Anakku akan meninggalkan ku selama 4 hari. Dia akan ke Vietnam mengikut Abahnya dan Ibu tirinya makan angin . Daku akan duduk seorang dalam masa 4 hari dia pergi nanti. Anis telah minta anakanda Faiz dan ditemani kakaknya Aini menghantarnya ke Lapangan terbang.
Anis akan pergi pada 20,21, 22, dan 23 ke sana. Apapon daku duduk sorang, tapi tak takut InsyaaAllah. Anis ada berpesan juga kepada Aini anak saudaraku agar melihat daku sekali sekala semasa dia tiada. Tak apa daku taklah takut.
Empat hari kemudian setelah kepulangannya daku dah habis Eddah...Daku dah boleh pergi kerumah Maznah adikku dan rumah Kak Kham Siah,kakakku. InsyaaAllah aku selamat. Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan