Selasa, 10 Disember 2024

Sessi physiotherapy ku yang selesai dengan selamat..

 Takutnya menghadapi tua... Ya betul moga ada lagi tenaga, untuk membantu kita dlm meniti sikit lagi hidup ini.  Allah mahu kita kuat berusaha menjaga kesihatan agar hidup yg kita jalani ini dapat memberi manaafaat yg penuh dan tidak melepaskan batuk di tangga sahaja.  Daku muhasabbah diri.  Ini dah kali kedua daku jalani fisioterapi  ( physiotherapy  ).   Ianya sangat baik dan mereka mengajar teknik sebenar mendapatkankan kembali kekuatan otot.   MaasyaaAllah itulah kelebihan yg Allah berikan dgn menuntut ilmu.   Ya Robbku daku respect anak2 yg masih muda belia ini (juru pulih anggota) rasa ku, bidang pengajian mereka ini.  Masih muda2 comel2 manis... Semua menutup aurat sopan sangat mengajar pesakit yg muda dan  yg tua... Daku kagum sangat.  

Paling ku kagum, di PPUM ini mereka memberi rawatan yg amat rapi sekali mengikut prosidure yg teramat baik sebelum kita diberi suntikan untuk memulihkan kesihatan  lutut.  MaasyaaAllah... Kagum sungguh daku.  Daku kena jalani fisioterapi selama beberapa sessi sebelum daku dapatkan rawatan lutut ku macam dulu.  Daku baru 2 kali menjalani latihan fisioterapi dari mereka, daku dah nampak keberkesanan yg ketara sangat.  

Dahulu, semasa daku mendapatkan suntikan dilututku... dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, ianya terus dapat dalam beberapa kali perjumpaan sahaja dengan doktor.  Di sini kita kena jalani physioteraphy terlebih dahulu... Hebat sangat... Dia mengajar kita untuk menguatkan otot kaki.  Kagum daku. 

Semasa daku dapatkan suntikan pada lutut ku di Hospital Raja Perempuan Bainun di Ipoh dahulupon sama... Sekejap ja boleh dapatkan tanpa kena jalani phyioteraphy dahulu... Syukur.. Daku akan taat dtg  setiap temujanjiku, demi mendapatkan keberkesanan rawatan  kerana Allah.  Syukur Ya Rabb.   Masih ada beberapa sessi lagi daku patut jalani sebelum rawatan lutut ku boleh dibuat... MaasyaaAllah... DAKU  sabar dan daku taat Ya Rabb demi  mendapatkan keberkesanannya.  Aamiin... Moga daku mendapat rawatan yg sebaik2nya.

Daku perlu bersyukur banyak2 kepada Allah sebab dlm usia begini Allah masih beri daku peluang berjalan lagi.. Usia ku dah tua, 66 jika daku bandingkan dgn Che Azid yg baru 40an nak masuk 50an, dah sakit lutut.   Hari ini, dia baru datang bekerja kembali setelah doktor  beri cuti selama seminggu kerana dia mendapatkan suntikan pada lututnya di Klinik Swasta.  Harga tentulah 1000++.   Very lucky  Che Azid, kerana Company bayar.   Che Azid boleh claim.    Syukur Ya Rabb.  Seingat daku dulu daku kena beli ubat ( dalam bentuk cairan dari farmasi)  setelah semua selesai baru daku claim.   Apapon Syukur  itu dah lama dah...

Daku berharap sangat sebelum mendapat suntikan itu kakiku  dah kuat sendi otot2 nya.  Daku syukur sangat baru beberapa sessi fisioterapi daku rasa kuat.     Syukur Ya Rabb.  Moga tarus istiqamah dgn latihan menggunakan  sebarang peralatan yg anak ku ada di rumah.

Doakan daku... Aamiin. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan