Penyampai:Hajjah Norhafizah.
Imam Ghazali kata ada enam perkara untuk tolong kita puasa di bulan Ramadhan
1). Tahan mata dari perkara keji. Tak boleh pandang sembaran kerana ia akan mengganggu hati.
2). Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tak berfaedah- banyakkan zikrullah dan tilawah (lisan) mulut diawasi jangan cakap pasal orang.
3). Mendengar perkataan yang haram didengar. Dengar haram seperti makan benda haram dandusta jugak seperti makan sesuatu yg haram.
4). Tahan segala anggota tubuh daripada melakukan perkara haram dan subhah.
5). Tidak makan berlebihan. Allah tidak suka perut yang penuh... Perut yang penuh sampai tak ada ruang kosong Allah benci
6). Hendaklah timbul rasa takut dan harap sebab kita tak tahu amalan yg kita kerjakan itu diterimla atau tidak oleh Allah. ( Ya Allah terimalah amalanku (takut dan harap) tak riak...
Aamiin Aaminn Ya Rabbala'lamin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan