Ahad, 22 Disember 2024

Buat aku dan Engkau...

 Allah SAW berfirman:

“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah!  Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah.  Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S.  Al Hasyr:18)

Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat.  Bahkan seluruh anggota badan  akan mempersaksikannya .  Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku”  Maka legalah mukmin yang zahid itu.  Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas ku dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

Orang mukmin  adalah orang yang takut kepada Allah  dan seluruh anggota badannya,  Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,

“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”


Pertama , pada lisannya.  Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap.  Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya.  Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya.  Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.  Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:

“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.  Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”

Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram.  Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”

Sebenarnya aku tak hasad atau dengki pada kau tapi aku risau kenapa kau jadi macam tu...Maafkan aku jika kau terasa hati atas semua yang daku catatkan.  Moga kau dapat berubah dgn izin Allah.  InsyaaAllah...aku doakan kau. Aku minta maaf dunia dan akhirat...Walau kau sihat rasa muda , anugerah Allah tapi dekat dah kita ni...Maafkan saya dan saya tak mahu dah tulis sebarang yg menyakitkan hati kalau boleh...Pelita kita dah hampir padam. Mari kita doa pada Allah agar tambah sikit lagi usia kita untuk kita beribadat kepadaNya Aamiin. Tolong maafkan daku kerana Nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan