Jumaat, 10 Januari 2025

Jumaat Penghulu Segala Hari...

Assalamualaikum.

Jumaat 12.48pm.   Twelve forty eight post meridiem.  12.48 selepas tengahari.

Eni...Apa cerita hari ni?

Entah lah.   Cerita tak besar mana .  Hanya cerita2 bersangkut paut pada hari.  Hmm,   Hari ini  Hari Jumaat.  Jumaat adalah penghulu segala hari.  Mari ku ceritakan.  Pada setiap hari Jumaat daku akan panggil semua murid Asrama RISDA ku itu  berkumpul di bilik kecilku.  Jumlah mereka hampir 40 orang.  Mereka balik sekolah awal.  Hmm.   Jom!.Jom!  .Kumpul dalam bilik Kak.   Hihi...Ceria sungguh budak2 kampong itu.  Aku sayang mereka dan mereka pon sangat sayang padaku.  Dengar kata dan tak lepas laku.  

Bilik kecilku tak besar mana.  Kelakar sangat.  Bilik Warden Asrama Anak2 Pekebun Kecil Getah.  Bangunan Asrama ini adalah kepunyaan RRI dahulu.  Rubber Reach Institude.  RISDA jadikan Asrama anak2 Pekebun Kecil Getah.  Bilik aku tak besar mana mungkin office agaknya dulu sebab ada SATU HALL , SATU TANDAS DI LUAR BANGUNAN TU DAN SATU BILIK KECIL yang boleh memuatkan hanya sebuah katil bujang ,almari bersikat dan satu meja kecil dan cukup  pula untuk ruang solat.   Jadilah!  untuk seorang Warden Asrama seperti aku.   Steady ja aku tinggal kat situ dgn penuh rasa redho dan bertanggungjawab terhadap anak kampong dan ada yang hampir umurku mungkin .  Pada masa tu usiaku baru 19 tahun plus.  MaasyaaAllah mudanya aku masa tu.

Masa Interview , aku di interview di bilik kecil itu...Bilik tu bilik pejabat masa tu.  Terdapat 3 Pegawai.  Salah seorangnya En. Nordin.  Pegawai RISDA Negeri, En Nawi dan .....   Mereka terima aku dan bagi tarikh aku kena datang.   Dapat nasihat sedikit sebanyak , aku pon  datang pada tarikh yang diberi.  

Semuanya berjalan dengan lancar dan baik atas pemantauan Dari Pegawai2 RISDA Grik yang ada.  Tuan Syed dan Tuan Syeikh yang rajin datang berurusan denganku masa itu.  Termasuklah En. Mior berurusan denganku dgn penuh berhemah.  Mereka baik2 belaka.  Aku suka Tuan Syeikh lembut orang selalu menyelesaikan masaalah di asramaku.   Jika murid sakit banyak  dia yang datang untuk membawa ke hospital.  Ada apa berita tentang Asramaku dia yang datang beritahuku.  Aku hampir jatuh cinta pada dia kerana kebaikan dia.  Ha ha ha.  Mereka lain selalu kata, memang Syeikh jatuh cinta padaku.  Aku nafikan untuk elak dpd fitnah.

  Pada suatu hari Syeikh Buat Parti di rumah bujangnya.  Mungkin Harijadi dia agaknya.  Jemput aku datang sama.  Betapa beratnya aku nak datang.  Macam2 aku buat helah tak mahu datang tapi Kak Bibah pujuk jugak aku dengan Eni.   Aku suruh kak Bibah dan Eni Mak Ngah Hindon pergi sahaja tanpa aku.  Mereka tak mahu jika aku tak pergi.  Aku beli "koyok" nak letak kat dahi aku , kata aku tak sihat.  Akhirnya aku datang jugak.   Nasib aku datang.   Dengar Syeikh kata.   Ha ah...Inilah tetamu yang kita tunggu2 itu.  Mereka lain pakat berkata,   Siapa? siapa?   Syeikh kata ...Hmm...Ada la...

Rupa2nya  kami bertigalah  tetamu yang di tunggu2 itu.    Aku terfikir kalau aku tak datang ...macam mana.?  Nasib baik aku datang.  Aku datang dalam keterpaksaan.  Rumah bujang mereka penuh dengan tetamu  pada masa itu, mostly di kalangan guru2 perempuan.  Pada masa tu yang aku kenal hanya Ai___ A.... kawan sekelasku dan kakaknya.   Ai___ F....  Kedua2 mereka dah jadi guru masa tu.  Ai___A datang dengan kekasih dia kakitangan Pejabat Hutan tak salah aku.  .Akhirnya mereka berdua ni sampai jodoh.   Pada masa itu  Cikgu Ai___ F hangat  bercinta dengan Tuan Syed,  tapi cinta mereka tak kesampaian.  Cikgu Ai___ F, akhirnya berkahwin dengan seorang guru.   Emak mereka ni ada juga kekerabatan dengan keluarga ibu ku.   Ai___A  ni rajin jugak datang ke Asrama RISDA jumpa dan sembang2 denganku.  Ajak aku datang rumah, makan2.    Rasaku Uji dan Abu pon ada dlm majlis Syeikh tu.  Mereka dah bertunang.

  Tuan  Syeikh akhirnya dapat naik pangkat dan berpindah   Mereka baik denganku macam adik berdik aja.   Aku suka   Hihi.  Bila aku berjalan kaki untuk ke Pejabat Pos,  selalu aja Tuan Syeikh berhenti kereta jemput aku naik.   Malu2 alah, aku terima.   Ha ha itu lah yang arwah Abang Halid cemburu sangat.  Pergi ketingkap Asramaku.  "Eni! abang Halid bawa basikal mari sini ya?  "Tak Mahu"   itu kataku.  Dia akur ja kata adik dia...Abang Halid!  Abang Halid !... Abang Halid kelakar sangat bagi Eni. Hmmmm...Kenangan....Dia dah Pergi Mengadap Allah.... Aku sayang dia...

Eh!    Aku tengah cerita pasal Hari Jumaat.   Anak2 asramaku berkumpul...Untuk apa.?   Hmm. hanyalah untuk mendengar Khutbah Jumaat dari Radio Aiwa buatan Jepun yg ku beli masa nak datang kesitu.  Setiap Jumaat semua anak2 buahku  aku ajar mereka dengar Khutbah Jumaat.  Aku tak pandai berceramah jadi dapat juga ilmu agama  meresap masuk ke otak anak2 buahku ...  Syukur Ya Rabb,  aku tak lupa untuk mesra2kan anak2 buahku mengingatiMu.  Aamiin.

2 be Continue.

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan