Hari ni hari Jumaat...Aku ketinggalan hari sekali lagi...Hanyut oleh detik2 yang berlalu. Aku akan rugi macam minggu lepas. Memang aku tak pernah lalai Jumaatku tapi minggu lepas Kak Hindon datang hari Jumaat hantar Quran bertulisan besar...Aku memang suka. pemberian kawannya dan bawa masak lemak daging salai yang menjadi buah tangan kawannya kepada sesiapa yang bertandang kerumahnya. Aku rugi besar hari tu. Aku terlupa baca Suratul Kahfi. Lupaku lupa mati hari tu, bahawa hari tu hari Jumaat. Ya Rabb janganlah daku terlepas hari2 pentingku lagi mulai sekarang. aku rasa rugi sangat.
Tadi daku bersembang dengan anakku dia sebut tentang hari ini hari Jumaat bila di balik dari pejabat. aku terkejut dari lalaiku ini.... Laa sekali lagi. Nyaris aku tak sedar hari lagi. Ya Rabb janganlah hambaMu yang lalai ini di tinggalkan hari. Makbulkanlah doaku ya Rabb. Tuhan yang memegang hari. Biar hari2ku yang berlalu bermanfaat ya Rabb.
Syaitan tak ada bulan ini, syaitan diikat... cuma yang salah adalah dari kelalaian kita sendiri sahaja. TuhanKu, aku hambaMu yang lemah...Nyaris aku dilupakan oleh hari yang berlalu ini. Hari ini pulak tu Jumaat Ramadhan pertama...sayangnya kalau aku lupa macam hari tu lagi.Ampunkan lah aku...Ya Rabb peliharalah hambaMu ini...Aamiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan