Assalamualaikum.
Hari ini Hari Rabu..Nak ke Kuala Kangsar sebab Shah nak ambil result sakitnya.
Kelmarin daku keluar mesen rumput. Selesai di halaman kecilku. Alhamdulillah Allah beri daku sihat. Syukur Ya Rabb. Aku bersyukur balik ke kampung dan tinggal di teratak kecilku ini kerana dapatlah sedikit memberi manfaat kepada mereka yang empunya tanah dan dipinjamkan Allah kepada ku ini untuk tinggal...Syukur tanah mak ini Eni manfaatkan untuk tinggal, bercucuk tanam pokok buah2an dll. Syukur jikapon tanaman di makan haiwan pasti tidak Allah kecewakan untuk mendapat pahala darinya. Pokok dokong yang mak tanam untukku dulu sangat manis buahnya. Tapi masa dia berbuah lebat dahulu daku tinggal di luar, jadinya tak merasa sangat buahnya, melainkan jika daku balik kampung. Sekarang pokok itu dan begitu tinggi...Daku akan potong separuh supaya ia kembali menjadi elok dan mudah diambil buahnya.
Tak akan daku tebang, kerana daku suka emak dapat pahala dengan pokok yang ditanamnya ini, meskipon dimakan burung2 atau haiwan lain. Hi hi...di tanah yang mak berikan padaku ini tempat terletaknya telaga2 yang keluarga ini gunakan. Disini struktur terendah tanah milik mak. Jadi mataair terdapat di sini dengan mudah. Hihi tanah ini dapat padaku, macam2 nostalgia masa kecil2ku di tanah ini. Daku Noraini yang pernah jatuh kedalam telaga semasa mandi dengan adikku Maznah. Ha ha ha ...Orang lain tak pernah jatuh kedalam telaga (perigi) tetapi daku pulak ditakdirkan Allah jatuh kedalam perigi...Hihi. "Kakak!!!!!!!!! Eni jatuh telaga" meraong, Maznah adikku... Tapi umurku masih panjang, kerana ada akar pokok pinang yang terkeluar ke dalam telaga tu daku pegang akar tu..Apapon, lemas tetap lemas, kerana kami masih kecil masa tu. Rasaku masa tu umurku dan adikku baru 7 dan 6 tahun. Kami ditakdirkan rapat sangat. Nasib baik kakak dengar dan cepat2 datang menyelamatkan daku.
******(Umur panjang bukan kerana akar pokok pinang hihi)(akar pinang , sebab dan musabab umurku masih panjang) *****
Kami mandi bersama ,semua bersama. Hi hi...Kemana2 pon bersama. Pergi sekolah pon bersama. Satu hari bapak ku belikan payung untuk kami berdua untuk dibawa pergi kesekolah. Masa itu (SMDA ) Sekolah Menengah Datok Ahmad, Lenggong Perak. Kami berjalan kaki. Masa itu ramai yang berjalan kaki kesekolah rasanya 2 km setengah jaraknya, tapi kami tidak merasa letihpon. Sampai separuh jalan, kawanku Norasiah Hj Nawang menunggu, bagitu juga Zainab Syukur. Seronok sangat. Berjalan kesekolah bersama2 dengan riang sambil bersembang2.
Pak beli payung merah hati dan merah jambu...Nah pilih dulu...adikku pilih payumh merah hati daku dapat payung pink....dah trend dah keluargaku, layan kami berdua macam tu. Daku sentiasa kecil hati. Tapi daku tak tunjuk. alasan kakak2 ku kerana daku kulit cerah pada adikku. Memang tak patut kan...Kalau baju pon jangan harap daku dapat pilihanku. Allah dah takdirkan begitu. Hi hi redho je lah. Kami memang baik . Sangat sangat sangat. Kami sentiasa bersembang santai telepon...jika daku ada masaalah Maznahlah yang ku cari. Dia pandai berinteraksi, mungkin dia dapat BM -A1 agaknya hihi. Daku pernah tanya nah. Nah , Hang ingat tak? (Bahasa kami berdua ialah Hang dan Aku) Adikku pandai Bahasa Melayu dan daku Bahasa Cikgu Maths aja. hihi...
Nah ingat tak mak kita pesan ni, kalu belajar tu jangan tengok mata cikgu, (khusus buat cikgu lelaki kot) Aku masih ingat sampai sekarang. Maznah kata tak pernah pon dengar mak kata macam tu. MaasyaAllah heran daku mak tak pesan macam tu pada Maznah...tapi mungkin maznah yang lupa. Mak mak ...macam mana nak belajar kalau tak tengok mata cikgu. Daku tengok ja mata cikgu...hihi. Tak ikutpon kata mak..hihihi. Daku pulak ajar muridku kalau Cikgu terangkan sesuatu , tengok mata cikgu baru paham. Mak.... Cikgu..Adoi mak mak...
Yang ku tahu daku agak lembek sikit pada orang lain. Bila main cepat jatuh, ada ja yang menyebabkan aku luka sampai berjahit. Masa kecil main rolled kayu sambil mengimbang badan atas nya, daku jatuh ..kena jahit dibibirku... Mandi di Empang daku terjun dan terluka di kakiku, tak nampak darahpon keluar, tapi nampak tulang dan mengalir2 darah pada urat2 kecil tulang kakiku (tulang kering). Masa tu empang banyak air, kedalaman airnya nya menghapusi daku yang pendek ni. Daku pandai jugak berenang skala mudah. Masa itu daku dalam darjah lima. Daku sedari sekarang daku nakal agaknya masa kecil.
Dapat Syurga yang Biliknya See Through Dalam Syurga
1) Bercakap baik semasa di dunia
2) Memberi org makan..masa di dunia
3) Puasa sentiasa dijaga...masa di dunia
4) Bangun solat malam masa di dunia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan