Isnin, 30 Oktober 2023

Ke JPJ Taiping.

 Hari ini kami bertolak jam 7.15 pagi.  Bawa Hairi dan Haikal.  Hairi nak daftar  "P" setelah lulus ujian motosikalnya.   Haikal pulak nak balik ke Tapah UITM. Balik belajar naik ETS dari Kuala Kangsar.  Kami singgah di Kedai  Nasi Beriani,  Breakfast  daku makan Nasi lemah dengan telor mata, Hairi dan Shah Nasi lemak dengan Ayam goreng berempah serta Haikal pulak makan Roti Canai.  Boleh Tahan sedap juga kedai ini.  Selesai hantar Haikal ke Stesyen Keretapi Kuala Kangsar.  Tepat 9.00 Haikal naik train.   Selamat Jalan anakanda Haikal. Dengan Hairi kami terus bertolak ke Taiping.

Tergendala membuat Thumb Print di JPJ Grik, daku terpaksa ke JPJ  Taiping. Mengapa tak dapat buat?  Dalam sistem menunjukkan masih ada hutang pada kereta yang telah lama dijual kepada Kak Yah,  Abg Halid.  Kereta MAP455 ni telah sangat2 berjasa kepada Shah berulang adik pergi kerja dan setelah tu jual pada kak yah untuk anaknya pakai pergi belajar. Berjasa dah Kancilni buat pelajar.  Mereka bawa masa belajar di u aja. Hafiz dah jadi Doktor dah .Aina dah nak dapat Master,beli kereta baru dan sekarang untuk anak Pak Pi, adik kak Yah pula, anak saudara Kak Yah..Syukur Ya Rabb daku akan usahakannya, moga Allah permudahkan segalanya. "Rabbiyassir Wala tuassirr." Terpaksalah balik daku cari kembali Fail Pembelian kereta Kancil dahulu.  Syukur sangat2 Pada Allah daku berjumpa fail tersebut dengan surat2 yang telah di print oleh Syarikat bersama dengan Resit yang telah Shah buat Full Settlement itu. Syukur Ya Rabb. Sebelum tu daku dah lama berdoa agar Allah bantuku dlm menyelesaikan masaalah ini.

Tak apa daku ingat pesan Ustaz   jika ada masaalah maka baca Astaghfar banyak2 kali moga segala urusan menjadi beres dgn mudah.  Daku dengar Ceramah Dari Mufti Menk,yang menceritakan tentang melafazkan Astighfar sejumlah 30,000 kali untuk Allah makbulkan hajat. "MIRACLE FOR A MAN WHO DOES 30000 ASTAGHFAR A DAY"  Daku call anakku " anis mak tak dapat buat Thumb Print tersebut sebab dlm Sistem di JPJ masih tak lepas hutang mak sedangkan dah buat "Full Setlement " pada Tahun 2009 lalu sejumlah RM10,829.89".  Anis terus menagatakan kepadaku bahawa jika dia terpaksa buat Loan untuk mak, Anis buat.  Tapi mak serah pada Allah mak berdoa jugak.  Doktor Maza cakap" baca Astaghfirullah nescaya Allah selesaikan hajat kita".  Bagus anakku Anis...hihi ingatkan aku... Idola dia Doktor Maza... Sebab nakkan hadith2 yang soheh aja.   InsyaAllah,   "Allah akan buat yang terbaik."  InsyaaAllah. kataku.

Daku pulak teringatkan tentang penghulu Istighfar .  Baca sekali fazilatnya bersamaan dengan 1000 kali membaca Astaghfar... Daku baca sejumlah 30 kali setiap hari.  Bersamaan dengan 30 000 kali baca Istighfar.  Daku pernah dengar Ceramah Ustaz Shamsuri tentang Penghulu istighfar,fazilatnya  1000 kali Istighfar.  Alhamdulillah daku buka Almari ku untuk kali kedua cari Fail Fail dokument pembelian kenderaanku.   MaasyaAllah daku ketemu fail MAP 455 ku.  MaasyaAllah...Allah sayang daku.  Daku sujud syukur berkali2 atas kegembiraan ini.  Hari ini masaalah ku selesai tentang jualbeli dengan Finance tersebut.  Risit  Bankbayar Full Settlement, dalam failku, membantuku... Syukurnya daku. pada Allah. Menurut JPJ sepatutnya setelah daku dapat geran Kereta ku dulu,  daku kena pergi daftar ke JPJ sebagai release hutang2ku dgn Finance.  Hi hi manalah aku tahu.  Kereta Kancil 850ku dulu daku jual dengan Suami  Rabitah kawanku dan daku pakai Wira Aeroback Special Edition, Proton. Semua suaminya yang uruskan, manalah daku tahu prosidurenya...Eni! Eni ! Hang tak ambil tahu ... 

Menurut JPJ lagi, daku boleh buat Thumb Printa setelah anak saudara Kak Yah, hantar kereta tersebut ke Puspakom.  Selepas test kat Puspakom ianya layak selama 2 bulan sahaja untuk dibuat "Thumb Print"   Balik perlu beritahu Kak Yah, MAP perlu masuk Puspakom dahulu, dan daku boleh buat Thumb Print di Grik saja.  Senang sudah kerjaku lepas ni.  Syukur Ya Rabb.  Bila jadi begini baru anak saudaraku kata kakak kena tengok kereta kakak yang nak jual kakak kena semak macam mak cik..  Anakku pon turut ambil iktibar dari kisahku ini.   Manalah kami tahu...Menurut adik JPJ tu...Sekarang mereka buat macam tu.  Kena buat secara manual jka berlaku kejadian kecuaian seperti keretaku itu. 

Moga info ini berguna...Wallahhuaqlam... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...