُ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَن تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَافَعَلْتُمْ نَادِمِينَ

Artinya;

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Q. S. Al-Hujurat : 6).

Dalam Islam, hukum namimah atau adu domba ialah haram. Salah satu dalillnya ialah firman Allah SWT yang artinya;

Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina yang banyak mencela, yang kian kemari menghambur fitnah.” (QS. Al Qalam : 10-11).

Oleh karena itu, siapa saja yang melakukan adu domba, berarti ia telah melakukan apa yang telah dilarang oleh Allah SWT dan telah berbuat dosa, maka nerakalah baginya sebagai balasan. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW yang artinya; “Tidak akan masuk surga bagi Al Qattat (tukang adu domba).” (H. R. Al Bukhari). Oleh Ibnu Katsir kemudian dijelaskan bahwa mereka yang disebut sebagai Al-Qattat ialah orang-orang yang senang mencuri dengan pembicaraan orang lain tanpa sepengetahuan oleh mereka yang didengarkan olehnya akan perbincangannya, kemudian olehnya disebar luaskanlah pembicaraan tersebut kepada orang lain atau ke masyarakat akan tetapi dengan tujuan untuk mengadu domba orang tersebut. Dengan kata lain, apa yang kemudian disampaikan kepada masyarakat bisa saja sama seperti apa yang dibicarakan tetapi ditambah-tambahi dengan sesuatu yang menjelekkan atau berbeda sama sekali hingga benar-benar menjadi sebuah fitnah yang sangat merugikan. Oleh sebab itu, adu domba juga merupakan pemicu hilangnya rasa kepercayaan terutama pada korbannya.

Untuk lebih jelasnya, yang dimaksud dengan perilaku adu domba ialah sebagai berikut:

  1. Orang yang sedang mengadu domba pasti memiliki niat atau maksud dan tujuan yang tidak baik terhadap korbannya (orang yang diadu), misalnya agar orang lain dibenci atau dipecat dari pekerjaannya.
  2. Seorang pengadu domba ialah mereka yang senang sekali menyebabkan pertikaian atau menjadi provokatornya. Hal paling mendasar dan yang paling sering menjadi penyebabnya ialah perasaan iri terhadap seseorang sampai muncul keinginan untuk membuat buruk atau menghancurkan orang tersebut. Cara paling mudah ialah dengan menyebarkan berita palsu atau memfitnah sehingga orang lain juga turut membenci orang yang ia benci.
  3. Orang yang suka mengadu domba biasanya juga merupakan orang yang munafik atau bermuka dua, sehingga dihadapan orang yang ia adu domba ia akan tetap terlihat baik padahal dibelakangnya tanpa sepengetahuan orang itu, ia bersikap jahat dengan menjelek-jelekkan orang yang ia adu domba.

Bahaya Namimah (Adu Domba)

Bahaya adu domba dalam islam sangat besar. Bukan tidak ada alasan mengapa Islam mengharamkan perbuatan namimah atau ado domba. Selain merupakan perbuatan tercela yang berujung dosa, adu domba juga memiliki berbagai bahaya jika perbuatan itu tidak dihentikan. Adapun bahaya adu domba dalam Islam ialah sebagai berikut:

  1. Adu domba merupakan perbuatan dosa yang mana surga diharamkan baginya, dengan kata lain neraka adalah balasan daripadanya.
  2. Bahaya utama daripada adu domba ialah dapat menyebabkan terjadinya kebencian dan permusuhan dan sesama muslim.
  3. Adu domba merupakan pemicu terputusnya tali silaturrahmi dan tali persaudaraan.
  4. Terjadi keresahan dan mengganggu ketentraman kehidupan bermasyarakat karena tidak jarang adu domba berujung pada terjadinya pertingkaian fisik seperti perkelahian yang memberikan kerugian baik fisik maupun materi. Akibat daripada perkahian itu bisa menghancurkan berbagai fasilitas atau sarana prasaran serta menyakiti fisik mereka sendiri. Bahkan bisa sampai menyebabkan seseorang kehilangan nyawa.
  5. Kehilangan kepercayaan karena setelah perbuatan adu domba itu terbongkar orang lain justru akan berbalik menjadi tidak menyukai si pelaku penyebar adu domba tersebut sehingga sebenarnya adu domba itu sendiri tidak hanya menyebabkan kerugian bagi mereka yang menjadi korban adu domba tetapi juga paling buruk adalah kerugian bagi pelakunya sendiri.
  6. Lantas, bagaimana kita sebagai muslim untuk menghindari perilaku adu domba tersebut? Berikut beberapa hal yang bisa kita lakukan untuk menghindari perbuatan tercela namimah, yakni;

    1. Meningkatkan taqwa kepada Allah SWT
    2. Mulai dari diri sendiri untuk menyadari bahwa adu domba merupakan perbuatan tercela yang berakibat dosa serta dampak yang disebabkannya tidaklah main-main sehingga harus dijauhi.
    3. Menghindar daripada hal-hal yang bisa menyebabkan adu domba seperti begosip.
    4. Menjalin silaturrahmi yang baik terhadapa sesama muslim.
    5. Biasakan diri bersikap ramah dan jujur.
    6. Selalu meminta perlindungan kepada Allah SWT agar terhindar daripada pebuatan keji dan munkar.

    Kemudian, apabila suatu ketika kita mendapati seorang yang memberikan berita fitnah atau berniat menyebar luaskan adu domba kepada kita, maka seperti yang disampaikan oleh Imam An-Nawawi; “Dan setiap orang yang disampaikan kepadanya perkataan namimah (adu domba), dikatakan kepadanya: “Fulan telah berkata tentangmu begini begini. Atau melakukan ini dan ini terhadapmu,” maka lakukanlah perkara berikut ini;

    1. Jangan pernah membenarkan perkataan daripada mereka yang berniat untuk mengadu domba.
    2. Berikan nasihat agar ia tersadar bahwa perbuatan adu domba yang ia lakukan adalah salah.
    3. Orang yang melakukan adu domba adalah orang yang dibenci Allah SWT jadi sebagai hamba Allah yang beriman dan bertaqwa kita juga membenci orang yang berbuat dosa tersebut (ialah membenci karena Allah SWT).
    4. Jangan berprasangka buruk pada orang yang menjadi korban adu domba.
    5. Jangan mencurigai, memata-matai, maupun mencari-cari aib daripada orang yang menjadi korban adu domba.
    6. Jangan ikut-ikutan melakukan adu domba.

    Semoga bermanfaat….


“Pertanda orang yang munafiq ada tiga,

 Rasulullah SAW pernah bersabda bahwa:

اية المنافق ثلاث : اذا حدث كذب واذا وعد أخلف واذا ؤتمن خان

Pertanda orang yang munafiq ada tiga: apabila berbicara bohong, apabila berjanji mengingkari janjinya dan apabila dipercaya berbuat khianat” (Hadits riwayat Bukhari dan Muslim.).

Dari hadits di atas, terlihat jelas jika seorang pembohong biasanya tidak jauh- jauh dari sifat gemar mengingkari janji dan khianat. Sifat- sifat tersebut merupakan sifat orang munafiq yang sebaiknya dijauhi karena bisa merugikan diri sendiri dan orang lain. sifat munafiq yang tidak lekas dibuang dapat berdampak pada kehidupan sehari- hari hingga dikucilkan.


Hukum menyamar, guna nama samaran

 

Hukum menyamar, guna nama samaran

Soalan: Apakah hukum menggunakan nama samaran dalam laman sosial seperti Twitter, Facebook dan sebagainya?

 

Jawapan: Hari ini terdapat pelbagai jenis nama samaran digunakan pengguna laman sosial. Ada menggunakannya untuk tujuan baik, ada juga yang menggunanya untuk niat menipu dan memfitnah orang lain. Kedua-dua keadaan itu mempunyai hukum berbeza mengikut tujuan dan maksudnya.

Pertama, menggunakan nama samaran untuk tujuan baik tanpa sebarang motif jenayah dan maksiat adalah diharuskan kerana perbuatan itu sama seperti nama samaran yang diamalkan oleh Nabi SAW serta sahabat. Contohnya, nama samaran Nabi SAW adalah Abu al-Qasim. Abd al-Rahman pula dikenali sebagai Abu Hurairah. Perbuatan itu dibenarkan Nabi SAW kerana mereka tiada niat untuk melakukan jenayah atau maksiat daripada nama samaran itu.

Selain itu, penggunaan nama samaran untuk tujuan siasatan dalam arena kepolisan juga turut dibenarkan dalam Islam. Sememangnya daripada awal lagi Islam meletakkan keutamaan terhadap pemeliharaan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh itu, syarak membenarkan segala jenis usaha untuk memastikan kelima-lima perkara itu terpelihara dan terjaga dengan baik.

Atas dasar itu juga, Nabi SAW pernah menggunakan seorang penyiasat bukan Islam dalam peperangan Khandak untuk mendapatkan maklumat musuh. Maka, adalah tidak menjadi satu kesalahan bagi pihak berkuasa polis, tentera dan sebagainya untuk menggunakan nama samaran bagi tujuan keselamatan.

Kedua, menggunakan nama samaran untuk tujuan menipu dan jenayah adalah haram di sisi syarak. Perbuatan sedemikian akan mengakibatkan kemudaratan kepada diri mereka sendiri dan orang lain.

  S:  Apakah hukum menyamar sebagai orang lain dalam Facebook?

 J: Hari ini terdapat banyak kes jenayah siber yang menyebabkan pelbagai kerugian terpaksa ditanggung oleh umat Islam sama ada lelaki mahupun wanita. Oleh demikian, sebagai langkah berhati-hati, hukum menyamar sebagai orang lain dalam Facebook dengan menggunakan gambar atau nama samaran adalah diharamkan.

Terdapat unsur penipuan yang boleh memudaratkan banyak pihak. Ia bertepatan dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

"Sesiapa sahaja yang menipu bukan daripada kami (umatku)." (Riwayat Muslim)

Hadis itu jelas menunjukkan Nabi Muhammad SAW sangat tegas melarang perbuatan menipu sehingga golongan yang berbuat demikian tidak dianggap umat oleh Baginda Nabi SAW.

Mungkin Nabi Muhammad SAW mengetahui perbuatan menipu, menyamar dan seumpamanya tanpa sebarang keperluan syarak boleh memberi impak negatif terhadap hubungan kemasyarakatan.

Contohnya, seseorang itu akan terpengaruh dan tertipu dengan gambar samaran yang menawan atau nama samaran dipaparkan dalam maklumat peribadi pemilik laman sosial berkenaan. Dengan cara itu, pelbagai jenayah boleh berlaku dan ada kalanya boleh menyebabkan kerugian wang ringgit, maruah dan sebagainya.

 Atas dasar itu, kaedah fiqah telah menegaskan, jangan memudaratkan (diri kamu) dan jangan dimudaratkan orang lain.

 S: Kebebasan bersuara menjadikan sesiapa saja boleh membuat kenyataan atau membuat komen di laman sosial. Malah, ada yang menggunakan bahasa tidak sopan. Apakah hukum kita mencarut di laman sosial.

J: Hari ini kita didedahkan pelbagai kaedah untuk bersosial termasuklah Facebook, Twitter dan sebagainya.  Islam tidak pernah sama sekali melarang umatnya daripada bersosial, bahkan ia digalakkan kerana mampu mengeratkan silaturahim sesama insan.

 Walaupun begitu, cara kita bersosial mestilah menepati kehendak syariat Islam antaranya memelihara segala jenis penyampaian termasuklah tutur kata. Sehubungan itu, menggunakan kata-kata kesat dalam laman sosial seperti mencarut, menghina dan sebagainya adalah diharamkan oleh Islam.

Sesiapa sahaja yang berbuat demikian akan mendapat dua dosa. Pertama, dosanya dengan Allah SWT kerana mengingkari arahan Nabi Muhammad SAW supaya memelihara kata-kata.

Sabda Nabi Muhammad SAW: "Sesiapa sahaja yang beriman dengan Allah dan hari kiamat, maka hendaklah dia bercakap dengan kata-kata yang baik atau dia berdiam diri." (Riwayat Bukhari)

Dosa kedua ialah dosa sesama manusia. Dosa yang kedua ini tidak akan mendapat keampunan Allah SWT selagi orang yang kita cemuh atau kutuk tidak memaafkan perbuatan itu.

Perkara ini dapat dibuktikan menerusi sabda Nabi Muhammad SAW: "Adakah kamu semua mengetahui akan golongan yang muflis? Jawab sahabat: Mereka adalah golongan yang tiada harta! Baginda SAW berkata lagi: Sesungguhnya mereka itu adalah golongan yang datang pada hari kiamat kelak dengan pahala solat, puasa dan zakat mereka. Namun, semua itu habis apabila orang yang teraniaya dengan (kata-kata kesat atau fitnah) datang mengambilnya daripada mereka." (Riwayat Muslim)

 Kesimpulannya, memelihara tutur kata daripada perkataan nista dan kesat terhadap orang lain sama ada dalam bentuk bertulis atau percakapan adalah menjadi satu kewajipan kepada semua Muslim.

 Justeru, marilah kita menggunakan segala nikmat teknologi yang ada hari ini sebagai medan untuk berdakwah dan menyampaikan nasihat kepada mereka yang memerlukan. Selain itu, jadikan Twitter, Facebook sebagai tempat mengeratkan hubungan silaturahim.