Isnin, 8 April 2024

Menu kelmarin mlm 28 Ramadhan.

Kami makan Nasi Arab bersama sambal Masak hitam Kak Esah.  Daku sebut Kak Esah sebab dulu masa Anis kecil2 rajin buat ini , Anis suka sangat.  Hari ini, anis yang buat sambal masak hitam Serawak..Kak esah orang Serawak dah pon pulang ke Rahmatullah.  Moga Kak Esah Damai di sana.  Setiap nak balik Taiping anis akan pergi beli dirumah Kak Esah 12 paket  serbok sambal masak Hitam Kak Esah memang sedap.  Hari ni anis yang masak ,Masak Hitam Serawak pada 2 kg daging.  Ternyata sedap.  Ingat nostalgia masa kecik2 dia gemar makan sambal tu.


Nasi Arab yang ku buat di letakkan sambal masak hitam, jelatah dan acar yang daku buat.
Alhamdulillah sedap.  Berselera.


Air siirap merah...


Sambal masak hitam Kak Esah(Sambal masak Hitam Serawak)


Nasi Arab yang ku buat tidak guna beras Basmati pon  Guna beras biasa. ja. Tetiba anis request nak mak masak nasi Arab untuk gadingan Masak Hitam Serawak yg buat siap2 untuk Raya.


Acar buah daku buat. Semua jerok yg daku buat sendiri,.Bawa dari peti ais Lenggong.  Daku rindu Lenggong.


Acar rampai gandingan Nasi Arab dan rendang masak hitam serawak


Semua hidangan hari ini.


Mempelam ,pembasuk mulut.
Ya Rabb kami bersyukur padaMu kami dapat makan rezeki anugerahmu meskipon tak lah sehebat hidangan Istana....hihi...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan