Sabtu, 21 Oktober 2023

Muridku ...

 

Teringat daku masa mengajar murid2ku dulu. Masukke kelas, daku jadikan kemestian adalah berselawat atas Nabi Muhammas SAW sebanyak 3 kali sebelum membaca doa masuk kelas.  Daku bawa trend ini daripada daku mula bekerja hinggalah ke akhir usia daku mengadap masa bersaraku.  Daku jadikan ini amalah bilamana daku mengetahui bahawa betapa pentingnya dimulakan doa dengan Selawat ke atas Nabi kita Nabi Muhammad SAW.

Daku teringat semasa mengajar murid2ku yang baru meningkat usia ke awal remaja,. kenkadang daku selit dengan cerit Nabi2 kita dan satu hari daku mengajar murid Tahun 5.   Di dalam kelas ini terdapat seorang murid yang agak awal sedikit perubahan ke awal remajanya.  Sangat berani murid perempuan ini.  Kenkadang dia tidak datang kesekolah dengan sengaja.  

Daku ada double period free.   Masa ini daku ambil peluang kerumahnya."S" nama muridku ini.  Rumahnya tidak berapa jauh dari sekolah.   Namanya masih dalam ingatanku hingga kehari ini.  Murid yang agak problem akan diingati oleh guru dan yg agak luar biasa cerdik atau luarbiasa berhemah akan terpahat di hati guru. 'Very lucky' hari tu dia mahu ikutku kesekolah.  Jumpa ibunya yang selalu berkata anak remajanya ini tidak mahu mendengar cakap langsung.  Adiknya memberitahuku bila kakaknya bersikap begitu.

Perumahan mereka ini adalah perumahan pekerja2 kilang yang sentiasa meninggalkan anak2 bersendirian dirumah, menguruskan hal sendiri kerana ibu dan bapa pergi bekerja.  Memang kesian.  Banyak anak2 yang bekerja kilang jalani hidup yang begini.

Pada suatu hari masa daku relief class, daku  telah rancang untuk membaca satu petikan ucapan Khutbah  Rasullullah semasa "Fathul Mekah". Khutbah ini di sampaikan pada 9hb ZulhijjahTahun 10 di Lembah Uranah, Gunung Arafah.  Daku kebiasaannya akan print artikel terbaik dari internet untuk muridku.  Situasi kelas diam...Sangat cantik untuk membuatkan muridku pasang telinga mereka.  Daku baca dengan penuh berhati2 untuk memerangkap emosi anak2 muridku ini.  Satu demi satu fasa demi fasa kisah2 itu terungkap dengan penuh kesedihan.  Daku mainkan perasaan mereka dengan tone yang berbeza dalam pembacaanku.  Jelas ternampak pada muka mereka kesayuan.  Merah muka mereka kerana sayunya.  Dan paling daku takjub murid perhatianku ia itu "S" matanya terus mengalir air mata, ternampak betul kesayuan.  Tidakku sangka dia yang selama ini nampak keras hati boleh menitiskan airmata ketika itu.  Murid lain melihat "S"  sambil ketawa sedangkan mereka juga daku nampak sedih.  

Daku terus memuji S kerana sangat baik dan mendengar penuh perhatian.  Bilik darjah senyap sunyi.  Daku nampak S mula berubah hari demi hari.  Hatinya menjadi lembut dan sangat suka menghampiriku Pada masa inilah daku selitkan nasihat2 menyentuh tentang maruah seorang perempuan dan  bertapa maruah kita seorang perempuan harus kita jaga.  "S" akur dan nampak benar2 paham...Syukur kepada Allah" S" berubah menjadi murid yang sopan.  Cerita S yang sangat "daring" semasa mandi di sungai di mana murid lelaki yang hampir dapat membuka bajunya tersimpan dlm ingatanku.  Pada masa itu seorang tua yang memanggil kawan2 perempuan" S " agar selamatkan "S" dan "S" selamat ketika tu.  

sedikit petikan semasa Fathul Mekah.

Pesan khutbah terakhir Rasulullah SAW diriwayatkan Jarir ra:

"Sungguh Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda padanya, pada Haji Wada' (Haji perpisahan/haji Nabi Shalallahu Alaihi Wasallam yang terakhir). Simaklah dengan baik wahai orang-orang, lalu beliau bersabda: "Jangan kalian kembali kepada kekufuran setelah aku wafat, saling bunuh dan memerangi satu sama lain," (Shahih Bukhari).

Setelah memuji dan bersyukur kepada Allah SWT, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam kemudian mengatakan:

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengar teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini,"

Baca artikel detikhikmah, "Isi Khutbah Terakhir Rasulullah SAW di Arafah, Getarkan Hati Ratusan Ribu Muslim" selengkapnya https://www.detik.com/hikmah/dakwah/d-6366351/isi-khutbah-terakhir-rasulullah-saw-di-arafah-getarkan-hati-ratusan-ribu-muslim.

Download Apps Detikcom Sekarang https://apps.detik.com/detik/

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

NTAHLAH KENAPA...

 ASSALAMUALAIKUM SAHABATKU. SEIKHLASNYA,  AKU RESPECT KAU BOLEH BERTUGAS LAGI DI USIA TUAMU. ...SEBENARNYA ISLAM SUKA KITA TAK MEMBUANG MASA...