Keluar sekejap ja, ingat nak mesen rumput. Eh eh...Keluar Sekejap?...macam program Khairi Jamaluddin dengan Shahril Hamdan dalam (Potcast Keluar Sekejap) la pulak. Ambil mesen rumput...Entah kenapa batri belum cukup. Charge kembali bateri untuk mesen rumput waktu lain. Daku sambung dengan menggunting beberapa biji buah rambutan yg masih ada. Yang tinggal satu ,2 dan 3. Paling banyak 5 dalam satu tangkai. Daku kutip, ketuk buang semut, dapatlah dalm 20 biji lebih , Daku sayang tengok buah yang masih tinggal. Rambutan ini sedap betul tambahan bila dikopek kulitnya dan diletakkan dalam peti sejuk. Memang sedap. Krup krup...jadi rapuh isinya. Tak pernah jumpa buah macam ini.
Berenti menyapu...adik iparku cakap mari masuk Kak Eni...Daku masuk rumah mereka...masih dalam ketakutan. "MaasyaAllah memang dia berani menyerang," kataku. Pin kejar dia lari naik atas pokok rambutanku dan lompat atas bumbung rumah dan terus buat short cut ke belakang rumahku.. Monyet yang beratus2 tu dah tak datang dah, tapi beruk jantan yang seekor ni yang datang...takutnya.
Dah pukul 12 tghari,Sebab aku puasa dan Shah pon puasa, daku tak berkejar nak masak tengahari... tiba2 rasa nak mesen rumput. Daku ambik mesen rumput dan mesen dalam 6 depa persegi...istilah baru...Depa persegi...hihi...Sepatutnya tak boleh dah sebab matahari dah meninggi. Eh Eh aku teringat pak aku kata padaku dulu' "Ani! jangan nak tebeing buat tengah2 panaih tu" Oooo baru ku ingat, dari kecil lagi daku suka menyapu halaman tengah panas...Pak Pak...Eni, ingat pak masa ni... Pakku , satu satunya dlm keluargaku panggil aku "Ani" agak ku pakku tak suka panggilan Eni macam orang lain panggil. Mesti panggilan Eni tu pelik bagi pak...
Tu sebabnya, kulitku dah dimakan hari. Suka main panas. Aku dah tak putih lagi dah. Tapi aku tak kisah. Kakak ku selalu pesan padaku..."Hang nak ke, esok aku lagi nampak mude pada hang? " Baru aku perasan kena jaga jugak. Dia berikan aku toner dia, faundation dia serta krim malam dan siang dia. Selalunya, anakku yang berikan...bila kakakku yang beri, baru ku rasa ....Hei, mustahak ni, kena ambil berat ni...Aku memang jadi orang kampung betul2 sejak now. Aku tanam pokok buah2an, anggurpon aku nak trai, Limau Taiwanku berbuah sulung 3 biji aja sebab kurang baja...kesian aku. Aku tak macam pak dengan mak. Mereka pandai sangat tanam pokok buah2an. Buah limau madu, bapakku tanam lebat sampai melentur dahan menyentuh tanah. Anak2 pak yang ramai mewah dengan buah2an yang pak dan mak tanam.
Apa yang aku nampak anak pak dan mak, hanya abang Halid sorang yang usahakan kebunnya hingga cantik menjadi dusun. Kakak juga pandai tanam terdapat banyak pokok buah2an di kebunnya yang boleh menghasilkan buah...Tapi malang bagi kakak, ditebangnya pokok2 yang dia tanam...entah apa dalam pikirannya, Kebunnya dah tak banyak lagi pokok buah2an macam dulu. Dulu durian D24 dll...sayang betul. Arwah abg Halid tanam, telah berhasil memetik buahnya. Bersedekah sakan dah. Anak2nya kenalah upah orang lain menjaga kebun abg halid.
Aku ada 4 pokok limau. Baru satu yang berbuah. Aku kena ambil perhatian ni. Beli baja, Eni...Dulu tu daku letak baja pada pokok mata kucing..Berbuah 4 dahan...bila buah dah besar tunggu masak tupai dah ambil..Aku dapat rasa beberapa biji sahaja. Manis sangat mata kucing tu. Memang 'Longan Pingpong'. buah jadi kecil sebab kurang baja. Yg ku tanam di rumah Taman Jana Setia Taiping, buahnya sangat besar.
Petang masak untuk berbuka puasa. Daku masak sotong , sayurnya terung ulam kobis dengan sambal tempoyak yg ku buat sendiri. Beberapa jenis buah termasuk buah rambutanku. Daku tak masak kuih manis pon sebab Shah kata nak beli..dibelinya bihun goreng aja...Daku goreng mee+laksa pendek...menu baru...sedap sangat bila dimasukkan kucai. Shah banyak hari tinggal puasa masa dia sakit. Aku kena tolong bagi dia semangat habiskan khadho dia. Walau hari ni hari selasa...Daku puasa kado masa kecilku kalau2 ada yang tak sempurna. Khadho untuk bapakku selalu ku buat kerana emakku cerita padaku. Daku pikir ini adalah amanah mak "Eni, Pak banyak tinggal puasa sebab sakit" Daku banyak khadho puasa untuk pak. Daku cerita juga kepada anak2 pak yang lain,bantu khado puasa pak...mereka buat atau tak, aku tak pasti, cuma kadang2 adikku Maznah aku ada dengar dia buat untuk pak sebab kami rajin sembang personal...kami akrab dari kecil macam kembar...Aku berhenti buat untuk pak bila anakku anis kata "Mak dah cukup dah tu mak buat untuk Tok Wan".. Sekarang aku buat untukku sendiri disamping Isnin Khamis dan kadang2 hari putih. Aku suka puasa sebab badan jadi sihat bila berpuasa...Allah anugerahku macam tu ...Syukur juga.
Diari Isninku end disini...hihi ,..sepatutnya ini Diari selasaku. Malas nak ukur darah tinggiku harini sebab satu bateri AA, daku pinjamkan untuk jam...nanti beli lain sebagai ganti...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan