Pengalaman Demi Pengalaman…Dahulu Dan Kini. April 7, 2009
Assalamualaikum.
Selamat Berpuasa dan selamat mengerjakan ibadah di bulan mulia ini.Semalam anakku Anis menyambut hari lahirnya ke 23. Pada 2 minggu lepas dia gembira di majlis konvokesyennya. Sebulan sudah dia bertugas dan mula merasa gaji pertamanya. Pada masa ini saya terkenangkan betapa perjalanan anak-anak sekarang mudah berbanding kita dahulu.
Mula bekerja , belikan bapa sehelai T shirt Pagoda, Sehelai kain Batik buat Ibu dan Sebuah Basikal Mini Choper untuk pergi bekerja….Hah Bagaimana…?Berbanding dengan anak2 sekarang,segulung ijazah belum terima, kerja sudah bermula. Sebulan bekerja telah memiliki sebuah kereta. Yalah…. Alia dan Anis. Keretapun sama , warnanya aja berbeza…Naza Bestari lagi. Hai untungnya anak sekarang. Kemudahan pinjaman bank ada buat mereka untuk mendapatkan semua ini.
Aku ingin mengimbau kisah 25 tahun dahulu…Baru bekerja di sekolah rendah di kampungku sendiri. Berulang pergi bekerja menaiki basikal choper. Seronok sebenarnya. Waktu pagiku, melayang2 seperti P. Ramli dalam filem “Ali Baba Bujang Lapok. ” He! he! seronok betul. Masa tu kat kampung ku akulah yang mula menjadi guru…Kakak ku ada ijazah menjawat jawatan di bandar…begitu juga dengan abang2ku yang lain semuanya berhijrah kebandar kerana bekerja. Aku Allah letakkan di bandar kecil bernama Lenggong.
Pada mulanya, aku bayangkan akan di tempatkan ke tempat lain agar dapat melihat negeri orang , malangnya polisi Kementerian Pendidikan pada masa itu ialah posting ketempat sendiri. Jadinya aku mengajar di sekolah yang berjasa kepadaku dahulu…He he…aku murid tua di sekolah tersebut.
Aku bertemu dengan kawan lamaku (classmate) Cikgu Azmi. “Hai, Noraini, ada kabel besar ke dapat sekolah ni? sebenarnya kabel besar yang teramat besar yang menempatkan aku di situ. Masa itu Azmi mengajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi…tidak salah aku.
Aku bertemu Cikgu Asmah ,Cikgu Fatma Bee …mereka ini adalah classmateku juga. Cuma Azmi classmate aku Form Five Art 1, yang sering berlumba-lumba mendapat markah lukisan terbaik di bawah didikan Cikgu Mohammad bin Yaakub yang sangat kami hormati. Dia berkelulusan luar negeri…Seorang Guru Seni yang pandai melukis. He he …Lencana Sekolah Kebangsaan Lenggong ini adalah ciptaan beliau.
Aku dapat tahu, kawan ku Ainal Akmal Mustafa juga menjadi guru,mereka kebanyakannya diterima sebagai guru sementara di sekolah2 di Hulu Perak. Tidak salah ku Norathmah , Fatma Bee, Ainal Akmal smua mengajar di Grik.
Semasa aku menjadi Warden Asrama RISDA di Grik aku selalu bertemu mereka . Pada masa itu aku terlibat dengan pengawasan anak-anak pekebun kecil getah dimana pengambilannya ialah anak2 pekebun kecil dari Selinsing Kuala Kangsar hingga ke kampong Pahit di Grik Perak. Seronok juga menjadi warden Asrama RISDA dulu. He he…Semasa lawatan Pengawai RISDA Negeri, “Di antara Asrama yang terbersih yang saya ketemu buat masa ini” Thanks God. He he.
Setelah dua tahun setengah disini, isi borang pengambilan guru melalui UKELP. Ujian kelayakan. Periksa Ujian Matematik dan Bahasa. Tiba-tiba dapat panggilan Isi penuh dengan JPA. Pegawai Kerani di Kementerian Kewangan Kuala Lumpur. Di Jalan Duta. Lain Pulak caranya. Masa itu bekerja di bawah 5 orang bos. Noraini…Noraini…Noraini… tapi mereka semua baik belaka.
Encik Rahman Mohd Noor, En Harriet Supramaniam, En Tan Swe Yeong dan En Saat bin Mat dan Cik Zarina. Semua nya baik2 belaka. Berganding pula dengan Saraswati kerani yang pangkat kakak dengan ku… Baiknya aku mula kenal ‘tose’ bila dia selalu bawa’ tose’ ke tempat kerja. Saat manis mengenali Umi Kalsom Yusof , Umi Kalsom, Naimah…pergi makan sama2, bekejar menaiki bas semasa pulang amat menyeronokkan. Berlumba menaiki bas kejalan Duta, pada masa itu bas Seri Jaya. Ambil tiket bulanan. Berhimpit2 seperti ikan sardin. Penuh kenangan.
Masa telah berlalu begitu pantas dan kamipun kini telah semakin kurang bertenaga seperti dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan