Menu batal semalam akan dibawa kehari ini. Hmm.
Cucur kucai udang diatasnya dengan tempura lagi....Apa istimewa cucur kucai udang di atasnya tu? Istimewanya cucur ni ,udang di atas tepong tu menjadi cucur itu berbau sedap. Jika kawan anak2ku datang daku buat ini...MaasyaaAllah sedap kata mereka. Hihi aku suka sangat. Cicah dengan kuah kacang. Aku belajar cucur ni di masa "Remove Class" dulu...Kantin jual cucur ni dengan letak 2 ekor udang di atasnya bila digoreng, bau udang goreng terkena tepong cucur berkucai itu, alamak bukan main lah sedapnya. Hihi. Tapi hari ni Udang ku agak besar...sepatutnya letakkan udang kertas di atasnya tu...Mak oi rangup sampai kekulit2nya...Jangan buang kepala udang tu tapi basuhkan pada bahagian atas leher udang hingga bersih. Jangan buang ekor udang...Semua bahagian boleh di makan. Syarat udang kertas. Jika udang ku nanti nak kena cari yang agak kecil jika tidak kena buang kulitnya. Bila buang kulit udang tu dah tak wangi cucur tu...Jika udang kertas boleh rapuh krup krup rangup udangnya.Hi hi
Tempura pula ...yang daku ada adalah brokoli,lobak merah,cendawan citaki yg agak besar tu. kobis pon boleh, terung, hmmm dah banyak tu. Hari tak payah makan nasi. Sedap ja. Cicah sos soya. sos kicap. Hmm mengancam. Makan sayur aja hari ini.
Semalam Makan Nasi beriani Faiz sedekah dan daku pula nak sedekah menu Ramadhan kepada mereka. Nak upah Mariam masak untuk 3 keluarga Maznah, 2 keluarga kak Hindon ,2 keluarga Aini Rohaya...2 untuk Faiz. InsyaaAllah untuk minggu depan. Upah buat Nasi daging pula. Teringat pulak pada Bapak ku jika bulan Ramadhannya dia pasti buat Nasi Daging untuk keluarga dan jemput kawan2nya datang berbuka Puasa di rumah. Pak pandai masak..Keluarga dari Titi Serong Parit Buntar, bakat memasak mereka nombor satu. Kan keluarga sebelah sana banyak ambil Cateering. Zaman dulu di Lenggong tak pernah ambil Catering..tapi anak2 Pak semua jika Kenduri Kahwin ambil Catering dari Parit Buntar. Pak kalau masak Nasi Daging akan pak buat "Sambal Kerisik"..,.Sebelum ni orang Lenggong tak Pernah makan sambal kerisik...mereka belajar dari orang sebelah sana "Sambal Kerisik" Sedap sangat. Pak modern orang nya...Pergi sekolah zaman tu pakai Coat. Pak selalu kata Mana Pentaloan aku tu...hahaha...Pak! Pak ! Mintak duit...Pi ambik dlm pentaloan aku...hihi...
Jika kau orang baca cerita2 ku anggapkan benda santai ja...sebab aku rindu sangat "Nostalgia Kisah Dulu" Pakku Masa tu pakai kereta A forty....tah aku tak tau ejanya..kiki...aku masih kecik masa Pak Mengajar...Mak ngajar aku masih ingat. Zaman mak dgn Mak long Tah pergi Sekolah Temelong naik basikal...jauh tu...kesian mak yg anak ramai...Tapi mak kuat semangat...
Selalunya Mak ngan Pak bila ngajar satu2 tempat dapat dok rumah sekolah. Masa di Sekolah Kerunai..mak duduk di rumah sekolah. Bila mana daku kerja di Asrama Risda Grik daku teringat Cikgu dari SK Kerunai datang berjumpa aku di Asrama RISDA..MaasyaAllah Kak Zam anak Cikgu Pa'uu. Orangnya Comel mata bercelak, berjumpa aku di Asrama RISDA ...terus dia sebut..."MaasyaAllah kecilnya dunia ni." Hanya aku yang paham.. Dia Guru, yang duduk dirumah Guru Kerunai bersama kawan2nya. Masa itu dia belum berkahwin.
Dia teringat nostalgia keluarga Mak duduk situ...Abang Manap dibesarkan di rumah tu...Kak Zam...Bekas kekasih Abang Manap...Tapi dia tak tanya pasal Abg Manap padaku...Dia hanya diam dengan perkataan tu aja...Aku dan dia aja yang paham...Nampak dia sedeh... Dia berkahwin dengan seorang guru jugak...Kesian mereka berdua...Kesilapan bicara , putus kasih mereka di tengah jalan...Dah datang meminang dah...Kesian sungguh. Kata2 dlm surat Kak Zam pada Abg Manap amat menyedihkan..." Saya gagal menikmati cahaya neon di Bandar Ipoh bersama orang yang saya sayang" Kesiannya mereka...Abang manap cerita padaku hari tu bahawa dia akan ambil Kak Zam meskipon sakit, jika Kak Zam sama2 sorang...Abg Manap masa muda memang lawa...Macam bintang filem Hidustan "Rishi Kapor" orang kampong panggil... Syukur abang manap setia pada Isterinya yang dah pergi. Setiap Jumaat dia akan melawat kubur Kak Ami...Aku pon sayang Kak Ami...Baik sangat orangnya...Mukanya sebijik muka ku...Semua anak2nya akan pelukku sambil menangis sebut"Ingat mak " Memang Mak Cik Eni macam mak"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan