Rabu, 14 Februari 2024

Eni tak akan sedeh selamanya Ya Rabb...

Aku Rindu Ya Rabb....Tapi aku tak mahu menangis lagi dah...


 Assalamualaikum, Selamat pagi dan selamat sejahtera.

Senyum sikit, jangan masam muka.  Tentu kau akan happy.   Jamah apa yg isterimu masak.  Bagi dia senyuman dan say" thank you and i lov u."  Kemudian baru kau pergi kerja .  Aku jugak tolong doakan kebahagiaan rumahtanggamu.  Moga kau sentiasa dlm rahmat Allah.  Aamiin.

Aku yakin destinasimu telah tercapai  dan aku harapkan doa darimu untukku pulak.  Semua ni anugerah Allah padaku.  Meskipon pincang hidupku aku tetap berdoa penuh dgn ketabahan moga Allah ganti anugerah ini kepada yg lebih baik dpd ini dan moga segala musibah yg menimpaku pahala.  Ya Rabb sabarkanlah aku.  Moga aku boleh happy pada masa2 yg mendatang ini.  

Hari ni Leha masih di Madinah...Syukur kepada mereka sekeluarga ,adik beradik jikalau dulu cuba nak ajak Leha temani aku tapi sekarang Leha dan pergi sambut panggilan dari Allah dlm keadaan aku menghadapi keperitan kehancuran 19 tahun 6 bulan bukanlah sikit2 masa yg aku sabar.  Aku kena sucrifice duit ringgit ku juga habis, dlm menangani dan menjalani masaalahku.  Dulu daku jugak pernah ajak Rozi temankan daku...tak ada rezeki jugak aku...Sedeh kalau di pikirkan...Belum tercapai lagi kehendakku...Aku kena fikir untuk ajak Kak Hendon pergi sekali lagi seperti janjinya padaku...Jika anakku sihat dulu daku dah sampai dah tapi anakku juga mengalami masaalah yang sama sepertiku dulu...Kaki jika sakit makan masa bertahun.  Sabar Eni kau akan sampai jugak dan jika aku sampai biarlah Allah ambil aku untuk menetap di sana.

 ...Aku rasa malas dah nak balik sini.   Cukup2lah, jika  dikau tak macam tu, daku lama dah boleh pergi denganmu.   Masa untuk kita dah habis...Itu suratan takdir untuk kita.  Bawalah,  hidupmu dengan mengharap Rahmat Allah.  Aku tetap doakan untuk Mu.  Tak percaya jika kita katakan tak ada langsung kebaikan atas perkahwinan yg Allah beri.  Tak Bersyukur namanya tu,   Tentu ada tapi jika kita tak boleh lagi nak teruskan kita kena "stop".  Habis dah masa kita.  Daku tak mahu siapapon tahu kepincanganmu, itu janjiku pada Allah.  Sebagaiman aku simpan ketidakpuasan hatiku terhadap bapa anakku begitu juga daku simpan kepincangan ini.  Jika daku maafkan kau orang berdua daku mesti dapat janji Allah untuk "Istana Emas di Syurga"

   Tak dapat ku bayangkan setahun lagi masa aku akan balik kekampong nanti.  Janji aku tak takutAku bukan takut pada hantu, sikit tak pernah aku takut" Hantu."   Hihi aku memang ,ja.....Janganlah aku diganggu.  Bila balik nanti daku mesti kena lihat kembali kunci2rumahku, grill pintu dlam keadaan selamatKatilku tak boleh bersetentang dgn tingkap...hii takutnya jika orang pecahkan cerminnya dan...tak harus aku sebut...Selamatkan aku ya Allah."Eni kau kan berani...InsyaaAllah...

Kau dah biasa hidup sendiri dah dulu. Lama sangat...aku membujang lama...puluhan tahun. kerana daku tunggu Heroku Jatuh dari langit. Tapi  tak pernah ianya berlaku... Tak jatuh2 dan akupon buat keputusan dengan pernikahan kedua dgnmu.   Eni eni tak sangka ya...Ingatkan panas sampai ke petang, rupnya hujan di tengah hari....ha ha ha... 

 Kau kan suka duduk rumah..Mengapa aku suka duduk rumah ja...Orang tahu tak kenapa...Aku kan perempuan...aku nak jaga mataku , aku tak mahu tengok lelaki dah...aku suka duduk rumah...masa bekerja dulu tak dapat aku bayangkan jika kita beri apa2 ceramah tentu banyak mata memandangku...aku dah tahu dah tu ...aku rasa macam berdosa...tapi aku rasa orang lain tak rasa macam aku...' Dosa aku bertentang mata dengan orang yg pernah aku sayang puluhan tahun dulu aku harap  Allah maafkan aku...Aku pasrah ya Rabb.  Maafkan aku...Bila pencen akulah orang yg suka duk rumah...tanam2 pokok dan lain...Tapi aku lihat kawan2 ku ,mereka jenis minat pada kecantikan,,,biarlah...Kecantikan yg mereka miliki itu anugerah Allah jua kepada mereka.  Aku syukur. Aku pulak Noraini yg kolot.  aku macam mak.  Bila mak pencen, mak kata Guru mak tu mak ikat kat meja sekolah.  Akupon dah ikat guruku kat meja sekolah.  Kenangan masa ada mak sangat seronok.

  Jka aku menangis , mak sentiasa ada di atas tangga dapor mengesat air mataku.  Anak ku anis pulak akan datang dengan kata2 budak 3 tahun lebih..." Mak jangan nangis, siapa kata orang dia akan kena balas dengan 
Allah..."
Cik Minah kata macam tu...Daripada aku sedang menangis tu, aku terus jadi ketawa besar dengan makku...Aku pelok anakku dan aku terhibur kembali.   Bila kita "Janda "di sekolah kita selalu di salah tafsir..."Sedangkan mereka yang selalu datang ke sekolah ku melihatku tapi yang dapat fitnah adalah aku." Aku tak pernah sembarangan menegur mereka.  Mereka Guru Besar dll.  Mereka yang melepak bila aku sedang mengajar...Akhirnya aku yg kena tempias fitnah mereka. Allah ada Eni...Hari ini aku menangis , hingga anak ku datang tegurku...Mak kena Redho...Allah akan jemput mak satu hari nanti...InsyaaAllah kataku.   

Paling sedeh bila aku beli baju Sutera dan pakai baju mahal , mereka akan kata aku menayang untuk memikat mereka...Sangat2 tak rasionalnya tuduhan mereka.  Aku kecewa sangat lantas daku mintak mak, nak Hijrah ke Taiping.   "Mak benarkan"  Bermulalah era aku mengajar di Taiping.  Aku agak terhibur sedikit kerana aku di Lantik menjadi JU. dan latanr Belakang Pendidikan Inggeris ku sedikit Sebanyak menjadikan aku dapat menjalankan kerjaku dgn lebih selesa.  Masa tu Matematik mesti di ajar dlm Bahasa Inggeris.  Oleh kerana aku JU , aku tak pernah mengajar Maths dlm bahasa Melayu kerana aku takut berdosa memegang amanah ini.

Saat di Taiping ini juga aku aku masih di landa ketidak senangan hati kerana asyik ada ja guru bujang yang berlegar di tepi kelasku.,, pura2 mengunting pokok2 bunga tepi kelasku,  kalo berlaku ini aku mengajar dalam keadaan tak stabil.  Aku jadi garang sekali...kesian muridku..."sebenarnya aku benci keadaan begitu"  Aku tak suka....Sampaikan mereka sanggup kata "mereka beli kereta besar kerana perempuan suka pada kereta...adakah aku yg begitu, bila aku dengar tu lagi aku bertambah benci"

Aku cari tempat yg dapat aku elakkan diriku dpd bercampur ramai2...aku selesa dengan kerjaku ...aku rait buku muridku, aku kurang sembang banyak, aku suka kerjaku akan beres,  End of the day , muridku cemerlang...aku suka sangat.   Noraini, Noraini...dalam malang  menjalani hidupni pon aku terpaksa pergi kursus itu dan ini kerana aku memang nampak kuat, tapi sebenarnya tidak...aku selalu nangis bila call mak....Mak doakan Eni...ini ja bahasa anak mak yg kuat nangis ni.   "Aku dari kecik memang mak tahu, kuat nangis..."  Aku sangat penyedih...Bukan tak ada yg melamarku, hingga Pegawai Pendidikan pernah lamarku dia atas Bangunan sekolah ketika mereka datang bertemuku...

"Syukur aku sangat pandai menolak lamaran mereka dengan begitu lembut sekali"...Eni Eni...Kau tak boleh "Move On"  Aku selalu taip di Internet Nama orang yg pernah aku suka dlm hidup ni...Aku ketemu....Aku hantar mesej dalam emailnya ...aku tulis..."Hi, I am still in this world"  Dia tak jumpa aku, sebab dia dah bahagia dengan Rumah Tangga nya.   Hanya aku yang mengharap..."Kesian Kau Eni" Kau Eni anak mak yg malang.  Tapi tetap pandai bawak diriku...InsyaaAllah.  Hari ini hari aku sedeh sangat kerana mlm tadi dapat mesej dari anak saudaraku tentang , mereka yang ada di Madinah...Bilakah aku akan dapat kesana?   Eni kesian Hang ,  duit untuk tu pon dah habis...aku kena kumpul semula...Eni Eni... Lupakan semua tu...Ingat masa depan yg akan kau tempuh.   kak Hendon  tak bagi daku balik ke kampong lagi dah, begitu jugak adikku Maznah...Tapi Entahlah ,...Jika aku kuat....

Kau kan suka berkebun, kau kan suka masak, hantar jiranmu makanan,,,hihi seronoknya.  Tapi puasa kali ni aku sedeh...Tak ada lagi hantar makanan yg ku masak buat Bah n Pin serta anak2.  Sedehnya kau Eni.  Jangan menangis...   Harap pokok anggurku dia tolong siram sementara dia masih ada di situ...Dulu kan kau kata , kau bukan  kerja siram pokok anggurku...Ya Allah moga 2 pokok appleku masih ada hayat...Bah nak tolong siram dengan Pin belum boleh, sebab dia masih ada di situ...Walaupon akhir kata ku dulu minta tolong siram pokok ku, tapi belum tentu dia siram...Ya Allah Selamatkanlah hayat pokok anggur dan appleku...jugak pokok delima ku...sayang sangat, pokok2 tu dah boleh berbuah dah...Tinggal letak baja ja...

Aku dengar pokok ulamku dah mati.  Aku sedeh jugak...aku tak mahu marah sebab semuanya pon dari Allah.  Jika kau ,Allah takdirkan ada belas kasihan padaku ,sikit lagi kau tolong siram sementara kau masih ada di situ.  Tak sempat daku nak bajai pokok mestaku dan lihat ianya berbuah...dan pokok Lemonku, dah nak berbuah jika di ikutkan tapi dikau memang hidup cara orang bandar yg tak tahu bertani...Dikau potong dahan tu, macam mana ia nak berbuah...Tak palah semuanya dah berlaku.  

Leha n familynya akan balik pada 14 hb ni.  Mereka pergi ramai2...Syukur Allah dah jemput mereka...Aku ni yg belum...Ya Rabbku Panggillah aku...Panggillah aku Ya Rabb...Panggillah aku ya Rabb.... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...