Khamis, 30 Januari 2025
Rabu, 29 Januari 2025
Dosa dan Azab Penipu dan Pembohong Menurut Islam
Bagaimana dosa dan azab penipu dan pembohong menurut Islam? Dalam semua agama pastinya mengajarkan agar tidak melakukan hal-hal yang kurang baik seperti menipu dan berbohong. Perbuatan yang kurang baik akan selalu mendatangkan sesuatu hal yang akan mempersulit dan merugikan diri sendiri. Apapun perbuatan yang dilakukan, termasuk menipu dan berbohong.
Perbuatan menipu.
Perbuatan menipu merupakan salah satu penyakit yang merusak hubungan antar manusia. Perbuatan ini akan mengakibatkan hilangnya rasa saling mempercayai antara satu sama lain.Jika hal ini terjadi kepercayaan memang sudah tidak ada lagi di antara masyarakat karena sudah diliputi rasa egois dan dendam antar masyarakat, bahkan rasa saling tolong menolong sudah tidak ada lagi akibat perbuatan bohong ini.
Ada salah satu riwayat yang mengatakan bahwa Rasulullah SAW pernah lewat di pasar lalu menjumpai tumpukan makanan disana. Beliau memasukkan tangannya ke dalam makanan tersebut, tiba-tiba terasa tangannya menyentuh sesuatu yang basah dalam tumpukan makanan tersebut.
Beliau lalu bertanya kepada pedagang makanan tersebut : “Apa yang basah-basah ini hai kau yang mempunyai makanan ini?”. Apa yang basah-basah ini hai kauu yang mempunyai makanan ini?”. Pedagang menjawab : “Wahai Rasulullah, makanan itu terkena air hujan”.
Untuk itu Rasulullah SAW bersabda :
“Agama adalah nasihat” (Hadits riwayat An-Nasa’i).
Rasulullah SAW bersabda :
“Kenapa engkau tidak meletakkannya di atas agar bisa dilihat oleh pembeli? Barang siapa yang menipu, ia bukan termasuk golonganku.”(Hadits riwayat Muslim dan Turmudzi)”
kita lihat sekarang bahkan pedgang banyak yang tidak jujur padahal kejujuran dapat meraih berkah, sedangkan menipu menjauhkan dari keberkahan pada harta yang dimiliki.
Selasa, 28 Januari 2025
28 Januari 2025 KITAB “INDAHNYA PESAN LUQMAN AL-HAKIM” Ustaz Ahmad Al-Qa...
Sambil menunggu giliran,
Razman apologises over mistake in Hannah ‘YTL daughter’ remark
Isnin, 27 Januari 2025
Adakah “Key Perfomance Index” KPI yang ditetapkan di dalam pekerjaan dikira tidak amanah sekiranya tidak dicapai ?
Adakah “Key Perfomance Index” KPI yang ditetapkan di dalam pekerjaan dikira tidak amanah sekiranya tidak dicapai ?
Jawapan
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Ilahi atas pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat dan mereka yang mengikut jejak langkah Baginda hingga ke Hari Kesudahan.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bermaksud satu sistem pengukuran yang mudah, berkesan dan membantu organisasi menjelaskan dan mengawal tahap kemajuan sesuatu proses perkhidmatan yang disampaikan kepada pelanggan selaras dengan misi dan visi sesebuah organisasi. Prinsip-prinsip KPI ialah meletakkan sasaran, boleh diukur dengan angka, diukur dalam keadaan normal dan selaras dengan misi dan visi organisasi. KPI adalah ukuran spesifik dalam bidang tertentu prestasi organisasi.[1]
Berdasarkan persoalan di atas, kami bahagikan kepada dua keadaan:
- Pertama: Pekerja telah berusaha dengan bersungguh-sungguh, namun tidak berjaya memenuhi KPI disebabkan KPI yang ditetapkan diluar kemampuannya. Dalam hal ini, pekerja tersebut tidak dikira berdosa. Allah SAW berfirman:
َูุง َُُِّูููู ุงَُّูููู َْููุณًุง ุฅَِّูุง ُูุณْุนََูุง
Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.”
(Surah al-Baqarah: 286)
Al-Maraghi dalam tafsirnya menyatakan: Allah SWT tidak membebankan hamba-hamba-Nya dengan sesuatu yang tidak mampu mereka kerjakan. Bahkan sifat kemurahan-Nya memberikan kemudahan kepada mereka. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 2/672).
Demikian juga hadis Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:
َููุงَ ََُُّูููู ู َِู ุงْูุนَู َِู ุฅِูุงَّ ู َุง ُูุทُِูู
Maksudnya: “Dan Tidak dibebankan kepada seseorang itu dari perbuatan kecuali apa yang dia mampu”
Riwayat Muslim (1662)
- Kedua: Pekerja tersebut dikira berdosa sekiranya tidak mencapai KPI yang ditetapkan disebabkan oleh sikap sambil lewa, tidak bersungguh-sungguh dan malas. Hal ini kerana pekerja tersebut mengabaikan tugasannya dengan sengaja. Firman Allah SWT:
َูุง ุฃََُّููุง ุงَّูุฐَِูู ุขู َُููุง َูุง ุชَุฎُُูููุง ุงََّูููู َูุงูุฑَّุณَُูู َูุชَุฎُُูููุง ุฃَู َุงَูุงุชُِูู ْ َูุฃَูุชُู ْ ุชَุนَْูู َُูู
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).”
(Surah al-Anfal: 27)
Syeikh al-Maraghi menyatakan di dalam tafsirnya: “Janganlah kamu mengkhinati amanah yang ada di antara kamu dengan para pemimpin. Amanah yang dimaksudkan juga melibatkan aspek muamalah dan kemasyarakatan. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 5/2593).
Demikian juga hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A, Nabi SAW bersabda:
ูุงَ ุฅِูู ِุงَู ِูู َْู ูุงَ ุฃَู َุงَูุฉَ َูู ََููุง ุฏَูู ِูู َู ูุง ุนูุฏَ ูู
Maksudnya: “Tidak sempurna iman bagi orang yang tidak amanah, dan tidak sempurna agama bagi orang yang tidak setia terhadap janjinya.”
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, kami berpendapat bahawa “Petunjuk Prestasi Utama” (KPI) bukanlah satu amanah, namun ianya merupakan panduan bagi melaksanakan suatu tugasan yang telah diamanahkan. Oleh itu, sekiranya seorang pekerja dengan sengaja mengabaikan amanahnya dalam tugasan, maka dia dikira berdosa. Semoga dengan penjelasan yang diberikan ini memberi kita kefahaman yang lebih baik dalam menjalankan tugas-tugas kita sebagai pekerja.
Kami juga berpendapat agar kerjasama yang erat dapat dipupuk antara majikan atau ketua jabatan untuk sentiasa memantau dan memberi nasihat yang baik kepada pekerja di sambil membantu merungkai isu dna permasalahan yang menjadi penghalang kepada pekerja. Dengan itu, natijah mencapai KPI akan bertambah mudah dan berhasil dengan jayanya. Semoga usaha seperti ini menjadikan perkhidmatan awam dan swasta di Malaysia berada pada tahap yang terbaik. Amin.
Wallahua`lam.
-
Ramai orang di dunia yang mengalami kencing manis. Berikut adalah penawar mudah untuk kencing manis. Kacang Bendi adalah sayur-sayuran ...
-
Assalamualaikum...Dengar ceramahnya...Nota perlu di edit lagi... Ketua perompak Fudhail bin Iyyart yang membuat Transformasi...di jentik ol...