Khamis, 31 Julai 2025
HAWAII OBLITERATED BY 2025 MEGA TSUNAMI
Rabu, 30 Julai 2025
Kenanganku dgn Ustaz Muhammad Nur, keponakan ku... ,
Friday, 11 July 2025
Kenanganku dgn Ustaz Muhammad Nur, keponakan ku... ,
Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.
Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.
"إني أوهيبوكا فلة". "أنا أحبوكا فلة".
Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.
"Inni uhibbuka fillah". "Ana uhibbuka fillah".
Sesungguhnya saya sayang anda kerana Allah.
DrMAZA-Isteri nusyuz adakah hentikan terus nafkah?
Wednesday, 28 May 2025
DrMAZA-Isteri nusyuz adakah hentikan terus nafkah?
Selasa, 29 Julai 2025
TERIMA KASIH KAU SENTIASA MENYEDARKAN AKU DARI LAMUNANKU YG PANJANG.
Daku yang tersedar dari lamunanku yang panjang...dalam perbincanganku dengan anakku tentang berbagai hal. Aku dijentik rasa bersalah yang teramat sangat dalam berbagai perkara bab bab agama termasuklah bab bab politik. Sepatutnya daku dah tak upload video2 politik ...tapi terkadang2 daku upload sehingga membuatkan orang2 baca dari Blogku ini. Sukar bagiku untuk padam.kerana aku perlu ambil masa yang panjang untuk itu.
Aku sedari bahawa meletakkan penulisanku disini banyak risikonya. Risiko kesilapan jika apa yang dicakap itu tidak benar atau salah maka aku akan menanggung dosanya. Kadang2 aku terfikir kerana Blog ini aku terlalu susah hati kerana terlibat dgn berbagai kesilap dalam menulis. Anakku berkata mak jika bab2 politik Anis tak suka komen apa2 pon sebab kita tidak tahu kebenarannya. Dan ia akan menyebabkan kita menyesal jika kita buat komen2 yang tiada asasnya. Tadi aku upload lagi. Nyesal lagi.
Daku bincangkan pasal topik2 agama pulak, daku sedar ada benarnya kata anakku. Mak jika pasal menutup aurat kita biarkan kerana itu dosa2 peribadi mereka. Jika mereka telah di beri hidayah oleh Allah dengan sendirinya mereka akan lakukannya. Kita lihat banyak bintang2 filem kita diakhirnya hidup mereka akan menuup aurat juga sudahnya. Kita akan di kira di pengakhiran kita nanti. Sebenarnya daku terpengaruh dengan dakwah Ustaz yg keras dan tegas. Sedangkan dulu aku diajar dengan cara memujuk tanpa mengecilkan hati sesiapa.
Aku mohon agar Allah maafkan dakwahku yang keras, aku sedar Allah boleh maafkan aku tapi kesalahanku pada individu atau manusia. Hanya manusia itu sahaja yang boleh memaafkan kita. Mungkin kerana aku sayangkan dia kerana Allah aku dakwahkan dia begitu? Maafkan lah aku. Maka berkali2 aku mohon maaf tapi aku pon tak pasti adakah dia mendengar permohonan maafku itu? Dapatkah aku dimaafkannya. Ini kesilapan besar aku. Maafkanlah aku sahabatku. Kau kesihanilah aku. Di bulan Ramadhan ini kau maafkanlah aku. Aku mengharapkan kemaafan ini untuk ke akhiratku.
Aku kena jadi aku yang dulu. Aku tidak komen apa2. Aku hanya menulis hal2 peribadi untuk aku simpan sebagai kenangan aku sahaja disini. Eni sekali lagi...Kau perlu berubah....InsyaAllah...Aamiin.
Isnin, 28 Julai 2025
It's Sad To Belong. Covered by Charlie G. This is my flavourite.
It's Sad To Belong. Covered by Charlie G. This is my flavourite.
Esok Bah akan Tinggalkan anak bongsu dia di Selangor
Syukur Rabb ku ...Darah Tinggi : 118/78
Gula Darah...5.8 cantik ja.
Tapi aku rasa kebas hujung jari...Tak Pa Jika sihat esok ...ikut ...tak sihat tak ikut.
Esok Bah akan Tinggalkan anak bongsu dia di Selangor ..Sedeh di rasa baru kali pertama berpisah dgn anak bongsu dia. Semalam cerita pada ku rasa sedeh nak berpisah..Daku pon turut keluar air mata sedeh rasanya. Padahal anak dah lepas pada FormFive dah...Hihi kelakar Bah. Daku dulu masa Anis masuk MRSM daku di Taiping. Hantar dia kemudian dok depan PC cakap sorang..."YA ALLAH KENAPA SEDEH SANGAT NI" AKU MENANGIS. LAA SEKARANG BAH PULAK RASA SEDEH TAPI ANAK KU MASA TU MUDA LAGI PADA AIE,ANAK BAH...SEDEHNYA SAMA JA. HIHI.
JANGAN RISAU KAMI ADA SINI . WALAU PON BAH JAUH...MAKCIK DIA ADA, MAK ANDAK DIA ADA DAN MAK SU DIA ADA. KAK ANIS DAN KAK AINI FAIZ DAN ALYA PON ADA...AIE JANGAN RISAU.
MOGA AIE BERJAYA.
AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG SUMBANG IKAN PERCUMA
Nga... Mari makan nasi goreng petai aku... Org cina suka sangat ni...
Ex.5.11 "Di Mana Kan Ku Cari Ganti" in Ibu Mertuaku (1962)
Dzikir Pagi Sesuai Sunnah.
Sahabat sekalian. Kita Boleh buka Dzikir pagi semasa kita memasak untuk breakfast...sambil itu kita habiskan Dzikir Pagi Kita.
Dzikir Pagi Sesuai Sunnah.
Ahad, 27 Julai 2025
KULIAH MAHGRIB KHAS " QURAN SEBAGAI PERINGATAN " - Ust Abd Muein - 26/7/...
Takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat)
Allah SAW berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang memperhatikan apa yang diusahakan besok(hari kiamat).Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan”
(Q.S. Al Hasyr:18)
Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk taat atau maksiat. Bahkan seluruh anggota badan akan mempersaksikannya . Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, ” Dia telah bersolat,berpuasa , berhaji dan berjihad atas ku” Maka legalah mukmin yang zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata” Di atas ku dia mushrik,penzina, minum arak dan makan haram” Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.
Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya, Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
“Tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara.”
Pertama , pada lisannya. Dia menghindarkan daripada dusta, ghibah,menyebar fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al Quran dan muzakarah ilmu.
Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa pemusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaiman Rasullullah SAW telah bersabda:
“Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu.”Ketahuilah hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.”
Ketiga, pada pandangannya. Maka dia suka memandang pada makanan, minuman, pakaian, atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat kepada dunia tetapi dia memandang dengan mengambil iktibar. Rasullullah SAW telah bersabda:
Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram maka Allah akan memenuhunya daripada api pada hari Kiamat”








































