Hari ini dapat berita dari muridku menyatakan kawan baikku Pn Hamimah bt Hashim Pencen Guru Besar All Saint School Taiping,Isteri En Razak Jamal, PPD LMS satu masa dulu ,menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Sungai Buluh. Sedeh rasanya , beberapa kali airmataku keluar...Arwah kawan baikku, tapi kami lama tak bertemu kerana dengan tugas masing2 hinggalah kami sama2 pencen. Sebelum itu , beberapa tahun dahulu daku terima berita kawan baikku Kak Ani Isteri Cikgu Bahari Guru Besar juga pergi bertemu Illahi...Daku turut sedeh kerana kami memang tak sempat bertemu...Lama sangat. Kami bertiga sangat akrab...MaasyaaAllah daku sayang Allahyarhamah berdua ini. Entah bila pula Allah akan menjemputku...
Daku doakan kedua2 sahabatku ini di tempatkan bersama roh orang2 yang soleh...Aamiin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan