Assalamualaikum.
Hihi... Tiba2 dapat gambar ni dari Maznah adikku... Faiz hantar pada maknya gambar ni... Syukur buat kenangan hari pertama ke Klinik Kesihatan Bandar Baru Bangi. Maznah kata kenapa Faiz ambil satu ja gambar mak cik? Hihi jadilah, ada juga satu...
Pagi tu dalam daku bersiap2 nak mengadap hari pertamaku di KK BB Bangi tiba2 dapat panggilan dari adikku offer anaknya tolong bawa daku ke KK Bangi. Mulanya daku bercadang dapat anakku hantarpon dah cukup bersyukur sebab dia bekerja hari ni. Appointmentku tepat pukul 9.30 am. Hihi syukur sungguh Faiz nak tolong hantarku...
Hari ni daku berasa macam daku sihat ja. Faiz dropku kat depan lapangan untuk pendaftaran. Buka My sejahtera tunjuk pada kaunterp pendaftaran ok dapatkan nombor ada kaunter untuk nombor.. Hi hi tak sangkanya proses nya cepat di bangi. Maasya Allah, Alhamdulillah ianya cepat sangat... Cepat sungguh daku tak tahu apa kod2 nombor yg di klasifikasi oleh pentadbiran mereka. Dalam pada berjalan ketempat tempat menunggu ke bilik doktor, namaku telah di panggil.. Hihi... Cepatnya. Mujur Faiz pimpinku sebab daku sebenarnya tak fit sangat, mungkin sebab operation kot. Anakanda faiz banyak membantu mak cik. Anak makcik ya? Tanya nurse...
Ambil Blood Pressure... Wow tinggi 166/89...tinggi nya.. Makcik rehat tarik nafas ambil lagi sekali.. Turun 154/86... Eh eh.. Mungkin kesan dari operation kot masih belum pulih... Tak boleh berkuat lagi... Ambil bacaan gula dlm darah... Bagusnya 5.6.cantik ja. Ok daku pergi tempat menunggu untuk kebilik doktor... Baru sekejap ja duduk dah di panggil nomborku untuk kebilik nombor 2. Cepatnya..
Daku serahkan surat yg di tulis oleh doktor di Lenggong kepada doktor. Tanya itu ini dgn periksa tahap pernafasan dan selesai dengan appointment ambil darah pada18. 04.24. MaasyaAllah cepatnya... Semua berlaku dengan pantas. Doktor tulis ubat ubatan yg perlu ku ambil dan terus pergi ketempat mengambil ubat. Syukur pada Allah tunggu tak lamapon nomborku telah dipanggil. Cepat betul.. Baru ku ingat, warga emas lane... Memanglah cepat.. Hihi Syukur sungguh Tuhanku. Hihi Faiz sempat ambil gambarku hantar mak dia... Cepat betul kataku. Balik dgn rasa syukur kepada Illahi kerana rezeki yg Allah betikan padaku yang melimpah ruah dengan makanan dan pertolongan.. Moga Allah merahmati Maznah dan keluarganya Amiin ya Rabb... Syukurku padaMu tak putus2 Ya Rabb... "Moga Allah Permudahkan Segala Urusanku"... Aamiin
Update 14.12.2024. Jam 9.30 am.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan