Ahad, 8 Oktober 2023

Kita "go with the flow"

Sahabatku...

Dikau  tak boleh cepat mengalah...Dikau kena kuat.  Dikau Kawanku dunia akhirat... Kita "go with the flow"

Kita tunggu  ketetapan Illahi...Bagaimana perancangan Allah.  Perancangan Allah adalah yang terbaik.   Jika dulu dikau  gagal, tidak semestinya gagal selamanya.   Kita ada Allah.

Saya masih menunggu ketetapan Illahi buat saya.

Harap dikaupon begitu jua.

Teringinnya nak mengaji pondok macam Leha anak saudaraku.  Bila suaminya meninggal dia bersekolah pondok.  Tapi aku kena fikir juga bukan semua pondok boleh aja pergi belajar, bimbang juga aku, mereka mengajar menggunakan kitab2 lama.  Jika kitab2 lama ini kadang2 terdapat hadith2 tak soheh malah kadang2 ada yang palsu.  Aku kena pilih.  Kata adikku di Bangi ada Pondok berbayar yang bagus .  Murah ja bayarannya RM600 sahaja. Jika Bangi daku tak takut sangat sebab anakku duduk di Bangi.  Sabar Eni.  InsyaAllah satu hari nanti,dapat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan