Jumaat, 27 Disember 2024

Peringatan dari seorang sahabat buat sahabat,

 Aku malas dah nak jengok berita tentang Perak...Sebenarnya aku Cikgu yang tak suka sebarang penipuan berlaku.  Aku akan lari daripada itu semua.  Aku dapat jadi Guru inipon hanyalah dari markah keikhlasan dan jujur  kerana mereka mahu menitikberatkan kejujuran bagi seorang guru.  Aku bukan pandai manapon. Bukankah membuat harta itu mesti dalam keadaan bersih?  Tidak dapat tidak ianya akan diadili dengan serapi2nya di Mahsyar Allah nanti.  Aku hanya dapat berdoa sahaja , semoga semua kita  bertaubat sebelum mengadap Rabbuljalil.  Aamiin. 

Aku berpegang teguh dgn ajaran Bapakku dan Ibuku.   Dari sejak  kecil, bapakku ajarkan " Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama2 Mencuri.   Jadi itu menjadi peganganku.    Pesan bapakku jugak   jangan ada anaknya bekerja dgn Bank.  Nasihat bapaku yang aku genggam kuat. Anakku yang bekerja di Bank yang sentiasa smart dlm pekerjaannya...meningkat terus meningkatpon daku nasihatkan agar mencari kerjaya lain yang tidak melibatkan Riba.    Kawan baik anakku macam anak ku sendiri, telah bergaji besar sekarang tidak menjadi penyesalanpon buat anakku.  Aku syukur aku jadi ibu yang tak menyesalpon atas semua itu. Aku Redho dengan ketentuan Allah dari gaji kecil anakku dan aku rasa aku tak perlu kaya manapon kerana hidup ini hanyalah jambatan untuk ke Akhirat Allah.

Daku jugak tak mahu,sebarang benda kepunyaan orang lain ada padaku.  Ada beberapa batang  "camca" atau sudu yang mengikut aku pulang semasa perpindahanku.  Aku tak dapat kesan milik siapa sudu itu.  Mungkin milik muridku atau guru...aku akan uruskan dengan menyedekahkan wang kepada mana2 masjid bagi pihak yang empunya sudu  tersebut.  Moga  sebatang sudu itu menyebabkan tuan yang empunya, dapat pahala dari hasil  sedekahku itu.   Begitu juga pensel dan pembaris muridku...Tiada jalan lain l;agi untuk memulangkannya hanyalah dengan menyedekahkan sejumlah wang bagi pihak yg empunya barang tersebut.

Sebenarnya hanya itu yang kita mampu buat bagi menyelesaikan masaalah kita  di penghujung usia kita.  Aku tidak mennganggap aku baik tetapi biarlah kita saling ingat mengingati dlm hidup kita.  Jika dahulu kita membeli kenderaan atau rumah dgn cara tidak islamik dari mana2 Bank.maka menjadi tanggung jawab kita untuk membersihkan kembali setiap harta kita.  Kita mintalah nasihat mereka yang pakar dalam bidang ini.  Kalau dahulu Zaharuddin.net dapat membantu  dan sekarang telah  banyak agensi2 penasihat kewangan, yg tumbuh bagaikan cendawan, untuk memberi perkhidmatan mereka.  Bukan tujuanku  mengajar siapa2, tapi "sharing is caring"  moga kawan semua dapat manfaat dari cerita2 santaiku ini.

Salam 

Selamat Maju Jaya Dlm Menempuh Hidup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan