Khamis, 15 Jun 2023

Tanda2 Allah sayang...

 


Berita Kembalinya Sahabatku KeRahmatullah...

Hari ini dapat berita dari muridku menyatakan kawan baikku  Pn Hamimah bt Hashim Pencen Guru Besar  All Saint School Taiping,Isteri En Razak Jamal, PPD LMS satu masa dulu ,menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sungai Buluh. Sedeh rasanya , beberapa kali airmataku keluar...Arwah kawan baikku, tapi kami lama tak bertemu kerana dengan tugas masing2 hinggalah kami sama2 pencen. Sebelum itu , beberapa tahun dahulu daku terima berita kawan baikku Kak Ani Isteri Cikgu Bahari Guru Besar juga pergi bertemu Illahi...Daku turut sedeh kerana kami memang tak sempat bertemu...Lama sangat.  Kami bertiga sangat akrab...MaasyaaAllah daku sayang Allahyarhamah berdua ini.  Entah bila pula Allah akan menjemputku...

Daku doakan kedua2 sahabatku ini di tempatkan bersama roh orang2 yang soleh...Aamiin...


Rabu, 14 Jun 2023

Adik...Kami Sayang Padamu

 

Adik… Kami sayang padanya…

December 24, 2013

Adik... Kami sayang padanya...

Adik anak kucing yang di hantar oleh ibunya ke varenda rumahku. Kesian sungguh kerana dia mempunyai warna yang berbeza dari adik beradiknya yang lain. Warna adik keemasa dan warna sedaramaranya kelabu… Mungkin ibunya tahu bahawa adik akan selamat dirumah kami…Sekarang adik dah agak dewasa. Selamat Menjalani hidup di kampung. Adik kini bebas pergi kemana saja rumah berdekatan dan berkawan dengan kucing anak2 jiran. Adik gembira di kampung kerana dapat mengutip2 rumput di luar rumah untuk makan…Adik adik …sayang padamu…

Lepas adik pergi , nenek berhenti hantar content kat youtube! (14/6/23)


Allah akan Bangunkan Manusia dalam 10 gulungan....

 

Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan

December 28, 2013

Ya Muaz …
Allah akan bangunkan manusia dlm 10 gulungan
1. Macam kera (penyebar fitnah)
2. Manusia dibangunkan dalam bentuk babi yang kakinya di atas (gulungan yang makan harta
haram) Rasuah,tipu ,putar belit, riba,
3. Mata mereka semuanya buta.( orang yang tidak adil dalam pemerintahan mereka,tidak adil dalam hukuman,zalim dan tidak adil…
4. Keluar dpd mulut lidah sampai mencecah dada menghancurkan lidah2 mereka…mereka itu gulungan ulamak yanmg bercakap hokum agama dan tak jalankan hokum itu…
5 Ada yang pekak dan tuli ( gulungan yang ujub dalam pekerjaan mereka…dialah yang terbaik…
macam burung merak dia sahaja boleh memerintah…ujub…takabbur…
6. Ada lidah mereka terjelir mencecah dada dan keluar nanah bagai air keluar dari pancuran air
7. Yang lain tangan mereka terpotong dan terputus (orang timun tak da kaki tangan…orang yang
dalam hidup suka menyakiti jiran…hatta kalau nak beli umahpun kena tengok jiran dulu
tiap2 kali jibril jumpa aku, dia berpesan tengok jiran, jangan menyakiti jiran…kata nabi bukan
golongan aku orang yang boleh tidur lena jika jiran lapar.
8. Kaki pulak terpotong
9. Lain pula bangun dalam mereka tersula,lain
10. Bau mereka itu amat2 busuk…itu orang yang hidup dalam dunia mahu mengikut nafsu sahwat mereka saja. Orang yang tidak menunaikan zakat.
10 puak ini semua di sebut dalam Al Quran.

Mimpi Rasullullah S.A.W

 

MIMPI RASULLULLAH S.A.W

December 28, 2013

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW (Petikan dari facebook.com)

selepas baca SILAKAN SHARE…..

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Antara Sifat-Sifat Rasulullah s.a.w yang patut di contohi :-

– Paling penyabar
– Tidak sombong
– Tawaduk dan Tenang
– Tidak terganggu dengan urusan dunia
– Paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
– Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang
– Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait (keluarga) dan sahabatnya.
– Suka menunaikan pelawaan/undangan hamba sahaya dan orang merdeka
– Tangan Baginda tidak pernah menyetuh wanita yang bukan hambanya atau – – muhrimnya.
– Baginda adalah manusia yang pemurah, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya.
– Makanannya hanyalah tamar dan syair, selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah
– Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
– Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
– Tidak pernah meminta pertolongan orang-orang musrik
– Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab
– Baginda akan membalas hadiah yang diterima.
– Baginda tidak memakan harta sedekah.
– Makan tanpa bersandar dan tanpa meja
– Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang
– Paling beradab ketika makan dan menghadap hidangan
– Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
– Saputangannya adalah kedua telapak kakinya.
– Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
– Menyukai kebersihan dan bau-bauan
– Berkenderaan kaldai dan unta
– Mengunjungi orang susah dan sakit
– Memuliakan orang-orang berakhlak
– Pembela golongan lemah dan wanita
– Memuliakan tetamu dan jiran tetangga
– Suka menasihati dan member tunjuk ajar
– Berbuat baik dengan golongan bangsawan
– Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
– Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
– Tidak berdendam, Tidak memutuskan silaturrahim
– Tidak memukul kecuali bertujuan di atas jalan Allah SWT
– Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
– Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran
– Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk dan menganiaya

Kesilapan Umum di sekitar solat(Berpandukan tatacara solat Rasulullah)

 

KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT (DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

December 28, 2013

” SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT… KESILAPAN UMUM DI SEKITAR SOLAT
(DENGAN BERPANDUKAN TATACARA SOLAT RASULULLAH SAW)

Di depan mata saya, berbagai ragam kesalahan dilakukan oleh orang yang mengerjakan solat. Yang paling nyata, ramai di kalangan mereka solat tanpa menitik beratkan thuma’ninah. Langsung tidak ada ketenangan ketika mereka mengerjakan solat. Mereka solat nak cepat selesai. Mereka solat seperti melepaskan ‘beban’ yang terpaksa dipertanggung-jawabkan kepada mereka sebagai umat Islam. Waktu rukuk, rukuknya ala kadar sahaja. Waktu iktidal, belum pun benar-benar berdiri lurus, dah nak sujud. Waktu sujud, kepala terlalu menungging, dahi dan hidung tidak kena tempat sujud. Saya tidak mempunyai kekuatan untuk menegur mereka. Siapalah saya kalaupun saya mahu menegur mereka! Sempurna sangatkah cara solat saya? Akan tetapi, sekiranya saya tidak menegur mereka, saya tetap menanggung dosa kerana membiarkan kesalahan yang mereka lakukan. Kita perlu meneliti semula, adakah solat kita bertepatan dengan cara solat yang diajarkan oleh Nabi kita Muhammad SAW. Ini kerana solat yang dilakukan tanpa berpandukan tatacara solat yang dilakukan oleh baginda Rasulullah SAW, pastinya solat itu akan membawa kepada kecelakaan terhadap diri sendiri.

“Yang pertama sekali akan dihisab pada hari kiamat adalah solat. Jika solatnya sempurna, maka sempurnalah seluruh amalannya. Dan jika solatnya buruk, maka buruklah amalan-amalannya yang lain.”

Selasa, 13 Jun 2023

Bagaimana cara untuk dapat kejayaan..

 Bagaimana cara untuk dapat kejayaan...
1.  Doa
2. Quran mesti selalu baca.( pegang jugak hari2, ini baca menyuburkan iman kita
3) Perintah Allah buat...Sunat dsb 
4) Elak buat yg di Larang Allah...apa yg Allah larang ,,,jauhi
5)  Jaga Akhlak jaga
6) Cari kawan yg baik2
7)  Banyak Istighfar....
8)  Ya Allah hidayahkan kami  kepada jln yg lurus...


NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...