Janji nak berubah tahun ini. Pada bulan puasa ni kita jangan beli sangat kerana jika kita beli akan berlebih2an makanan. Lambakan makanan berdosa tambahan pulak jika kita fikirkan mereka yg kat Gaza tu. tak ada makanan. InsyaAllah. daku cuba. Daku masak sendiri.
Puasa pertama tamat dengan menu sederhana. Tumis udang kacang buncis...Hamm sederhana saja cukup satu menu sahaja sebab di situ sudah cukup untuk keperluan protein dan sayur berserat. Kueh pulak daku buat kueh cucur badak...Keledeknya di sedekah oleh Maznah adikku...Sedap sangat daku buat sebab lembut tak macam yg orang nak berniaga...hihi masih ada lagi yang daku goreng suku masak sebagai kueh cucur badak frozen...
Minuman pulak, minuman ice cream buah kuini yang kubuat dan dimasukkan buah mempelam masak yang di potong kuib dan letak susu segar. Mantab sebab tak manis sangat hanya manis buah sahaja. Ditambah satu piring lagi jambu batu yang dipotong/hiris nipis bersama serbuk asam masin untuk dicicah. Daku memang suka makan buah yang dicicah samaada dengan asam masin atau pon sambal belacan ataupon kuah rojak.
Daku tak kira masa, jika nak makan buah masam untuk cicah , orang kelantan panggil (colek) Walaupon masa sahur daku boleh makan asam lagi. Dulu masa kecil2 dulu waktu sahur sanggup keluar rumah ambil buah setar,remia, atau kundang dia macam buah merapoh...untuk dicicah semasa lepas sahur. Ambil lampu suluh dan pergi ambil buah yang pohonnya melampai kebawah...hihi...Dahsyat kami masa kecil. Seronok ingat masa kecik...Sedehnya sekarang kita dah tua...hmmmm. Anakku pon sekarang dah pandai belajar makan colek2 atau cicah2 macam ku...hihi...seronok selera orang kampong ni.. Tambahan kami lepas demam suka makan buah masam2..
Cukup dulu diaryku hari puasa pertama...Ini diaryku semalam....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan